Ikhwan Ng's Blog, page 6
May 21, 2016
Hamba Allah Yang Lemah Lembut
Tengah bacakan 2 kalimah syahadah dalam bahasa cina supaya beliau faham apa ertinya.Hari ni sempat membantu seorang uncle cina yg tua dan nyanyok untuk melafaz syahadah, saya tolong bacakan erti syahadah dalam bahasa cina semasa ustaz berjabat tangan dengannya.. atas keselamatan dan rahsia identiti beliau, saya tidak ingin kongsi gambarnya, cukuplah Allah SWT sebagai penyaksi kami.
"Kamu pun tahu kan.. masyarakat Cina kita.. tak boleh terima sangat.. bab Islam ni, bukan macam China, berapa ramai orang Islam di sana?? tapi.. bukannya isu pun." Beliau bagitahu saya dalam bahasa kantonis.
"Saya masih ada 3 bulan.. 3 bulan.. saya rasa.. tapi.. apa tu.. saya sangat berterima kasih dengan kamu, kamu sudah bantu saya sangat banyak. Terima kasih.."
Saya tak faham apakah maksudnya 3 bulan. Mungkin usianya dah lanjut, minda dan percakapan menjadi lembap dan agak susah bagi saya fahamnya. Tapi apabila tanya kenapa mahu Islam, suaranya terus lantang kata mahu juga masuk Islam! sebab sudah sangat lama berminat, tak mahu tunggu-tunggu lagi.
Saya sedang melihat nur hidayah dalam hati seseorang hamba yang badannya lemah, percakapan dan minda lembap, jalan sukar.. Bila nasihatnya jangan hebohkan pengislaman kepada sesiapa dulu, beliau terus cakap dengan suara yg tinggi, "Apa mahu takut?! Ini.. saya punya jalan!! Saya sendiri.. yang mahu Islam!"
Benarlah hidayah datang tanpa paksaan oleh sesiapa. Syukur saya dapat menyaksikan semangat seorang muslim baharu pada hari ini.. sekiranya Allah kehendak, tiada sesiapa pun mampu menghalang.
Bila ustaz tanya nak letak nama apa? Beliau jawab nak nama "Abdul Halim". Pegawai pejabat agama pinjamkan buku nama-nama Islam bagi saya tengok mungkin ada nama lain yang lebih sesuai ke.. Saya baca dulu apakah maksud Abdul Halim..
Abdul Halim, ertinya hamba Allah yang lemah lembut.
Akhirnya saya bercadang guna saja nama Abdul Halim seperti apa yang uncle minta, hamba Allah yang lemah lembut.
Published on May 21, 2016 02:42
May 17, 2016
Bila Azan Berkumandang
Dulu pernah turun ke suatu kampung atas urusan kerja. Di situ terdapat Kampung Melayu dan Kampung Baru duduk bersebelahan saja.. Semasa mesyuarat tengah berlangsung, azan waktu Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan. Ahli Cina yang tengah bentangkan kertas kerja itu terus berhenti cakap dan bagitahu kami semua, "Dah azan.."
Maka mesyuarat berhenti sebentar.. sehinggalah Azan habis berkumandang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Mr Lim yang salah seorang ahli Cina.. Masa tu boleh kata ada 80% ahli Melayu dan 20% ahli Cina duduk semeja dalam mesyuarat.
Yang anehnya sikap sebegini mungkin kurang diamalkan di kawasan bandar pula.. Tuan rumah sendiri pun jarang nak tegur jiran-jiran kat sebelah kiri kanan, katanya sibuk bekerja dan mencari duit.. Maka memang kurang upaya dalam menjaga peradaban dan sensitiviti agama semasa penduduk.. Yang paling sedih adalah apabila isu Azan dan surau menjadi kecoh dalam kawasan taman, itu memang dah jadi fenomena biasa yang tidak perlu saya huraikan panjang lebar lagi.
Apa yang membuat saya hairan adalah.. penjalinan hubungan yang baik sesama penduduk tak kira Muslim ataupun Non Muslim boleh selesaikan berbagai masalah kediaman dan menjaga sensitiviti agama secara natural. Bukankah Islam memang mengajarkan kita untuk melayan orang bukan Islam (dan tidak memerangi kita) dengan baik? Suatu komuniti yang sihat dan damai hendaklah datang daripada saling faham memahami dan hubungan yang harmoni sesama penduduk..
Saya masih teringat muka Mr. Lim senyum dan bagitahu masa mesyuarat, "Ok Azan sudah habis.. kita kasi jalan semula ini mesyuarat hokeh??"
Published on May 17, 2016 23:41
May 13, 2016
Bawah Umur
Dalam hal pengurusan syahadah, saya percaya yang paling mencabar adalah remaja bawah umur 18 tahun yang berhasrat memeluk Islam. Ia bukannya semudah pendaftaran atas kertas tapi apabila keluarga remaja tersebut mengetahui tentang pengislamannya.. Keluarga boleh mohon batalkan permohonan pengislaman tersebut atas sebab "Bawah umur 18 tahun dan tiada keizinan daripada Ibu Bapa/Penjaga".
Ya.. memang pernah ada kes sebegini sehingga seorang remaja perempuan buat pengumuman dalam suratkhabar cina bahawa beliau bukan lagi Islam selepas dikritik hebat oleh masyarakat dan pembantahan keluarganya sehingga ke Pejabat Agama dan mahkamah syariah.
Namun peristiwa ini tidak pernah menghentikan kedatangan hidayah kepada hambaNya.. Seseorang yang telah baligh adalah dianggap Sah untuk membuat pilihan samada memeluk Islam ataupun tidak. Dimana syarat 18 tahun hanyalah syarat yang ditetapkan oleh pengurusan manusia sendiri.
Baru-baru ini saya tengah cuba memberi nasihat kepada pihak NGO tertentu yang tengah menguruskan kes sebegini..Dimana terdapat seorang remaja Cina yang berumur bawah 18 tahun berminat dengan Islam dan sering bertanya bagaimanakah prosedur memeluk Islam. Pihak NGO tersebut telah minta Chan (bukan nama sebenar) itu sabar dahulu dan tunggu keputusan daripada Pejabat Agama, lagipun mereka tak berapa berani mengendalikan kes pengislaman ini.. akibatnya agak serius sekira keluarga remaja itu membuat pembatalan pengislaman Chan atas sebab tiada kebenaran ibu bapa, apalagi kalau sampai ke tahap press conference dengan media yang hanya melaporkan cerita pihak sebelah saja?
Tapi Chan tak sabar-sabar dan telah melafazkan syahadah dengan kawannya sebagai saksi.
Apa yang saya nasihat kepada pihak NGO tersebut adalah tiada masalah untuk izinkan Chan melafaz 2 kalimah syahadah dengan rakan-rakan. Allah SWT Maha Mengetahui hati hambaNya dalam mencari keredhaan, dan begitu juga rakan2nya sebagai saksi bahawa beliau telah memeluk Islam. Prosedur rasmi masih boleh ditangguhkan sehingga beliau telah mencapai umur 18 tahun, masa itu boleh daftarkan semula secara rasmi mengikut akta.. Walhal kita tidak tahu bilakah ajal akan menjemput kita, andai kata Chan meninggal dunia pada usia 17 tahun, tapi kita pula yang cuba sedaya upaya menghalangnya memeluk Islam sebelum itu atas alasan hitam putih atas kertas.. siapakah yang akan bertanggungjawab kelak?
Maka saya mohon NGO itu jangan hebohkan pengislaman Chan kepada umum demi keselamatannya. Apa yang paling menakjubkan adalah kini Chan sedang belajar Islam dan mengaji Quran secara perlahan-lahan.
Semoga Allah sentiasa melindungi Chan dan menunjukkan hidayah petunjuk kepadanya selalu.
Published on May 13, 2016 02:56
March 24, 2016
Tentang Budaya Arab
Abaya"Jangan cuba mengamalkan budaya Arab." Di antara tajuk pertama yang menjadi "Hot" dalam social media dan suratkhabar, ia menjadi begitu hangat di kalangan masyarakat Non Muslim dan Muslim.
Pertanyaan saya adalah, budaya Arab yang mana satu pula? Mengikut kefahaman saya, sebelum Islam diturunkan pada 609 tahun masihi, Budaya Arab adalah berada dalam berbagai kemelutan seperti minuman arak berleluasa, minum darah unta ketika bermusafir di padang pasir dan tiada bekalan air, lelaki boleh berkahwin lebih daripada 4 orang isteri, perempuan dijadikan sebagai "barang dagangan" yang boleh jual beli ataupun anak perempuan sendiri dihadiahkan demi kepentingan perniagaan dan kuasa, penarian Belly Dance yang cukup sexy di khalayak ramai, hak wanita seperti pengagihan harta dan nafkah tidak terpelihara, peperangan dan pembunuhan sentiasa berlaku kerana orang arab paling terkenal dengan kemahiran dalam berperang.. Bukan itu sahaja, sebelum Nabi Muhammad diwahyukan ayat-ayat al-Qur'an, terdapat banyak berhala-berhala yang mengeliling Ka'bah, semua orang arab menyembah berhala biarpun mulut mengatakan nama "Allah" sebagai tuhan..
Dari situ kita boleh faham perkataan "Budaya Arab" adalah amat subjektif, ia boleh disalahtafsirkan sebagai "Suruhan Islam", padahal Islam hanya menekankan bahawa apakah itu "al-hadd" (batasan) dan bukannya budaya semata-mata.
Contohnya seperti pakaian wanita, biarpun jubah, Abaya, baju kurung, Nursing Jubah ataupun long dress, selagi ia menutup aurat dan longgar, maka ia dianggap sebagai mematuhi al-hadd dalam Islam. Ia tidak dapat digolongkan sebagai kategori budaya semata-mata.
Lelaki menyimpan janggut mencukur misai pun bukannya dikira sebagai budaya menyerupai orang Arab.. sebalik ia adalah merujuk kepada hadis Nabi supaya tidak menimbulkan fitnah bahawa orang Islam terikut-ikut dengan Yahudi dan Nasrani :
Dari Abi Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Peliharalah janggut kamu dan cukurlah misai kamu, janganlah kamu meniru (menyerupai) Yahudi dan Nasrani. H/R Ahmad.
Islam bukannya agama yang menekankan budaya Arab semata-mata, sebaliknya ia merupakan Agama Universal yang mudah untuk dipraktikkan. Buktinya adalah Muslim tidak disuruh untuk memakai pakaian mengikuti corak tertentu ataupun melakukan festival budaya tanpa menyemak asal usulnya, sebaliknya seluruh komuniti Muslim boleh mengekalkan budaya masing-masing sekiranya ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Ketahuilah.. Orang Arab sendiri telah mengalami perubahan BUDAYA ARAB yang sungguh drastik pada sebelum dan selepas kedatangan Islam sekitar 600 tahun masihi.. Pembunuhan nyawa yang tidak berdosa seperti kanak-kanak, orang tua diharamkan, termasuklah tidak boleh merosakkan kawasan pertanian, pokok-pokok dan meruntuhkan rumah beribadat selain Islam semasa peperangan! Pernikahan yang tanpa mengira had isteri2 telah dikurangkan sehingga 4 orang ataupun kurang daripada itu, pemakaian seksi dan mendedah aurat dihapuskan demi menjaga kesucian dan darjat wanita, berhala-berhala sekelilingi ka'bah yang sekian lama disembah telahpun dihancurkan oleh Rasulullah s.a.w. demi menegakkan Keesaan Allah S.W.T.
Maka budaya Arab manakah yang kita sedang pertikaikan sekarang ni?
Published on March 24, 2016 20:56
March 21, 2016
Kerana Islam - Ustaz Fadzil Abdullah
Perkongsian Perjalanan Memeluk Islam daripada Ustaz FaDzil AbdulLah (Facebook).
MOHD FADZIL BIN ABDULLAH
Rakan Ziarah,Unit Ukhuwah,
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH,
Paroi, 70400 SEREMBAN,
N,Sembilan D.K
KERANA ISLAM
Pada 4 september 2007, jam 9.00 pagi saya terus hidupkan kenderaan dan terus menuju ke Pejabat Agama Islam Tampin. Setelah sampai di bangunan pejabat agama, saya pun bertemu petugas di kaunter pertanyaan dan menyatakan hasrat untuk memeluk islam.
Beberapa minit kemudian, seorang ustaz telah bertanya kepada saya “kenapa kamu nak peluk islam?” saya tergamam dengan soalan itu, saya tak tahu nak jawap apa, saya cuma kata, saya mahu berubah. Waktu saya sebut perkataan “berubah” itu saya telah dihampiri oleh seorang lagi ustaz yang nampak sudah berusia, lantas ustaz itu pula berkata “Alhamdulilah..hari ini Allah sudah mahu kamu hijrah”. Perkataan ‘hijrah’ ini masih kedengaran dalam gegendang telinga saya hingga hari ini walaupun pada hari itu ianya perkataan yang baru untuk saya.
Selepas segala dokumen ditandatangani saya pun dibawa masuk ke bilik syahadah. Didalam bilik itu ada 4 orang lagi ustaz dan seorang juru kamera untuk merakamkan detik syahadah saya. Saya diajar cara syahadah dan diperjelaskan maksud syahadah, ASHHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAH WA ASHHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH. Selepas 2 kali lafaz kalimah syahadah saya disalam oleh ustaz-ustaz dan ramai lagi staf-staf dalam pejabat. Ada yang kata “sekarang kamu pun saudara kami”. Setelah ambil gambar dengan bersongkok buat kali pertama, kebetulan ada 2 orang lagi yang peluk islam pada hari itu, kami 3 orang diraikan dibawa makan dibawa ke masjid buat kali pertama kaki saya pijak masjid. Waktu solat kami hanya ikut saja perbuatan orang orang di saf hadapan kami. setelah selesai masing masing balik ke destinasi masing masing.
2 bulan berlalu, apabila saya kembali dari kebun getah milik emak, saya ternampak kereta adik perempuan, kereta abang dan adik laki saya berada di anjung rumah, hati saya berdebar-debar seolah –olah seperti mereka sudah tahu hal yang saya rahsiakan. Sejurus saya hentikan motosikal emak, adik perempuan dan abang saya merenung tajam kepada saya, dan saya sudah faham akan pasti mereka sudah tahu.
Emak terus berkata, ‘kami mahu kau keluar dari islam’ inilah ungkap pertama dari emak. Abang dan adik perempuan hanya diam, mereka pun kenal sangat dengan saya,mereka tahu saya tak akan dengar cakap emak dan mereka seolah-olah telah berbincang dahulu apakah yang emak perlu cakap untuk buat saya keluar dari islam. Saya dengan tegas telah nyatakan “emak dari tahun 2000 sejak berpisah dengan bekas isteri dan 2 orang anak hingga kini saya hidup seorang diri, walaupun ada emak dan adik beradik tapi saya rasa macam yatim piatu pulak, hari- hari makan di kedai, bila balik rumah saja macam masuk dalam bilik kurungan gelap, tiada sesiapa pun dalam rumah,tiada siapa pun hiraukan saya ,saya dah bosan dengan hidup begini, saya kena ubah cara hidup saya” lantas emak pun berkata “ apa yang kau tak cukup dalam hidup ini? Ada kami larang kau berkawin? Kau yang tak mahu kawin, semua perempuan kau tak mahu kau bandingkan dengan bekas isteri kau. Sekarang kau masuk melayu ni nak kawin dengan perempuan melayu kan? Apa kurangnya perempuan india kenapa sampai perempuan melayu yang kau cari?”
Saya jawab lagi” emak saya masuk islam bukan untuk kawin perempuan melayu tapi saya mahu belajar satu agama dengan sempurna, selama ini saya tak percaya tuhan ini boleh dilihat seperti tuhan tuhan selain tuhan orang islam, saya mahu hidup tenang, saya tak mahu rasa rumah yang baru saya bina ini jadi macam penjara yang sunyi untuk saya” emak memotong cakap saya “ kalau ya pun kenapa mesti islam tidak agama yang lain saja kau peluk” saya mati akal untuk jawap soalan emak, lantas saya berkata “ saya tak akan keluar dari islam dan saya mahu belajar agama ini”
terus emak pun berkata “ kalau kau tak mahu keluar dari islam, mula saat ini aku tak mahu kau duduk diatas tanah aku, aku tak mahu kau ambil hasil getah, kau tak perlu lagi untuk uruskan ladang getah aku, semua pekerja aku boleh bayar gaji, kereta-kereta,motor-motor yang ada dirumah ini, yang ada atas nama aku dan atas nama kau, kau kena lepaskan kepada aku , tanah felda yang dulu mendiang bapa kau, wariskan atas nama aku dan kau, akan aku potong nama kau yang sebagai pewaris kedua, biar aku jadi pewaris tunggal” sementara aku tukar nama adik perempuan kau.
Saya terus ambil dompet, 2 helai jubah dan sepasang kurta pakistan lalu saya masukkan dalam beg dan berjalan keluar dari rumah yang saya bina dengan wang persaraan tentera hampir 120K , saya hilang hala tuju, saya terus berjalan ke masjid, dalam perjalanan saya terfikir dalam masa 2 bulan ini bermacam-macam perkara aneh Allah tunjukkan didepan mata saya tetapi kenapa dalam hal pemelukan islam ini Allah tidak bantu saya, tidak buat ahli keluarga saya semua sekali terus bersetuju..?
pada hari itu soalan ini tidak terjawab namun kini selepas 7 tahun, selepas mendalami islam di dalam program-program yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta program oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan yang menghantar saya menuntut ilmu di Pusat Dakwah Islamiah ,Paroi dan di Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan serta menjalani latihan dengan Jemaah-jemaah dakwah dari pelbagai organisasi melengkapkan diri saya untuk memahami hal-hal berkaitan agama dan dunia.
Hidayah milik Allah, sedangkan para nabi pun hadapi situasi ini, contoh terdekat junjungan kita Nabi Muhammad saw yang banyak dibantu oleh bapa saudaranya Abu Talib Namun demikian, Abu Talib mati tanpa hidayah, kefahaman hidayah Allah ini, kita tidak mampu untuk fahamkan sesiapa pun tentang hidayah melainkan dengan bantuan Allah SWT.Inilah jawapan yang saya tidak faham pada hari saya dihalau dari rumah 7 tahun yang lalu, Kalaulah emak dan adik beradik saya pun diberi hidayah Allah tiada apa lagi yang mahu. Kini Emak sudah tahu walaupun telah 7 tahun saya memeluk islam saya masih jugak bujang tidak pun bernikah dengan wanita melayu seperti kata emak dulu.
Ada banyak kisah saya ceritakan pada emak pada hari saya dihalau,Namun emak tidak mahu dengar kenyataan saya antaranya, saya nyatakan perlahan lahan apa yang saya lalui dari hari ke5 selepas saya memeluk islam. Pada waktu itu jam 10 pagi,saya sudah selesai menoreh getah hanya menunggu untuk mengumpul susu cair yang terdapat dalam mangkuk yang menahan getah.tiba-tiba langit mendung hitam, kedengaran rintisan hujan yang mula berguguran, orang-orang yang menoreh di bahagian pedalaman sudah mula beransur meninggalkan kebun getah mereka.ada yang menjeri berkata “ Fadzil, hujan lebat lah, kau tunggu apa tu,baliklah…memang tak akan sempat untuk kutip susu cair tu sebab hujan makin lebat ni” hati saya bertambah gelisah kerana susu getah yang saya toreh bakal hanyut dek hujan . Tak tahu apa yang perlu saya buat bila cuaca tidak memihak kepada saya. Saya tadahkan tangan lalu saya berdoa “ Ya Allah, aku sudah menoreh dengan letih, habislah susu getah aku ini akan dihanyutkan oleh air hujan, Ya Allah, selamatkan susu getah aku, aku tak pandai berdoa, aku ada banyak perkara perlu dibuat, tolonglah aku Ya Allah”
Keajaiban berlaku keesokan harinya, Ya, dalam sebuah felda yang ada lebih daripada 500 pemilik ladang getah, namun yang menimbang hasil getah hanya saya seorang. Semua kebun getah telah disirami hujan yang lebat,susu getah mereka semuanya telah hanyut dek hujan kecuali kebun saya seorang sahaja tiada setitik air pun dalam mangkuk getah,ianya amat mengejutkan seluruh felda dan menjadi buah mulut penghuni felda.hari itu hanya saya seorang sahaja yang menimbang getah. Kejadian membuatkan saya terfikir tentang maha kuasanya Allah.
Selepas kejadian ini, setiap hari ada saja perkara pelik yang berlaku menambahkan keyakinan saya kepada Allah. Dalam masa 2 minggu hati saya sudah mula mahu mensyukuri Allah dengan perbuatan iaitu saya mahu solat tapi saya masih tidak tahu solat dan malu nak bertanya. Akhirnya saya kuatkan diri terus ke masjid felda. Setiba dimasjid saya nyatakan pada imam masjid saya telah memeluk islam, imam minta pengesahan saya sudah islam lalu saya tunjukan surat syahadah saya. Pada hari itu, saya disuruh berada di saf akhir dan meniru sahaja perbuatan para Jemaah dihadapan.setiap hari saya solat di masjid, seawal jam 5 pagi saya dah tunggu ketibaan para Jemaah untuk dirikan solat subuh.
Masuk minggu ke4 saya islam,saya telah berkenalan dengan seorang cikgu sekolah yang juga aktif dalam Jemaah dakwah dan tabligh. Cikgu itu beritahu saya bahawa saya perlu belajar Sunnah nabi saw dan cara ibadat nabi saw. setiap malam selepas isyak saya akan ikut cikgu untuk menghadiri perjumpaan Jemaah dakwah dan mempelajari Iqra dalam bulan itulah kali pertama saya iktikaf dimasjid selama 3 hari. Banyak masa saya habiskan untuk agama. Kehidupan menjadi tenang, rasa bosan sudah hilang. Terasa masa saya bermanafat .Namun demikian , penerang penerangan begini apabila saya beritahu emak dan adik beradik mereka seolah-olah tidak percaya. Selepas saya keluar dari rumah saya menuju ke masjid, kebetulan bertemu dengan cikgu.
Saya beritahu cikgu tentang pertemuan saya dengan emak abang dan adik perempuan saya dan saya dihalau kelauar. Cikgu suruh saya keluar dakwah 40 hari dahulu, lalu saya pun dibawa ke Seremban dan seterusnya saya iktikaf di masjid sri petaling dan syura dakwah Malaysia telah arahkan Jemaah kami pergi ke Parit Raja, Johor. Setelah balik khuruj,saya khidmat di masjid sri petaling, saya hanya diberi makan, minum dan tempat tidur. Saya memnbantu tukang masak pelajar tahfiz di masjid sri petaling.walaupun bekerja setiap kali bila ada panggilan kursus di pusat dakwah paroi saya akan pergi.
Pada tahun 2011 saya telah masuk belajar di institute dakwah islamiah PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan, telah tamat pengajian pada 2014, kini sedang bertugas sebagai RAKAN ZIARAH, apabila ada saja orang mahu memeluk islam saya akan syahadahkan. Insha Allah, pertengahan 2015 ini saya buat ijazah pengajian islam di University Kebangsaan Malaysia.
Islam ini bukan seperti kita tonton dalam tv atau yang kita lihat dipersekitaran kita tetapi islam wajibnya dipelajari yakni menuntut ilmu dan mengamalkan islam secara istiqamah.
Inilah sedikit ujian dan cabaran yang saya lalui hingga kini yang belum selesai kerana emak dan adik beradik masih tidak dapat menerima saya. Dalam tiap solat yang saya dirikan pasti saya akan mohon hidayah islam untuk semua ahli keluarga saya walaupun mereka tidak mahukan saya.
Dikesempatan ini saya juga memohon doa dari semua pembaca agar emak dan semua darah daging saya diberikan hidayah islam.
Sekian terima kasih
Mohd Fadzil
Published on March 21, 2016 19:40
March 13, 2016
Yasmin's Prayer Garments
Found at Yasmin At Kok Heng spaceFrankly speaking, I wasn't much into other's cultural and mindset during younger times.. till I've been living in interracial marriage relationship.
From the relationship I may learn the principles of respecting each other's feelings, not only between husband and wife but two different lineage of family. Adopting the similarities and get rid of religion conflicts could cause a nerve in us. Well.. that's the challenges of practicing Islamic values, respect and knowing people around us regardless of skin color.
We've set up an invisible barrier among different races, we may live and dealing occasional matters like usual but we still stay a distance from what we're unfamiliar with. The fear of the unknown.
In order to break the invisible barrier, mutual respect and learning the differences among citizens is utmost important. From exchange opinions and sharing our lifestyle, racism won't find a place in our country.
Unless racism become a pathetic token in winning the unjust form of empire. Which make no sense among interracial couples.
Published on March 13, 2016 19:05
February 12, 2016
Adakah Islam Merupakan Agama Yang Sempit?
年传专题【华裔穆斯林】绿枝朝阳顺水生;落叶不远扎根处。本地华裔穆斯林身穿清真服饰,但心中怀着的还是中华魂,只不过他们祭祖不拈香,唇不沾酒不食猪,众人对此惑而不解,衍生了团团迷雾。农历大年初一开始,本台华语新闻点春为墨,书传五章。首章与华裔穆斯林雾中吐蕊绽芬芳,明心言志诉绾年。欲重温完整版华语新闻, 请浏览 www.tonton.com.my欲观赏更多新闻短片,请浏览 http://www.newsplus.my/newsrooms/8tv/... #OPPOMalaysia
Posted by 八度空间华语新闻 on Monday, February 8, 2016
Islam menjadi begitu "sempit" sekiranya ia dinilai oleh non muslim dari sudut yang "sempit" belaka. Baru-baru ni media cina cuba sampaikan bagaimana cina muslim turut menyambut tahun baru cina.. malangnya niat baik media diserang oleh sahabat cina seperti lupa akar umbi, masalah sosial orang muslim, sampailah kenapa cina muslim suka sangat simpan janggut pun jadi isu..Namun saya tidak menyalahkan mereka. Mereka menyangka agama Islam begitu sempit hanya kerana mereka telah gagal memahami erti Islam yang ringkas dan padat, sebaliknya mereka menyempitkan pemahamam Islam dari sudut tingkahlaku segelintir muslim yang bermasalah, ajaran sesat dan masalah sosial/politik semata-mata. Jujur kata penilaian sebegini tidak adil, Nabi-nabi dan Rasullulah menjadi contoh teladan kepada kita semua tapi apabila orang cuba memburukkan agama, mereka hanya mencari salah silap daripada umat yang bukan maksum.
Pada hakikatnya, mereka amat memerlukan pencerahan daripada muslim sendiri. Sekiranya china muslim berjaya mengekalkan budaya dan iman tersendiri, kenapa pula kita hanya mengeluh dan mengatakan mereka takkan faham erti Islam?
Ia merupakan suatu perjuangan dakwah, bukan menegakkan benang yang basah sebagaimana penentang Nabi Ibrahim cuba mempertahankan kepercayaan taghut, sebaliknya tugas Muslim adalah sungguh mudah iaitu mengembalikan erti Islam yang hakiki dan memperjelaskan Rukun Islam yang paling utama:
Tiada tuhan melainkan Allah SWT
Nabi Muhammad adalah pesuruhNya yang terakhir
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Al-Qur'an Surah 2: 255 – Ayatul Kursi (The Throne Verse)
Published on February 12, 2016 01:01
January 26, 2016
Mrs Liew
Suatu ketika dahulu ada seorang rakan sekerja Mrs Liew (bukan nama sebenar) yang amat mesra orangnya.. beliau sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya tentang cara bekerja dengan society, sampailah bagimana mengubah sikap kita supaya lebih tabah dengan karenah manusia.
Suatu hari saya naik kereta jabatan bersamanya supaya menunjuk jalan ke suatu lokasi institut atas urusan rasmi, sepanjang sejam lebih perjalanan.. suatu benda yang asyik memain dalam pemikiran saya. Kenapa Mrs Liew bertutur dengan saya dalam BM sahaja? Beliau tak pernah bercakap dalam bahasa mandarin mahupun cantonese. Perkara ni buat saya agak confuse.. adakah disebabkan nama saya "Ikhwan" membuatnya rasa saya ni telahpun "masuk melayu"? Yakni asimilasi yang menegah saya daripada bertutur dalam bahasa Cina?
Namun saya hanya turut bertutur dalam bahasa bm dengannya. Biarpun orang lalu lalang menjeling apabila 2 orang Cina ni berdiri di hadapan bangunan institut sambil membincang tentang apa yang patut diselesaikan.
Sehinggalah bunyi hp Mrs Liew berdering.. beliau jawab dalam bahasa Hokkien dengan adiknya. Ia bahasa yang biasa di antara penduduk cina belah utara.. Saya yang dibesarkan di Ipoh pula lebih biasa dengan bahasa cantonese, bunyinya jauh sekali daripada bahasa hokkien.
Lama2 baru saya faham bukannya Mrs Liew menganggap saya telah "masuk melayu", sebaliknya beliau yang mengambil pendidikan di sekolah SK dahulu dan hanya fasih bertutur dalam bahasa Hokkien, English dan BM. Maka agak kekok andai kata beliau cuba bertutur bahasa mandarin dengan saya. Pada hakikatnya, beliau bertutur dalam bm untuk menghormati saya dan juga sering memberikan nasihat2 berdasarkan pengalamannya.
Perkara ni buat saya sedar bahawa setiap peristiwa pasti ada sebab disebaliknya.. ia bukannya boleh diputuskan oleh andaian dan prasangka semata2.
"Ikhwan.. How are you recently? Been very long time not see, I hope you are doing well with your career." Selepas setahun Mrs Liew ditukar ke jabatan lain, beliau menelefon saya tanya khabar.
Saya hanya mampu gelak.
Saya gelak kerana saya begitu mudah menjustifikasi orang padahal kebenaran adalah jauh lebih dalam. Saya gelak kerana Mrs Liew sebenarnya tak pernah memandang rendah saya sebagai cina muslim pun, walhal beliau orang pertama yang masih mengingati saya selepas ditukar ke jabatan berlainan.
Published on January 26, 2016 18:19
January 7, 2016
Nas-nas al-Qur'an
Surah Al-Fatihah, terjemahan Bahasa Cina. Masa baru memeluk Islam, saya gemar beli buku dari kedai buku Islamik. Buku tebal sampai ratusan muka surat, macam2 tajuk buku ada.. Tapi apa yang menarik perhatian saya hanyalah beberapa patah ayat al-Qur'an dan terjemahan yang terselit dalam buku.
Kadang-kala tak baca sangat isi kandungannya pun, dengan merenung ayat-ayat al-Qur'an hati turut berasa tenang. Sampai setiap kali dapat gaji bulanan saja pasti beli buku baru untuk mencari beberapa patah ayat al-Qur'an yang lain.
Maka adalah tidak menghairankan apabila kita membaca kisah warga negara barat menemui hidayah hanya kerana membaca nas-nas dalam al-Qur'an. Hati mereka tersentuh dengan mesej Tauhid yang begitu kukuh dan indah, sehingga mereka berasa teringin kembali kepada agama fitrah.
Di Malaysia pula ramai yang menghalang Non Muslim daripada membaca al-Qur'an terjemahan, dilarang menyebut nas-nas Quran sekalipun.
Siapakah kita untuk menghalang hambanya daripada mencari-cari jawapan dalam al-Qur'an? Sekiranya nabi-nabi pun merata tempat menyahut semua orang sekeliling untuk kembali kepada Pencipta.. Membaca nas-nas Kitab yang datang daripada Ilahi dan bukannya digantung sebagai "azimat", "pelaris duniawi".. Sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi utusan terakhir dan agama Islam dilengkapkan sebagai agama yang sempurna untuk seluruh umat akhir zaman.
Siapa pula kita nak menghalang nas-nas al-Qur'an daripada dibaca dan disebut oleh Non Muslim sekiranya untuk tujuan penghayatan dan pemahaman yang ikhlas. Saya ingin bertanya..
Published on January 07, 2016 01:26
December 24, 2015
Look Before You Leap
Long before there were loudspeakers introduced in masjid before 1930s, where they are used for the adhan (call to prayer).. Muslim were beating this big drum as adhan. I'm always telling my non muslim friends to think twice before embrace Islam instead of urging them in making a rash decision.
Because they must be knowing the true meaning of shahadah first instead of chasing dunya. Then embrace the essences of shahadah, the whole new guidance in life. worship none but Allah SWT, witness prophet Muhammad s.a.w. as the last messenger for mankind.
When shahadah recited, the whole dunya means nothing and everything try to tear us apart, telling us how sorry we should feel and how irresponsible we are.
Most people have a fragile heart, they can't take the trials and challenges easily unless if they have found the true path to go on.
The only thing left within us is the little faith in shahadah. The reason to stay strong and knowing the true meaning of life as servants.
Published on December 24, 2015 06:59


