Que Sera Sera's Blog, page 2

January 18, 2015

Demon Combo

Tawaran terbaik dari tanah demon. Siapa yang belum ada novel-novel saya, anda patut rebut peluang ni. Kalau tawaran habis, melepaslah...huhuh
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2015 04:43

November 25, 2014

Assistant Tuan Menteri~Sera Elya

Tajuk: Assistant Tuan Menteri
Penerbit: Penerbitan Pena Magis
Penulis: Sera Elya
ISBN: 978-967-13050-0-3
Harga termasuk Pos Laju: RM32.00 (Semenanjung)/RM39.00 (Sabah & Sarawak)
**untuk pembelian, klik pada tab kat atas**

“Saya sedang fikirkan jalan nak damaikan abang-abang kita.”~Mr. Panda
“Apa dia?”~Fina
“Kita kahwin!”~ Mr. Panda
“Awak...kita ni bercinta pun tak pernah...tiba-tiba nak kahwin
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 25, 2014 07:07

November 1, 2014

Assistant Tuan Menteri~November 2014

Cover belum siap. So kita tayang ajelah full title page ni buat tatapan uols. Insya-Allah kalau semuanya berjalan seperti yang dirancang #atm akan menemui anda pada penghujung November. pre-order akan kami buka lepas cover siap.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2014 06:23

August 21, 2014

Ceciput Sera: Hanya Dia...Aura Jiwa 2/2

Mulut Jay ternganga bila dia nampak satu figura muncul dari pentas arah bertentangan. ‘Lelaki’ tu memakai kot labuh, berkaca mata hitam dengan memakai fedora di kepala, ‘Am Zaini’ persis perisik dalam cerita kartun. What the heck, Amna?

Nick senyum lebar pandang Am Zaini meskipun dia rasa pelik amat dengan penampilan penggubah lirik tu. Mic stand diletakkan di hadapan Am Zaini.

“Hai...apa khabar?” Garau suara Am Zaini.

Para peminat di bawah pentas dah mula menjeritkan namanya.

“Maafkan saya sebab muncul macam ni. Sesungguhnya saya kurang sihat. Doktor tak benarkan saya berada di tempat awam macam ni. Terima kasih kerana menyokong karya saya dan juga menyokong Uno.” Am Zaini lambai-lambai tangan sebelum cepat-cepat keluar dari pentas.

Lepas MC ambil alih majlis, Nick segera berkejar mencari kelibat Am Zaini.



*****
Amna dah cuak bila Chad tarik dia masuk tandas lelaki.

“Chad...kenapa bawa I masuk sini?” Amna dah ketap gigi tahan seriau. Gila kot bawa dia masuk gents.

“Kalau I heret you masuk ladies, sure kita kena baling dengan kasut. Dah...pegi tukar baju you sekarang. Nanti Nick nampak you...lagi teruk.” Chad tolak Amna masuk ke dalam satu petak tandas.

Memang kelam kabut la Amna tukar baju dan buka topeng kat muka dia. Rasa semacam aje ada dalam tandas lelaki. Chad ni memang sengaja nak kenakan dia.

Telefon Chad berbunyi. “Hello?” Tapi suara pemanggil kurang jelas. Dia pun keluar dari tandas biarkan Amna sorang-sorang kat situ.

*****
Nick tumbuk dinding. Puas dah dia cari Am Zaini. Tapi semua orang cakap tak nampak mana dia pergi. Hairan. Tak kan cepat sangat lelaki tu menghilangkan diri? Macam nak elak sesuatu aje. Rasa curiga di hati Nick makin mengunung.

“Nick...jom!” Duran si pemain drum tepuk bahu Nick. Dia nak ajak Nick pergi party lepas pelancaran. Memang dah biasa. Lepas konsert aje, mesti ada party.

“Korang gerak dulu. Aku nak pegi gents kejap!” Nick hala langkah tuju ke tandas lelaki.

Nick berdiri di hadapan cermin. Pandang muka dia sendiri. Muka dia tegang aje sebab tension. Ni semua Am Zaini punya pasal. Dia pulas kepala paip. Air yang keluar dia tadah dengan tapak tangan. Kemudian Nick basuh mukanya. Kertas tisu yang tersusun dalam dispenser tepi dinding dia tarik. Wajah yang basah dilap sampai kering.

“Chad!”

Badan Nick tegak. Eh? Dia dengar suara perempuan dalam tandas lelaki? Melalui cermin di hadapannya, Nick lihat pintu tandas terbuka. Seorang gadis berambut panjang yang pakai kot labuh yang sama macam Am Zaini muncul. Berdebar jantung dibuatnya.

“Chad! I lupa bawa...” Kata-kata Amna terhenti. Kakinya kaku. Jantungnya rasa macam dah lompat keluar dari badan dan cabut lari dulu.

Melalui cermin, dia dapat lihat muka Nick yang terkejut tengok dia. Oh No! Perlahan-lahan Nick paling dah hadap Amna. Mencerun mata Nick tatap Amna.

“You...Am Zaini?”

Amna rasa nak rebah. Habis la dia. Ada satu rahsia tentang Nick yang dia baru dapat tahu. Nick tak suka penulis lirik perempuan! Jay baru beritahu dia semalam. Sebab tu dia nak sangat suruh Amna menyamar jadi lelaki.

Amna tarik nafas dalam-dalam. Okay Amna...you have to run. Now!

Amna mula buka langkah luas-luas.  Dia berjaya capai pintu. Tapi dalam masa yang sama, Nick dpaat tarik pinggang dia.

“Let go off me!” jerkah Amna cuak. Nick nak buat apa dengan dia sampai tangkap dia macam ni? Can’t he just let me go?

Nick ketawa keras. “No, my dear. You deserve a punishment for putting my feeling in a havoc!” Nick terus pikul badan Amna atas bahu dia dan keluar dari tandas lelaki.

Mujur tak ada orang nampak Nick pikul Amna. Dia langsung tak pedulikan jeritan Amna dan pukulan gadis tu kat belakang badan dia. Pintu limosin dia buka dan tubuh Amna dia campak ke atas seat. Bila Amna cuba nak buka pintu sebelah sana, cepat-cepat Nick timpakan tubuhnya ke atas Amna.

“Andy...drive home please.” Dia bagi arahan pada pemandu peribadinya.

“The party, sir?” Andy tanya. Wajahnya tak beriak tengok betapa selamba Nick tindih tubuh seorang gadis yang tengah meronta-ronta. Bukan sekali ni aje Nick buat perangai tak senonoh macam ni.

“Home!” Sepatah arahan Nick sebelum dia naikan penghadang di antara dia dengan Andy. Dan kereta terus bergerak tak lama lepas tu.

*****
Dah penat Amna meronta tolak tubuh Nick daripada tindih dia. Tapi Nick langsung buat tak tahu. Kenapa dengan lelaki ni? Ada masalah mental ke apa? Agaknya dia belum betul-betul mengenali Nick. Entah-entah dia memang jenis psiko. Benci sangat ke dia dengan penulis lirik perempuan sampai sanggup layan Amna macam ni?

Sampai dekat penthouse Nick, barulah Amna dilepaskan. Tapi Amna tak duduk diam. Apa gila Nick bawa dia masuk dalam bilik? Ni dah jadi kes seram terlampau. Agaknya memang benar semua kehidupan artis memang liar. Asal berkenan aje, bawa terus masuk bilik tidur. Tapi Nick berkenan ke dekat dia? Bukan ke Nick tengah marah pada dia sebab dia dah menipu?

Opps...bukan dia yang menipu. Tapi Jay. Jay yang tipu Amna, tipu Nick. Jay tak beritahu Amna yang Nick alergik dengan penulis lirik perempuan. Jay juga tak beritahu Nick yang Am Zaini tu perempuan. So sekarang marilah ajak Nick marah Jay. Bukan marah dia.

Nick berjalan mundar-mandir di hadapan Amna. Rambutnya diusap berkali-kali sampai jadi tak terurus rambut separas bahu tu. Bahang terasa satu tubuhnya. Dia rasa tertipu sangat. Rasa diperbodohkan.

“You....” Langkahnya terhenti. Wajah Amna dipandang. “Amna Husaini, kan?”

Amna telan air liur. Cara Nick pandang dia, cara Nick sebut nama dia...penuh dengan kebencian. Apa masalah lelaki ni? Kenapa dia benci sangat dengan penulis lirik perempuan?

“Kalau ya...kenapa?” Amna lipat tangan rapat ke dada. Dia perlu tunjuk lagak defensif. Amna tak akan mengalah lagi dengan Nick. Menyesal pula dia tersuka kat Nick. Rupa-rupanya lelaki ni gila! Mad  hatter! Harap muka je yang boleh gugah iman.

“Apa niat sebenar you?” Nick dah berdiri betul-betul depan Amna.

“I tak ada niat apa-apa!” Amna balas renungan tajam Nick.  Dia tak akan sesekali mengalah pada Nick macam tadi. Patutnya tadi dia kena meronta dan menjerit sepenuh tenaga. Ni tak pasal-pasal dia dah terperangkap dalam bilik tidur lelaki tu. Gila betul!

“You jangan nak main-mainkan I!” Nick cengkam lengan Amna hingga tubuh gadis tu terdorong rapat pada tubuhnya.

“Tak ada sesiapa main-mainkan you!” Amna ketap gigi. Lengannya yang sakit dicengkam Nick, dia cuba tarik. Tapi tak lepas-lepas. Makin kuat pula Nick tarik. Akhirnya dia terpaksa berhenti melawan sebab tak nak terus sakit. Melampau tau!

“You tau I tak suka bekerjasama dengan female lyricist. Apa helah sebenar you?” Nick tak akan termakan dengan helah Amna. Dia tak akan terpengaruh atau jatuh kesian dengan wajah comel Amna. Wajah tu sedang dalam ketakutan. Sikit pun dia tak rasa apa-apa. Baginya, Amna berhak dihukum sebab dah tipu dia.

“I tak tau pantang larang you. Jay baru beritahu I semalam. And F.Y.I...Jay yang aturkan supaya I menyamar jadi lelaki. Kalau you tak puas hati, you tanya sendiri pada Jay. Now...please let me go!” Amna terus bercakap sambil ketap gigi menunjukkan dia benar-benar tengah marah.

“Kenapa you setuju?” Nick belum lagi nak terima alasan Amna. Pada dia, Amna sengaja nak gunakan nama Jay demi nak selamatkan diri.

“I had my own reason which is none of you business!” Amna cuba lagi tarik tangannya. Tapi tak berjaya juga nak lepas. Entah dari mana datangnya ilham, Amna dapat satu idea gila. Dia angkat kaki dan terus pijak kaki Nick kuat-kuat sampai lengannya terlepas.

Amna terus lari bila Nick tengah menjerit kesakitan. Dia hampir jatuh bila Nick tarik kot labuh yang dia pakai. Mujur kot tu agak besar dan mudah tertanggal dari badan Amna. Dapat juga Amna lepaskan diri tinggalkan Nick yang hanya dapat tarik kot dia. Dengan panik, Amna berlari ke pintu. Kenapa luas sangat bilik Nick ni? Nak dapatkan pintu pun terasa jauh.

Tombol pintu dia pulas. Tapi tak mahu terbuka. Crap! Tentulah Nick dah kunci pintu tu. Yang pelik, kenapa tak boleh buka dari dalam? Kunci apa yang Nick guna?

“Amna Husaini...or you prefer Am Zaini?” Nick dah betul-betul ada kat belakang Amna.

Terpaksalah Amna berpaling hadap Nick yang dua-dua tangan dia tengah tahan kat pintu di kiri kanan Amna. Dia dah terkepung. Apa lagi yang Nick mahu dari dia?

“What do you really want, Mister Nik Zaen Redza?” Amna rasa penat nak lawan Nick. Rasa macam budak-budak. Mereka kan dah dewasa. Jadi baiklah selesaikan hal ni cara orang dewasa.

Amna pandang Nick. Belum pernah la dia dekat sangat dengan mana-mana lelaki macam ni. Muka Nick dengan muka dia tak sampai sedepa jaraknya. Pertama kali dia dapat tatap wajah Nick secara dekat macam ni. Getaran halus di dada mula nak buat khianat.

Nick pandang wajah Amna. Air muka yang dah berubah jadi polos...mengalah. Dah tak ada aura defensif yang buat riak comel tu macam pembunuh upahan. Dia suka tengok wajah Amna yang ni. Yang comel...yang defenseless. Rasa macam nak....

Nafas Nick terasa panas timpa muka Amna. Eh? Kenapa dia rasa Nick sangat dekat? Dekat sangat? Dekat...dekat dan....

Buat beberapa saat, Amna hilang dirinya. Bila dia sedar, air mata dah bergenang kat tubir mata. Kehormatannya rasa dicabul. Nick dah cium dia! Tak guna punya Nick! Ringan tangannya melayang kena pipi Nick.

*****
“Am...please...come back!” Jay dah merayu-rayu.

Amna rasa lemas. Tambah lemas bila rumahnya tiba-tiba dipenuhi jambangan bunga minta ampun dan maaf daripada Nick.

“No, Jay...sorry. Am Zaini kena hilangkan diri. I nak jadi diri I semula. Biarlah I tulis lirik yang orang tak nak nyanyi.” Amna lagi rela jadi dirinya yang dulu daripada dirinya yang sekarang.

Sungguhpun lirik ciptaannya dah terlebih popular, dia tak rasa bahagia sejak kejadian di bilik tidur Nick hari tu. Amna jadi fobia...jadi benci. Dia benci Nick. Benci Uno. Benci Am Zaini! Sebabkan tu semua, diri Amna rasa murahan. Mungkin pada Nick cium tu perkara biasa. Tapi bagi Amna, dia tak suka diperlakukan sebegitu murah.

*****
Loceng pintu dibunyikan berkali-kali. Amna berdengus geram. Entah bunga apa pula yang Nick nak kirim kali ni? Rumah dia dah bertukar jadi kedai bunga dah ni. Dengan malas daun pintu dia buka.

“Delivery for Miss Amna,” kata si penghantar bunga. Jambangan ros merah tu sangat besar hingga muka si tukang hantar pun tak nampak.

Amna lepas keluhan berat. “Boleh tolong letak atas meja tak?” pintanya. Tak kuasa dia nak bawa jambangan bunga besar gedabak tu. Nampak berat aje.

Si penjual bunga pun letak jambangan tu atas meja yang ditunjukkan. Amna renung jambangan tu sebelum alih pandangan ke arah si penghantar tadi. Terus mulut Amna terlopong sampai dagu nak cecah lantai.

“Amna....” panggil Nick. Dia lempar senyuman  pada gadis tu. Dengan harapan Amna tak halau dia keluar.

Muka Amna berubah merah menahan marah. Oh...ini tak boleh jadi. Nick tak akan dibenarkan buat onar pada dirinya lagi. Lantas dia tunduk dan tarik keluar bet baseball dari bawah sofa. Sengaja dia simpan kayu pemukul tu kat situ atas tujuan pertahanan diri.

“Get out!” Amni dah nak hayun bet ke arah Nick.

“Amna..please...listen to me...”  Nick cuba nak pujuk Amna yang dah naik berang.

“Keluar Nick! Keluar!” Amna dah menjerit bila Nick masih selamba berdiri kat ruang tamu rumah dia. Memang tak makan saman lelaki ni! Amna mula mara ke arah Nick sambil hayun bet.

Nick terpaksalah main kejar-kejar dengan Amna kat keliling sofa. Dah macam orang gila Nick tengok Amna hayun bet. Takut sangat ke gadis tu pada dia? Ya...dia memang salah. Memang silap dia sebab buat Amna macam tu. Dia anggap Amna sama macam gadis-gadis lain yang dia kenal. Setakat cium macam tu...apalah sangat? Bukan luak pun! Tapi Amna bukan seperti gadis yang dia pernah kenal.

Amna tak peduli lagi dah pasal identiti Nick yang merupakan vokalis utama kumpulan Uno. Yang dia tahu, Nick lelaki kurang  ajar yang suka bertindak sesuka hati.

“Amna..stop!” Nick angkat tangan konon nak tangkap bet yang dihayun Amni. Tapi dia tersilap tangkap. Belakang tangan dia terkena hayunan bet. Sakitnya bukan main hingga Nick terundur ke belakang. Mukanya berkerut sambil tangan kanannya mengipas-ngipas ke udara konon dapat buang rasa sakit.

Amna dah tergamam. Oh my! Dia dah cederakan lead vocalist Uno! Mampos!

****
Walaupun Amna benci sangat-sangat pada Nick tika tu, dia tak mampu nak jadi kejam tak berhati perut. Dengan rasa bersalah, dia tawarkan diri rawat tangan Nick yang sakit diketuk bet baseball. Sanggup dia sapu minyak panas pada tangan Nick sebelum bandage tangan kiri lelaki tu.

Nick pula sekadar mampu tahan perasaan. Jiwanya jadi kacau bila Amna buat baik padanya. Dia lebih suka Amna yang marah sebab sekarang ni jantung dia pun dah tak reti nak duduk diam tiap kali menatap wajah yang tenang tu. Ada apa pada Amna sampai buat hati dia rasa tak tentu arah?

Lirik-lirik yang Amna tulis untuk dia tu...dah buat dia nanar. Sampai dia fikir dia dah jadi gay sebab terjatuh cinta pada Am Zaini. Mujurlah Am Zaini tu Amna Husaini dan perempuan! Eh? Dia jatuh cinta pada Amna Husaini? Wajah gadis di hadapannya itu direnung sungguh-sungguh.

Amna pula dah rasa semacam bila Nick terus renung dia macam tak berkelip mata. Dah...lelaki ni kenapa? Tangan dia terkena bet ke kepala dia yang kena tadi?  Tika dalam keadaan yang serba tak kena tu, Amna tarik nafas lega bila dia dengar loceng pintu dibunyikan. Terima kasihlah sangat pada orang yang datang tu!

“Jay?” Terkejut Amna bila lihat Jay terpacak depan pintu apartmennya.

“Amna darling...please!”  Tiba-tiba Jay melutut sambil taupkan jemarinya kat dada macam nak sembah rayu Amna. “Please don’t leave. I will do anything for you!” Sungguh-sungguh Jay merayu macam pujuk kekasih pula gayanya.

Amna dah tergamam. Tak percaya Jay sampai sanggup buat macam ni sebab nak pujuk dia supaya jangan tinggalkan Orange Music. Belum sempat Amna nak kata apa-apa, tiba-tiba Nick muncul di sisinya. Selamba dia raih pingang Amna rapat padanya.

“Amna milik aku, Jay! Jangan nak rayu-rayu dia lagi.”

Mulut Jay terlopong luas. Dan Amna? Rasa nak bedal kepala Nick betul-betul dengan bet baseball! Sengal betul mamat ni enterframe perbualan orang tak bagi salam. Kan dah salah faham! Dan apa maksud dia kata macam tu? Sejak bila Amna jadi milik Nick? Grrrr!

*****
“50 meters?” Nick melaung. Terkejut dengar syarat yang Amna letakkan jika mereka nak dia kekal di Orange Music. “Merepeklah!”

Jay gerakkan jarinya di depan muka Nick. “You must obey, Nick. I tak nak kehilangan dia. Sejak dia jadi penulis lirik Uno, nama band you tu naik mencanak-canak.”

Nick raup wajahnya dengan rasa tak percaya. Amna dah letakkan syarat supaya dia perlu sentiasa berada 50 meter jauh dari gadis tu.  Dah macam dapat restraining order daripada mahkamah pulak!

“Nick...tolonglah hormati permintaan Am. Dia dah benar-benar takut pada you. I pun tak faham kenapa Am jadi macam tu.” Jay geleng kepala, kesal.

Wajah Nick bungkam. Padan muka kau, Nick. Bukan ke kau yang buat Amna jadi macam tu? Nick marah diri sendiri sebab suka sangat bertindak sesuka hati dia. Nick masuk semula ke dalam studio. Rasa tak semangat nak berlatih. Terpaksalah dia batalkan latihan hari tu.

Tapi Nick tak terus balik macam kawan-kawannya yang lain. Dia capai gitar akustik. Jiwa rasa kacau tiba-tiba. Dan ubatnya mudah. Petik gitar ikut suka jiwa dia. Tapi petang tu, dia tergerak hati nak mainkan satu melodi yang dah lama dia cipta. Cuma belum ada lirik yang sesuai yang kena dengan jiwa melodi tu.

Sedang asyik dia memetik gitar, dia ternampak kelibat Amna yang baru melintas studio yang berpintu kaca. Apa lagi, sepantas kilat dia letakkan gitar dan berkejar mendapatkan Amna. Dah tak peduli lagi dengan larangan yang Jay beritahu tadi.

Namun belum sempat Nick nak memanggil, Amna kemalangan di depan matanya. Habis berterabur kertas-kertas yang tersusun kemas di dalam fail yang dibawa gadis tu masa dia kalut nak seluk beg untuk mengambil telefon yang berbunyi.

Amna terpaksa bercangkung sambil kutip kertas sambil bercakap di telefon.

“Am! Lama tak jumpa kau. Sihat?” Suara ceria Farisya berkumandang di telinga Amna.

“Aku sihat, Fa. I’m doing...” Kata-kata Amna tersekat bila Nick tiba-tiba datang bantu dia kutip kertas. “...fine.” Bergetar perasaan bila Nick senyum padanya. Tapi Amna malas nak layan perasaan. Dia terus kutip kertas. Sebenarnya kertas-kertas tu lirik lagu yang dia karang.

“Fa...boleh aku call kau lepas ni? Aku ada hal kejap.” Perlahan-lahan Amna berdiri. Begitu juga dengan Nick.

Sambil tunggu Amna habis bercakap, Nick belek sehelai kertas di tangannya. Lirik lagu...Aura Jiwa? Dia rasa tertarik dengan tajuk. Lalu rangkap lirik ditelitinya bait demi bait. Mata Nick terus jadi bulat. Dadanya rasa berdebar-debar. Lirik ni...melodi tu...perfect!

Lalu tanpa jelaskan apa-apa pada Amna, Nick capai pergelangan tangan Amna dan tarik gadis tu masuk ke dalam studio. Amna pula dah jerit minta tolong sebab sekali lagi Nick dah culik dia.

“Amna...chill, darling.” Nick lepaskan tangan Amna dan angkat kedua-dua belah tangannya ke udara. “I just wanna show you something. Please, Amna...beri I masa untuk jelaskan.” Nick merayu. Takut pulak dia kalau ada orang yang dengar jeritan Amna nanti. Tak pasal-pasal dia dapat restraining order betul-betul daripada mahkamah. Habis masa depan Uno!

Amna urut dada pandang Nick. Pucat dah muka dia sebab takut fikirkan apa yang Nick nak buat padanya.

Nick tunjuk lirik Aura Jiwa di tangannya. Kemudian dia tunjuk piano. Beri isyarat supaya Amna ke sana dengannya. Nick atur langkah dulu. Lambat-lambat Amna ikut. Nick dah duduk atas bench. Lirik Aura Jiwa dia klip atas notes stand atas piano.

Nick tarik nafas dalam-dalam sebelum jari-jemarinya mula tekan mata piano mainkan melodi yang disimpannya selama ni. Bila dia mula nyanyikan lirk Aura Jiwa ikut melodi yang dia mainkan, jiwa Amna rasa terbang.

Getaran halus yang usik jiwa mula kacau perasaan Amna. Matanya terpaku pada Nick. Terpaku pada jari-jemari Nick yang panjang dan cantik yang sedang tekan mata piano. Kemudian matanya terpaku pula pada bibir nipis Nick yang nyanyikan lirik lagunya. Those fingers, those lips, that voice, this man, the song...buat Amna nak jatuh pengsan!

*****
Hati Amna mula tak keruan sejak kejadian di studio hari tu. Lepas kejadian tu, Amna memang elak terserempak dengan Nick kat studio. Kalau Uno berlatih, jangan haraplah Amna nak datang ke situ. Sebenarnya tak perlu pun Amna nak selalu muncul kat studio sebab dia cuma penulis lirik. Tapi Jay yang paksa dia datang macamlah dia staff kat situ.

Selain ada bakat tulis lirik, Amna pernah ambil kursus Music Management. Dan Jay selalu gunakan khidmat dia untuk uruskan Orange Music. Kiranya dia freelance consultant Jay. Sebab tu dia selalu ada kat studio. Tapi lepas kejadian tu, Amna memang sengaja mengelak. Kalau Jay perlukan khidmat nasihatnya, mereka buat panggilan video ajelah. Tak pun borak kat Skype.

Amna buat semua ni sebab dia tak mahu layan perasaannya. Dia mahu hentikan apa yang dia rasa pada Nick. Tak mungkin Amna ada masa depan dengan lead vocalist Uno yang punya beribu peminat tu. Amna nak elak berterusan jatuh cinta dengan Nick!

*****
Nick tak senang duduk. Nak tumpu perhatian pada latihan pun tak boleh hinggakan Duran, ketua kumpulan mereka, dah tegur sikap tak acuh dia. Nick bukan sengaja tak nak bagi komitmen. Jiwanya sedang kacau.

Sejak dia nyanyikan lirik Aura Jiwa, hatinya dah melayang pada Amna. Dia perlu dapatkan semula hati yang hilang tu. Masalahnya pencuri hati dia dah hilangkan diri. Jay pun tak tau Amna ke mana. Puas Nick telefon dan mesej Amna. Tapi tak pernahnya dijawab dan dibalas. Seolah-olah Amna larikan diri daripada dia.  Amna pun rasa juga ke apa yang dia rasa?

“Bro...kau ni kenapa? Macam ibu ayam hilang anak aje?” tegur Duran bila dia tengok Nick serba tak kena. Resah ke hulu hilir sambil usap rambut berkali-kali.

“Amna...” Nick sebut nama tu.

Duran senyum senget. “Kau dah jatuh rupa-rupanya.” Dia terus terbahak gelakkan Nick. Akhirnya cair juga hati ais temannya. Ingatkan lepas dia putus cinta dengan Kayla, Nick tak akan jatuh cinta lagi. Tak akan bekerjasama dengan penulis lirik perempuan lagi. Tapi lepas kemunculan Amna, Nick berubah. Semua pantang larang dia langgar.

Nick jeling Duran. Rasa nak tumbuk aje muka lelaki tu sebab ketawakan dia.

“Amna balik kampung la.” Duran terpaksa mungkir janji. Beberapa hari lepas dia terserempak dengan Amna. Tika tu keadaan Amna sama macam Nick hari ni. Resah gelisah. Serabut. Masalah mereka sama. Takut jatuh cinta.

“Mana kau tau?” tanya Nick curiga. Tak pernah pun dia tahu Amna rapat dengan Duran. Terbit rasa cemburu di hati.

“Rileks, bro.” Duran tepuk bahu Nick. “Am tu aku dah anggap macam adik aku. Tak payah cemburu. Pergi la kejar dia, Nick. Aku yakin...perasaan dia sama macam kau.”

Dan debar di hati Nick makin menggila. Debar tu tak akan tenteram selagi dia tak bersemuka dengan Amna.

****

Dah lama Amna tak petik gitar. Sejak tumpukan sepenuh masa pada penulisan lirik, Amna jarang habiskan masa gubah melodi. Lagipun sejak sertai Orange Music, banyak masanya dihabiskan bantu Jay uruskan syarikat rakaman tu.

Sambil petik gitar, Amna lantunkan suara nyanyi medley semua lagu yang pernah ditulisnya sama ada semasa dia menulis sebagai Amna Husaini atau Am Zaini.

Bila tiba giliran Aura Jiwa, Amna teragak-agak. Jarinya kaku. Suaranya tersangkut. Tak mampu kot dia nak nyanyi lagu tu tanpa terkenangkan Nick. Amna telan air liur. Dia kena berani hadap kenyataan. Amna tak boleh lari selama-lamanya.

Lalu jarinya mula petik string, mainkan melodi yang dicipta Nick. Sebentar kemudian suaranya ikut alunkan lirik yang dia karang. Sedang asyik dia melayan jiwa, tiba-tiba telinganya mendengar satu suara yang sama-sama menyanyi dengannya. Nick?

Walaupun jarinya masih petik gitar, bibirnya masih menyanyi, Amna toleh. Nick yang sedang berduet dengannya tersenyum. Lama mata mereka terpaku sambil duet sama-sama hingga lagu habis.

“Wow...amazing...you have a beautiful singing voice. Macam Yuna.” Nick duduk di atas batu, berhadapan dengan Amna.  “Mungkin satu hari nanti kita boleh berduet.” Senyuman Nick terkandung banyak makna.

Goosebumps! Amna telan air liur. “Kenapa you ada kat sini?” Amna kawal suara supaya tak gabra.

“I cari hati I yang hilang.” Senyuman Nick makin mengumpan.

Hati Amna mula tertarik perlahan-lahan walau cuba dia tahan. Don’t Amna...he’s not in your league! Amna sedar diri.

“Well...good luck. Kalau tak jumpa, buat aje police report.” Selamba, Amna bangun. Gitar dia letak tepi sebab dia terpaksa buat aksi melompat turun dari batu.

“Kalau I buat police report, you’ll be arrested.”

Amna terus tergelincir sebelum sempat dia nak lompat. Tapi cepat aje tangan Nick sambar tubuhnya dan mereka sama-sama jatuh terlentang atas pasir.

“Ouch...” Sakit badannya terhentak kat pasir. Mujur tak atas batu. Amna hanya mampu pandang langit biru.

“Amna,” panggil Nick yang terbaring  di sisi Amna. Dia pun tengah tatap langit biru. “Hati I yang hilang tu ada pada you.  Pulangkan, please?”

“Amik la...I tak sudi simpan hati you!” Amna rasa nak marah. Macam lah dia suka-suka nak curi hati Nick.

“Amna...” Nick sebut nama Amna.

Dan Amna...goosebumps lagi. Dada rasa bergetar. Apa lagi Nick nak buat kat dia?

“I love you!”

Amna rasa langit biru dah timpa tubuh dia macam selimut quilt!  Sebelum dia mati lemas dengan perasaan yang macam-macam, lebih baik dia bangun dan selamatkan diri.

“Amna!” Nick dah capai tangan Amna. Terhenti terus gerak gadis tu nak berdiri. “I memang benar-benar cintakan you.” Wajah Amna dia renung.

Amna gelak pendek dalam cubaan nak sorok debar di dada. “You jatuh cinta dengan lirik I...bukan dengan I.” Amna tarik tangannya dan terus berdiri. Pasir yang melekat pada pakaian dan rambutnya ditepis laju-laju.

“Lirik you adalah you.” Nick tak akan mengalah. Selagi Amna tak luah perasaannya, selagi tu dia tak kan lepaskan Amna.

“Nick...kita tak sesuai bersama.”  Amna tak tahu kenapa dia tunjuk degil. Kenapa tak nak mengaku saja perasaan sebenarnya? Kenapalah dia nak juga jual mahal?

“Alasan cliche. I tak akan terima.” Nick capai tangan Amna. “I nak jumpa parents you!” Dia terus tarik Amna.

“Nak jumpa buat apa?” Amna dah cuak. Kakinya bagai diseret pula ikut langkah panjang Nick.

“Nak lamar you la. Kena ikut proper channel, darling...sebelum I buat apa yang I nak buat pada you.” Senyuman Nick amat menakutkan Amna.

Lelaki ni memang psiko! Amna ketap gigi. “Nick!” Dia cuba tarik tangannya.

“Amna,” balas Nick bersahaja sebelum dia tergelak. “Kahwin dengan I, Amna. Lepas tu baru kita belajar bercinta. Masa tu kalau I ‘terbiadap’ dengan you pun bukan lagi masalah besar.”

“Nick...” Amna tak tahu nak cakap apa. Perlu ke dia mengalah? Perlu ke dia serah diri pada perasaannya?

“Amna...” Nick berhenti melangkah dan pandang wajah Amna yang nampak keliru. “Kalau you tak rasa apa yang I rasa, cubalah lari...sekarang.” Dia kenyit sebelah mata. Sengaja nak cabar Amna, bakar perasaan Amna. Sebab kalau Amna lari sekalipun, dia akan kejar.

Kaki Amna dah terpaku walau kepala dia jerit-jerit suruh lari. Amna tak lari sebab dia tengah dengar kata hatinya. Let it go, Amna...bebaskan perasaan tu. Biarkan ia melayang. Lagipun...hanya dia aura jiwa!

Perlahan-lahan Amna ukir senyuman. Dan Nick...tarik nafas lega. Hanya Amna aura jiwanya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 21, 2014 18:15

August 20, 2014

Ceciput Sera: #jump


Kalau nak baca cerita ni dengan kelajuan cahaya, coleh request masuk grup Sera Elya. KLIK SINI. Tapi kalau nak baca sekali harung in one go one shot, tunggu jelah saya upload complete episod kat blog ni yer.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2014 18:20

August 19, 2014

Ceciput Sera: Hanya Dia...Aura Jiwa 1/2

Farisya mencuit bahu Amna. Keningnya terangkat dua-dua belah. “Kau dah tengok carta muzik-muzik minggu ni?”

Amna geleng tunjuk muka tak berminat. Dia terus tongkat dagu membelek skrin PC. Dah beberapa jam dia duduk tegak macam batang kayu scroll sana scroll sini kat wall Facebook. Entah apa yang dia cari, dia pun tak tau. Asyik baca wall status orang yang bermacam-macam.

“C’mon la...jangan tunjuk muka tak semangat camtuh? Kalau peminat kau tengok, mesti mereka pun tak semangat.” Farisya dah geleng kepala. Semenjak album baru keluar ni, Amna memang tak ceria langsung.

“I quit.” Dia melepaskan keluhan. Badan disandar pada kerusi.

“Hwattt?” Farisya dah terpekik. Terkejut dengan keputusan mendadak yang dibuat Amna.

“Kesian Yanni...mesti dia kecewa album pertama dia tak meletup. Killer song yang sepatutnya killer...cuma suam-suam air masak aje. Nak jadi soundtrack drama pun tak lepas. Suara dia bagus. Tapi aku gagal gubah lirik yang terbaik untuk dia.”  Amna bangun. Capai mug dan berjalan ke pantri.

“Tak kan kau nak tinggalkan Red Music macam ni saja? Rod dah tau?” Farisya ikut belakang Amna.

Amna geleng sambil hirup kopi yang baru dia bancuh. Hari tu saja entah berapa mug kopi yang dah masuk ke dalam perutnya. Hanya kopi. Dia tak makan dan tak minum benda lain. Kepalanya dah mula berdenyut. Dah beberapa hari dia tak lena tidur memikirkan keputusan yang dia dah putuskan tanpa bincang dengan sapa-sapa.

“You can’t quit just like that, Am! It’s not fair...to you...to this record label...to Rod and to those people who support you all this while!” Tiba-tiba Farisya beremosi. Matanya dah bergenang air mata.

Sampai Amna pun berpaling pandang muka Farisya dengan dahi yang berkerut-kerut. “Yang kau emo sangat ni kenapa? Yang nak quit aku...bukan kau. Chill la!” Amna letak mug kosong dalam sinki. Dia jalan ke meja dan capai sling bag.

“It’s over, Fa. My career has ended. I failed as a songwriter. See you when I see you!” Amna terus keluar dari bilik karya tempat dia selalu menulis lirik lagu. Rod memang sayangkan Amna hingga sanggup sediakan bilik khas tu untuk dia.

Farisya lepas nafas berat. Bagi dirinya dan semua orang di Red Records, Amna bukan tak bagus atau tak popular. Lirik-lirik lagu yang diciptanya banyak yang dah masuk carta Top 20. Cuma belum pernah melepasi Top 5. Sekurang-kurangnya ada juga lirik ciptaannya berjaya masuk carta. Ada sesetengah lagu, tak pernah pun dapat masuk. Putar sekali dua kat radio, minggu seterusnya terus senyap. Ada yang langsung tak masuk radio pun hado. Amna patut rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya ramai juga orang kenal nama Amna sebagai penulis lirik walaupun dia tak sepopular Habsah Hassan, Mama Juwie, Loloq, LY, Baiduri....tu semua komposer otai.



****

Amna hela nafas berat. Dia dah nekad. Gadai yang sana, taruhkan yang sini. Apa nak jadi, jadilah! Dia dah tak peduli. Kalau tak cuba, dia tak kan tau sejauh mana kemampuan sebenarnya.  Muka Jay dia pandang.

“Are you sure you want me?” Nada suara Amna serius. Riak mukanya pun sama.

Jay tersenyum. “Of course I want you.” Dia angkat kening. “You’re Amna Husaini...pencipta lirik lagu-lagu bercorakkan  motivasi, keamanan, semangat cintakan negara....sangat patriotik.”

Amna dapat rasakan yang Jay tengah sindir dia dengan gaya yang bersahaja. Tapi dia tak kecik ati pun. Memang itu hakikatnya. Lagu Amna boring! Veteren aje yang suka dengar.

“I don’t want to be Amna Husaini anymore.” Amna tegaskan pendiriannya.

“Okay...”  Jay taup jari-jemarinya. “Who you wanna be?”

“Anonymous song writer!” Muka Amna serius.

Jay kecikkan mata renung wajah Amna. Satu idea timbul di kepalanya. Kebetulan dia memang sedang usahakan sesuatu yang perlukan orang seperti Amna. Perlahan-lahan senyuman di bibir Jay lebar dan penuh muslihat.

“I akan kabulkan permintaan you. Amna Husaini...no more...welcome...Am Zaini.”

****

Nick renung lirik lagu di tangannya. “You want me to compose a melody for this song?”

Jay angguk. “Ni single baru Uno.”

Nick tarik nafas dalam-dalam. Sejak baca lirik di tangannya, dia dah dapat ilham untuk gubah lagu untuknya. Macam cinta pandang pertama. Liriknya kena dengan jiwa Nick. “Sapa yang gubah lirik ni?” Nick tunjuk kertas di tangannya.

“Pendatang baru.” Pendek jawapan Jay. Macam nak berahsia.

“Nama?” Nick amat particular dengan siapa dia bekerja. Dia tak pilih sebarangan orang. Kejayaan kumpulannya bergantung  kepada  siapa yang bekerja dengan mereka.

“Am Zaini.”

“A guy?” Kening Nick terangkat. Kenapa dia tak rasa macam lelaki aje yang gubah lirik tu? “Are you sure?”

“Yup...dan dia minta supaya identitinya tak didedahkan. He wants to be anonymous.” Jay terus cakap macam tu sebab dia tak mahu Nick terus asak dia dengan banyak soalan.

“Okey.” Dan Nick...bila tengok Jay tunjuk muka udah-jangan-tanya-banyak-soalan-lagi terus aje diam tak tanya lagi. Dia bawa masuk lirik tu ke dalam studio dan mula petik gitar sambil tulis note muzik.

*****

Farisya dan Rod sama-sama teliti carta muzik-muzik yang baru keluar. Nama kumpulan Uno dah menjuarai carta berbulan lamanya sejak single pertama mereka ‘Lelaki Sedingin Dia’  dikeudarakan.  Tak lama lagi mereka akan keluar dengan single kedua. Dengar kata, lagu tu akan lagi hebat daripada single pertama. Jumlah download saja dah hampir mencecah 100,000. Tu belum lagi album penuh mereka dikeluarkan.

“Siapa Am Zaini ni? Tak pernah dengar pun.” Dahi Farisya berkerut fikir tentang nama baru yang muncul tiba-tiba. Gandingan Am Zaini dan Nick memang kebaboomlah. Uno yang sebelum ni memang dah banyak kali jadi juara carta, bertambah lagi popular sejak bergabung dengan penulis lirik baru tu.

“Katanya dia tu anonymous. Orange Music memang jaga sangat rahsia identiti dia.” Rod mula rasa terancam. Kalau artis-artis di bawah labelnya tak ada yang dapat tandinginya Uno, syarikat rakamannya boleh tergugat.

*****
“Hanya Dia Cinta...dah pecahkan rekod muat turun Lelaki Sedingin Dia. Tahniah Am!”  Jay lipat surat khabar hiburan di tangannya.

Amna tersenyum puas. Tak sangka. Ubah nama, ubah identiti, ubah gaya penulisan lirik, dia dah berjaya jadi juara carta. Dua buah lirik ciptaannya kini menjadi siulan berpuluh ribu peminat. Dan single ketiga Uno lepas ni...akan lebih meletop. Amna dah senyum penuh kepuasan. Tak sia-sia dia berkorban gadai masa depannya di Red Records dulu.

*****
“Yang Dia Pilih jadi juara carta 6 minggu berturut-turut?” Bulat mata Farisya tengok carta minggu tu. Liat benar lagu-lagu Uno nak turun carta. Single pertama dan kedua mereka pun masih dalam carta Top 10. Tak pernah terkeluar. Cuma turun naik aje. Siapa Am Zaini ni sebenarnya? Kenapa lagu-lagu dia berhantu sampai macam ni?

*****
Nick mundar-mandir keresahan. Dia baru saja tamatkan konsert mini nak promosikan album baru mereka yang akan dilancarkan bulan depan. Dalam album tu ada ketiga-tiga single meletop Uno. Jay beritahu single ke-4 yang akan dilancarkan sekali dengan albumnya akan lebih kebaboom. Ya...Nick pun dah rasa macam tu. Dia dah pun siap gubah melodi untuk Pinky Promise..satu-satunya lagu Inggeris yang termuat dalam album baru Uno.

Yang meresahkan Nick bukan pasal pelancaran album atau jadual promosi yang ketat. Dia resah sebab lirik-lirik Am Zaini tu macam kena kat batang hidung dia sendiri. Lirik lagu Am Zaini macam nak suruh dia jadi seperti lelaki yang digambarkan dalam lirik tu!

Itu yang melemaskan Nick. Dia bukanlah lelaki yang sempurna seperti yang lirik Am Zaini gambarkan. Masalahnya sekarang, peminat Uno terutama peminat dia dah overboard. Mereka betul-betul hayati lirik lagu tu sampai fikir Nick la lelaki yang digambarkan dalam lagu. Memang berhantu betul lirik Am Zaini hinggakan Nick rasa hilang identiti diri.

Lirik-lirik Am Zaini betul-betul dah jadikan Nick lelaki idaman se-Malaya! Dan betul ke Am Zaini tu lelaki? Macam tak aje! Dan satu badan rasa berbahang bila fikir kemungkinan yang Am Zaini tu perempuan!

*****
“Jay...aku nak jumpa Am Zaini,” pinta Nick sehari sebelum album terbaru Uno nak dilancarkan sekali dengan single ke-4 mereka.

“Nope. Not possible.” Jay tak nampak berminat pun dengan permintaan Nick.

“Kau nak aku menghilangkan diri esok?” Nick mula mengugut. Dia akan guna apa jua cara hingga Jay temukan dia dengan Am Zaini.

“Don’t be ridiculos, Nick!” Jay tepis ugutan Nick. Muka dia dah serius. “Kita kena hormati permintaan Am.”

“I don’t give a damn ‘bout that. I need to see Am Zaini!” Nick dah letak dua-dua tangan atas meja Jay sambil kedepankan badan ke arah Jay.

“Jangan nak tunjuk gila kat sini, Nick. Jangan buat perangai!” Jay dah keluarkan amaran. Tak suka betul dia kalau orang ugut dia macam ni. “Jangan nak gadaikan masa depan Uno semata-mata kau nak puas hati kau!”

“I need to see Am Zaini!” Nick ketap gigi dan sebut satu persatu perkataan yang keluar dari bibirnya.

*****
Amna terbaring sambil kunyah potongan epal merah. Sebelah tangannya selak majalah hiburan. Senyum-senyum bibirnya menatap gambar-gambar Uno. Kembang-kembang hidungnya setiap kali nama ‘Am Zaini’ dicetak atas helaian art paper berwarna tu.

Senyuman malu-malu kucingnya mati bila matanya terpandang wajah Nick, si penyanyi utama Uno. Amna tarik nafas gementar. Ada getaran halus di dadanya tiap kali dia memandang wajah lelaki tu. Lelaki yang jadi sumber inspirasi lirik-lirik Am Zaini.

Amna tak tahu sejak bila dia mula tertarik dengan persona Nick. Sebelum ni tak pernah pun dia rasa tertarik dengan mana-mana artis yang pernah bekerjasama dnegannya walau hensem mana  pun muka mereka.

Tapi dengan Nick...dia rasa lain. tiap kali lirik ciptaannya digandingnya dengan melodi yang digubah Nick, dia rasakan seolah-olah lelaki itu sedang membelai jiwanya. Amna senyum gementar. Kalau la ada orang tau apa yang ada dalam fikirannya sekarang, malu besar dia.

Nick tu sapa yang dia nak jatuh suka bagai? Nick tu superstar. Lelaki idaman Malaya sebelum dia bekerjasama dengan Uno lagi. Hari-hari ada orang yang jatuh cinta dengan Nick. Tak perlu la dia nak bersaing bagai. Nick sudi nyanyi lirik dia pun dah cukup bagus. Lagi bagus daripada dia jadi peminat mati keras Nick yang hanya mampu dapat autograf dia. kalau dapat salam Nick atau bergambar dengan dia, tu dah dikira bonus berganda.

Amna tatap gambar Nick. Lelaki tu ada aura pemikat dan penarik macam Adam Levine. Senyuman dia yang ada lesung pipit tu memang nampak comel dan....bahaya. Bahaya sebab senyuman dia tu lah yang banyak buat semua gadis, wanita dan makcik-makcik tak tidur lena. Termasuk juga Amna. Sejak dia tulis lirik untuk Uno, tiap masa sedar dan lenanya dia hanya fikirkan Nick.

Lelaki yang dia gambarkan dalam setiap lirik lagunya adalah Nick. Sungguhpun dia tahu Nick bukan macam tu orangnya tapi...tak salah kalau dia berharap menerusi liriknya.

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Amna dari lamunan. Lagu Lelaki Sedingin Dia mati bila dia swipe skrin ke tepi.

“Hai Jay.” Amna menegur dulu.

“Am...” Nada suara Jay macam berat sangat. Macam tengah pikul batu kat atas kepala.

“Jay?” Amna terus bangun dan duduk bersandar pada dinding kaca biliknya.

“I have to break a promise.” Nada suara Jay masih belum berubah nada. Macam serba salah.

“Which promise?” Dada Amna rasa berdebar-debar.

“Nick...”

Dengar aje nama tu disebut, jantung Amna rasa nak gugur. Oh my! Mampos!

*****

“Chad...are sure ‘bout this?” Dahi Amna dah berkerut-kerut pandang Chad pakar kesan khas yang mahir tukar muka orang hanya dengan peralatannya.

“I dulu keje kat Hollywood. Dah biasa buat keje-keje ni. You pernah tengok filem Mission Impossible, kan? I yang reka mask Tom Cruise pakai tu. Nampak real, kan?” Chad mula puji diri sendiri.  “You rileks dulu. I nak amik ukuran wajah you sebelum buat satu mask untuk you.”

Amna diam tak berkutik masa Chad ambil ukuran wajahnya. Bila Chad selesai aje, dia terus buka mulut. “Suara I...cemana?”

“Kita akan guna alat khas yang boleh ubah suara you. Nanti you tau la. I nak buat mask kejap.” Chad masuk ke dalam bilik kerjanya, tinggalkan Amna resah di situ.

Dia rasa semua ni kerja gila. Hanya kerana Nick ugut nak hilangkan diri masa pelancaran album terbaru Uno, Jay terpaksa langgar janji. Dan terpaksalah Amna minta bantuan cemas Chad untuk tukar dia jadi Am Zaini!

*****
Lepas selesai Nick nyanyikan single terbaru mereka, Pinky Promise, dia buat pengumuman yang  kejutkan semua orang. Sebab pengumuman dia tak ada dalam atur cara. Semua terpinga-pinga bila Nick umumkan Am Zaini akan naik ke pentas.

Muka Jay dah bertukar pucat. Sebab Amna mungkir janji. Patutnya Amna dah ada sekarang ni. Tapi sampai sekarang kelibat Amna langsung tak nampak. Mujur Nick tak tanya apa-apa sebelum dia naik pentas tadi. Buatnya dia bertegas nak jumpa Am Zaini sebelum naik pentas, mau huru hara jadinya.

“...Kami jemput Am Zaini untuk ke pentas...” Nick depangkan tangan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 19, 2014 18:13

August 5, 2014

Myrna Part #7 - Part #9



Part #7

Myrna buka matanya perlahan-lahan. Cahaya matahari berbalam-balam di sebalik daun yang merimbun. Dia bangun. Sebelah tangan raba leher. Darah dah berhenti mengalir. Tapi luka tu masih ada. Myrna bukan Myrna yang dulu yang cepat sembuh kalau terluka. Myrna kini manusia biasa yang lemah tak berdaya.

Dia cuba berdiri. Tapi lututnya lemah. Myrna terus terjelepok di atas lantai batu yang dingin. Tenaganya separuh hilang. Entah berapa banyak darah yang Darius dah ambil?

Darius! Dalam keadaan lemah macam ni, tubuh Myrna terasa menggigil mengingati demon yang kejam tu. Tanpa Klaymore, dia tak kan berjaya menentang Darius. Myrna kini tak ubah seperti boneka. Hanya tunggu nasib untuk digerakkan sesuka hati oleh Darius.

Tapi Myrna tak ada keinginan nak duduk, tunggu dan mengalah. Dia harus cuba lari selamatkan dirinya. Lalu perlahan-lahan dia bangkit. Dengan berkaki ayam, Myrna redah hutan pokok pine. Hutan yang sama macam mimpi dia. Mungkin lembaga mata merah yang dia nampak dalam mimpi tu ialah Darius. Mimpi yang cuba bagi dia amaran, tapi dia tak sempat nak tafsirkannya.

“Myrna...nak ke mana tu?” Darius dah terpacak di depan Myrna sambil berpeluk tubuh dan tersenyum senget.

Sungguh Myna terkejut. Bagaimana Darius boleh berjalan di bawah matahari?

“Menarik, kan?” Darius depakan tangannya seolah-olah menadah cahaya matahari supaya menyirami seluruh tubuhnya. “Aku boleh berjalan di bawah matahari tanpa rasa sakit.” Darius sendiri terkejut bagaimana dia boleh jadi begitu. Adakah sebab dia dah minum darah seorang demon slayer?

“Mustahil!” Myrna geleng kepala. Dalam masa 10 tahun ni macam-macam boleh berlaku. Mungkin Darius dah temui cara untuk membolehkan dia berjalan di bawah matahari. Tapi Myrna tak ada masa nak fikir tu semua. Dia perlu lari. Lari daripada Darius.

“Jangan cuba nak lari.” Sepantas kilat Darius dah halang laluan Myrna.

“Kau nak apa lagi, Darius?” tengking Myrna, tak sabar. Dia dah tak peduli lagi kalau Darius nak bunuh dia kat situ juga. Mati lagi baik daripada terseksa begini. Dilayan bagaikan tawanan. Perasaannya terseksa dengan ketakutan.

“Nak apa kau tanya?” Darius ketawa jahat. “Balas dendam la. Kau dah hapuskan coven aku. Kau dah cederakan aku hingga nyawa-nyawa ikan. Kau ingat aku boleh lepaskan kau macam tu saja?” Sebelah tangan Darius dah mencekak leher Myrna hingga gadis itu terangkat beberapa kaki ke udara.

Myrna rasa lemas. Dia tak dapat bernafas. Tangan Darius yang cengkam batang lehernya dicakar-cakar sekuat hati.

Darius lepaskan tubuh Myrna. Gadis tu terjelepok di atas tanah, mencungap menarik nafas.

“Kejadian tu berlaku 10 tahun dulu!” Terbatuk-batuk Myrna bersuara. “Kalau kau nak balas dendam sekali pun...biar la adil. Biar aku bersatu dengan Klaymore macam dulu. Kemudian baru kau boleh balas dendam.”

Dahi Darius berkerut pandang Myrna yang dah berdiri di depannya sambil bersandar pada pokok. “10 tahun lalu? Apa maksud kau?”

“10 tahun dah berlalu sejak pertarungan kita yang terakhir. Aku dah buang Klaymore lepas tu. Aku bukan lagi demon slayer. Kalau kau rasa berbaloi nak balas dendam, silakan.” Giliran Myrna pula depangkan tangan.

“10 tahun dah berlalu?” Darius rasa amat terkejut dengan maklumat tu. Anehnya dia tak ingat apa-apa. Apa yang dah berlaku padanya dalam masa 10 tahun tu?

“Selama ni kau ke mana, Darius? Dalam tanah?” tanya Myrna, sinis. Perlahan-lahan dia atur langkah. Berkaki ayam menghampiri sungai yang berhampiran. Myrna tak suka cium bau darah kering yang melekat pada pijama satin dan gaun tidurnya.

“Aku ke mana?” Darius tanya balik soalah tu pada dirinya. Dan dia tak ada jawapan. “Benar ke dah 10 tahun berlalu?” Darius ikut Myrna yang dah bercangkung di gigi air sambil basuh muka.

“Lantak kau la nak percaya atau tak.” Sesungguhnya Myrna tak kisah pun kalau Darius tak ingat apa-apa. Bukan masalah dia.

Myrna terjerit kuat bila tubuhnya tercampak ke dalam sungai. Mujur air tak deras. Dengan marah dia bangun hadap Darius yang sama-sama dah masuk ke dalam sungai. Habis basah bajunya. Jarang pulak tu. Tapi dia tak kisah sebab Darius ialah demon yang tak ada nafsu pada manusia!

Tapi telahan Myrna silap. Tiba-tiba saja Darius tarik tengkuknya dan bibir mereka bersatu. Mulanya Myrna meronta minta dilepaskan. Bila dia dapat rasakan Darius sedang imbas ingatan dia, rontaannya terhenti. Tapi Myrna tetap rasa jengkel sebab Darius gunakan cara tu untuk imbas memori dia. Kenapa tak pegang aje tangan dia? Kenapa cium dia pula? Pervert!



Part #8

“Darius!”

Rihanna terjerit lantang lihat insiden di depan matanya. Sungguh tak percaya! Darius sedang berasmaradana dengan Myrna di tengah sungai. Udahlah pakaian Myrna sangat seksi...transparen gitu. Lagi menggelegak darah Rihanna hingga naik ke kepala.

Perlahan-lahan Darius lepaskan Myrna. Jeritan Rihanna tadi langsung tak datangkan apa-apa kesan padanya. Matanya tunak merenung wajah Myrna yang nampak breathless. Bila dia lepaskan tubuh Myrna, gadis tu terus terjelepok ke dalam air. Mujur paras air sampai ke dadanya saja. Jadi tak la dia lemas.

“Damn you Darius!” Rihanna hilang kawalan diri. Dia capai dahan pokok tumbang dan hayun ke arah Darius. Demon tu tercampak ke tepi sungai sebelah sana bila dahan besar tu menghentam tubuhnya.

Dengan mudah, Darius tolak dahan pokok yang menimpa tubuhnya ke tepi. Sikit pun dia tak rasa apa-apa. Wajahnya bengang pandang Rihanna. Siapa pula pompuan ni? Dahi Darius berkerut seketika sebelum tumpukan perhatian pada Myrna yang sedang terkial-kial nak bangun.

Belum sempat Darius nak capai tubuh Myrna, Ryuu muncul dulu. Sepantas kilat dia cempung tubuh Myrna yang basah lencun dari hujung rambut ke hujung kaki.

“Ryuu!” keluh Myrna lega. Leher Ryuu dia peluk erat-erat. “Bawa aku pergi dari sini,” pintanya sungguh-sungguh. Sungguh dia benci bila fikirkan apa yang Darius buat pada dia tadi.

Ryuu pandang Darius dengan pandangan membunuh. Kalau tak kerana Myrna merayu, dah tentu dia akan bunuh Darius dulu. Tanpa kata apa-apa, Ryuu terus jump bawa Myrna.

Darius cuba kesan aura Ryuu. Dia tak akan lepaskan Myrna begitu saja. Tak kiralah walau 10 tahun atau 100 tahun berlalu. Dendam dia pada gadis tu tak akan padam begitu saja.

“Oh no you don’t!” Seakan-akan faham apa yang Darius cuba nak lakukan, Rihanna bergerak pantas ke arah Darius. Wajah demon itu ditempeleng hingga kepala Darius terteleng ke tepi.

“What the fang...you old hag!” desis Darius sambil pandang Rihanna dengan tajam.

“Old hag?” Rihanna dah menjerit. Rasa macam hilang akal aje dia dengar Darius panggil dia macam tu. “I’m your wife, you big oaf!”

“What?” Giliran Darius pula melaung. “Jangan jadi gila la. Demon tak kahwin, okey?” bentak Darius lalu berjalan keluar dari sungai. Dia masih lagi cuba mengesan aura Ryuu. Ke mana agaknya dia bawa Myrna.

Belum sempat dia nak tumpukan perhatian, satu tendangan hinggap kat belakang badan dia hingga dia tersungkur ke dalam tanah. Habis berlubang tanah tu ikut bentuk tubuh Darius sebab Rihanna tendang guna sepenuh tenaga.

Pedih hati Rihanna dengar Darius cakap macam tu pada dia. Walaupun dulu Darius selalu bersikap sinis kepadanya, tak pernah pula Darius tak pedulikan dia. Dulu Darius sentiasa mahukan Rihanna. Sentiasa buru dan ikut ke mana dia pergi hingga ke tahap obses. Tapi hari ni, bila dia tengok Darius dan Myrna saling berpelukan tadi, hatinya terbakar rentung jadi abu.

Darius bangun dan paling pandang Rihanna. “Aku tak tau apa masalah kau. Kalau kau rasa ada masalah, pergi jauh-jauh jangan ganggu aku. Aku tak kenal kau dan tak mahu tahu siapa kau.” Darius rasa jengkel berganda dengan sikap perempuan di depannya tu. Kenal pun tidak, suka-suka hati aje bantai dia.

“Darius...kau tak ingat aku?” Suara Rihanna mula bergetar.

Walaupun selama ni hati dia kuat dan dia tak pernah break down depan sesiapa, kali ni dia rasa tewas. Rasa macam lemah sangat sebab dia tak pernah sangka suatu hari Darius akan khianati perasaan dia. Sama seperti mana Addi pernah khianati dia dulu.

Darius pandang Rihanna. Dahinya berkerut sekejap. “Look lady...I don’t know you. Sebelum kau buat aku marah, lebih baik kau blah.” Terkejut Darius bila tengok Rihanna dah mengalirkan air mata. Demon don’t cry! Sekeras-keras hatinya, dia rasa kesian pula bila tengok muka sedih Rihanna.

“Aku mungkin pernah kenal kau...suatu waktu dulu. Tapi sekarang...aku tak ingat. Jadi tak payah simpan dendam pada aku. Aku sendiri pun ada masalah...ke mana hilangnya 10 tahun aku...” Darius mengeluh di hujung kata. Dia berpaling membelakangi Rihanna. Sekarang dia perlu fikir...siapa punya angkara sampai dia jadi macam ni.

“!0 tahun kau...dicuri.” Rihanna terpaksa tahan rasa sedih. Benar kata Darius. Dia tak kenal siapa Rihanna. Jadi tak sepatutnya Rihanna layan dia macam tadi. Sepatutnya Rihanna bantu Darius dapatkan balik ingatan dia yang dah dicuri.

“Siapa yang curi?” Darius pandang muka Rihanna.

“Quesara.”

Bulat mata Darius dengar nama tu Rihanna sebut.

“Jangan nak merepek la. Que tak akan buat macam ni pada aku!”

“Cari dia dan tanya dia sendiri,” suruh Rihanna. Hanya Darius saja yang boleh cari Que.

Darius ketap gigi. Siapa dia nak cari dulu ni? Myrna atau Que?


Part #9

Nian? Terkejut Myrna bila Ryuu bawa dia jump terus ke Nian. Tak payah mandi kat 7 air terjun dengan 7 jenis bunga bagai. Besar mandat Ryuu.

“Untuk kali pertama, memang kena buat macam tu.” Ryuu senyum bila tengok muka Myrna yang nampak keliru. Tubuh Myrna yang masih dia cempung, terus dibawa masuk ke dalam tasik pink. Luka di leher Myrna perlu dirawat sebelum melarat. Kesan gigitan demon boleh bawa maut pada manusia biasa macam Myrna. Maut yang perlahan.

Perlahan-lahan Ryuu lepaskan tubuh Myrna ke dalam air tasik. “Kau perlu menyelam sekejap.”

Myrna angguk dan terus tenggelamkan seluruh tubuhnya ke dalam air tasik yang hangat dan menyegarkan. Tingling sensation. Begitulah yang dia rasa ketika tu. Seolah-olah air tasik sedang baiki tisu-tisu tubuhnya yang cedera.

Bila tubuhnya rasa segar, barulah Myrna timbul semula ke permukaan. Anehnya tak pula dia rasa lemas tika bernafas di dalam air. Hurmmm...kuasa tuhan. Apa pun boleh jadi. Waktu tu la baru dia sedar keadaan dirinya yang super duper seksi gila. Merah terus kulit wajahnya bila terpandang Ryuu yang ralit tengok dia. Terus Myrna silang tangan kat dada.

“Ermm...” Tergagap Myrna nak cakap. Dia rasa segan pula. Tadi masa Ryuu datang selamatkan dia, sikit pun dia tak fikir keadaan dirinya.

Ryuu tanggalkan kot labuh di tubuhnya dan sarung ke tubuh Myrna. Kemudian dia pimpin Myrna keluar dari sungai. Myrna senyum sembunyi-sembunyi. Ryuu tetap macam dulu. Caring. Gentle. Same old Ryuu. Fashion sense pun tak banyak berubah. Masih lagi kekalkan leather suit warna putih.

Myrna sempat perhatikan Ryuu tika mereka berjalan menuju ke Istana Hinggap. Ryuu pakai baju kulit tanpa lengan dan seluar kulit straight cut. Dua-dua warna putih macam kot kulit pada tubuh Myrna. Selalu Ryuu bawa pedangnya. Tapi hari tu, dia tak nampak pula. Mungkin Ryuu sembunyikan pedangnya walau dia jarang buat macam tu.

Bagaimanalah dia sanggup berpisah dengan demon ni dulu? Oh ya...dia berpisah dengan Ryuu bukan sebab tiada cinta. Tapi sebab terlalu cinta. Ryuu terlalu cinta dan obses pada kehidupan dan tanggungjawabnya pada Nian.

Dia pula terlalu cintakan kehidupannya sebagai manusia biasa. Bila dia minta Ryuu tinggalkan Nian dan berlagak hidup macam manusia, Ryuu tolak. Dan bila Ryuu ajak dia tinggal di Nian, Myrna pula yang tolak. Akhirnya mereka sepakat bawa haluan masing-masing sungguhpun tak ada sengketa yang timbul. Mereka berpisah cara baik.

“Myrna!” Langkah Ryuu terhenti mendadak. Nyaris Myrna yang tengah mengelamun tak langgar tubuh demon tu. “Aku tak akan lepaskan kau lagi lepas ni.” Tubuh Myrna Ryuu peluk erat.

“Ryuu!” Terkejut Myrna bila Ryuu buat macam tu.

“Aku akan ikut ke mana saja kau pergi...walau ke dunia manusia!” janji Ryuu.

Dan Myrna...rasa macam nak buat cartwheel keliling Nian. Oh Ryuu!

Tengah sedang asyik mereka berpelukan tanpa pedulikan alam sekeliling, tiba-tiba belakang kepala Ryuu kena tepuk. Nyaris Ryuu tak tersembam ke atas Myrna yang dah undur ke belakang akibat tepukan tu. Kedua-dua mereka tergamam tengok Tuan Rafiqi dah cekak pinggang dengan muka merah padam tahan marah.

“Bukan main sedap lagi kau peluk anak dara orang? Dah ada lesen ke ni?” Tuan Rafiqi tenung muka Ryuu. Kemudian renungan tajamnya beralih ke wajah Myrna. “Kenapa mudah sangat kamu bagi lelaki peluk kamu sesuka hati?”

Muka Ryuu dan muka Myrna dah bertukar macam-macam warna macam sesumpah.

Tuan Rafiqi hembus nafas keras. “Nampaknya...aku kena kahwinkan korang berdua sebelum benda-benda buruk berlaku!

Ultimatum yang Ryuu dan Myrna tak boleh nak tolak!


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 05, 2014 17:50

August 4, 2014

Myrna Part#4 - Part #6



Part #4

Hujan halus makin lebat. Angin bertiup kuat. Habis senget-senget dahan-dahan pokok dibuatnya. Maya dongak pandang langit yang gelap. Maya toleh sekeliling dia. Dia kat mana ni? Maya hanya nampak pokok-pokok yang dahannya sedang menahan tiupan angin kuat.

Bunyi ngauman haiwan buat dia tersentak. Ada sesuatu yang sedang menuju ke arah Maya dari celah-celah pokok yang merimbun. Naluri suruh dia segera lari. Lalu kaki terasa ringan melangkah. Berlari...mendaki ke tempat yang tinggi. Melalui denai kecil yang dipagari semak dan dahan rendah. Beberapa kali pakaian dia tersangkut pada ranting.

Koyak sana sini. Tapi Maya tak peduli. Kaki dipaksa berlari selaju mungkin kerana haiwan di belakang dia semakin mendekati. Maya tiba di jalan mati. Tiada apa-apa di depan dia kecuali pokok-pokok besar yang tinggi-tinggi.

Sekali lagi naluri main peranan. Maya dongak pandang pokok di depan. Ah...dia boleh panjat pokok ni. Banyak dahan yang bercabang. Lantas dia pun memanjat. Semakin tinggi dia panjat, makin dapat dia lihat sekelilingnya.

Rupa-rupanya dia berada di puncak yang sangat tinggi dan di atas pokok yang tinggi. Maya di kelilingi ngarai yang dalam dan berkabus nipis. Bagaimana dia boleh sampai ke sini? Sini ni mana? Dalam kebingungan, dia mula terdengar sesuatu.

Bunyi deraman haiwan. Maya pandang ke bawah. Sepasang mata merah sedang merenungnya dari bawah. Hanya mata. Tubuh badannya dia tak nampak sebab dilindungi oleh daun-daun pokok.

Dalam kedinginan hujan, Maya menggigil ketakutan. Mana dia nak lari lepas ni? Kalau dia ada sayap macam burung, boleh juga
terbang.

“Myrna!”

Suara tu memanggil jelas kedengaran di sebalik bunyi angin dan dahan yang saling berlaga. Maya tercari-cari.

“Siapa?” Maya tanya dengan cemas.

Tapi dia tak nampak sesiapa. Kabus semakin menebal. Hujan gerimis dan angin makin kuat. Sepasang mata merah yang merenung dari bawah tadi masih di situ memerhati.

“Sini!”

Maya toleh ke kanan. Seorang lelaki berpakaian serba putih seperti samurai sedang berdiri di atas dahan pokok yang rendah sedikit daripada pokok tempat dia berlindung.

“Ryuu?” Mulut Maya terbuka luas. Terkejut.

Ryuu hulurkan tangan pada Maya. Seolah-olah Ryuu mahu Maya capai tangannya dan lompat ke sebelah. Gila ke apa? Jauh jarak antara tempat Maya berdiri dengan tempat Ryuu berdiri. Agak-agak la sikit kalau nak suruh dia buat stunt.

“Myrna, capai tangan aku. Lompat,” suruh Ryuu seperti yang Maya duga.

“Ha?” Maya terjerit.

“Percaya la. Kau boleh buat,” pujuk Ryuu. Wajahnya mempamerkan kepercayaan yang tak berbelah-bahagi. Seolah-olah dia percaya dan yakin yang Maya akan lompat seperti yang dia minta.

“Jangan nak suruh aku buat kerja gila!” Maya ketap gigi rapat-rapat. Lenguh tangan berpaut pada dahan. Angin main kuat. Kalau tak pegang kuat-kuat, mau melayang dia jatuh terjunam masuk ke dalam ngarai. Tak pun jatuh kat si mata merah yang tengah tunggu dia kat bawah pokok tu.

“Lompat, Myrna!” Ryuu tetap tegar suruh Maya lompat. Tapi gaya dia suruh tu bukan gaya paksa. Lebih pada gaya memujuk. Seolah-olah dia nak suruh Maya lompat dalam gegelung aje.

Maya tarik nafas dalam-dalam. Nak suruh dia lompat ya. Baik! Dia lompat ke arah Ryuu. Maya depakan tangan dan Ryuu sambut tubuhnya. Mereka sama-sama jatuh ke belakang ke dalam ngarai. Anehnya Maya tak menjerit. Tak rasa takut. Macam dah biasa buat.
Tapi dia tak ingat. Ingatan tu terlalu jauh di simpan di lubuk hatinya.

“Kau tak apa-apa?” tanya Ryuu.

Maya pandang alam sekeliling. Dia bukan ada di tempat tinggi tadi. Hujan dah reda. Kabus pun tiada. Hutan di sekeliling dia nampak lain. Daunnya kemerah-merahan bercampur perang. Seperti warna daun mapel. Mereka jump?

“Mari ikut aku,” pinta Ryuu lalu mendahului langkah.

Maya pandang dia sebelum perlahan-lahan ekori langkahnya. Mereka keluar dari kawasan hutan dan tiba di pinggir padang rumput. Di hujung sana, ada ngarai dan hutan pokok pine. Kelihatan seperti tempat Maya berada tadi.

Maya dan Ryuu sama-sama berdiri mengadap ngarai yang berkabus nipis. Mereka tak bercakap buat beberapa ketika.

“Myrna!” seru Ryuu. “Ada sebab kenapa kita ditakdirkan bertemu...dan berpisah...dan bertemu semula.” Ryuu cakap sambil pandang muka Maya.

“Ryuu!” keluh Maya, kesal.

Bila Ryuu panggil dia dengan nama tu, terus ingatan yang terpendam selama ni muncul satu persatu hingga membanjiri fikirannya. Matanya terpejam, cuba hadam semua memori silam yang cuba dia sorok.


Part #5

Maya terjaga. Tubuhnya basah dengan peluh. Wajahnya diraup dengan tapak tangan. Dari tingkap kaca di biliknya, Maya dapat lihat Gunung Etna yang sedang berasap. Dah beberapa hari gunung tu berasap. Amaran telah dikeluarkan kepada penduduk berhampiran supaya berpindah. Gunung berapi Etna akan meletus tak lama lagi.

Klaymore. Ryuu! 10 tahun dah berlalu. Kenapa tiba-tiba dia mimpi pasal semua tu? Bukan ke dia tak sepatutnya boleh ingat apa-apa pun? Keliru...Maya bangun. Capai pijama dan sarung pada tubuhnya yang hanya berbalut gaun tidur yang pendek bertali halus. Tali pijama satin diikat pada pinggang.

Maya tuju ke dapur untuk membancuh kopi. Pagi masih awal. Ada dua jam sebelum matahari terbit. Sementara tunggu air masak, Maya termenung pandang ke arah puncak Etna yang berasap nipis. Entah kenapa hatinya tertarik-tarik saja ke arah gunung tu. Seperti Klaymore sedang seru namanya. Tak mungkin! Dia dah lama tinggalkan kehidupan tu.

Bunyi cerek mengejutkan lamunan Maya. Dia mematikan api. Lepas letak dua sudu kopi, Maya tuang air panas ke dalam mug. Perlahan-lahan sudu dikacau ke dalam mug. Sambil pegang mug, Maya paling ke belakang. Tika tu juga satu lembaga hitam melintas di depannya.

Kerana terkejut, mug di tangan terlepas dan pecah.

“Missed me?” Suara tu berbisik di belakangnya.

Pantas, Maya berpaling. Matanya bulat merenung lembaga berpakaian hitam di depannya. Tak mungkin! Kakinya jadi kaku. Dia tak dapat bergerak. Dah tentu ada suatu tenaga asing yang paksa dia berdiri kaku macam tu.

Darius atur langkah perlahan hampiri Maya. Dia berbisik di telinga gadis tu. “Myrna...my love. I missed you so much.”

Maya hanya mampu telan air liurnya bila hembusan nafas Darius yang hangat menyentuh lehernya. This isn’t happening! Maya pejam mata cuba kumpul kekuatan untuk lari dari sini.

Darius tergelak kecil. Fikiran Maya mudah sangat dibaca. Kasihan Maya. Dia dah jadi manusia yang lemah dan tak berdaya. Mudah saja Darius nak patahkan leher gadis tu. Macam patahkan ranting kayu kering saja.

Demon slayer yang terkuat dah bertukar jadi gadis desa yang biasa-biasa. Sadis dan menyedihkan. Darius mula rangkul tubuh Maya. Kepala gadis tu dia tolak ke tepi supaya senang dia nak benamkan taringnya pada leher Maya.

Maya menjerit bila lehernya terasa pedih dan bisa bila Darius mula benamkan taringnya di situ. Tubuh Maya rasa terbakar.

Ryuu! Hati Maya sempat menyeru. Harap-harap Ryuu dapat dengar. Tubuhnya terasa semakin lemah.

“Darius!”

Tindakan Darius terhenti bila dia dengar namanya dijeritnya. Perlahan-lahan dia angkat kepala pandang dua mahkluk di depannya.

Rihanna terkejut tak percaya tengok Darius sedang minum darah seorang gadis yang tak berdaya. Darius tak pernah serang manusia yang tak bersalah. Dan dia yakin 100% gadis dalam dakapan Darius tu hanyalah manusia biasa.

“Kau buat apa ni?” herdik Ryuu. Marah campur geram. Keinginan nak benamkan pedangnya ke dada Darius menggebu-gebu. Selama ni walau apa pun tindakan Darius, dia masih boleh bersabr. Tapi Darius dah serang Myrna Maya..kekasih lamanya. Harus ke dia diam dan tengok saja?

Tubuh Maya dah terkulai dalam dakapan Darius. Perlahan-lahan Darius lap sisa Darah Maya dari bibirnya dengan belakang tangan.

“Ryuu...jangan campur urusan aku. Myrna milik aku sekarang. Aku tak akan lepaskan dia.” Tubuh Maya dia cempung.

“Darius?” Rihanna rasa hairan.

Kenapa Darius macam tak kenal dia? Dan anehnya dia tak dapat baca fikiran Darius. Seolah-olah pertalian yang wujud antara mereka sebelum ni dah tak ada atau tak pernah ada.


Darius tunjuk muka tak berperasaan pada Rihanna. Dia tak kenal wanita bersama Ryuu tu. Dan dia tak minat nak tahu. Sekelip mata dia jump bawa Maya dan tinggalkan Ryuu dan Rihanna di situ.





Part #6

“Kenapa dengan Darius, Ryuu? Kenapa dia tak kenal aku? Kenapa aku tak boleh berhubung dengan dia macam selalu?” Rihanna mula panik. Panik campur cemburu sebenarnya. Siapa Myrna? Kenapa Darius macam ada apa-apa aje dengan gadis tu? “Siapa Myrna, Ryuu?”

Rihanna terkejut tengok wajah Ryuu yang nampak garang. Pertama kali dia tengok Ryuu sebengis tu.

“Myrna Maya milik aku...bukan Darius. Dia memang nak kena. Kalau jadi apa-apa pada Myrna, aku akan bunuh dia!” Ryuu hilang dari pandangan tinggalkan Rihanna kebingungan sendirian.

Apa yang dah berlaku ni? Rihanna tak suka betul berada dalam keadaan tak tahu apa-apa macam ni. Rasa macam orang bodoh. Dia tak boleh nak tunggu sampai jawapan cari dia. Dia sendiri perlu cari jawapan. Lalu Rihanna jump cari Ayuna.

Tercengang Ayuna dengar cerita Rihanna. “Kau nak suruh aku buat apa? Kalau kau tak boleh kesan Darius...aku lagi la gagal.”

“Aku tak suruh kau cari Darius. Tolong aku cari Ryuu. Hanya dia tau apa yang sebenarnya berlaku.” Rihanna cuba berlagak tenang. Perasaan panik tak akan bantu dia apa-apa.

“Okay...kau tunggu kat sini. Ganti kejap tempat aku latih budak-budak tu. Mereka bukan dapat beza pun aku ngan kau.” Ayuna tunjuk ke arah 20 orang pelatih yang tengah kena rendam dalam kolam hijau. Pelatih-pelatih tu kena denda sebab gagal jalankan tugasan yang diberi. Syaqir tengah marah mereka kawkaw pulak tu.

“Okey.” Rihanna menapak keluar dari bawah pokok yang selindungkan pertemuan dia dengan Ayuna.

Shaqir yang tengah marah pelatih-pelatihnya menoleh ke sisi. Hajat di hati nak senyum kat kekasih hati. Tapi dia terkejut bila tengok Rihanna yang muncul. Aik? Mana Ayuna?

“Aku pinjam Yuna kejap. Ada masalah,” bisik Rihanna tika dia lalu di belakang Shaqir.

Setengah jam juga la Rihanna terpaksa tunggu dan dengar Shaqir marah-marah. Garang juga si Shaqir ni. Muka hensem dia memang tak padanlah dengan sifat garang yang dia tunjukkan di depan pelatih. Adatlah tu...kalau dah jadi jurulatih kenalah tegas dan garang.

“Hanna!”

Rihanna terdengar Ayuna menyeru. Terus dia berjalan ke arah pokok ara tadi. “Dapat cari Ryuu?” Tak sabar-sabar Rihanna nak tahu.
Ayuna geleng. Rihanna lepas keluhan berat.

“Tapi aku jumpa Hudd.”

Terangkat kening Rihanna pandang Ayuna. “Apa kena-mengena pula Hudd dalam hal ni?” Nada suara Rihanna dah tak mesra.

“Rileks la.” Ayuna cuba tenangkan Rihanna. “Hudd kenal Myrna. Dia kata sebelum Siluman jumpa kau, dia la yang jadi demon slayer. Dia guna pedang Klaymore.”

Rihanna tercengang tak percaya. Kenapa dia tak pernah tau pun kisah ni? “Myrna tu pengimbang kuasa sebelum kita?”

Ayuna geleng kepala. “Dia bukan macam kita. Dia tu demon slayer. Dia berpihak pada manusia. Dia musuh kita!”

Dahi Rihanna berkerut. Dia masih lagi tak faham. “Apa kaitan dia dengan Ryuu dan Darius?”

Ayuna tarik nafas dalam-dalam. Apa yang bakal dia beritahu, pasti akan buat Rihanna pitam.

“Myrna Maya tu kekasih Ryuu. 10 tahun dulu, dia berjaya tewaskan Darius dan hapuskan semua pengikut-pengikutnya. Darius tak pernah ceritakan semua ni pada kita sebab dia sendiri pun tak ingat. Hanna...Darius 10 tahun lalu bukan Darius yang kita kenal hari ni. Dulu dia demon yang kejam. Dia bunuh manusia sesuka hati. Dia jadi jembalang macam Thamuz. Myrna hampir bunuh Darius. Tapi Raja Kael sempat selamatkan dia. Kerana tak mahu Darius jadi kejam lagi, Raja Kael kenakan jampi Shaman pada dia. Tapi Hudd kata...jampi tu dah terlerai. Ada Shaman lain dah tawarkan jampi tu dan kenakan jampi lain pada Darius.”

Rihanna tersandar pada batang pkok ara. Dia memang rasa nak pitam dengar cerita panjang lebar Ayuna. Tak mungkin! Darius yang dia kenal tak kejam macam tu. Darius mungkin sedikit jahat. Tapi membunuh sesuka hati bukan sikapnya.

“Siapa yang buat Darius macam ni?” soalnya lemah.

Ayuna tunjuk muka tak puas hati sebelum sebut nama demon tu.

“Quesara!”

“Siapa?” Rihanna tak cam nama tu.

“Que!”

Terus muka Rihanna berubah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 04, 2014 08:03

August 3, 2014

Myrna Part #1 - Part #3


Part #1

Muka Que tanpa perasaan Darius pandang. Malam tu Que bersut hitam dan berkemeja putih tanpa tie atau bow tie. Nampak boyish. Bahu Que dia raih rapat ke sisi. Que ni tinggi juga. Kepala dia kurang dua inci aje nak sama tinggi dengan kepala Darius.

"It's only a family dinner. Chill out,” kata Darius. Konon nak singkirkan aura dingin sepupunya.

Que dah jeling Darius dari ekor mata. Laju aje dia angkat siku dan tusuk ke dada Darius hingga tubuhnya terlepas daripada rangkulan demon tu.

“I don’t need a chill pill.” Que menjauhi Darius dan duduk bersandar pada dinding sambil berpeluk tubuh. Kepalanya didongakkan ke atas dengan kedua-dua matanya tertutup rapat.

Darius usap dadanya. Bukan sebab sakit tapi terkejut dengan tindakan Que. Dia hampiri Que dan bersandar di sebelahnya.

“Budak perempuan kena pakai gaun. Bukan sut macam ni. Keliru sedara mara kita tengok kau...lelaki ke perempuan.”

Spontan Que hayun tangan dan sesaat kemudian Darius dah melekat pada dinding yang dah retak membentuk figura demon itu.

Tetamu yang ada di sekeliling mereka terkejut besar dengan kejadian tu. Raja Kael dah mula pandang-pandang. Rihanna yang sejak tadi berbual dengan saudara jauh Darius dari Eropah, terus menerpa ke arah Darius.

“Kau okey ke?” tanya Rihanna.

Darius tergelak tak lucu. Debu-debu simen pada sut hitamnya ditepis. Rihanna bantu dia buang debu simen dari kepalanya.

“Yang kau sakat dia kenapa?” Rihanna pandang Darius sambil tunjuk muka pelik. Darius memang suka menyakat Que sejak kebelakangan ni. Entah apa sebabnya.

“Dah semua orang lain mengelak...terpaksa la aku kena buat.” Debu-debu simen dari bahunya ditepis.
“Buat apa?” Rihanna pandang Darius.

“Sedarkan Que.” Darius hayun langkah ekori Que yang dah keluar dari istana Raja Kael.

Rihanna segera mengejar Darius. Bimbang pula dia kalau dibiarkan Darius dengan Que berdua, entah apa-apa pula yang berlaku. Boleh berbunuhan kalau Darius berterusan buat Que marah.


Part #2

Tak sempat Rihanna nak kejar, kelibat Darius dan Que dah hilang. Entah ke mana mereka jump. Hati Rihanna rasa tak enak. Lain macam aje rasanya. Lalu dia fokuskan fikiran, cuba kesan aura Darius.

Que termenung di tepi cenuram yang gelap. Pandangannya tembus entah ke mana. Darius geleng kepala sambil menapak hampiri Que. “Suka sangat kau lepak kat Grand Canyon ni. Kenapa? Teringat kat Damien? Kau masih ada perasaan pada dia?”

Que jeling Darius di sebelahnya. Suka-suka aje buat tuduhan. Aura marah dah mula bersemarak dalam jiwa Que. Dia cukup tak suka orang jaga tepi kain dia. Selama ni tak ada sesiapa pun berani kacau dia. Cuma sejak kebelakangan ni hidup dia mula tak tenang. Mana-mana dia pergi mesti ada muka si penyibuk Darius yang berlagak macam coven leader. Que tak suka jadi mana-mana ahli persatuan tepi tingkap mahupun apa-apa kumpulan demon. Dia dah biasa hidup sendirian sejak seribu tahun dulu dan status quo tu tak kan berubah walau apa pun yang berlaku.

I missed the old Que. Kenapa dengan kau sejak kebelakangan ni? Lama menyepi. Dulu ada gak kau muncul minta tolong dengan kami. Tapi sekarang...sejak beberapa tahun ni...kau tiba-tiba hilang. Kau ada masalah?” Hanya dengan Que Darius selalu tunjuk sisi sensitif dia. Pada Rihanna pun Darius tak pernah tunjuk yang dia mampu menjadi sensitif pada perasaan mahkluk lain.

“Aku tak perlukan kau, Darius. Kau dan sesiapa juga. Sebelum aku naik angin, lebih baik kau blah!” Que berikan amaran.

Darius gelak. Lucu dengar Que beri peringatan pada dia. Mana ada demon yang berani ugut dia macam tu. Que lah demon pertama yang dah mencemar duli. “Aku tak takut pada kau, Que. Tak sepatutnya aku rasa takut.”

Ayat Darius bunyinya sangat bongkak hingga buat Que tersenyum mengejek. “Kau patut takut dengan aku, Darius.” Senyuman Que berubah penuh muslihat. Matanya bersinar aura bahaya. Tapi Darius tak nampak.

“Dah lama kau jadi mahkluk bongkak yang perasan bagus. Mungkin dah tiba masanya kau belajar sesuatu daripada sikap kau tu.” Que berpaling ke arah Darius. “10 tahun...hurmmm...aku rasa cukup untuk kau belajar sesuatu.”

Dahi Darius berkerut pandang Que. Dia tak faham apa maksud Que sebut ‘10 tahun’. Nak baca apa yang ada dalam fikiran Que, memang tak lah. Que memang pro bab-bab selindung fikiran dia daripada diintai demon lain.

Que senyum. Darius tak akan dapat duga apa rancangannya. Hatinya yang marah tadi berubah ceria perlahan-lahan. Que memang suka ‘hukum’ mahkluk lain yang suka ganggu kehidupan dia.

“La retromarcia!” tutur Que perlahan.

Tiba-tiba suasana di sekeliling mereka berkabus tebal. Darius tak sempat nak buat apa-apa. Nak faham apa-apa pun tak sempat. Dia dah tak nampak Que. Sekelilingnya putih. Tak lama kemudian, kabus mula menipis dan Darius kini berada di sebuah desa di kaki Gunung Etna, Sicily di Itali.

Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ialah satu nama.

“Myrna!”


Part #3

10 tahun lalu, Gunung Etna

Ryuu pandang gadis berambut panjang dan bersut hitam tu. Wajahnya Ryuu nampak sedih. Begitu juga dengan wajah gadis tu.

“Kau pasti?” tanya Ryuu. Dah banyak kali dia tanya. Dia sendiri pun tak pasti dengan keputusan Myrna.
Lambat-lambat Myrna angguk. “Aku dah berjaya kalahkan dia dan hapuskan hamba-hamba dia. Aku dah tak perlu melawan lagi, Ryuu...akhirnya!” Myrna lempar senyuman sedih-gembira pada Ryuu.

Ryuu ikut senyum. “Yeah...you’re finally free to live among humans and forget us.” Dia rasa sedih. Sedih sebab terpaksa lepaskan Myrna.

“Aku tak mahu kehidupan ni...” Myrna angkat pedang hitam di tangannya. “Dah terlalu lama aku jadi hamba pedang ni. Enough is enough Ryuu. Aku nak rasa cemana jadi manusia...semula.”

Ryuu tarik nafas dalam-dalam. “Kau berhak bahagia, Myrna Maya. Kau boleh lepaskan pedang tu.”

Terlepasnya pedang Klaymore bermakna Myrna terlepas daripada segala tanggungjawab sebagai Slayer.
“Aku dengar Siluman dah temui tuan baru.” Sempat lagi Myrna bertanya.

Ryuu angguk. “Kami dah temui dia. Hanya masa akan menentukan sama ada dia layak pegang Siluman.”

“Aku ucapkan moga dia berjaya jadi pengimbang kuasa. Selamat tinggal Ryuu!” Lalu Myrna melontarkan Klaymore ke tengah perut kawah gunung berapi Etna yang sedang menggelegak. Sebaik saja pedang Klaymore ditelan lava, Ryuu lenyap dari pandangan mata kasar Myrna.

Tapi sebenarnya Ryuu masih di situ. cuma Myrna yang dah bertukar jadi manusia biasa, tak dapat melihatnya. Myrna atur langkah yakin meninggalkan gunung berapi Etna. Kehidupan barunya akan bermula.
Mulai saat ini, dia bukan lagi Myrna, demon slayer yang digeruni. Kini dia Maya yang menyambung sisa hidup sebagai manusia yang dah ditinggalkannya berpuluh tahun dulu. semua kekuatan dan kebolehan yang ada padanya telah lenyap bersama Klaymore yang tenggelam di perut gunung berapi.

Tak mungkin Maya akan menjadi Myrna walau apa pun yang berlaku!

*****
Style sy menulis mmg santai. Sy tak guna bahasa buku. Jadi tulisan sy ni tak sesuai la kalau nak dijadikan rujukan utk adik2 ya. Tulisan sy ni saja suka-suka. Jadi janganlah expect lebih2 ya...tatabahasa tunggang langgang ke...tapi ejaan dlm naratif sy jaga. Yang tak jaga cuma dlm dialog sj sbb nak nampak natural. Lagipun mana ada org berborak guna bahasa baku kecuali kartun Disney yg dialih bahasa...hahah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2014 19:00

July 24, 2014

Suamiku Orang Muda

projek lama QSS yang diberi nafas baru dan tajuk baru. nak baca updates and entry, sila ke fan page ya.
























“Okey.” Sepatah tu aje dia mampu cakap

“Okey?” Rashdan tanya dengan muka pelik. “Apa yang okey?”

“Okey la...saya...saya...” Erza tiba-tiba tergagap. Dahi rasa berpeluh-peluh. Kenapa payah pula dia nak cakap yang dia setuju kahwin dengan Rashdan?

“Setuju kahwin dengan saya?” Tapi Rashdan segera lengkapkan ayat dia sambil tersenyum.

Erza telan air liur pandang Rashdan. Perlahan-lahan kepala dia angguk. Tu pun macam teragak-agak. Cuak punya pasal.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2014 06:58