Ikhwan Ng's Blog
February 7, 2023
FOLLOW ME ON FACEBOOK :
https://www.facebook.com/ikhwanng
Hi.. Thank you for keep on followin my blog from ages ago till now. Currently I'm writing most of my thoughts in Facebook. Feel free to read and follow.
It's indeed a wild ride to experience the rise of Bloggers till it's getting outdated.
However I'm still searching for the Light. No matter how time changes.
December 13, 2022
Hak Batil
"Actually.. long time ago I have deep thought about embracing Islam. Indeed I can feel that Islam is a very peaceful religion, like the way it teaches followers to be humble and finding the balance in daily life."
One of my Chinese friend told me so.
However he's not a Muslim, also the very first time he message me briefly about what he think about Islam.
"What's stopping me from embrace Islam.. is due to some mistrust and betrayal I personally had from some of my 'muslim' friends during business deals. It's frustrating me for quite a while. So I'm just kind of forget about it till your religion status remind me some of my past moments."
I have no clear explanation with his situation.
It's kind of tricky to help him differentiate the 'Islam' holy religion from 'Muslim' that never meant to be perfect, including me myself.
As quoted by Muhammad Abduh (1849 – 11 July 1905):
“I went to the West and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam.”
There are non Muslim who living the spirit of Islam like taking care of cleanliness, applying Justice system, getting rid of corruptions and be trustworthy in business bargains. But they have no faith in One God.
At the mean time there are a few so called 'Muslims' who behave otherwise, yet they are uttering speeches like MashaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
"I may understand what you briefly talk about, because me myself also went through the same journey as you before embraced Islam. I was confused and live my teenage time without knowing anything about Islam, for fear that I may misguided. Till one day I met a group of friends that truly devoted in Islam, they brought me to take a glance about the basis of Islam, also give me advice like: 'please learn the true spirit of Islam from Qur'an and prophet Muhammad s.a.w. , never let anyone bring you down in finding the true answer in life'."
Hence I messaged my friend:
"Personally I won't put the blame on anyone. Instead it's our choice to find and differentiate the right and wrong from everything we learn about."
Allah states in al-Qur'an,
"And hold fast, all of you together, to the Rope of Allah (i.e. this Quran), and be not divided among yourselves, and remember Allah's Favour on you, for you were enemies one to another but He joined your hearts together, so that, by His Grace, you became brethren (in Islamic Faith), and you were on the brink of a pit of Fire, and He saved you from it. Thus Allah makes His Ayat (proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.,) clear to you, that you may be guided."
al-Qur'an Verse ( sūrat āl ʿim'rān (The Family of Imrān) 3:103)
May 23, 2022
"Uncle tu mabuk, gila, tak siuman"
"Uncle tu mabuk, gila, tak siuman. You all tak payah percayakan apa dia cakap."
Itu jawapan daripada keluarganya apabila uncle Hakim meninggal dunia pada tahun 2016, suatu pengalaman yang saya tidak dapat lupakan sehingga bila2.
Ya, uncle tu memang nampak macam orang gila, dia tidur di kedai kosong, sidai assam keping untuk mencari sedikit duit makan.. Dan sememangnya dia kaki botol, mulutnya berbau arak setiap kali saya mendekati dia, badan dan lengan penuh dengan tattoo.
Namun dia beritahu kepada saya dalam bahasa mandarin yang lancar, bahawa sejak dia jatuh sakit dan pengsan hadapan kedai kosong.. Sebaik sedar sahaja dan keluar dari wad, uncle bertanya kepada orang bagaimana dia boleh memeluk Islam.
"Saya tidak mempunyai banyak masa lagi, saya ingin memeluk Islam sebelum saya benar2 pergi."
Ramai orang dalam kampung assume uncle sebagai orang gila, tapi bukan pada saya.. Uncle sangat jelas maksudnya memberitahu saya bahawa dia telah lama teringin memeluk Islam, sejak muda lagi dia tertarik dengan cara orang Islam menyembah Tuhan.
"Dari mana uncle melihat orang Islam menyembah Tuhan?"
"Setiap hari Jumaat la.. Uncle kenal ramai kawan melayu, mereka mesti pergi 拜神 (menyembah tuhan) pada Jumaat bukan?"
"Jadi uncle pun banyak tanyalah.. Siapa tuhan kamu dalam agama kamu, kenapa kena sembahyang pada hari jumaat.. Lama2 uncle pun sudah minat dengan Islam tapi itu la, nanti orang cakap uncle sudah gila. Uncle pun sudah lama tangguhkan niat memeluk Islam."
"Bila uncle sakit teruk dan sedar dari ICU, uncle baru teringat ada satu hajat (memeluk Islam) sejak uncle muda.. Uncle sudah rasa tak mahu tunggu lagi."
Jujur kata saya terharu dengan uncle. Inilah apa yang Allah ingin menunjukkan kepada saya.. Bagaimana hidayah disampaikan kepada seorang uncle yang berbau arak, nampak kurang siuman dan sehingga pada saat saya cuba menterjemahkan erti dua kalimah Syahadah kepada Uncle di pejabat agama, segala dosa yang lalu telah diampunkan oleh Allah SWT.
Kita jangan menilaikan seseorang dengan paras rupa, pangkat dan harta yang dimiliknya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui isi hati hambaNya.
Mungkin bagi setengah pihak, dia cuma "orang gila" yang tetiba memeluk Islam tanpa sebab. Namun saya masih jelas mengingat apa yang dijawab olehnya apabila saya bertanya apakah perasaan uncle selepas memeluk Islam.
"Uncle berasa sangat tenang.. Akhirnya uncle sudah masuk Islam. Uncle tak takut lagi orang mahu cakap apa, sebab Uncle pun sudah tak lama lagi boleh hidup."
Pengalaman ini sentiasa membuat saya teringat kepada beberapa ayat al-Qur'an tentang "orang gila" :
Atau (apakah patut) mereka berkata: "Padanya (Muhammad) ada penyakit gila." Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakan mereka benci kepada kebenaran itu.
(Q.S. Al-Mu’minuun : 70)
Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila."
(Q.S. Al-Qalam : 51)
Katakanlah: "Sesungguhnya aku hendak memperingatkan kepadamu suatu hal saja, yaitu supaya kamu menghadap Allah (dengan ikhlas) berdua- dua atau sendiri-sendiri; kemudian kamu fikirkan (tentang Muhammad) tidak ada penyakit gila sedikitpun pada kawanmu itu. Dia tidak lain hanyalah pemberi peringatan bagi kamu sebelum (menghadapi) azab yang keras.
(Q.S. Saba’ : 46)
Wallahu A’lam
Note : Arwah uncle Hakim meninggal pada hari Jumaat, hujung tahun 2016. Keluarganya tidak membenarkan pihak pejabat agama menuntut jenazah dari tokong atas alasan arwah gila dan mengambil dadah. Jadi untuk meredakan keadaan kami terpaksa beri laluan kepada keluarga arwah untuk kebumikan cara bukan Islam.
Kami bersama pihak pejabat agama buatkan solat jenazah ghaib bagi arwah uncle Hakim. Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh
July 21, 2021
FB POST : DARI MANA ANDA MENGENALI ISLAM FOR THE VERY FIRST TIME
Pada 18 July 2021 saya ada bertanya soalan berkenaan dan alhamdulillah ramai yang memberi comment.. Di sini saya menyusun semula komen yang menarik bagi memudahkan semua baca ye. Original FB Desktop post :
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=4165258346875423&id=100001738967744&sfnsn=mo
Mobile post :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4165258346875423&id=100001738967744&sfnsn=mo
Nur Masyitah Liang :
Soalan ni unik … nk jawab pun terkenang apa yg terjadi di masa lalu… Since dh mula kerja , kenal ramai malay , and bila tertnya2 ttg islam, ada jawapan yg “ buat ingin tahu lebih” … tapi masa tu ramai nk kenal just for FUN… and betol2 ajar sy , adalah my EXhusband… 1 by 1 soalan dia jawan gn sgt detail… sy minat dari situ… kuar date, dia byk cita ttg agama… cita kisah2 Nabi … kdg2 dia bawa pergi masjid dia p solat, sy duk dlm keta tgk jaa orang kuar masuk utk solat…. I feel tenang at there…. Alhamdulillah…walaupun dh xda jodoh gn Ex, tp gn islam KEKAL smpai bila2…. insya Allah

Meili TanKetika bercinta bersama boy melayu
Dia pernah bagi tahu yang dia islam
saya beritahu dia kenapa tidak cuba untuk membuat saya jatuh cinta pada islam. Sama seperti dia sudah membuat saya jatuh cinta padanya 
Mimosa PudicaArwah mak saya, bukan la revert. Tapi dia asal drpd keluarga Cina. Keluarga dia org susah, anak ramai. Mak saya anak perempuan ke-5. Masa tu diaorg decide serahkan mak saya kpd nurse Melayu kat hospital tu yg tak ade anak. Kakak kepada mak saya juga diserahkan kpd org masa dia lahir, tapi dia diserahkan kpd gereja. So, dia membesar sebagai seorg Kristian. Kalau ikut logik akal, mmg rasa tak patut kan, serahkan anak kat org... Tapi sebenarnya tu cara Allah pelihara akidah arwah mak saya... Alhamdulillah..

Lebih bersyukur lagi bila lepas mak angkat mak saya meninggal, dia jumpa dokumen asal kelahirannya dgn nama Cina, ada alamat rumah juga, masa tu dia mintak kenalan dia tolong cari family dia, Alhamdulillah jumpa semula semua pada tahun 1989. Sempat la jumpa ibu bapa kandung dia & adik beradik lain... Kakak dia yg Kristian tu pun jumpa juga & hubungan kami baik sampai sekarang... YYmagaru Aisha TanDulu sbb brought up sy, sy ingat kena rajin buat duit je boleh bahagia. Tapi bakal suami masa tu change my way of thinking. Walaupun xde duit, bagi salam, buat lawak je kpd mak cik pun mak cik gembira dah. He also answered a lot of questions of mine regarding life, solutions to situations that once I don't know how to decode, in Islamic way.He showed me a WHOLE NEW WORLD 

a new way of living. And he told me all those is not his way, its Islamic way. Instantly tertarik dgn cara Islam dan juga boy tu.
Naim AbdullahSaya mengenal Islam ketika di tingkatan 6. Saya aliran sastera dan minat Sejarah. Di tingkatan 6 kena ambil sejarah Islam. Mula2 baca sejarah Islam rasa hairan wujud ke insan yg mulia (Rasulullah saw)seperti ini di dunia ini?. Lama2 terpikat dgn perwatakan dan amalan hidupnya. Selepas itu mula mengkaji lebih dalam dan ingin tahu siapa sebenarnya Muhammad bin Abdullah niii.. Akhir saya jatuh cinta pd Islam dan memeluk Islam.Keluarga saya tak besar cuma Abah, Ibu and Abang saya sahaja. Mereka tak bantah saya memeluk Islam. Tahun pertama puasa tinggal dgn Emak dan Abah. Emaklah yg akan kejutkan utk bersahur dan bekalan berbuka pun semua emak dan Abah yg sediakan, walaupun mrk bukan Islam..Saya pernah cuba sampaikan message Islam pada mrk tapi mrk tolak.Saya sentiasa berdoa supaya hati mrk terbuka utk masuk Islam.Bila saya berpeluang menunaikan Umrah saya bermohon dan menangis agar Allah swt buka hati mereka memeluk Islam.Lama saya tunggu tapi tak ada jawapanSelepas tuuu... dapat pula menunaikan Hj, Saya menangis di Kaabah dan di Arafah,"Ya Allah, engkau telah memberi hidayah pada ku, berilah juga pada org yg melahirku..."Selepas saya balik dr haji, saya ziarah Emak dan Bapa seperti biasa setiap minggu saya akan kerumah mrk. Selepas 4 bulan kemudian pd suatu mlm Emak bagi tahu saya dia ingin memeluk Islam. Allah hu Akbar..!!! Bapa dan Abang saya pun turut serta ingin menganut Islam.15 tahun selepas saya masuk Islam barulah hidayah sampai pd mrk. Doa hari2 selepas solat dan di Kaabah dan di Arafah akhirnya Allah swt makbulkan..Hari ini mrk semua dah tak ada... lagi.
Terimakasih ya Allah memberi mrk Islam sebelum mrk meninggal.... Alhamdullilah. Denise Peck Yie ChowBaca artikel pasal Islam di Berita Harian (rasanya) pada zaman sekolah. Kemudian observed my Malay schoolmates in boarding school, tak semua yang kenalkan Islam, malah kena tegur sebab saya beri salam. Fast forward 17 tahun, jumpa balik senior dari sekolah yg suka bercerita tentang Islam. I asked for a copy of Quran, saya baca appendix pasal Tauhid je, that's it. Dah tak boleh U-turn lagi, alhamdulillah. Senior tu is now my husband.
Jaswinder KlerPada asalnya, revert sebagai keperluan undang2 untuk bernikah dengan pasangan Muslim. Namun dengan izin Allah, saya mula terbuka hati untuk belajar beberapa bulan kemudian, dengan masuk kelas iqra basic. After that baru saya belajar solat. Sekarang sudah 10 years, Alhamdulillah Patrica Griffin JonathanMula2 tak terfikir nak kenal islam....tapi oleh kerana terpaksa sbb saya mengalami depression sebab bertahun mencari siapa Tuhan sebenar yg patut saya sembah sbb saya keliru dlm kristian Allah Taala itu Tuhan yg disembah dan dlm masa yg sama semba Yesus sedangan dlm doa dan dlm bible mengatakan Tuhan Allah Taala tidak berank dan tidak diperanakan...dan saya salah seorg akivis gereja....buat kajian sendiri tapi tak jumpa jawapan sehingga saya depression dan last sekali saya laksa diri saya tanya kawan muslim apa itu islam...sbb saya dah tak tahan dlm tekanan ...saya takut utk mati selagi tak kenal siapa tuhan saya dan utk apa saya hidup didunia ini....dan saya tertekan apa akan berlaku dgn saya jika saya mati ketika tidak kenal siapa tuhan saya....akhirnya saya paksa diri bertanya...dan sahabat muslim tersebut berikan saya terjemahan al-Quran... Saya tiba2 nangis tengok ayat al-Quran tersebut dan saya mula baca terjemahan surah al-Ikhlas... Akhirnya saya dengan yakin bagitau kat kawan saya nak memeluk islam ....


Sophea NgMasa kolej. First time satu asrama dgn org Islam. Masa tu nk lepak bilik kawan, then ternampak buku(Quran) yg cover Dia cantik."Buku ape ni?" Saya tanya sambil nk selak tgk."Eh Ng kamu tak boleh pegang!" Terkejut saya
rasa malu dan bersalah pun ada hahahThen waktu memula kerja. Shift malam jaga pesakit yg kurang penglihatan. Waktu subuh nampak dia bangun sendiri. Sy takut dia jatuh, jd sy pun pergi tgk dia nk buat ape. Rupanya dia bangun wudhu solat.. rasa tersentuh juga tgk perbuatan Dia.Then waktu hati tgh bolak balik tu, Alhamdulillah ada Kakak Cas Val yg rajin Bawak sy pergi join kelas, street dakwah. Di situ la kenal Idt, mrm, lebih ramai kawan reverts
Then baca juga blog bro Ikhwan Ng , blog sis Aliyah.. Alhamdulillah for everything
Rina Ngtattoo....berminat agama islam mula dri topic tattoo...dlu slalu lepak dgn kwn² malay..lpstu cite kt d'org sy nk p tattoo tpi 2kali nk p xjadi...kwn malay sy pn cite la kite org islam xleh tattoo,klau dlu org yg tatto bila mati kne ambil pisau panaskan kulit untuk hilangkn tattoo
kali ke3 nk p tattoo time tu plak ade hal xjdi lg...start tu sy pikir,mngkin allah xnk sy tattoo kot
d'org pn bnyk cite tntang agama,dan sy knal ustaz & ustazah yg ajar sy tntang agama...sy join class agama 1thn lebih baru memeluk islam..
dan ustaz & ustazah tu dgn fmly angkat sy lah yg tlg sy uruskn hal akad nikah,nikah kt umh d'org...alhamdulilah allah hantar org yg sngat baik sngat sabar kt sy untk sy knal ape tu islam wlaupun sy bnyk kkurangan,wat silap tpi d'org slalu doakn sy,ajar yg baik² kt sy..
️
Mellcy L'sBermula dgn soalan seorang kawan "tahukah kalau bagi kami Jesus tu nabi?" tahun 2015. Bermula dari sana beli buku² perbandingan agama. Sempat join debate group. Ikut kelas² bimbingan utk mualaf sebelum revert hujung tahun 2018 pada usia 21 tahun. Alhamdulillah
にさあ ぃあおうぇい #1Pengalaman saya dari kecik budak takut dengar azan subuh, bila dengar azan pasti menangis.Saya asal dari kecik sehingga besar takut kepada orang Melayu, tak berani nak bercakap maupun kawan dengan mereka.. bila saya dah dewasa tak takut dengar azan, suka dengar azan suka melihat masjid, hati saya selalu pikir apa orang melayu buat di masjid,Saya berkerja di sebuah kilang yang menjahit baju.. dalam semua ada orang Melayu lebih dari orang cina, orang India, orang asli. Saya cuma berkawan dengan orang cina India asli, kawan kawan melayu, sangat hairan, bila saya dengan orang melayu, macam orang bisu nampak macam takut.seorang makcik Melayu yang mula tegur saya, saya rasa takut, makcik Melayu teruspeluk jangan takut Jenny lim, kita cuma ingin berkawan dengan kamu, setiap kali nampak kamu boleh bercakap senyum bergurau dengan orang cina India asli sangat ceria.tetapi dengan kita kamu langsung tidak mau bercakap.makcik nampak lim macam takut pada kita..peluk makcik tulah yang buat saya berani dan mula berkawan dengan orang melayu..dari situ mereka selalu belanja saya makan, ajak saya ke rumah mereka makan bersama, dari situ saya mula berubah tutup aurat dengan baju kurung, dan mereka lah yang ajak saya ke masjid, mereka pinjamkan baju kurung buat saya, untuk saya masuk ke dalam masjid,hari itu hari malam Khamis, saya tak tahu apa mereka buat,saya cuma tahu depan mereka ada macam macam botol air.Di waktu tu saya tengok tulisan tulisan arab jawi macam tulisan ular, dan buku buku@Al Qur'an..saya sangat tertarik nak tahu apa tulisan dalam buku buku@Al Qur'an, saya ingin nak pegang, kawan kawan melayu terus cakap, lim ini tak boleh pegang, itu adalah Al Qur'an.. selepas hari tu, saya selalu tanya kawan melayu, apa tu Allah apa tu nabi apa tu Al Qur'an, dalam Al Qur'an tulis apa apa tu haji apa tu zakat.saya ingin nak tahu.. kawan kawan melayu suka bergurau dengan saya, aiyoo lim mau masak Islam ke.banyak tanya tentang Islam..Hahaha
Saya terus jawab bukan bukan saya tanya je.. saya suka sebut Allah, tetapi saya tak tahu Allah itulah adalah tuhan.kawan kawan melayu dapat dengar, mereka tanya apa lim kamu sebut, saya tak tahu apa apa, saya senyum dengan mereka tenang jawab Allah, mereka pun cakap lim sebut lagi, saya pun jawab Allah Allah Allah.dari seorang kawan melayu, MashaAllah, mereka tanya saya, lim tahu tak Allah yang kamu sebut tu apa, saya Jawab tak tahu, saya rasa tenang bila sebut nama Allah, kawan pun cakap lah dia belum dapat hidayah lagi, cuma tunggu waktu masa, dia akan bertemui hidayah, saya tanya balik kawan melayu, apa itu hidayah saya mau hidayah.. AlhamdulillahSelepas saya cakap mau hidayah, Malam tu Allah SWT terus ketuk pintu hati saya.saya berubah bermula tutup aurat dengan baju kurung dan bertudung dalam sebulan baru saya syahadah. にさあ ぃあおうぇい #2Saya sambung sedikit lagi,bila saya dah dapat hidayah dari Allah SWT, Allah SWT yang ketuk pintu hati saya berubah bermula tutup aurat dengan baju kurung dan bertudung. Saya masih ingat, awal pagi sabtu, saya nak cari baju kurung dan tudung, saya tak tahu harga berapa? Saya sanggup naik bas ke sebuah bandar semata-mata nak cari apa saya mau, dari awal pagi sehingga petang, saya tak makan minum hanya ingin nak cari baju kurung tudung saya mau, sampai kedai yang last menjual baju baju melayu.dalam hati saya cakap, tuhan Allah ini kedai yang last,jika saya tak dapat lagi, saya tak nak masuk Islam lah. Allah SWT maha berkuasa, Allah SWT tahu apa dalam hati saya pikirkan, tauke kedai tu tanya saya, amoii Lu mau apa? Saya pun jawab mau cari baju. Tauke kedai jawab balik marilah masuk,bila saya dah masuk tengok baju kurung dan tudung yang saya mau ada di kedai ni. Tetapi disaat tu saya sangat kecewa, duit tangan saya hanya Rm50 ringgit je, baju kurung dan tudung sekali mau rm90.. diwaktu tauke kedai tanya, amoii dah jumpa apa baju kamu mau. Saya rasa segan malu nak jawab, saya cuma cakap tak pa pakcik tak pa pakcik,. Bila saya nak keluar kedai, tauke kedai panggil saya semula, amoii tunggu amoii tunggu, tauke kedai tengok saya dari atas ke bawah, bawah tengok keatas, tauke kedai terus tanya saya, amoii lu orang Islam ke??? Saya tambah rasa segan malu teruskan jawab, saya nak masuk Islam, saya mau belajar tutup aurat dulu,. Tauke kedai sambung tanya balik, amoii lu punya tangan ada berapa ringgit, saya pun jawablah ada Rm50, tauke kedai terus cakap, amoii pilih apa baju kurung tudung yang kamu nak. Saya pun pilih lah, ini ini ini, tauke pun siapkan bungkus, saya pun bayar lah, bila saya bayar, saya cakap dengan tauke kedai, pakcik boleh tak pulang satu ringgit, saya nak satu ringgit je, saya nak naik bas.. Alhamdulillah, Tauke betul betul pulangkan 1 ringgit, dan dia sedekah rm5 ringgit lagi, tauke tanya saya, sudah makan ke belum, saya malu nak jawab, amoii ambik duit rm5 ringgit ni, beli makanan sambil menunggu bas, semoga amoii jadi seorang muslim yang solehah,tak minta banyak,pakcik cuma minta apabila dah jadi seorang Islam jaga aurat dengan sempurna,doa untuk pakcik, dimasa tu, mata saya petik je, saya terus jawab baik pakcik terima kasih pakcik... Sampai ke bas stop air mata saya tiba tiba jatuh, dalam hati terus jawab, ini ke hidayah yang tuhan ALLAH kasih tunjukkan..
Maryam OhEver since i was young, I am interested in the topic who created this and that, who is God. Then when I was 18, have a guy name Hafiz dakwah to me on Wechat. Then I started to like the name ALLAH. I felt a bonded connection with ALLAH. After that when I heard Azan, I was touched until tears always flow out my eyes. A few signs comes to me and Islam is a very scientific religion for me as everything has an answer in Islam. That was the moment I know I want to be a Muslim, submitting myself 100% for Allah.The end Eryna JosephSelepas rasa jijik pd daging haram, berhenti makan. Dari beberapa selang masa, berminat mahu tahu siapakah Nabi Muhammad SAW, kenapa kena berpuasa, solat dan berhijab. Kenapa dalam Al-Quran ada sebut Maryam dan mahu tahu siapakah Nabi Isa mengikut versi Islam. Google dan youtube tempat sumber sy mencari jawaban ketika itu. Kisah dan ceramah dari ustaz2 muallaf juga menarik minat sy.
W.H. PuiSegalanya bermula daripada langkah berbincang dan berdebat dengan rakan-rakan.Perbincangan tersebut mendorong langkah kedua, iaitu membaca al-Quran.Seterusnya, untuk mengukuhkan kefahaman tentang isi Quran, saya menyertai ceramah Bro Lim tentang Pencipta vs ciptaan. Cikgu NurBermula detik ketika aku mendengar laungan Azan yang berkumandang di masjid belakang rumahku dan juga di kaca televisyen yang benar-benar membuat hatiku rasa sayu dan syahdu.Sukar bagiku untuk mengungkap perasaanku ketika mendengar azan terutama azan subuh. Hati rasa tenang.Bermula dari asbab itu, aku mula memotivasikan diriku untuk mencari rahsia di sebalik laungan azan yang menggetar jiwaku.Malah, ketika di sekolah rendah , aku suka mengikuti kelas pendidikan Islam. Aku duduk dalam kelas dan buat kerja sendiri sambil telinga mendengar ustaz mengajar. Aku paling suka ketika dengar kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w dan kisah sejarah para sahabat. Semua input ini mendorong aku untuk terus membaca, dan mengkaji lebih mendalam tentang agama Islam. Semasa aku di tingkatan 6, aku turut mengambil Sejarah Islam. Aku juga berkesempatan belajar berpuasa ketika aku tinggal di asrama.Aku terus mendalami lebih banyak pengetahuan tentang Islam melalui bacaan. Malah, banyak buku agama dan keratan akhbar yang aku gunting dan ditampalkan ke dalam buku nota saiz A4. Semua bahan tersebut masih disimpan sebagai sumber rujukan terutama bab fardhu ain dan akidah. Selepas tingkatan 6, aku tekad untuk memeluk agama Islam walaupun mendapat banyak tentangan terutama daripada keluarga. "Islam agama sejahtera. Islam itu sendiri bermaksud aman dan selamat.”
Adni KitTengIf it’s kenal Islam, sejak zaman sekolah melalui kawan2 Melayu. But betul2 memahami Islam, bermula di tempat kerja. Rakan sekerja buka Quran dan ceritakan tentang kejadian alam, syariat kita sebagai hamba di dunia dan dunia akhirat setiap pagi sebelum makan sarapan pagi. Then baru diri ni yang dulu benci sangat Islam sedar bahawa ciri2 Islam yang dibenci tu bukannya ajaran Islam yang sebenar. Silap diri ini anggap apa yang dipamerkan oleh orang Islam di sekeliling sebagai ajaran Islam berlandaskan al-Quran.Alhamdulillah sejak tu mula baca terjemahan al-Quran dan mula praktikkan ajaran Islam sebelum mengucap syahadah. Perbezaan yang sangat besar dirasai waktu belum Islam lagi tapi beranikan diri cuba bertudung dan menutup aurat gi kerja. Saya kerja dalam bidang muzik, bidang hiburan so maklumlah memang jarang orang jaga batas pergaulan. But masyaaAllah terkejutnya saya bila alami sendiri apa yang sehelai tudung di kepala boleh ubah! Majikan saya (yang merupakan seorang Muslim Melayu) biasanya akan sentuh-menyentuh dan memegang pinggul bila kami bincang tentang kerja, tapi pada hari pertama saya bertudung di tempat kerja, dia hulurkan tangan untuk berjabat tangan pun sendiri tarik balik tanpa saya perlu kata apa2. Aisya Humaira LeeMasa secondary school. Masa form 4.. perasaan mencari tu datang dari hati. Bermula dari ingin tahu. Until 1 day sya realize then sya start mencari ...... sya start beli buku2 ttg agama islam, tahun 2015 sya jumpa seorang lelaki melayu asal dari semenanjung duda dan ada anak. dia guide sya ttg agama sampai sya betul2 faham & mula sayang dengan Islam. Dia selalu bercetita tentang agama & nabi2, dia slalu cerita tentang pahala , tentang kebaikan, tentang hikmah. Until then, Finally sya revert pasa tahun 2017 dan selepas beberapa bulan sya revert dia lamar sya. Now kami dah ada 2 anak sendiri. Dan termasok anak dia sblom ni, kami ada 5 anak. Dan dia masih selalu bercerita tentang agama, nabi2 & hidayah, dia juga selalu pasangkan ceramah dari ustaz2 dengar bersama. Love by heart not love by DNA.
Bila kita ikhlas menerima, Allah permudahkan segalanya .
嘉 希ツntah lah , susah nak cakap . dulu tak minat islam , but one day tu lepas je SPM tk buat apa kt rumah , tiba2 one day teringin nk tahu mendalami what is islam . then belajar lah sikit demi sedikit , and Allah beri petunjuk , macam2 petunjuk Allah bgi , one day UEL dtg area rumah , niat msa tu pergi ceramah dia je , then last2 masuk islam pda hri tu juga .. Farrah WeiI study in sekolah kebangsaan since primary and I have a lot of malay friends. Have loved Islam since school. I’ll sometimes pretend to be sick and stay in Islam classes
wanted to revert twice before I really revert in 2015. Alhamdullilah it’s been 6 years. Belongs To PandaPerhimpunan Sekolah masa rakan2 baca Surah Al Fatihah ramai2 Hanaa LovedSaudi Arabia, Jeddah. Orang Arab percaya kata² umat Islam lebih dari non-muslim. Dari situ nampak silaturrahim umat Islam rapat walaupun tak kenal sesama. Minta tolong mana2 je in shaa Allah pasti dipermudahkan Allah. Pakaian modesty yang menarikkan saya juga. Alhadulillah yang benar pandai bezakan Allah to oneness the only One True God pray directly to Him. Sophia Zahra FooPrimary school. We all Chinese Indian Sikh tahu baca dan tulis jawi. We eat and play together with our Malay Muslim classmate. We also allow to attend kelas ugama if we wanted to.
June 22, 2021
I Masih Chinese laa
Ada suatu hari my mom tengah sembang gelak2 dengan saya: "Haiyaa you sudah jadi "anak melayu" sekarang laa, apa boleh buat.." Lepas dengar tu dalam phone call saya pun terus jawab la, I mana ada jadi "anak melayu", I masih chinese laa.
"Habis sekarang you tak makan oink-oink kan?"
"You punya nama cina pun sudah tukar kan?"
"Tokong pun you sudah tak pergi lagi kan?"
Saya terdiam terus.
Mom macam biasa la gelak2.. Dia sudah lama terima saya memeluk Islam cuma cara cakap dia memang terus terang, tak pandai nak cakap berlapik bagai.
Benda ni sebenarnya tertimbul dua jenis persepsi yang berbeza.
Saya memang nak sangat menjelaskan kepada my mom, yang saya ni masuk Islam bukannya “masuk melayu”.. Saya tetap berbangsa cina cuma saya telah memilih cara hidup seorang muslim yang menuruti kepada perintah halal haram dalam Islam. Cina tapi Muslim.
Tapi my mom dan masyarakat cina secara umumnya menilai reverts/mualaf dari segi gaya hidup.. Macam mana nak kata you masih Chinese kalau nak makan pun kena memilih yang ‘halal’ punya saja, beer pun sudah tarak minum.. Dah serupa bukan cina la jawabnya.
My mom dah tua dan saya menghormatinya sebagai orang tua. Saya tidak dapat memaksa dia untuk faham apa yang saya lihat.. Saya juga tidak dapat berdebat dengannya. Jadi saya cuma senyum2 dan berbual macam biasa.
Secret Hijab
Kami reverts muslim ni selalu ada circle sendiri, dimana kami akan membincangkan segala isu dan cabaran dalam kehidupan. Salah satu yang asyik menjadi perbincangan hangat adalah : tudung.
"you all lelaki senang, macam kami ni yang perlu berhijab dalam menutup aurat memang mencabar.. Sebelum keluar dari rumah kena menyorok scarf/snow cap/cloth cap dalam beg, dah pergi bandar baru la pakai.. tutup aurat kan." Nak simpan tudung dalam beg faham2 je la.. nanti berkedut habis. Jadi mereka menggantikannya dengan cloth cap.
Ada juga yang keluarga dah menerima anak perempuannya memeluk Islam, jadi dia selalu memakai cloth cap berjumpa dengan saudara mara kerana mereka masih belum tahu bahawa pengislamannya.. Last2 sekali saudara tanya kat mak, kenapa anak you selalu pakai head scarf tu?? Dia ada penyakit sampai rambut gugur dah ke 😅 kesian tgk anak you..
Memakai tudung kerana ingin menurut firman Allah SWT dalam menutup aurat. Namun bagi reverts bukanlah semudah begitu terus pakaikan tudung esok lusa selepas memeluk Islam hari ni.. Ia amat mengambil masa untuk bagi keluarga menerima keputusannya, terutamanya kawan sekeliling yang boleh terkejut jika perubahan terlalu drastik.
Jadi snow cap, head scarf, cloth cap.. mcm2 topi jadi experiment kepada sis reverts kita.. Masing2 ada cabaran tersendiri dalam mencari keredhaan Allah SWT.
April 11, 2021
CNY 2021
Yang tu sendiri kena faham laa. Jangan hanya sebab keluarga masih non Muslim dan pergi tokong atau sembah langkit depan rumah ke, kita pun terus kata CNY tu haraaam. Islam mengajarkan kita cara bermasyarakat dengan semua orang, mencari keredhaan Allah SWT dan tidak menyakiti hati sesiapapun. mana tahu dengan akhlak yang baik.. suatu hari nanti ada kawan2, saudara mara tertarik dengan prinsip Islam kan? Kiong Hee Huat Chaii Gong hey fatt ChoiGong xi fatt Chai 
Cina kaa Melayu
"You orang cina kaa melayu?"
Sebaik saja saya scan MySejahtera dan tunjukkan nama saya pada pekerja.. Dia terus tanya begitu. Terkedu sebentar. Terang2 nama saya tulis "Ikhwan" dalam MySejahtera ni.. Nak kata saya melayu, muka putih melepak.. Nak kata saya cina, nama pula terang2 tulis 'Ikhwan' Last2 saya cuma senyum saja dan tidak menjawab apa, terus masuk ke kompleks.. Sebab benda yang sama ni pernah mak saya tanya 10 tahun yang lepas. You sudah jadi melayu tahu tak, dah masuk Islam senyap2 ni.. Saya cakap tak, saya cina.. mana ada jadi melayu.Habis tu you tak makan oink2 kan, you tak sembahyang kat tokong lagi kan? Kalau mak sudah mati, you pun sudah tak mahu sembahyang kat upacara kan?? Haaiiyaa itu dah nampak you bukan lagi cina laa Saya terdiam. Ada masanya masyarakat mentafsir sesuatu bangsa dengan cara sembahyang, gaya hidup, agama dan kepercayaannya. Bila saya cakap "saya masih cina", ia bermaksud saya seorang cina yang beragama Islam.. Tapi bagi orang lain mungkin tafsirannya adalah "Kamu melayu", kerana kamu bukan lagi mengikuti gaya hidup kaum cina. I cina atau melayu kaa.. bukan sesuatu yang harus saya debat untuk memenangi hati mana2 kaum. Yang penting I sudah memilih Islam, jadi I ingin hidup sebagai seorang Muslim.Babi
"Mak bapa kamu mcm mana, ada memeluk Islam sekali ke?" beberapa tahun lepas saya berjumpa dengan seorang petugas dalam majlis.. Selepas Ahmad (bukan nama sebenar) selesai bacakan doa di atas pentas, kami bersembang sekejap sementara nak menunggu acara majlis seterusnya..
"Belum lagi, kadang2 orang tua saya pernah beritahu mereka terasa dengan beberapa Muslim yang menyakitkan hatinya.." entah mcm mana saya boleh berterus terang dengan beliau, "Mak saya selalu pesan masa saya kecil lagi, kamu jangan kawan sangat dengan 'orang islam' sebab mereka tetap tak suka dengan cara hidup kita."
"Mak pernahlah mengeluh, dulu2 masa kat kampung lagi ada seorang jiran 'Muslim' belakang rumah asyik panggil mak saya bxbx, bila mak tanya balik.. Apasal you cakap mcm tu, jiran pun jawablah: dah you makan bxbx, you pun jadi mcm bxbx laa!"
Tapi apa yang Ahmad jawab membuat saya insaf, walaupun jawapannya pendek, santai tapi ia tetap dalam ingatan saya selama-lamanya.. Ahmad jawab saya begini:
Wan, kalau kita nak mengikut cara 'orang Muslim' bagi mengenali Islam, memang sampai bila2 pun takkan dapat jawapan.. Ramai je orang Islam yang kuat mengutuk menfitnah, makan riba.. Lagi teruk yang berjudi, minum pun ada.
Yang silapnya kita jangan ikut orang! Orang tak semestinya betul, mungkin dia boleh tersilap kata2nya, kelakuan dan perangainya.. Tapi apa yang mereka buat tu tetap tak mengubah apa yang disuruh oleh agama Islam. Apa yang difirman oleh Allah SWT sangat mudah, menyembah hanya kepada Allah SWT, meninggalkan apa yang diharamkan dan mengamalkan apa yang disukai oleh Allah SWT.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w., tiada lagi manusia yang layak menjadi contoh kepada Islam. Tiada seorang pun.. Sebab nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh yang terakhir! Jadi ia juga menjadi bahan fitnah kepada non muslim untuk menyerang kebenaran Islam.. Contohnya ada yang cakap cuba you tengok.. Bukan Islam suruh jangan minum arak, kenapa ada seorang dua dalam kampung minum juga? Padahal apa yang seorang "Muslim" salah buat itu, tetap tidak boleh mengubahkan apa yang Haram dalam Islam kepada 'halal'.
Nak mengenali Islam.. Kita patut mencari jawapan dalam al-Quran dan mempelajari sunnah daripada Nabi Muhammad s.a.w., bukannya setakat mengikut orang.. Percayalah suatu hari nanti bila mak bapa Wan mampu mengenali Islam secara betul, tidak mustahil hati mereka akan menerima hidayah suatu hari jua.
Kerana manusia bukan insan sempurna.
December 22, 2020
Hidayah
Saya dengar daripada seorang kawan melayu ni cerita kisah sahabatnya yang dah lama ingin tahu tentang Islam, malah dia selalu menonton youtube dah membaca serba sikit artikel mengenai Islam.. Tapi bila tanya dia nak masuk Islam tak? Dia geleng kepala.
"Kamu takkan faham punya, masuk Islam seumpama jadi pengkhianat pada keluarga saya."
"Family takkan terima"
"You bercakap something yang tak nampak"
"U seorang di dunia yg ramai ni...u hilang semua org yg u sayangi"
"Ini bukn soal family jer tau...seluruh keturunan dan saudara mara akn cakap selamanya"
Benda mcm ni saya lebih kurang pernah lalui, jadi saya amat faham apakah yang cuba diceritakan oleh sahabat chinese ini.. Masuk Islam bukanlah suatu perkara yang mudah, ia bukannya seperti bertukar model kereta sesuka hati.. Ataupun memilih baju kesukaan kita.
Islam adalah satu2 agama yang orang takkan berani memikir tentangnya.. Tak kiralah tukar kepada apa2 agama ataupun kepercayaan sekalipun. "Islam" sering menjadi pantang larang non muslim dalam menyebutnya.
Kerana Islam amat tegas pada isu halal haram. Yang haram tetap haram mengambilnya, tak kiralah ia mcm mana disukai oleh masyarakat dan telahpun menjadi sebahagian budaya penting.. Tetap perlu tinggalkannya tanpa teragak2. Ia termasuklah tidak menyembah kepada selain Allah SWT.. tidak menjudi, minum arak.. Yang mana telahpun menjadi gaya hidup seseorang non muslim yang tersangat normal baginya.
Beza di antara orang yang tidak berani melompat ke hadapan dengan orang yang sanggup mengucap kalimah syahadah adalah "hati".
Ya.. Kita semua dikurniakan "akal" untuk memikir, belajar tentang apakah itu Islam.. Siapakah Allah SWT. Tapi hendak menjadi seorang Muslim perlu memiliki hati yang kukuh dan kuat menyatakan "saya beriman".
Ada satu point sebenarnya saya tertarik dengan sahabat beliau:
"U berikn I harapan, tapi hanya kepercayaan, ketaksuban , sesuatu yg x nampak..akhirat adalah dunia yg mana kita percaya saje"
Percaya? Taksub?
Ya.. Kalau merujuk kepada agama secara umum, mereka suruh penganut "percaya" saja. Tak payah tanya banyak2, percaya je.. Blind belief. Tak kiralah agama yang terpesong sekalipun, modalnya cuma ketua agama suruh orang percaya! Aku cakap ada tu ada! Jangan tanya lebih!
Islam sebaliknya mencabar kita untuk memikir. Apakah kita dapat membina ayat yang setanding dengan kalimah Allah? Adakah kita boleh melawan fitrah untuk tidak memikirkan siapakah Tuhan sebenarnya? Sebaliknya Islam banyak mengajak kita untuk terus berfikir dan mencari jawapan.. Tak pernah pun Islam suruh kita percayakan benda mengarut.
Seseorang boleh dapat hidayah masuk Islam ataupun tidak.. Kita hanya boleh cuba terangkan seberapa banyak yang mampu.. Hakikatnya adakah hatinya dah mula beriman dengan Allah SWT? Itu adalah soal hati seseorang hamba bersama Pencipta yang Maha Esa.
Tiada seorang manusia pun mampu masuk campur urusan Allah dalam bab hidayah.


