Wardah Puteh's Blog, page 8
November 6, 2015
Catatan Takdir Sempena Ulangtahun ke-3 (Bahagian 2)
Bismillah Membaca blog-blog TTC mother (trying to conceive) selalu menimbulkan rasa kagum akan segala usaha mereka untuk mendapatkan zuriat. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik untuk mereka, jika tidak di dunia insyaallah di syurga… Pengalaman saya ber’TTC’ tidaklah segigih mereka…mungkin kerana berasa sukar jika mengandung ketika berPJJ dengan suami yang bekerja di Sabah sebelum ini. Sehingga […]

Published on November 06, 2015 22:41
October 31, 2015
Berat naik ketika hamil
Bismillah Mitos apabila hamil boleh makan banyak… itulah kesilapan yang amat besar. Lebih-lebih lagi jika berat badan naik mendadak… Apabila hamil pergerakan semakin perlahan dan kurang aktif menyebabkan carbohidrat boleh disimpan dan ditukar menjadi lemak! Di awal kehamilan, pada bulan Ramadan, jadinya saya tak makan banyak cumanya menjafi sangat pasif. Huhu… lepas berbuka terus lembik. […]

Published on October 31, 2015 20:04
October 30, 2015
Catatan Takdir Sempena Ulangtahun Perkahwinan ke-3
Bismillah Catatan ini, sempena ulangtahun ke-3 perkahwinan kami…tentang takdir. Kehamilan saya tidak dijangka selepas penantian yang panjang kami suami isteri. Selepas penantian dan reda akan apa adanya…begitulah Tuhan merancang…ianya terjadi selepas suami dapat kembali ke sisi saya pula, Allah, nikmat mana lagi yang ingin kami dustakan. Selepas air mata dan rindu yang berantaian, apatah lagi setiap […]

Published on October 30, 2015 01:47
October 28, 2015
Resepi: Nasi Mentega ala Nasi Lemak dan Telur Bistik
Klik gambar untuk lihat resepi

Published on October 28, 2015 02:58
October 26, 2015
Khidmat nasihat biostatistik
Bismillah Saya ingin membantu saudara-saudari yang ingin bertanyakan tentang analisis biostatistik menggunakan perisian SPSS untuk kajian saintifik/ sains sosial. Sebarang pertanyaan bolehlah e-mel ke hazwanihusain@gmail.com atau wardahputeh@yahoo.com.

Published on October 26, 2015 02:32
October 23, 2015
Massive Stock Clearance Sale! Wardah Puteh Online Shopping
Assalamualaikum Saudari-saudari yang nak beli tudung 50″ dan 60″, lace handsock, skirt dannn dapat percuma hadiah kecil comel daripada kami, jangan lepaskan peluang. Nak tahu harga dan tudung jenis apa, kena tunggu tau. Kalau nak beli hadiah untuk diri sendiri, mak, kakak, adik atau isteri tersayang, jom cepat-cepat ke link instagram kami: Wardah Puteh Online Shopping

Published on October 23, 2015 02:48
Anak lelaki atau anak perempuan?
Bismillah Alhamdulillah. Semalam, 22 Oktober 2015 Khamis adalah 9 Muharram, ulangtahun kelahiran saya dalam bulan Islam. Hari ini, 10 Muharram pula adalah Hari Asyura. Kandungan saya kini 5 bulan…cepat masa berlalu, terasa semacam tidak mengandung, kerana alahan tidak begitu ketara dan kesibukan menunaikan tugasan sebagai tenaga pengajar di sini. Alahan pada awal mengandung dengan ubat gigi, […]

Published on October 23, 2015 02:35
September 21, 2015
Selamat Ulangtahun, Diri
Bismillah Belakangan ini langit tidak tentu arah. Kadang mendung pada senja, pada waktu mentari tegak di atas kepala- bahangnya menikam. Begitu caca merba alam hasil tangan-tangan manusia. Alhamdulillah, dalam keadaan sebegini; jerebu dan kesibukan mengejar kerja yang tidak sudah-sudah, aku masih lagi mampu untuk menapak. Dan pada tanggal dua puluh lapan umurku, September 3 yang […]

Published on September 21, 2015 03:18
August 24, 2015
La taisu min rauhillah…
Bismillah. Alhamdulillah selepas dua tahun enam bulan menjadi suri, Tuhan mengurniakan kami; suami isteri satu amanah lagi dalam melayari bahtera kehidupan. Dalam syukur kami suami isteri bermuhasabah; nikmat Tuhan yang manakah lagi mampu untuk didustakan? Dia Maha Mengetahui kemampuan hamba-Nya dalam menghadapi mehnah- amanah ini ujian juga- semampu manakah kami akan dapat menjaganya; bermula anakanda dalam kandungan […]

Published on August 24, 2015 23:02
June 16, 2015
Kenang-kenangan
Bismillah. Tiba-tiba kenangan menyusup seperti sebilah pedang yang membelah-lumatkan hati saya. Belum puas dan lekanya saya dalam berguru denganmu, cikgu. Maafkan anak muridmu ini, yang tak pernah menghargai cikgu dengan menggali ilmu sedalam-dalamnya. Cikgu: Ada karya baru? Saya: Sedang usahakan cikgu bersama-sama A dan sudah dihantar ke penerbit. Tapi, karya lama-lama tu. Cikgu: Karya lama? […]

Published on June 16, 2015 00:38