Wardah Puteh's Blog, page 10
November 1, 2014
Mencari yang baik-baik sahaja
Bismillah. Tiba-tiba terasa ingin mengembara sendirian ke tanah orang. Kalau boleh ingin ke negara dunia ketiga. Merimbun kembali syukur yang telah lama tidak dibajai. Satu pelarian, untuk menilik kembali apa ertinya kekuatan dan ketabahan. Hidup ini masakan akan dapat beralir tenang. Ada masanya yang tenang-tenang akan beriak dan berombak. Maafkan saya kerana tidak sempurna. Saya […]

Published on November 01, 2014 19:15
September 18, 2014
Melupakan Tuhan
Bismillah Memang hidup satu pelarian. Penat dan lelah bergelut dengan bimbang. Di takah usia 27 tahun, melintasinya seperti melompat atas garisan halimunan. Bererti tidak ada bezanya. Penat mengejar urusan di pejabat, kusambung menjual jilbab dan busana. Lelah mengejar pelanggan, kubuka buku puisi lama-membaca. Apabila nyala semangat menjulang apinya, kucoretkan puisi sebuah dua. Saatnya tiba kuhantar […]

Published on September 18, 2014 08:12
August 7, 2014
Dunia Kecintaan
Bismillah. Lama rasanya tidak menulis. Seolah-olah hal dan tarikan percintaan saya (sekian lamanya) dalam dunia ini menjadi kabur- menyisih perlahan-lahan seperti kabus dihembus angin. Padahal dalam setiap lipatan hari, detik bahkan nafas, inilah dunia yang paling saya cintai. Dunia kepengarangan, dunia puisi, dunia fantasi, dunia yang muluk-muluk, dunia tempat pembuangan rasa amarah dan dendam serta dunia […]

Published on August 07, 2014 02:53
June 7, 2014
Mengejar Yang Tak Pasti
Bismillah. Berhujung minggu ingin sekali saya bersantai-santai membaca buku-buku yang baharu. Sebetulnya saya sedang membaca Kumpulan Cerpen Narasi Gua dan Raqim; antara pemenang sayembara yang saya gemari- Prof. Madya Mawar Safei. Cuti semester bakal berakhir dan akan kembali sibuk mengajar, menanda dan meladeni anak murid. Sekarang di pejabat, mengurus kerja-kerja sampingan. Beberapa projek dan program […]

Published on June 07, 2014 08:53
May 26, 2014
Pelajar Sains Menulis Karya Sastera
Majalah Tunas Cipta DBP Bil. 3 2014 Apakah yang dicari? Saya percaya ribuan di luar sana- yang berada dalam bidang sains tapi menghargai sastera…dan ratusan pula boleh menulis dengan baik. Golongan ini sering dianggap unik dan beruntung, kadang dianggap bijak pandai. Padahal, percayalah- pasti ada antara mereka merasa kerdil di tengah-tengah kelompok aliran sastera. Semuanya […]

Published on May 26, 2014 06:22
May 22, 2014
Saya tiada harta
Bismillah. Hampir tiga tahun berkhidmat di sektor perkhidmatan awam. Dan buat kali kedua, selepas melapor diri, saya perlu mengisytiharkan harta…dan agak mendukacitakan…saya tiada harta untuk diisytihar! Tiba-tiba seperti desir angin yang menikam, saya terasa betapa keperluan dan kehendak pada zaman ini begitu menekan. Bayaran tiket kapal terbang semakin tidak ‘tambang murah’, harga minyak melambung, dituruti […]

Published on May 22, 2014 07:33
April 26, 2014
Cara baharu update blog
Boleh update blog macam ni kan? Apa-apa pun saya percaya rezeki Allah dah tetapkan. Dan solat dhuha memang betul-betul kunci rezeki. 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Janji Rasul. Akan saya buktikan. Amin.

Published on April 26, 2014 06:24
April 25, 2014
Buku, buku dan buku!
Bismillah. Lama rasanya tidak menulis di sini. Tidaklah sesibuk mana pun. Cuma sekarang semua pensyarah sedang bertungkus-lumus memeriksa skrip-skrip jawapan peperiksaan akhir. Kerja-kerja sampingan. Kursus dan mesyuarat yang harus dihadiri. Oh perkara biasa. Pesta Buku Antarabangsa kini datang lagi. Teringat pada pesta tahun lepas, berlarian saya ke PWTC dalam kesuntukan masa mengejar bas pulang ke […]

Published on April 25, 2014 03:25
March 30, 2014
March 10, 2014
Percutian di Kota Kinabalu
Bismillah. Hujung minggu lepas alhamdulillah saya selamat mendarat di Negeri Di Bawah Bayu. Buat kali ke-3 sepanjang-panjang menghirup nafas di dunia ni. Semuanya demi bertemu suami tersayang.:’) Padahal baru minggu sebelum tu suami balik kan. Hehe. Tiket kali ini agak mahal; RM 400 (pergi balik) dek kerana tempahan yang agak ‘on the spot’. Biasanya harga […]

Published on March 10, 2014 23:18