Shima Rostam's Blog, page 3
August 12, 2022
Bukan Sekadar Mimpi 5
Bab 5
“Kak Anna teman sampai sini je. Nanti adik masuk sendiri kat dalam tu. Bila dah habis, call akak. Kak Anna ada dekat NU Sentral.”
Azim mengangguk faham, padahal dia tidak mendengar pesanan Anna. Dia ralit membaca mesej Jinyung.
+Dekat lobi, staf hyung tunggu Azim.
-OK hyung. Saya dah sampai kat lobi.
+Wait a minute.
“Dengar tak Kak Anna pesan ni?”
“Hah? Dengar. Kejap lagi ada orang datang jemput adik. Kak Anna jangan risaulah. Tahulah orang jaga diri.”
Anna menarik nafas panjang. Jangan risau ... jangan risau! Hatinya memang tengah risau. Mana pernah dia meninggalkan Azim sendirian di tempat awam. Belum pernah.
Lainlah kalau di rumah, ada jiran-jiran tolong tengokkan. Pak Mid juga turut memerhatikan agar Azim tidak keluar dari kawasan apartment.
“Awak tu baru 10 tahun, macam mana Kak Anna tak risau.”
“Kalau gitu, baik Kak Anna ikut adik sekali. Tak adalah risau sangat, kan?” Azim memberi cadangan bernas.
Anna mencebik. “Tak kuasa akak nak bersesak kat dalam tu. Macam-macam bau ada.”
Azim buat memek muka, mengajuk Anna membebel. Bosan apabila Kak Anna membebel macam mak nenek. Macam-macam yang dipesannya, padahal dia mahu berjumpa dengan Jinyung hyung sahaja.
Anna menjegil ke arahnya, cubitan keras dihadiahkan di lengan Azim. Azim menjeling geram, tetapi dia tidak berani mengajuk lagi, takut kena heret balik.
“Hello, Azim.” Tiba-tiba datang seorang lelaki Korea menegur mereka. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi dengan hoodiedan cermin mata hitam besar.
“Yes, I am...” Bulat mata Azim melihatnya. Dia dapat mengecam lelaki itu. Jinyung.
“Hyung ... Jin ...” belum sempat dia menyebut nama lelaki tu, Jinyung memberi isyarat supaya Azim diam.
“Nice to meet you, Azim.” Sempat Jinyung melirik ke arah gadis manis di sebelah Azim. Berdepan begini, Anna nampak lebih cantik.
“Kak Anna ... tengok! Betulkan? Adik cakap betulkan selama ini adik berDM dengan Jinyung hyung,” bisik Azim teruja.
Anna melirik senyum paksa. Dia melihat Jinyung membongkokkan separuh tubuhnya, tanda memberi salam dan hormat.
“Hyung, meet my sister ... Anna. She’s a number one fan of Korean drama.”
Merah muka Anna mendengar pengenalan adiknya.
“But she’s not interested in K-pop Idol, but the strange thing is she’s good at K-Pop dance,” usik Azim.
Kononnya berbisik, padahal semeter boleh dengar suaranya.
“Azimmm!”
Jinyung tersenyum-senyum mendengar kata-kata Azim itu.
“Come on, we have to go now. We are going to start in ten minutes.”
“Jaga diri dan jangan menyusahkan orang lain. Dah habis nanti call akak,” pesan Anna.
Berat hatinya mahu melepaskan Azim, tetapi dalam masa yang sama dia faham dengan keterujaan Azim yang mahu menghabiskan masa bersama idolanya.
“You’re not coming?”
“No. I have something else,” balas Anna.
“Take care of my brother, please. Make sure he doesn’t mess up your program. I’ll pick up him later,” pesan Anna tanpa memandang Jinyung.
Dia berasa malu.
“Don’t worry about it. I’ll look after him like my own brother.”
Azim tersenyum lebar mendengar kata-kata Jinyung itu. Bangga hatinya apabila dirinya dianggap seperti adik sendiri oleh idolanya. Keningnya tergedik-gedik sambil memandang Anna, bangga.
Anna mengangguk dan melepaskan mereka pergi. Manakala dia pula bergerak keluar menuju ke NU Sentral.
*****
Jinyung, Dan Kim, Beak Yun, Jong Kok dan Si Won menghembuskan nafas kelegaan apabila event tamat. Mereka keletihan melayan para peminat, namun berpuas hati dapat memenuhi permintaan peminat di Malaysia.
Mereka sepatutnya datang pada tahun lepas, namun terpaksa menunda hasrat tersebut disebabkan masalah kesihatan Jinyung dan Beak Yun. Bagi mereka, tanpa sokongan peminat mereka tidak akan popular.
Azim turut sama menyertai permainan yang telah diaturkan. Dia juga penat, tetapi perasaan teruja dan gembiranya membuatkan keletihan itu seolah-olah tidak terasa.
“Seronok?”
“Seronok sangat. Hyung semua memang sportinghabis,” puji Azim.
Dia tidak menyangka, melayan peminat boleh sepenat ini. Namun, sikap ramah artis Korea itu membuatkan rata-rata yang datang, pulang dengan senyuman lebar. Dia pula semakin dapat menyesuaikan diri bersama mereka.
“Dah mesej Kak Anna?” Jinyung bertanya tiba-tiba. Prihatin. Tidak mahu Anna menganggap dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
“Kak Anna??”
Serentak empat pemuda Korea yang sedang duduk melepaskan penat itu bersuara dengan nada terkejut.
“Lawa tak?”
“Comel tak?”
“Cantik tak?”
Serentak mereka bertanya ... teruja!
“Cantik, lawa, comel dan pandai menari, pandai memasak dan tak suka K-pop, tapi suka menonton drama Korea dan Cina,” jawab Azim dengan bangga.
Memang betul pun Kak Anna cantik. Tidak pernah jemu dia memuji kakak kesayangannya itu.
Notifikasi WhatsApp telefon pintar Azim berbunyi. Sibuk mamat K-pop mendekatinya, mahu membaca juga.
“10 minit lagi Kak Anna sampai,” beritahu Azim.
Jinyung menjeling memberi amaran kepada ahli kumpulannya. Serta-merta mereka berundur dan tidak jadi menyibuk. Namun, mata dan telinga tetap dipasang untuk melihat dan mendengar perbualan atau WhatsApp daripada Anna.
“Jom, kakak mesti dah sampai kat lobi,” ajak Jinyung. Dia tidak mahu Anna menunggu lama.
Azim tersengih. Walaupun dia tidak faham mengapa mereka tiba-tiba diam dan berundur, Azim suka dengan sikap Jinyung yang melindunginya.
“Kami ikut sekali.”
“Apa kata kita keluar bersiar-siar?” Beak Yun memberi cadangan. Lagipun, masa lapang mereka hanya petang ini sahaja.
Mereka datang mengadakan konsert di sini, dalam masa yang sama mereka akan merakamkan muzik video untuk lagu terbaru mereka. Ada lirik dalam bahasa Melayu. Sebab itulah rakaman muzik videonya dilakukan di Malaysia.
“Yes ... aku setuju. Lagipun, petang ni kita free. Boleh kita melihat-lihat Kuala Lumpur. Kakak Azim boleh jadi tour guide kami, kan?” Dan Kim bertanya.
“Boleh. Sebut je ke mana nak pergi kat KL ni, Kak Anna tahu.” Azim terus menjual nama kakaknya.
“Dia setuju tak?” Jinyung menyoal tiba-tiba. Bimbang menyusahkan gadis itu. Bukan dia tidak tahu sikap nakal ahli kumpulannya, mahu nanti kakak Azim menjadi mangsa usikan mereka.
“Mestilah setuju. Kak Anna takkan tolak permintaan artis idola adiknya,” balas Azim, yakin.
“Kak Anna!.”
Anna berpaling ke arah suara itu. Azim berlari mendekatinya dengan senyuman lebar. Mengekori di belakangnya, lima orang lelaki Korea berpakaian low profile, tetapi cara pemakaian mereka itu tetap menarik perhatian orang ramai.
Anna melihat ke ruang lobi hotel, masih ada peminat kumpulan ini yang belum balik. Mujurlah mereka tidak menunjukkan sikap teruja melampau. Hanya melambai-lambai dari jauh sahaja. Anna lega. Kalau tidak, dia akan terus menarik tangan adiknya balik. Tidak mahu dia dihimpit oleh peminat mereka.
“Hai, Kak Anna.” Serentak empat lelaki Korea itu menyapa dan membongkokkan tubuh mereka separuh, tanda hormat.
Anna terkejut. Seperti tidak percaya pula melihat mereka berlima di hadapannya dan memanggilnya ‘Kak Anna’ walaupun usianya lebih muda daripada mereka.
“H-e-l ... hello...” Anna tunduk membalas. Dadanya berdebar-debar.
‘Kenapa pulak mamat Korea ni ikut Azim. Aku tak minat pun nak kenal,’ rungutnya dalam hati.
“Kak, mereka nak jalan-jalan tengok KL. Jadi, nak minta Kak Anna jadi tour guide,” beritahu Azim.
Kecut juga perutnya, takut kakaknya marah. Dalam hati Azim tidak putus-putus berdoa agar kakaknya setuju.
Wajah Anna berubah. Geram pun ada. Pandai-pandai Azim membuat keputusan sendiri tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Kecil besar, kecil besar dilihatnya Azim. Mengapa pula namanya dipetik, padahal ramai peminat mereka yang sanggup menjadi tour guide mereka.
“Kak Anna sudi tak? Ini kali pertama kami sampai ke Malaysia. Tentu Kak Anna tahu banyak tempat menarik di KL ni, kan?” tanya Beak Yun.
Dia berharap Anna akan bersetuju. Sempat lagi matanya mengerling Jinyung. Rakannya itu diam sahaja. Sikapnya tidak pernah berubah. Bukan dia tidak perasan air muka Jinyung berubah lembut apabila memandang Anna tadi. Sorotan matanya pun lain macam. Jadi, sebab dia baik hati, dia membuka peluang Jinyung mendekati Anna.
Anna menjeling.
“Siapa kakak awak!” marah Anna, garang.
‘Suka hati dia panggil orang kakak,’ gerutunya.
Beak Yun terkejut. Dia berundur setapak dan menundukkan pandangan.
“Uish, garangnya kakak Azim!” bisiknya, tetapi jelas kedengaran suaranya.
“Kak Anna, bolehlah kak. Diorang nak kenal KL ni. Siapa lagi nak bawak kalau bukan kita,” rayu Azim, cuba meraih simpati.
Padahal dia mahu bersama idolanya lagi. Tidak puas hanya dua jam sahaja. Banyak lagi yang dia hendak tahu tentang mereka.
Anna menunjukkan wajah garang, tetapi hati tercuit apabila melihat muka kasihan lima orang mamat K-pop di hadapannya. Dia mengeluh. Jari menyisir rambut hitam separas bahu itu. Terasa panas, dia menarik scruncies di pergelangan tangan untuk mengikat rambut.
“Bolehlah kak. Hari ni je diorang free.Esok dah sibuk dengan program lain.” Tangan Anna diayun. Azim terus mempamer muka kasihan.
Anna tidak sampai hati mahu menolak. Dipandang mamat Korea di hadapannya, satu per satu. Hanya wajah Jinyung sahaja yang jelas di matanya. Melihat pemakaian mereka, kalau keluar dari hotel ini, tentu akan menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi warna rambut mereka. Dari jauh mereka sudah boleh dikenali, apatah lagi kalau peminat fanatik mereka. Tidak sanggup Anna mahu membayangkan kekecohan yang akan terjadi.
Anna memandang mereka; otaknya ligat memikirkan pakaian yang sesuai untuk mamat berlima itu, supaya tidak menarik perhatian orang.
“Baik, tapi dengan syarat mereka kena ikut cakap Kak Anna,” tegas Anna.
Dia dan Azim akan terdedah kepada bahaya kalau ada paparazi mengambil gambar mereka. Mereka mungkin akan menjadi mangsa buli siber peminat kumpulan ini.
Bukan Anna tidak tahu, ramai yang kena buli gara-gara sikap fanatik peminat K-pop Idol ini. Bukan hanya peminat, malah ada artis K-pop itu sendiri pun dibuli sehingga mereka bertindak membunuh diri.
“Yeay!! Mesti mereka akan ikut cakap Kak Anna. Kan ... kan?” Azim terlebih gembira.
Dan Kim cepat mengangguk sebab dia faham apa yang Anna katakan. Yang lain pun turut sama mengangguk. Walaupun lambat mahu menangkap kata-kata Anna, mereka juga memahami apa yang dikatakan. Terima kasih kepada Dan Kim yang selalu berbahasa Melayu.
“Pertama kali, tanggalkan segala mak nenek subang dan cincin tu. Togelkan muka tu dulu. Basuh muka, buang mekap. Takut kulit terbakar, pakai sunburn lotion je. Pakai T-shirt jangan warna terang-terang sangat, hitam putih or warna gelap-gelap. Jeans biru atau hitam je. Warna lain tak boleh.”
Dan Kim mengembungkan pipi, menahan tawa sebaik-baik sahaja mendengar perkataan ‘togelkan muka’ itu. Dia segera memandang ke arah lain. Yang lain pula, tercengang-cengang mendengar kata-kata Anna itu.
Selesai Anna bercakap, barulah Dan Kim melepaskan tawanya.
“Kali pertama saya dengar perkataan togel,” ujar Dan Kim di hujung tawanya dalam bahasa Melayu yang fasih.
Anna terkejut. “Awak tahu cakap Melayu?”
“Sikit-sikit.” Dia mengigit bibir bawah. Tersasul pula bercakap Melayu. Kantoi.
Azim tersengih melihat gelagat Dan Kim. Dia tahu Dan Kim pernah tinggal di Malaysia dan boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Jadi, mesti awak tahu kan selok-belok KL ni; boleh bawak kawan-kawan awak jalan-jalan, kan?”
“Err ... tak. Tak tahu. Dulu saya tinggal di JB,” Dan Kim memberi alasan. Terasa peluh sejuknya keluar. Sempat dijeling Jinyung seketika.
“Cepat naik tukar baju. Nanti kang Kak Anna tukar fikiran,” Azim memberi amaran.
Dan Kim menarik rakan-rakannya pergi sebelum sempat Anna berkata-kata lagi.
Beli ebook Ini adalah bab terakhir di blog ini. Untuk mengetahui kesudahan kisah ini boleh dapatkan ebooknya di kedai online saya dengan klik link beli ebook di atas. Ebook ini juga boleh didapati di esentral.com.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
August 5, 2022
Bukan Sekadar Mimpi Bab 4
Bab 4
“Welcome to Malaysia.”
“So hot.”
“Panas.”
Mereka segera masuk ke dalam Toyota Alphard yang akan membawa mereka ke hotel penginapan. Ketibaan mereka disambut oleh Kevin Lim, bos Ryshah Entertainment; syarikat yang menjadi penganjur konsert mereka di Kuala Lumpur.
Dan Kim melihat ke luar tingkap kenderaan.
“Petang nanti mesti hujan ni,” ujarnya perlahan.
“Mana kau tahu akan hujan?”
“Aku tahulah. Aku kan, pernah tinggal lama kat Malaysia. Sekarang dah bulan September, musim hujan tak lama lagi. Jadi, cuaca tak menentu.”
Rakan-rakannya mengangguk faham. Udara sejuk daripada alat pendingin hawa, membuatkan badan terasa segar.
Sewaktu mereka tiba tadi, ramai peminat setia yang sudah menunggu mereka di situ. Mujur juga keadaan terkawal dan mereka tidak digasak oleh peminat fanatik.
“Bila kau janji nak jumpa Azim?”
“Pertemuan tertutup nanti.”
“Dia tak pergi ke konsert ke?”
“Tak. Kakaknya tak bagi.”
“Kakak? Dia tinggal dengan kakak? Orang tuanya?”
“Dah tak ada.”
Yang lain hanya mendengar perbualan di antara Dan Kim dan Jinyung. Walaupun begitu, mereka tidak sabar mahu berjumpa dengan Azim.
******
“Azim, kami dah sampai Malaysia. Tengok ni...” beritahu Jinyung sambil menunjukkan pemandangan dari bilik hotelnya.
Dia sedang membuat video call dengan Azim. Mendengar nama Azim, yang lain pun ikut menempel sekali.
“Wow!” Azim teruja. Dia tidak pernah melihat pemandangan malam di tengah bandar raya Kuala Lumpur. Tentunya pemandangan dari Hotel Hilton yang mereka diami.
“Hai, Azim.” Jinyung menghalakan iPhonenya kepada ahli kumpulannya yang lain. Mereka sangat teruja melihat Azim.
“Come here,” ajak Beak Yun.
“Kalau boleh terbang, sekarang jugak saya terbang ke sana,” jawab Azim, ketawa.
Seronok dapat bercakap dengan idolanya. Tidak disangka, mereka semua peramah.
“Eh ... eh ... Azim pusing telefon tu ke kanan sikit,” tiba-tiba Dan Kim membuat permintaan. Dia ada melihat sesuatu.
Azim melihat ke kirinya. Kelihatan Anna sedang menari. Itu rutinnya setiap malam selepas isyak, exercise katanya.
“Eh, bukan lagu kita ke tu?” celah Beak Yun. Dia diam dan cuba mendengar rentak lagu dari telefon Azim.
“Aah, betul. Kak Anna memang akan buka lagu ni bila menari untuk exercise.”
“Dance kami jugak?”
Azim mengangguk, mengiakan
“Tunjuk sikit lagi,” pinta Beak Yun pula.
“Tak boleh. Nanti Kak Anna marah. Dia pakai singlet hari ni,” bantah Azim. Masakan dia hendak menunjukkan kepada mereka Kak Anna yang sedang seksi begitu.
“Why not. Kami tengok je,” soal Beak Yun tidak puas hati.
“She is Muslim,” beritahu Dan Kim.
Dia faham aurat orang Islam. Semasa bersekolah di Malaysia dahulu, dia ada mengikuti kelas Pendidikan Islam. Tambahan pula, dia selalu mendengar ceramah Mak Rose - orang gaji dan juga pengasuhnya - tentang agama Islam. Jadi, dia tidak pelik kalau Azim enggan menunjukkan Kak Annanya menari.
Azim mengangguk. Pasti Kak Annanya akan marah kalau dia tahu.
“Dulu Kak Anna dan Kak Ain suka upload video mereka menari dalam TikTok. Tapi selepas Kak Ain tak ada, Kak Anna delete semua video. Akaun TikTok pun dia delete dah.”
“Sayanglah,” keluh Beak Yun. Baginya, satu kerugian tidak memperlihatkan bakat mereka. Mungkin mereka ada peluang untuk menjadi artis juga.
“Kak Ain tu siapa?” soal Si Won ingin tahu.
“Kakak sulung kami. Tapi telah meninggal dalam accident sekali dengan mama, abah dan Kak Aida.” Sayu suara Azim memberitahu tentang tragedi pahit menimpa keluarganya.
“I’m sorry.”
“Tak apa. Lagipun, dah dua tahun berlalu. Mereka masih hidup dalam sini.” Azim menepuk dadanya.
Hidup mesti diteruskan. Alhamdulillah, dia dan Kak Anna sudah lama menerima takdir ini. Mereka akan hidup sebaik-baiknya.
Anggota Hot-5 itu terkedu mendengarnya. Rupanya, Azim dan Anna kehilangan seluruh keluarganya. Hanya tinggal mereka berdua sahaja. Mereka saling berpandangan.
Jinyung yang hanya mendengar sejak tadi berasa serba salah, namun dalam masa yang sama, dia semakin tertarik mahu mengenali Azim dan kakaknya.
“Tapi ada satu video Kak Anna menari saya uploaddalam TikTok. Boleh tengok video tu. Kak Anna memang berbakat menari. Dia sama lincah dengan Kak Ain,” Azim bersuara, memecah suasana suram tadi sambil tersenyum.
“Kejap ... kejap, hyung cari,” bersungguh pula Si Won mahu melihat video tersebut. Cuba mengalihkan perhatian dan topik sedih yang dia cetuskan tadi.
“Wah, dia pandai menari! Lincah. Dia boleh ikut rentak tari kitalah,” ujar Beak Yun teruja.
“Azim ... hyung nak kenallah kakak kau,” Dan Kim terus menyuarakan keinginannya.
Azim sengih. “Cantik tak Kak Anna?”
“Tak nampak muka. Tapi body cantik. Seksi,” komen Beak Yun.
Hahaha ... mengekek Azim ketawa. Kalaulah Kak Anna dengar ni, mesti dia kena sekeh kepala. Entah-entah telefon bimbitnya pun kena sita!
“Azim ... confirm tak nak ke konsert kami? Kalau nak, hyung boleh bagi tiket VIP. Try ajak Kak Anna sekali lagi,” pujuk Beak Yun.
Manalah tahu rezeki terpijak, dapatlah mereka berkenalan dengan kakak Azim yang cantik itu.
Azim menggeleng kepala. “Jauh, lagi pun malam.”
Dia tidak mahu menyusahkan kakaknya. Lagipun, aspek keselamatan juga perlu diutamakan. Balik berdua jauh malam, takut pula perkara tidak diingini berlaku. Lainlah kalau dia sudah besar dan boleh melindungi kakaknya.
“Betul tu, tapi kalau Azim nak datang juga, kami akan hantar kereta untuk ambil Azim dan hantar balik.”
Mendengar kata-kata Dan Kim itu, hati Azim kembali teruja.
“Cakap dengan siapa?” soal Anna tiba-tiba. Dia baru selesai menari. Peluh dikesat dengan tuala kecil. Sempat ditegur Azim yang sedang membuat video call.
“Dengan hyung. Hot-5,” balas Azim sambil tersengih bangga. Sungguh dia tidak menyangka dapat berbual dengan kumpulan terkenal itu. Semuanya bermula daripada TikTok.
Anna mencebik. Tidak percaya.
“Betul, Kak Anna. Tak percaya mari sini tengok.”
“Okey ... okey ... Kak Anna percaya.” Malas hendak melayan si adik.
“Hyung tanya nak tak ke konsert mereka hujung minggu ni? Diorang nak hantar kereta ambil kita nanti.”
“No! Jangan nak menyusahkan orang. Kan akak dah cakap, boleh pergi ke perjumpaan tertutup tu. Konsert tak boleh,” tegas Anna.
“Tahuu...” balas Azim dalam nada merajuk.
Mereka di hujung sana diam mendengar perbualan Azim dan kakaknya.
“Kak Anna tu garang, kan?” tanya Dan Kim, berbisik.
Azim mengangguk.
“Garang macam kakak tiri!” balas Azim, siap dengan gaya sekali.
Hahahaa ... mereka yang di hujung talian, ketawa.
Jinyung menggeleng kepala melihat telatah ahli kumpulannya bersama Azim.
“Sudahlah. Dah lama bergayut ni.” Telefonnya diambil.
“Bye, Azim.”
Yang lain mula melambai tangan dan berpecah membuat hal masing-masing. Ada yang terus mencari bantal, ada yang bermain gamedan makan.
“Bye.” Azim mengekek ketawa.
“Azim ... kita stop dulu. Nanti selepas konsert hyung call balik,” ujarJinyung.
“Okey. Azim tahu, mesti hyung busydengan persiapan untuk konsert nanti.”
Jinyung mengangguk.
“Pssst! Hyung nak tengok Kak Anna tak?” sempat lagi Azim mahu ‘menjual’ kakaknya.
“Tapi...”
“Hyung je,”
Jinyung menggeleng kepala dengan sikap nakal Azim. Namun, dalam masa yang sama, dia teringin hendak mengenali Anna.
“Boleh juga.”
Azim sudah mengagak, mesti Jinyung hyungakan menyukai Kak Anna. Siapa yang tidak suka dengan Kak Anna?
Azim terus menukar hala kamera telefonnya, kemudian memfokus ke arah Anna. Mujur juga Anna sudah membalut tubuhnya dengan tuala. Jadi, tidak nampak seksi.
“Kak Anna, pandang sini kejap.”
Anna mengangkat muka. “Apanya?” Malas bunyi suaranya.
Wajah Anna terus dizum dekat.
Jinyung terpegun.
‘Beautiful,’ desis hati kecilnya.
“Kak Anna cantik.”
Anna membuat muka ‘tidak makan dipuji’. Tidak kuasa melayan, dia kembali tunduk melihat telefon bimbitnya.
“Cantik tak?”
“Cantik,” jawab Jinyung sepatah. Timbul keinginan untuk mengenali Anna dengan lebih dekat.
“Kalau nak kenal kak Anna, Azim boleh tolong,” kata Azim dengan kening terangkat-angkat. Suaranya perlahan sahaja, takut didengari oleh si kakak.
“Ehem...” Jinyung membetulkan suaranya.
“Nanti hyung fikir dulu.”
Takkanlah terus setuju, kan? Nampak sangat dia tidak sabar berkenalan dengan Anna.
“Okey ... okey.”
Beberapa minit kemudian, mereka mengucapkan selamat malam dan berjanji akan berhubung lagi selepas konsert nanti.
Beli ebookBoleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
July 29, 2022
Bukan Sekadar Mimpi Bab 3
Bab 3
“Take 5.” Jinyung memberi isyarat kepada ahli kumpulan Hot-5 untuk berehat.
Nafasnya termengah-mengah kerana berlatih menari tanpa henti selama dua jam. Langkah tarian mereka masih lagi pincang dan tidak seiring. Banyak masa diperlukan, sebelum semua ahli grup mahir dengan tarian baru mereka.
Telefon pintar Samsung diambil bersama botol mineral. Diteguk rakus sambil tangan membuka aplikasi TikTok.
“Jinyung, tengok ni ... budak ni buat duet challenge dengan kau. Tariannya lebih bagus daripada kau,” kata Beak Yun, dalam bahasa Korea, sambil mengunjukkan telefon pintarnya.
“Dia hebat. Rentak tarinya tak canggung dan temponya sama,” komen Jinyung.
Beak Yun dan Dan Kim mengangguk setuju.
“Umurnya baru 10 tahun dan dia sudah mahir menari tarian kita yang sukar tu. Dia sangat berbakat.”
Jinyung senyum, tanpa ragu dia menjadi followerAzimXY yang mendapat perhatian ahli grupnya. Dilihatnya satu per satu video yang telah dimuat naik oleh budak lelaki itu. Semakin menarik. Dia mempunyai bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang idol.
Malaysia - banyak didengari tentang Malaysia, namun mereka belum pernah menjejakkan kaki ke negara itu.
“Dan ... kau pernah tinggal di Malaysia, kan?”
Dan Kim yang baru hendak duduk, tersentak. Nasib baik air yang sedang diminum tidak tersembur apabila bahunya tiba-tiba ditepuk kuat.
“Malaysia? Kuala Lumpur? Sangat menarik dan aku rindukan makanan enak di sana,” terus Dan Kim menjawab.
“Tapi di sana panas, kan?”
“Panas dan hujan. Just nice weather,” jelas Dan Kim lagi. Dia dilahirkan dan dibesarkan di sana sebelum bapanya mengambil keputusan kembali menetap di Seoul. Bahkan, dia masih lagi warganegara Malaysia. Omma mahu dia terus menjadi warganegara Malaysia.
“Kau sebut tentang Malaysia, buatkan aku teringatkan kawan-kawan kat sana. Selepas konsert kita di sana nanti, aku mahu tinggal lama sikit. Rindu makanan Malaysia yang enak.”
Dan Kim memejamkan mata. Dia membayangkan asam laksa yang sedap. Baunya membangkitkan selera. Nasi lemak dan nasi kerabu paling dia suka. Hari-hari bersarapan nasi pun tidak mengapa. Dia tidak pernah jemu.
Pap!
Lengan Dan Kim ditampar oleh Beak Yun.
“Kau terlelap ke berangan? Siap meleleh air liur.”
“Hehe ... aku terbayangkan keenakan asam laksa, nasi lemak dan nasi kerabu,” kata Dan Kim sambil mengusap perutnya yang terasa lapar tiba-tiba.
“Kau ni, tak habis-habis pasal makan dan makan. Patutlah berat naik,” sindir Jong Kok.
“Eh, mana ada? Berat aku maintainlah. Makan banyak untuk tenaga dan stamina. Kita akan menjelajah Asia mulai bulan depan. Prinsip aku; eat hard and work hard.”
Orang lain buat muka tidak kuasa hendak melayan. Bukannya mereka tidak perasan, tubuh Dan Kim semakin berisi sejak kebelakangan ini. Stamina dia pun kurang berbanding orang lain. Akan tetapi, masih lagi bercakap besar; eat hard work hard konon!
“Aku rasa kau kena cermin dulu dan timbang berat kau. Baru boleh cakap eat hard work hard!” sindir Si Won pula.
Jinyung hanya diam mendengar perbualan kawan-kawannya. Tumpuannya masih lagi kepada video AzimXY di TikTok. Tanpa berfikir panjang dia meninggalkan komen di video tersebut.
Jinyung#
Good job!
“Time’s up.” Jinyung bingkas bangun, diikuti yang lain untuk meneruskan latihan regim mereka. Mereka perlu menguasai langkah tarian baru ini sehingga mahir sebelum rakaman muzik video nanti.
******
“Kak Anna!” Azim berlari ke dapur mencari Anna.
“Kak Anna! Hahaha ... tengok ni. Jinyung komen, kak. JINYUNG!” Azim menjerit gembira.
Tidak disangka Jinyung melihat video duet tarian yang dimuat naik secara suka-suka itu.
Anna menjeling mata ke atas. Apa yang suka sangat? Jinyung? Siapa Jinyung? Entah siapa ... dia tidak kenal.
“Apa yang specialnya? Jinyung? K-pop Idol?” tanya Anna sambil lewa.
Beras yang baru dibasuh dimasukkan ke dalam periuk elektrik. Dimasukkan santan, air, daun pandan, sedikit garam dan halia. Dikacau sedikit kemudian ditutup. Suis ditekan dan ditinggalkan.
“Kau tak kenal kak? Bukan kau juga peminat K-pop? Eh, wajah dialah yang Kak Anna selalu tenung kat billboard tu. Kak Anna jugak yang cakap, hanya wajah Jinyung yang Kak Anna boleh lihat jelas.”
“Ooo,” bulat mulut Anna menjawab.
Rupanya nama dia Jinyung. Sungguh dia tidak tahu nama mamat Korea yang selalu dilihatnya di papan iklan itu.
“Kak Anna minat lagu dan tarian, tak minat orangnya. Lagipun, akak bukan fanatik sangat dengan K-pop ni,” kata Anna menutup malunya.
Azim sengih menyindir. “Ialah tak minat, tapi drama Korea layan pulak!”
“Drama lain. K-pop Idol lain.”
“Eleh, sama je ... dari Korea jugak.” Azim tersengih-sengih.
“Tak sama.”
Bekas ikan bilis dihulurkan kepada Azim. “Kopek ikan bilis kemudian goreng. Hari ni kita makan nasi lemak.”
Mendengar nasi lemak, semakin lebar senyuman Azim. Nasi lemak makanan kegemarannya. Hari-hari makan nasi lemak pun dia sanggup, tetapi itulah, Kak Anna tidak suka masak nasi lemak hari-hari. Katanya boleh gemuk kalau makan setiap hari.
Akan tetapi, dia budak tengah membesar, mestilah makan banyak. Lagipun, dia lelaki, seleranya tinggi berbanding perempuan.
Namun, Kak Anna tetap tidak membenarkan dia makan nasi lemak setiap hari. Seminggu sekali boleh. Jadi, terpaksalah dia mengikut cakap Kak Anna dengan rela paksa.
“Kak Anna masak lebih tak?” soal Azim.
“Mestilah masak lebih. Nak bagi kat Pak Mid dan Aunty Mei.”
Azim tayang gigi. Dia gembira Kak Anna tidak pernah melupakan Aunty Mei dan Pak Mid.
“Terima kasih Kak Anna.”
Anna menggosok kepala Azim. Hatinya tersentuh. Azim tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih apabila permintaannya ditunaikan. Berkat didikan mama dan abah.
Hati diselubungi rindu kepada mama dan abah. Kalaulah mereka masih ada, tentu rumah ini penuh dengan gelak tawa. Kak Ain yang suka menyakat. Aida yang suka berebut remotetv dengan abah dan Azim yang suka merajuk. Dia pula, suka terperap dengan mama di dapur, menolong sambil belajar memasak. Rumah ini tidak akan sunyi kerana hujung minggu biasanya hari mereka berkumpul bersama-sama.
“Cepat kopek. Kak Anna nak buat sambal.”
“Jap. Nak balas komen Jinyung hyung.”
Anna menjegilkan mata. Mulutnya mencebik. Tidak habis-habis dengan mamat Korea tu. Macamlah si artis ada masa sangat melayani peminat cilik seperti Azim. Mahu dilarang, takut pula Azim tersinggung. Mahu dibiarkan, takut orang lain pula yang menyamar menjadi Jinyung dan mengambil kesempatan. Bukannya boleh percaya sangat, banyak akaun fake diwujudkan untuk berbagai tujuan negatif.
“Jangan taksub sangat. Minat boleh tapi jangan sampai terbawa-bawa.”
“Adik tahulah. Tak rugi pun layan. Lagipun, dia suka video yang orang buat tu.” Azim tidak mahu mengalah.
Anna mengangkat bahu. Harapnya, Azim tidak tertipulah.
Jinyung#
Good job!
Like by creator
AzimXY
Thank you. Xoxo. Are you really Jinyung hyung?
Sebaik habis membalas komen, Azim terus log keluar daripada TikTok dan mengopek ikan bilis. Kalau lambat, pasti dia akan menerima ‘jelingan maut’ daripada kakaknya. Lagipun, jika dia lambat menyiapkan tugas yang diberikan, lambat pula dapat makan nasi lemak.
Oleh sebab sudah biasa menolong Anna di dapur, Azim tidak mengambil masa yang lama untuk mengopek semua ikan bilis tadi. Ikan bilis yang sudah siap dikopek itu dibawa ke singki untuk dibasuh dan disejat.
“Aku kena goreng ke kak?”
“Tak payah. Nanti terpercik minyak. Buat air teh O.”
Azim menayang sengihan mendengar jawapan kakaknya. Kak Anna still the best sister ever. Hati dijentik sayu; kalaulah kemalangan itu tidak berlaku, tentu rumah mereka masih meriah dengan suara mama dan kakak-kakaknya di dapur.
Hujung minggu, ruang dapur paling meriah dengan suara mereka. Dia pula akan bermain PS5 dengan abah. Mata yang berkaca-kaca, cepat dilarikan melihat ke tempat lain. Tidak mahu Kak Anna perasan. Kalau dia bersedih, Kak Anna turut bersedih. Mereka hanya berdua, bergantung antara satu sama lain. Jadi adik lelaki, walaupun masih kecil, dia perlu kuat untuk Kak Anna.
Tanpa Azim sedari, manik-manis jernih jatuh setitik dua di pipi Anna.
Mama ... Anna rindu mama.
“Haaa ... aku ada idea kak!” tiba-tiba Azim bersuara sambil memetik jari.
“Apa dia?” Air mata laju dikeringkan, tidak mahu Azim perasan.
“Apa kata kau jual nasi lemak?”
Anna mencebik. Tak kuasa dia bangun pagi-pagi memasak. Anna menggeleng kepala.
“Nasi lemak kau sedap kak. Pak Mid selalu puji. Kak Jiji rumah atas tu pun puji nasi lemak kau sedap. Dia pernah tanya adik, Kak Anna tak nak meniaga nasi lemak ke? Kalau jual nasi lemak, dia orang pertama nak booking jadi pelanggan tetap,” cerita Azim.
“Ingat senang ke masak ni? Penat ... akak tak mampulah nak masak sorang-sorang. Lepas tu, jual pulak.”
“Kak Anna masak, biar aku jual.” Bersemangat Azim memberikan cadangan.
“Tengoklah ... nanti akak fikir dulu.”
“Kita tak perlu bukak gerai, kak. Ambil orderdan buat delivery je. Kita jual di kawasan apartment kita ni, dahlah. Setakat seratus dua sehari, boleh dapat. Dah cukup untuk kita belanja hari-hari.”
Mereka sebenarnya tidak kesempitan wang pun. Duit insurans, hibah, KWSP dan PERKESO peninggalan mama dan abah cukup untuk menampung kehidupan mereka sehingga Azim habis belajar. Anna pun boleh menyambung pelajarannya sampai tamat. Nasib baik keluarga belah mama dan abah tidak gelap mata dengan wang peninggalan mereka. Namun, dia tidak mahu meninggalkan Azim di rumah saudara mereka. Susah senang, mereka mesti bersama-sama tanpa menyusahkan sesiapa.
“Kak...”
“Hmmm...”
“Kak...”
“Hmmm...”
“Tengoklah sini!” dengus Azim, geram.
Anna mengangkat muka memandang Azim di hadapannya.
“Jinyung DM aku kak.”
“Entah penipu mana DM kau dik. Jangan nak beranganlah, mana dia ada masa DM kau.”
“Betullah. Tengok ni ... official akaun dia,” balas Azim, tidak berpuas hati dengan si kakak yang tidak mahu percaya cakapnya.
“Official akaun ni pun, mungkin managerdia atau orang lain yang uruskan. Dia mana ada masa nak layan medsos ni.” Anna buat tidak endah lagi. Dia sibuk mencari kerja kosong di JobStreet.
“Betullah dia,” tekan Azim dengan suara stres. Mengapa Kak Anna tidak percaya cakapnya. Padahal ada bukti.
“Siapa yang DM dulu?”
“Adik. Adik perkenalkan diri dan beritahu yang adik pemilik akaun TikTok tu.”
“Dia terus balas ke?”
“Tak ... lepas seminggu baru dia balas. Video terbaru pun dia ada like dan komen jugak.”
“Hurmm ... mungkin dia kot,” kata Anna sambil lewa.
“Confirm dialah.” Azim yakin Jinyung yang membalas DMnya.
“Ialah dia. Jadi, apa yang suka sangat? Bukan adik sorang yang DM dia. Berjuta-juta follower dia di Instagram tu.”
“Betul. Bulan September nanti mereka akan mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil. Ada pertemuan bersama peminat di KLCC dan ada sesi tertutup perjumpaan bersama peminat di Hotel Hilton. Ada rakaman muzik video jugak untuk lagu terbaru mereka. Dia bagi special invitation kad kat adik tau. Nanti adik nak jumpa dia.”
“Bila?” Anna menjeling Azim yang terlebih suka kerana bakal bertemu dengan idola pujaannya.
“Bila apa? Konsert?”
“Konsert, Kak Anna tak nak pergi. Tapi perjumpaan tertutup tu boleh.”
“Yess! Thank you Kak Anna.” Azim melompat kesukaan. Tidak pergi ke konsert pun, tidak mengapa. Dia boleh menonton secara live di YouTube nanti.
“Tapi, adik masuk jumpa mereka sendiri. Akak hantar sampai pintu hotel je. Nanti nak balik, telefon.”
“Baik bos!” tabik Azim, teruja.
Dia terus menerkam memeluk Anna. Matanya basah. Anak lelaki pun adakalanya berhati tisu juga, apatah lagi ini kali pertama dia akan berjumpa dengan artis K-pop Idol kegemarannya.
Beli ebookBoleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
July 22, 2022
Bukan Sekadar Mimpi Bab 2
Bab 2
Setiap hari, sejak setahun lepas, wajah itu yang sering dilihat dan ditenungnya. Satu-satunya wajah yang dapat dilihat dengan jelas walaupun hanya melalui poster pada dinding ataupun billboard.
Buat sekian kalinya, dia mendongak melihat iklan kerusi urut Korea. Wajah model lelaki itu ditatap lama.
‘Kak Ain pernah cerita pasal awak, dia peminat fanatik awak. Katanya, awak seorang yang gentleman. Tidak pernah mengambil kesempatan memegang atau memeluk artis wanita. Setiap kali kalau bergambar, akan ada sedikit jarak antara awak dan artis wanita itu, betul ke?’
‘Sebab selalu mendengar Kak Ain puji-puji awak, saya tertarik nak tengok rupa awak. Pelik bukan, wajah awak satu-satunya yang saya dapat lihat dengan jelas selain wajah adik saya.’
‘Awak memang kacak. Orang Korea ni kulit putih susu, tapi kulit awak tan sikit. Mungkin itu yang membuatkan awak nampak maskulin. Bila Kak Ain tidak ada, Azim pula asyik sebut pasal awak. Jadi, awak tidak asing buat saya, walaupun saya selalu lupa nama awak. Saya tak minat awak pun, tapi suka dengar suara awak.’
Lama Anna melihat gambar iklan itu dan berbicara sendiri. Dia senyum.
‘Yeah, mungkin sebab awak sudah lama berada di dalam hati saya membuatkan wajah awak nampak jelas.’
‘Selamat tinggal awak. Lepas ni, saya akan jarang-jarang tengok awak kat di sini lagi.’
Dia kembali meneruskan perjalanannya. Tentu Azim terkejut melihat dia balik awal hari ini. Mesti budak itu gembira dia berhenti kerja. Bukannya Anna tidak tahu, Azim tidak suka dia balik malam-malam apabila bekerja syif petang.
“Anna!” Tiba-tiba ada suara lelaki memanggilnya.
Tidak disahut, malah dia mempercepat langkahnya.
“Anna!”
Terdengar derap kaki orang berjalan laju mengejarnya. Anna kecut perut. Dipandang kiri dan kanan, mujur juga laluan pejalan kaki yang dilaluinya ramai orang.
“Anna!”
Sreett!! Anna berhenti mengejut untuk mengelakkan daripada terlanggar orang yang tiba-tiba muncul di hadapannya. Dia memejamkan mata.
“Anna! Hey, abanglah ... Muiz,” lelaki itu memperkenalkan diri.
Barulah Anna membuka matanya, melihat lelaki di hadapannya. Muiz? Rasanya seperti pernah mendengar nama itu, tetapi dia tidak ingat di mana dia mengenali lelaki tersebut.
“Tak ingat?” soal lelaki itu.
Anna menggeleng kepala.
Muiz tersenyum kelat, segan pun ada apabila Anna tidak mengenalinya. Namun, kebetulan ini sayang untuk dilepaskan.
“Abang anak Cik Zaimah, sebelah rumah tok ma Anna.”
“Ooo... ,” hanya itu sahaja balasan Anna. Sungguh dia tidak ingat dan wajah lelaki itu tiada langsung dalam ingatan.
“Maaflah, saya susah nak cam rupa orang,” beritahu Anna, supaya lelaki itu tidak menganggapnya sombong.
“Tak apa. Anna nak ke mana ni?” soalnya ramah.
“Balik,” jawab Anna sepatah. Dia tidak mahu berlama di tengah laluan pejalan kaki itu.
“Temankan abang makan dulu, boleh?” ajak Muiz.
Anna terkebil-kebil melihat lelaki di hadapannya.
“Awak tak kerja ke?” soalnya pelik. Sekarang waktu kerja.
“Abang kerja luar hari ni. Jadi lewat sikit lunch.”
Anna mengangguk lagi.
“Mungkin tak dapat nak temankan awak, saya nak balik cepat,” Anna menolak secara terus terang.
Muiz mengeluh hampa.
“Mungkin lain kali boleh?” dia tidak berputus asa.
Anna senyum serba salah. Dia tidak mengenali lelaki ini dan tidak berniat mahu kenal pun.
“Insya-Allah,” balasnya sepatah.
“Boleh abang minta nombor telefon Anna?”
Anna serba salah.
Muiz senyum. Wajah Anna sangat comel, nampak sangat dia berat hati mahu memberinya.
“Mungkin lain kali. Bila kita jumpa sekali lagi, boleh Anna berikan?” Muiz mengalah.
Dia kena banyak bersabar kalau mahukan Anna. Gadis ini bukan seperti gadis lain yang selalu ditemuinya.
Anna mengangguk. “Insya-Allah.”
‘Harapnya kita tidak akan berjumpa lagi,’ bisik hati kecil Anna.
“Saya pergi dulu,” Anna meminta diri.
“Okey. Assalamualaikum,” Muiz memberi salam sebelum melepaskan Anna pergi.
“Waalaikumussalam.”
*****
Kreek!
Azim mengangkat muka melihat ke pintu. Kemudian beralih melihat jam di dinding, baru pukul 3.00 petang.
‘Takkanlah Kak Anna balik,’ gumam hatinya, namun terjawab apabila pintu ditolak dan Anna muncul dari belakang pintu.
“Kak Anna tak kerja ke hari ini?” ringan mulut Azim bertanya Anna.
“Dah berhenti,” balas Anna sambil menghempaskan tubuhnya ke atas sofa.
Penat berjalan tengah panas tadi. Dari stesen LRT, dia perlu berjalan kira-kira 20 minit untuk sampai ke rumah mereka. Hari ini panas membahang, sama seperti hatinya. Namun begitu, dia tidak menyesal berhenti kerja. Sudah tersurat, setakat hari ini rezekinya bekerja di situ.
“Patutnya, lama dah Kak Anna berhenti kerja situ. Tak berbaloi,” balas Azim, tidak kisah pun Anna berhenti kerja.
Mendengar jawapan si adik, Anna menjeling tajam.
“Huh, tak membantu langsung!” dengusnya.
Sejak mula dia bekerja di KLCC, si adik sudah memberitahu yang dia tidak suka Anna bekerja syif. Tidak selamat balik lewat malam, kalau bekerja syif petang.
Namun, itulah kerja pertama yang dipohon dan terus pula diterima. Mereka perlukan duit belanja untuk meneruskan kehidupan.
“Kalau akak tak kerja, kita nak makan apa?” sindir Anna.
“Jadi YouTuber, lagi banyak dapat duit.”
“Tak pandai. Tak ada orang nak tengok,” balas Anna, malas. Dia tidak suka menjadi perhatian. Dalam keluarga mereka, dialah yang paling pendiam dan tidak menonjol.
Azim menggeleng kepala. Siapa kata Kak Anna Humaira tidak cantik dan tidak ada peminat; kalau jadi YouTuber mesti ramai follower.
“Belum cuba belum tahu. Try Kak Anna upload video tarian tu, mesti ramai yang suka tengok,” pujuk Azim. Ditunjukkan video yang diambil curi-curi, ketika Anna menari tarian Blackpink.
Kata Kak Anna, dia menari sebab mahu mengeluarkan peluh. Dia tidak ada masa untuk berjoging memandangkan dia bekerja syif. Tambahan pula, keadaan negara masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19.
“Delete video tu. Jangan gatal nak upload!” keras suara Anna memberi amaran. Dia sudah berbaring di atas sofa dengan mata terpejam. Peluh telah kering, namun penat berjalan tadi membuatkan matanya semakin layu.
Azim tersengih jahat.
“Sorry ... dah terupload dalam TikTok.”
Dummm! Azim terus menghilangkan diri di sebalik pintu bilik.
Anna tiada tenaga mahu marah lagi. Mujurlah uniform sehariannya di rumah adalah T-shirt dan seluar track. Jadi, tidaklah kelihatan seksi ketika dia menari. T-shirt pula besar dan longgar, diikat di tepi pinggang.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
June 7, 2022
Pre Order Kombo Trio Mimpi (ebook) dibuka
Kombo trio Mimpi ini ada 3 buah ebook..
Pertemuan itu,Kembalinya Cinta Ramadan Bukan Sekadar Mimpi.
PRA TEMPAHAN telah dibuka mulai 3 Jun sehingga 17 Jun 2022.Diskaun yang sangat berbaloi untuk anda memiliki ke tiga-tiga ebook ini...
Untuk pembelian sila layari kedai online saya
Blurb Bukan Sekadar Mimpi
K-Pop, menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia. Azim juga tidak terkecuali. Dia sangat meminati K-pop, sehinggakan boleh menari seperti mereka. Idolanya, tentulah grup paling top dan hit sekarang; Hot-5.
Al-kisahnya, dia telah memuat naik video ke dalam TikTok. Dan videonya mendapat perhatian ahli grup Hot-5. Sejak itu, mereka mula menjadi sahabat dalam talian.
“Siapa tu?”
“Kak Anna.”
“She’s single?”
“Yes ... and available.”
Manalah Anna tahu dia menjadi topik hangat perbualan antara Azim dan ahli grup Hot-5.
Peluang berjumpa tiba apabila kumpulan itu membuat persembahan di Kuala Lumpur.
“Kak Anna pandai masak tak?” - Dan Kim, si kaki makan.
“Sebut je apa nak makan, semua boleh.” - Azim.
Dalam diam, Anna menjadi perhatian istimewa Jinyung, ketua kumpulan itu.
“Awak seorang gadis yang kuat dan tabah. I like you,Anna. Saya harap Anna pun sukakan saya.” – Jinyung.
Hati Anna juga tertawan dengan pemuda Korea itu, namun dia sedar akan realiti. Dunia mereka jauh berbeza. Mana mungkin mereka akan bersatu. Bagi Anna, ianya bagaikan mimpi.
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?
Blurb Pertemuan itu
Walaupun aku tidak ingin mengakui, Pertemuan itu, berbekas di hatiku.
Pertemuan tidak sengaja di taman ketika aku menjadi bridesmaid kawan baikku untuk outdoor shooting merupakan titik permulaan kisah aku dan Daud.
Nama klasik tapi tidak seklasik tuannya, tegap dan tampan juga pembuli nombor satu aku di pejabat.
Hubungan kami sentiasa panas. Ada saja aku tidak berpuashati dengan sikapnya walaupun dia adalah bosku. Dari benda kecil boleh jadi besar buatku, sehinggalah aku tercedera ketika mengikutnya ke tapak projek.
“Saya boleh jalan sendirilah. Tak payah nak dukung-dukung,” aku membentak geram.
Tapi sebaik sahaja kaki menjejak simen, aku meraung sakit.
“Haaa tau pun sakit. Itulah pengajaran untuk orang yang degil. Orang yang perasan tak sakit padahal dia sakit,” dia menyindirku.
Dia, takkan senang hidup kalau sehari tidak menyindirku.
Geram!
Benci!
Tapi kenapa setelah dia tiba-tiba hilang, aku hilang punca?
Kenapa?
Ke mana Daud pergi? Nak tahu baca sampai habis kisah ini.
Blurb Kembalinya Cinta Ramadan
rasakan saat dia disapa oleh Wardah yang perlukan bantuan. Pertemuan pertama di perkarangan masjid membuatkan Hariz yakin jodohnya telah pun muncul.
Jadi dia mengambil kesempatan itu untuk berkenalan dengan Wardah. Sengaja mencari peluang untuk berbuka bersama gadis itu. Seminggu berkenalan, Wardah tiba-tiba menghilang tanpa dapat dikesan. Hariz penasaran.
Tiga tahun berlalu, tempoh epidemik Covid 19 membataskan pergerakan seluruh dunia. Namun nama Wardah tetap bertakhta di hati Hariz. Dia yakin suatu hari nanti mereka akan dipertemukan kembali.
Ramadan tiba lagi. Kali ini semua orang teruja menyambutnya kerana sudah dua tahun tidak dapat menghayati bulan penuh berkah ini. Hariz juga tidak ketinggalan. Dia dipaksa untuk berpuasa dan beraya di kampung oleh tok ayah dan mak ajinya.
Rupanya paksaan itu ada agenda yang tersembunyi.
“Adah tu awek kamu masa kecil dulu.” -Mak Ngah.
“Kamu cakap bila besar nanti nak kahwin dengan Adah.”- Mak Aji.
Hariz pening. Jejak sahaja kaki kat kampung nama Adah itulah yang dilagukan oleh Mak Aji. Cerita zaman dahulukala juga dihikayatkan.
Adah pandai masak, jahit baju, rajin tolong kemas rumah. Semuanya cerita tentang Adah . Pendek kata Adah ni calon cucu menantu pilihan mak aji.
Jadi di mana letaknya Wardah di hati Hariz.
Harus dilupakan ke?
Tapi kenapa saat Hariz memandang Adah, rindunya luruh?
Adah pulak pelik, siapa lelaki ini? Mereka pernah kenal ke?
Apa jadi bila Hariz berubah hati dari Wardah ke Adah?
“On mak aji.” -Hariz
Nak tahu kisah mereka selanjutnya, kena baca ebook ini.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.
Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)May 2, 2022
Nufah & Sean Cerpen. (Selamat Hari Raya Aidilfitri)
“Kenapa bos?” tanya Nufah sebaik sahaja dia berdiri di depan meja Sean. Wajah Sean berkerut-kerut seperti menahan sakit.
“Bos sakit ke?” soal Nufah lagi. Hatinya dah berdenyut risau.
“I sakit perut,” adu Sean.
“Sakit perut? Bos tak makan lagi ke?” Dahi Nufah pula berkerut.
“I puasa nak makan apa,” balas Sean. Hari ni dia cuba puasa. Tapi belum pukul satu tengahari perutnya dah meraung minta diisi. Memberontak sampai sakit perut. Rasanya dah masuk angin. Dia dah rasa lembik.
“Bos puasa?” Nufah macam tak percaya. Boleh ke encik bos ni tahan lapar. Sudahlah sekarang ni musim panas. Setahunya, bos ni tak boleh skip makan.
“Bos sahur tak pagi tadi?”
Sean Adam pandang Nufah, lagi berkerut dahinya. “Sahur?”
Nufah angguk. “Nak puasa kena bangun sahur dalam pukul lima pagi, sebelum masuk waktu subuh. Kena makan. Baru ada tenaga nak puasa. Lebih-lebih lagi orang yang tak pernah puasa macam bos ni.”
Wajah Sean Adam terus berubah. Sakit perut plus malu. Apasallah dia tak bertanyakan Nzakir dulu. Kena setepek dekat muka. Itulah padahnya orang tak tahu, pura-pura tahu. Padahal dah beberapa tahun dia tinggal di Malaysia ni.
“Saya buat milo suam dululah bos. Nanti saya order pizza. Hari ni bos puasa yok-yok je,” putus Nufah.
“Puasa yok-yok?” Apa ke pelik nama puasa tu? Sean Adam dah hairan.
Nufah sengingih. “Budak-budak baru belajar puasa, tak sampai setengah hari dah buka puasa. Puasa yok-yok lah tu.”
Terkulat-kulat Sean Adam mendengarnya. Muka dah bertukar merah. Malu. Dah tua bangka pun tak mampu menahan lapar.
“Tapi boskan baru belajar puasa, biasalah tu. Saya keluar dulu buat milo,” sambung Nufah.
“Tak apa. I mampu tahan sampai ke buka puasa nanti.”
“Tak payahlah bos. Nanti tak pasal pengsan, kena masuk hospital pulak. Hari ni bos berbuka je. Esok puasa lagi,” balas Nufah.
“Tapi...”
“Tak ada tapi-tapi. Saya buatkan milo sekarang,” tegas Nufah. Kemudian dia keluar.
Sean Adam pula bergerak menuju ke sofa di penjuru bilik. Dia mahu berbaring seketika. Ulu hati terasa pedih. Seingatnya kali terakhir dia makan adalah pukul lapan malam tadi. Patutlah perut dah pedih.
Selang beberapa minit kemudian, Nufah kembali dengan muk milo suam. Rasa belas pula melihat Sean Adam tergolek atas sofa, tangan kanan mengusap perut. Sekali tengok pula rasa macam kelakar. Sesado Sean Adam, rupanya tak tahan lapar, hahaha..
“Bos, bangun minum milo dulu. Setengah jam lagi pizza sampai. Saya nak solat jap.”
Sean Adam bangkit. Dia angguk. Disambut muk tersebut. Segan nak tengok wajah comel setiausahanya.
“Call siapa Nufah, pagi-pagi buta ni?” soal ibunya. Tak pernah lagi Nufah buat perangai tak berenggan dengan telefon bimbit.
“Call bos, mama. Kejutkan dia bangun sahur,” jawab Nufah.
Serentak empat pasang mata pandang Nufah. Terhenti perbuatan mereka yang sedang mengadap makanan. Nufah masih tak perasan.
“Isyy.. takkan tak dengar bunyi telefon,” bisiknya perlahan. Kaki melangkah menuju ke tingkap, mahu mengintai ke atas bangunan apartment di hadapannya. Lampu balkoni terpasang, tapi lampu bilik tidur tertutup.
“Ni nak puasa ke tak?” bebelnya sendiri.
‘Aku call lagi sekali, tak bangun juga, nasib kaulah bos.’
Ditekan nama Sean Adam sekali lagi. Dan mujurlah di hujung deringan, talian bersambung.
“Hello bos..”
“Nufah?”
“Bos bangun sahurlah. Kata nak puasa? Cepat waktu sahur dah nak habis ni,” gesa Nufah..
“Erk? Owh.. okey-okey. I bangun sekarang.” Dalam mamai-mamai Sean Adam bangkit. Digosok matanya yang terasa kelat dan mengantuk. Pagi-pagi terdengar suara lembut Nufah, membuatkan hatinya tersenyum lebar. Hati terlebih dahulu bangun sebelum dirinya terjaga sepenuhnya.
Terkelip-kelip matanya pandang dinding. Masih lagi tak bergerak. Telinga pula macam terdengar-dengar lagi suara lemak merdu Nufah. Manis.. menyegarkan jiwanya. Perasaan halusnya bergetar. Sepanjang hidupnya, inilah kali pertama dia merasakan getaran menenangkan jiwanya. Gamaknya kalau setiap hari dengar suara lemak merdu dan manis Nufah, jiwanya tentu berenergi positif. Semakin bersemangat jiwanya. Kekosongan di dalam hati akan terisi.
‘Nufah.. I harap suatu hari nanti you akan mengisi ruang kosong di sebelah I ini.’
Nufah kembali ke meja makan. Empat pasang mata masih lagi memandangnya.
“Kenapa pandang semua orang pandang Nufah?” soal Nufah pelik. Dia tarik kerusi lalu duduk. Telur dadar, daging goreng kunyit, sayur lemak bayam dan nasi putih, itulah lauk sahur hari ini.
“Apa dia?” Nufah tak jadi suap nasi bila berpasang mata masih lagi pandangnya.
“Nufah call siapa tadi?”
“Boslah.”
“Bos mat saleh tu?”
Nufah angguk. Memang bos dia mat saleh pun.
“Yang duduk di apartment depan tu.” Mama inginkan kepastian.
Nufah angguk. “ Bos mana lagi. Yang tu je satu-satunya bos Nufah mama.”
“Dia nak puasa?”
Nufah angguk lagi. “Semalam dia puasa tapi tak sahur, tengahari tu sakit perut. Nufah paksa dia makanlah. Lepas tu degil nak puasa juga hari ni. Terpaksalah kena kejut bangun.” Selesai bercerita Nufah pandang muka setiap orang. Apasal makin pelik pulak muka diorang ni. Ada yang sengih, geleng kepala dan senyum-senyum gatal.
Abah pula betulkan kopiah atas kepalanya. Abah geleng kepala.
“Apa?” Nufah tak jadi nak makan.
“Kau suka bos kau ek?” si adik menyoal.
“Mengarut!”
“Bos aku dah ada mak we lah. Suka apanya!”
Si adik angkat bahu. “Manalah tahu. Bos kau tu hensemlah. Setiap hari mengadap muka dia, lama-lama jatuh hati jugak.”
“Tak ada masalah..” Nufah tetap tak mengaku. Tapi hatinya dah dup dap dup dap. Over sangat ke perasaan aku ni?
“Sudah.. cepat makan. Sahur dah nak habis ni,” gesa mama.
Mama tak kata apa lagi dah. Tapi senyumannya penuh makna. Nufah pula semakin menunduk. Bera mukanya.
‘Ah sudah.. Kenapalah aku ni terlebih prihatin dekat bos pulak!’
“Kakak suka dia?”
Tangan Nufah yang sedang membilas pinggan terhenti. Dia berpaling ke belakang. Mama tengah simpan baki lauk ke dalam peti ais. Dia diam tapi kepalanya tergeleng ke kiri dan kanan.
“Dia bos kakak, ma.”
“Bos pun tetap lelaki jugakan?”
“Lelaki macam Mr Sean tu mana nak pandang kakak, ma. Semua perempuan yang mendampingi dia model, pelakon, anak orang kaya yang cantik-cantik. Hari tu ada puteri raja datang cari dia kat pejabat. Cantik giler ma,” cerita Nufah. Dia mahu mamanya tahu, Sean Adam tu takkan pandang dia. Sikit pun.
“Raya nanti jemput dia datang rumah.”
“Erk?” Nufah pandang mama lagi.
Dilihat mama senyum tanpa kata selepas itu. Mama tepuk bahu Nufah sebelum berlalu ke biliknya. Nufah menarik nafas lega. Rahsia hatinya biarlah kekal rahsia.
“Thanks you Nufah, kejutkan I pagi tadi.”
“No thanks bos. Dah bos nak cuba puasakan, saya support bos. Tak nak sakit macam semalam lagi.”
Lebar senyuman Sean Adam mendengarnya. Bahagia mendengarnya.
“Lemah je aku tengok? Kau puasa ke?” tegur Nzakir.
“Aku baru try puasa. Huh.. laparlah. Macam mana kau boleh penuh 30 hari?” keluh Sean Adam. Tubuhnya terasa longlai. Nak berjalan pun tak larat. Jam tangan dikerling di pergelangan tangan di kerling, 6 petang. Aduh lambat lagi nak berbuka puasa.
“Aku berlatih puasa ketika umur 5 tahun. Kau baru sehari. Cool man. Tak mati pun tak makan siang. Ada lagi sejam. Lepas tu makanlah sepuasnya tapi berpada-padalah. Puasa ni wajib bagi umat islam. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga tapi juga menahan nafsu dan untuk kesihatan diri.” Nzakir tepuk bahu Sean Adam.
“Sejam lagi kena tunggu aku rasa macam sehari,” keluh Sean tanpa sedar. Tadi pun di pejabat dia lihat Nufah cergas berjalan sana ke mari buat kerja. Dia, sampai tengahari dah rasa lapar dan letih. Seharian hari ni tak keluar ke mana. Pulak tu cuaca panas lagilah dia rasa mahu duduk je dalam pejabat.
Nzakir ketawa. “Badan punyalah sado, tak makan sehari dah macam sotong kering?”
“Wei laa bro.. sotong kering jangan cakap ya! Aku stright forward man lah.” Terus ditegapkan kembali badannya.
Nzakir terus ketawa, tak sedar kereta isterinya dah terparkir di sebelah.
“Abang...” terdengar suara merdu perempuan memanggil dari belakang mereka. Keduanya terus berpaling.
“Sayang? Baru sampai?” terus Nzakir dapatkan Trisya. Ubun-ubun kepala Trisya beralas shawl diciumnya.
“Lewat hari ni?”
“Ada kemalangan, jalan jem. Tak sempatlah nak masak,” rengek Trisya.
“Kita makan kat luar je. Kau join sekalilah berbuka nanti,” Nzakir pandang Sean Adam.
“Haaa?” Sean Adam tersedar. Melihat kemesraan Nzakir dengan isterinya, dia terus teringatkan Nufah. Agaknya suatu hari nanti beginilah kemesraan mereka. Mereka berjalan menuju ke lif.
“Berangan pulak mat saleh ni. Aku ajak buka puasa sekali,” ulang Nzakir.
“Kau berangankan Nufah ke?” serkap Nzakir.
Sean Adam garu kepala. Dia angkat bahu tapi muka dah membera merah.
“Parah dah kau ni. Better kau cepat berubat sebelum terlambat,” nasihat Nzakir.
“Aku tunggu kau kat bawah, setengah jam lagi. Jangan tidur pulak.”
Sean tunjuk isyarat okey. Mereka berpisah apabila lif berhenti di tingkat 7.
“Nufah tu siapa?”
“Setiausaha si Sean tu. tinggal di perumahan depan tu. Setiap minggu dok teropong minah tu. Padahal setiap hari kerja jumpa depan mata. Abang tak tahu pulak mat saleh ni ada jugak jenis slow. Dah suka tu apa lagi, cepatlah pikat. Terlepas merana jiwa tu.”
Tisya cemik bibir. “Iyalaa macam orang tu tunggu sepuluh tahun baru jumpa.”
“Eh.. Trisya sekolah lagi semasa kita kenal dulu. Mana abang berani nak kacau. Lepas sepuluh tahun dah jumpa tu mana boleh terhegeh-hegeh lagi. Kena terus ikatlah,” balas Nzakir. Teringat kisah mereka. Hari raya tahun lepas telah menjadi detik mereka disatukan. Terasa lengkap hidupnya.
“Bos.. saya nak cuti seminggu raya ni..” Nufah hulur borang cutinya.
Sean Adam angkat wajah pandang Nufah yang senyum-senyum di depannya. Borang cuti yang diletakkan di depannya di pandang sekilas. Dia mengeluh.
“Lama you nak cuti. Susahlah saya nanti,” keluh Sean.
“Lama apa bos? Saya minta tiga hari je. Campur cuti umum tu cukuplah seminggu. Lagipun ni raya bos, haruslah cuti lama nak berziarah saudara mara,” ‘hailaa bos ni. Macam tak bagi aku cuti je. Janganlah, raya ke tiga satu keluarga nak bercuti di Melaka, takkan aku tinggal.’
Sean tengok wajah Nufah yang dah manis-manis kelat. Sekejap bibirnya digigit. Mata pula sekejap-kejap pandang wajahnya, sekejap pandang borang cuti di atas meja.
“Rindulah nanti,” keluh Sean Adam dalam hati.
“Apa bos?” Kuat suara Nufah bertanya.
“Erk? You dengar ke suara hati I?” wajah Sean Adam dah berubah kalut. Terkantoi.
“Bukan suara hati, suara kat mulut bos tu,” Malu-malu alah Nufah menjawab. Hati dah kembang setaman.
Sean Adam tunduk. Panas pulak mukanya. Mesti merah macam udang kena bakar. Wajah selamba si cantik setiausahanya membuatkan hatinya hampa. Tak ada perasaankah dia?
“Eh, lupa pulak nak bagitahu, mama ajak bos datang beraya dekat rumah. Nanti bos datang raya ke dua sebab raya pertama tu kami tak ada kat rumah. Balik kampung.”
“Mama you?” terus wajah Sean berubah kaler lagi.
“Aaah, sebab mama tahu bos berpuasa bulan ramadhan ni. Walaupun tak penuh. Kira kena raikan jugak kemenangan bos berpuasa. Bos mesti datang kalau nak makan kek dan biskut saya buat. Rendang dan nasi arab mama. Mabeles bos...”
“I mesti datang,” cepat Sean Ada menjawab.
“Tapi bos sign dululah borang cuti saya ni,” Nufah tunjuk borang cuti di atas meja bosnya.
“Kena cuti jugak ke?”
Laju Nufah angguk.
“Kalau I nak ikut you pergi beraya sekali boleh? I tak pernah lagi menyambut hari raya ni,”
Gulp.. Nufah pandang Sean Adam, tak percaya. Dia hilang kata. Cakap bolehkan, nanti kalau mama dan papa tak kasi macam mana? Huwaa, masalah besarlah dia nanti.
“Ek.. Saya tak tahu bos. Nanti bila bos datang beraya dekat rumah saya boleh tanya abah dan mama. Kalau mereka kata okey, maknanya bos boleh ikut kami. Saya sebagai anak, tak boleh pandai jawab bos. Kena taat kepada orang tua,” Nufah memberikan alasan. Kalau betullah bos ni seorang lelaki budiman, tentu tak jadi masalah.
Sean senyum kacak dan angguk. Tanpa kata dia terus tandatangan borang cuti Nufah.
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramadan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Selamat hari raya
Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira
Merayakan aidilfitri yang mulia
Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Dam dam dum bunyi mercun
Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum
Semaraklah hari raya ini tahun
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
“Kakak.. bos kau dah datang...” panggil Naila. Dia tersengih-sengih.
“Hensemlah kak. Tergolek-golek hati jatuh tengok dia pakai baju melayu. Smart,” beritahunya.
Nufah jeling. Dia berdebar. Datang juga si mat saleh ni.
“Sudahlah kau. Tergolek, terlentang ke hati tu bukannya dia peduli pun. Dia datang dengan siapa? Awek dia?” tanya Nufah.
“Sorang je aku tengok. Takkanlah datang rumah bakal isteri bawa awek pulak,” Naila garu kepala.
“Kau bakal isteri dia ke? Perasan!” spontan Nufah menyindir.
“Eh.. orang bercakap pasal dia, yang pergi cakap orang tu kenapa?” Naila dah geleng kepala. Blurr ke apa kakak aku ni.
“Pergilah keluar, biar Ila buatkan air,” gesa Naila. Kalau dia yang keluar harusnya kena jeling dekat mama.
“Jangan buat manis pulak. Manis-manis buah je. Nanti kencing manis pulak orang yang datang beraya rumah kita ni.
“Orang tahulah.”
“Haa.. tu Nufah dah keluar. Nufah layan Mr Sean ni makan,” panggil mama apabila nampak Nufah keluar.
Nufah terus menuju ke arah mama, abah dan Sean Adam.
“Hai bos.. Selamat hari raya..”
“Selamat hari raya to you too Nufah. Cantik awak hari ni.”
Nufah sengih. “Saya memang sentiasa cantik bos. Bos je yang tak perasan.”
“Always Nufah. Mana boleh tak perasan tapi hari ni extra cantik,” bisik Sean Adam. Memujinya.
“Bos pun smart. Habislah gadis melayu terpikat nanti,” usik Nufah menutup gugup di hati. Renungan Sean Adam hampir mencairkan hatinya.
“Hati gadis lain I tak tahu. Tapi hati you cair, I sedia tadahkan hati I.”
Nufah dah tergamam. Mata mereka bersatu. Simbolik dan mendalam maknanya.
“Ehemmmm... sikit-sikit sudah...” tegur mama. Bukannya dia tak dengar perbualan mereka tadi. Suka hatinya mendengar.
Tersedar dari terus hanyut. Kedua wajah mereka membera merah.
“Nanti Sean akan ikut kita bercuti sekali,” beritahu abah. Faham dengan apa yang sedang dirasakan oleh teruna dan dara di depannya.
Kata-kata itu membuatkan Sean Adam senyum lebar. Ketika dia sampai tadi, abah Nufah yang menyambutnya. Kemesraan abah Nufah membuatkan dia berani meluahkan isi hatinya. Tapi tadi abah Nufah belum memberi kata putus. Dan kata-kata itu tadi memberi maksud yang amat bermakna baginya. Kebenaran telah pun diperolehi. Sekarang dia perlu mempersiapkan diri supaya layak untuk digandingkan dengan Nufah.
“Kakak layanlah Sean ni makan.” Usai berkata mama dan abah bergerak menyambut kedatangan tetamu ke open house mereka. Saudara mara dan jiran tetangga semakin ramai datang.
“Apa maksud abah tadi?” Nufah tanya Sean. Takkanlah bos dia ni ikut bercuti sekali.
“Abah restu I pikat anak gadis dia.”
“Haa?”
Sean Adam senyum lebar. Nufah pula bermuka blurr.. tak faham. Tapi biarlah, suatu hari nanti Nufah akan faham. Dan tahun depan dia akan pastikan mereka beraya as husband and wife.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit...
Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing..
Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
April 23, 2022
Kembalinya Cinta Ramadan Bab 9
“Kalau kamu belum jumpa lagi jodoh kamu, mak aji nak jodohkan kamu dengan Adah.”
Hariz terkejut. Dari cerita pasal Adah kemalangan, pusing ke soal jodoh pula membuatkan Hariz terkedu.
“Tapi..” Takkanlah sebab cakap-cakap masa kecil yang dia dah lupa tu, mak aji dan mak ngah nak paksa dia kahwin dengan Adah. Orangnya pun tidak kenal lagi.
“Jumpa dia dulu sebelum kamu nak tolak tu. Kalau memang tak tercuit langsung perasaan kamu tu, mak aji takkan paksa,” sambung mak aji tidak memberi peluang Hariz terus menolaknya.
Mak ngah angguk.
“Mak ngah dan mak aji bagi cadangan je. Adah pun tak tahu lagi rancangan kami ni. Kami bagi tahu Ariz dulu. Jumpa dia dan kenal dulu. Kalau rasa boleh terima Adah tu, kamu usahalah pikat dia.”
“Kalau rasa tak suka dan tak dapat terima, kami takkan paksa kamu. Lagipun kami faham, Adah tu bukan Adah yang dulu lagi,” ujar mak ngah pula.
Melihat wajah mak ngah dan mak aji penuh harapan itu, Hariz tidak jadi menolak lagi. Dia angguk.
“Ok baik, Ariz terima cadangan mak aji dan mak ngah. Tapi kalau Ariz rasa memang tak terbit langsung perasaan kat Adah ni, Ariz harap mak ngah dan mak aji jangan kecewa. Soal jodoh ni tak boleh nak paksa. Apatah lagi soal hati. Ini kebahagiaan Ariz.”
“Mak ngah faham. Kalau dah bukan jodoh kamu.”
Hariz lega. Jadi sekarang dia perlu kenal Adah dulu. Budak comel masa kecil dulu dia tidak ingat langsung dah.
“Tapi mak ngah, kenapa selama ini saya tak pernah jumpa Adah ni?”
“Mana nak jumpanya, dia balik sini, kamu tak balik. Sudahlah jarang balik, memanglah tak jumpa. Time raya pulak, kami balik raya ke kampung mak ngah.”
Iya tak iya jugak.
Cuma Hariz tidak menyangka yang gadis yang ditunggu selama tiga tahun ni telah berada berhampirannya.
“Mak ngah balik dululah. Adah dan Nana tentu dah sampai rumah tu.”
“Terima kasih mak ngah untuk lauk pauk berbuka puasa ni.”
“Bukan mak ngah masak, Adah yang masak,” balas mak ngah sebelum berlenggang balik ke rumahnya.
Hariz memandang mak aji semula.
Mak aji senyum. Diambil bekas berisi lauk pauk yang mak ngah tinggalkan masuk ke dalam rumah.
Adah.. Ooo.. Adah..
Dia kena kenal Adah secepat mungkin. Hasrat orang tua ni kena cepat diselesaikan. Tidak mahu mereka terus berharap. Bila tak jadi berderai harapan, dia pula terasa bersalah.
Malam itu mereka bertiga pergi menunaikan solat terawih di masjid seperti biasa. Oleh kerana dua tahun tidak boleh berterawih di masjid, maka tahun ini masjid penuh sampai melimpah ke kawasan luar masjid. Masing-masing pakat mahu mengumpul pahala berterawih dan mengembalikan kemanisan bulan ramadan yang hambar tahun-tahun sebelumnya.
Selesai solat terawih, para jemaah menjamah moreh yang disediakan dan juga disedekahkan. Hariz tidak turut serta. Jadi dia mahu menunggu mak aji dan tok ayah di dalam kereta sahaja. Dia tidak memberi perhatian kepada keadaan sekitar tapi matanya tiba-tiba menangkap wajah yang terasa macam kenal. Sebab cahaya lampu yang samar-samar membuatkan Hariz mengambil masa untuk mengecam wajah manis itu.
Tumpuannya pada si dia yang bertelekung dan tengah melayan cakap teman di sebelahnya.
Wajah dan suara itu membuatkan Hariz berhenti melangkah menuju ke keretanya. Tiga tahun dia mencari dan menunggu, rupanya dia berada di sini.
“Abang Ariz,” tegur Nana gembira. Dia sengih nampak gigi.
Mata Hariz masih lagi memandang Wardah. Wajah gadis bertelekung putih itu nampak bercahaya. Cantik dan berseri. Terasa beban rindunya gugur.
“Nana?”
Nana sengih apabila Hariz menyebut namanya.
“Abang Ariz masih ingat lagi Nana?” soalnya teruja.
“Mak ada cakap Abang Ariz balik puasa kat rumah tok ayah.”
Hariz angguk. Matanya masih lagi melihat-lihat Wardah di depannya.
“Ha.. lupa pulak nak kenalkan. Kak Adah, ni Abang Ariz, cucu mak aji,” ramah Nana memperkenalkan mereka.
Adah senyum dan menundukkan kepalanya sedikit.
Lelaki ini macam asing dan tak asing baginya. Cucu mak aji dan tok ayah, jadi mungkin mereka sudah lama kenal.
Adah itu Wardah? Hariz terkejut. Gembira pun ya juga. Jadi selama ini Wardah menghilang sebab kemalangan. Hati terasa sebu bila kebenaran tentang kehilangan Wardah dulu terbongkar. Rupa-rupanya takdir yang memisahkan mereka. Namun takdir juga menemukan mereka sekali.
Hasrat mak ngah dan mak aji dengan sepenuh hati akan ditunaikan!
“Datang dengan apa tadi?”
“Dengan motor. Mak dan ayah pun naik motor jugak.”
Adah diam mendengar perbualan mereka. Manakala Hariz pula memerhatikannya dalam diam. Dia teringat satu ungkapan, ‘bila dah jodoh takkan ke mana. Akan bertemu juga.’
Ungkapan itu terasa sangat benarnya. Tiga tahun tanpa khabar berita, dia temukan Adah di sisi tok ayah dan mak aji. Terasa menyesal jugak kerana lama tidak balik kampung. Kalaulah dari awal dia rajin balik melawat, mungkin lebih awal lagi dia akan menemui Wardah.
“Ariz... tok ayah dan mak aji tunggu kamu kat depan masjid tu, patutlah tak nampak tadi,” tegur mak ngah.
“Nana pergi panggil tok ayah dan mak aji nuh.”
Nana angguk. Tidak tunggu lama dia telah berlari masuk ke dalam masjid mencari mereka.
“Ariz dah kenal dengan Adah ni?”
Hariz angguk dan senyum bermakna.
Mak ngah angkat kening.
“On mak ngah.” Balasan Hariz itu mengundang teka teki dalam hati Adah.
On apa?
Mak ngah pula angguk. Dalam masa yang sama dia nampak Nana bersama mak aji dan tok ayah mendekati mereka.
Wajah mak ngah berseri, dia tidak sabar hendak memberitahu mak aji jawapan Hariz tadi. Nampaknya rancangan mereka akan berjaya.
“Jomlah kita balik. Esok petang kita berbuka puasa bersama-samalah mak aji,” saran mak ngah.
“Molek jugak tu. Kita-kita je berbuka puasa dulu. Minggu depan yang jauh nak balik berbuka pulak.”
Adah tidak masuk campur dalam perbualan mereka. Dia tidak selesa kerana mata Hariz asyik singgah kepadanya.
Tidak lama berbual di situ, mereka berpamitan untuk pulang. Nana naik motor bersama Adah, mak ngah dengan pak ngah. Tok ayah dan mak aji naik kereta bersama Hariz. Hariz memandu perlahan, mengikut mereka di belakang.
“Ariz dah kenal Adah, macam mana orangnya? Okey tak?” suara mak aji memecah kesunyian dalam kereta.
Hariz memandu tetapi fikirannya melayan kepada Adah yang membawa motor di hadapan. Dia mengimbas kembali Wardah tiba-tiba menghilangkan diri dulu.
“Mak aji, selepas Adah keluar dari hospital, mak ngah terus jaga ke?”
“Ya. Semasa di hospital pun mak ngah sekeluargalah yang berulang alik dan bergilir-gilir melawat Adah. Keluarga sebelah bapak Adah tidak pedulikan Adah langsung. Kalau tak salah mak aji, sekali je bapak dia datang melawat. Lepas tu tak ada dah. Konon nak jaga hati keluarga dia tu.”
Hariz angguk. Timbul keinginan untuk menjaga gadis itu selepas ini. Tiga tahun dia menunggu, bertemu Wardah kembali ketika di bulan ramadan dan di depan masjid juga membuatkan hati Hariz tidak ragu-ragu menerima jodoh yang mak aji aturkan.
“Selepas ni Ariz nak jaga Adah mak aji. Ariz nak angkat dia sebagai isteri Ariz,” beritahu Hariz penuh yakin.
Mak aji memandang tok ayah. terkejut mendengar kata-kata Hariz itu tapi dalam masa yang sama dia gembira. Alhamdulillah rancangannya dengan mak ngah berjaya.
Tapi apa yang membuatkan Hariz tiba-tiba setuju?
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
April 21, 2022
Seindah Biasa Bab 1
Jadi saya up cerita baru. Kisah Office Romance.. Jom berkenalan dengan Kila & Daud pula.
Hari ini seorang lagi kawan aku akan melangsungkan perkahwinan. Dah sampai jodoh rupanya dia. Dalam diam-diam berisi. Tertutup kemas rahsia hatinya. Dengan aku sendiri pun dia berahsia padahal akulah kawan baiknya. Kononnyalah. Kalau kawan baiknya pasti aku yang pertama tahu dia sedang asyik masyuk bercinta kan? Tapi ok gaklah aku yang pertama tahu dia hendak kawin berbanding rakan-rakan kami yang lain.
Hari ini rumah Pak Cik Din meriah sekali. Meraikan perkahwinan anak bongsunya itu. merangkap anak perempuan tunggal. Akulah yang menjadi tukang sibuk dan tukang menyemak kat situ. Hendak kata apa dah apabila aku secara automatik dilantik menjadi pengapit dan selaku ketua bridemaids. Jadi kenalah rela diri mengikut pengantin ke hulu ke hilir. Nasib baik anak Pak Cik Din ni kawan baik aku sehidup semati, kalau tidak, memang tidak kuasalah aku jadi pengapit.
Mujur juga pengapit pengantin lelaki ni kacak. Ada ciri-ciri lelaki idamanku. Tapi 50 markah terpaksa ditolak, dia lebih muda banyak tahun dari aku. Tidak mahulah berkekasihkan lelaki muda. Taste aku ni mahukan lelaki lebih tua dan matang jadi kekasih dan bakal iman.
BUK...
“Aduh!” Macam nangka busuk aku terjatuh.
Mesti merah muka cantik aku ni. Aku gigit bibir menahan tangis. Sakit sangat bila terjatuh pakai high heel dan baju kebaya berkain sempit ni. Hati geram. Makhluk mana langgar aku ni. Tidak nampak ke aku yang cantik ni?
Aku mengangkat muka dan terpandang tubuh tinggi seorang pemuda tegap di depanku. Wajahnya cuak tapi air mukanya tidak menunjukkan perasaan bersalah pun. Sebaliknya matanya terus memandangku tanpa berkelip.
Aku mendesis sakit dan geram. Mata siap menjeling tajam. Kurang ajar! Mata keranjang! Bukannya mahu tolong tapi mata tu meliar tengok orang macam tidak pernah tengok! Tahulah aku ayu dan cantik hari ni. tapi coverlah sikit pandangan tu. Jangan pulak aku menjerit pencabul pulak!
“Eloo saudara, boleh tepi sikit tak!” marahku. Aku jadi seram. Takut jika betul lelaki ni orang jahat. Tambah pula cara lelaki ini memandangku membuatkan bulu romaku tegak.
Biar betul lelaki sekacak ni seorang perogol!
Aku memandang ke kiri dan ke kanan, mencari orang untuk meminta tolong. Aku sudah mula rasa takut.
“Sorry..sorry… You lawa sangat,” ucapnya sambil tersimpul senyum. Malu-malu. Wajah dan telinganya dah memerah.
Aku geleng kepala. Apa punya oranglah. Tapi kembang jugaklah hidung aku yang sedia kembang ni. Nasib baik salah faham je. Dia bukan orang jahat.
“Sakit sangat ke?” suaranya bergetar risau bertanya. Barangkali baru perasan aku tengah tahan sakit ni.
Aku jeling. Dah jatuh macam buah nangka, boleh lagi tanya sakit ke tak? Bumper aku ni mesti dah senget, bebelku dalam hati.
“Eh mestilah sakit. Ingat perlahan ke jatuh tadi?” terus aku jerkah. Terkejut dia.
“Sorry. I dah elak tadi, tapi you jalan tak tengok depan. Kalau I elak ke kanan confirmjatuh ke dalam tasik. Ke kiri kena tembok tu,”balasnya dia lembut siap dengan penjelasan.
Aku pula jadi malu. Tapi... memang salah aku ke? Namun aku tidak mahu mengaku salah.
“Habis tu kalau I jalan tak tengok ke depan? You jalan tengok ke belakang?” balas aku semula. Tidak mahu mengalah. Pantang keturunan aku tau.
“Ok.. Okeyyy.. I yang salah. I minta maaf,” pinta mamat itu tanpa ingin memanjangkan cerita.
Aku mendengus. Kalau marah kang orang cakap aku ni cepat kecil hati pulak. Lagipun dia mengaku salah dan meminta maaf. Jadinya aku kenalah memaafkannya dengan hati terbuka. Nanti orang cakap aku ni sombong. Kedekut maaf.
“Forget it. Salah I juga,” lembut aku membalas. Orang berbudi kita berbahasa kan. Kenalah mengaku salah juga.
Aku memandangnya dengan sedikit senyum. Tengah sakit, tidak ada mood senyum manis. Dia pula tarik senyum menggoda gitu. Dan aku hampir-hampir tergoda.
Manis senyumannya. Bibirnya merah dan terdapat tahi lalat di atas bibir bawahnya. Sweet kan. Oooo no apasal aku ni, tiba-tiba puji mamat ni pula. Kenal baru beberapa minit. Eh dah terjatuh hati ke ni? Eh tiba-tiba..
“Kilaaa….” Terdengar satu suara dari jauh melaung namaku. Melilau mataku mencarinya. Hujung sana, Zana melambai-lambai. Turn aku kena ada sekalilah tu berpossing
Aku tidak ambil pusing dah pasal mamat tu lagi, aku melangkah cepat ke arah Zana.
Tiba-tiba suaranya menghentikan langkah ku.
“Nice to meet u Kila. I Daud.”
Pantas aku menoleh. Eh mamat nih, sempat lagi nak sesi perkenalan. Aku tak harap pun. tetapi sebuah senyuman dihadiahkan jugaklah. Tanda aku ni tak sombong dan berdendam.
“Nice to meet u too. I kena pergi sekarang. Nanti habis satu taman tahu nama I “ rungutku. Langkahku laju menuju ke pasangan pengantin itu.
Aku dapat merasakan mamat itu terus memandang aku melangkah. Isyyyy..rasa segan lak. Nak jalan ganas-ganas ker atau alaa perempuan melayu terakhir. Ah..jalan jer seperti aku jalan macam biasa. Huh.. tak ada maknanya akan berjumpa lagi mamat tuh.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
April 19, 2022
Kembalinya Cinta Ramadan bab 8
Nama Adah meniti di bibir mak aji setiap hari. Adah masak ni, Adah pandai menjahit, Adah pandai buat biskut raya dan macam-macam lagilah. Kerja mengemas rumah pun Adah yang tolong sebab mak aji sudah tidak mampu lagi mengemas rumah besar itu.
Oleh sebab selalu sangat mendengar nama Adah, Hariz jadi tertarik hendak mengenali pemilik nama itu. Jadi dia sengaja tidak mengikut tok ayah ke bazar ramadan petang ini. Dia mahu berkenalan dengan Adah.
Tapi Adah ni seolah-olah tahu Hariz sedang menunggunya di rumah tok ayah, jadi petang itu dia tidak menghantar makanan seperti selalu, sebaliknya mak ngah yang datang hantar.
“Ariz.. lama betul mak ngah tak tengok kau. Makin segak,” ramah mak ngah menegur Hariz yang sedang menyapu sampai di laman rumah.
Mak aji pula sedang duduk di atas kerusi malas melihat Hariz menyapu, sambil-sambil berbual kosong dengan cucunya itu.
Hariz sengih. Setiap kali balik kampung dan berjumpa mak ngah, setiap kali itulah dia akan dipuji. Kata mak ngah kalau anak perempuannya dah besar mahu saja dijodohkan dengan Hariz.
“Biasa eh mak ngah. Mak ngah pun makin lawa nampak.”
Mak ngah ketawa. Hariz ni pandai bermulut manis dengan orang tua. Tidak pernah meninggi diri.
“Berapa lama kamu cuti ni?”
“Sampai lepas raya mak ngah.”
“Ooo.. jadi tak pergi sambut raya kat Mekah ke?”
“Tak. Tahun ni saya raya kat sini. Mak abah pun akan balik sebelum raya. Tak jadi sambut raya kat sana. Tok ayah suruh balik.” Hariz sengih.
Teringat maknya kena ceramah dek tok ayah. Sudahlah dua tahun tak boleh raya.
“Dapat raya pulak kamu lari beraya ke Mekah, macam tak ada saudara mara, orang tua kat kampung. Kalau tahun ni raya terakhir aku, kamu jangan menyesal kemudian hari.” Oleh sebab kata-kata tok ayah itulah orang tuanya memendekkan ziarah mereka di Mekah.
Hujung minggu ni pula anak cucu tok ayah akan balik berbuka puasa di kampung.
“Adah mana, tak datang pulak hari ni,” tanya mak aji.
“Si Nana tu ajak ke bazar ramadan. Nak makan somtam buat bukak puasa. Dua tiga hari dah merengek nak ke bazar.”
“Ooo...” Mak aji angguk.
Manakala Hariz pula sedikit kecewa.
“Adah tu lagu mana? Dah makin sihat ke dia? Dah ingat sikit-sikit?” mak aji bertanya.
Teringatkan gadis itu, hatinya jatuh kasihan. Tapi dalam masa yang sama dia kagum dengan semangat gadis itu. Tidak pernah mengeluh dan bersungut. Selangkah demi selangkah dia memulakan hidupnya kembali. Walaupun mungkin tidak seperti dulu tetapi semangat yang ada dalam jiwa gadis itu, mak aji yakin dia akan kembali seperti sebelum kemalangan itu.
Mak ngah geleng kepala. Dengan tubuh agak gempal dia melabuhkan punggung di atas tangga batu rumah tok ayah.
“Lagu tulah dia mak aji. Tak ingat sikit pun. Bila dia cuba nak ingat, terus sakit kepala. Jadi doktor cakap jangan paksa diri. Takut jadi lagu lain pulak.”
Mak ngah melepaskan keluhan. Dia kasihankan Adah tu, satu-satunya anak arwah kakak sulungnya. Dialah saudara paling dekat walaupun ayah Adah tu masih ada lagi. Tapi dia tidak suka dengan keluarga baru ayah Adah.
Jadi sebab tidak mahu kebajikan Adah terabai, dia mengambil keputusan untuk menjaga Adah sendiri. Dari gadis itu tidak dapat berjalan kerana ke dua belah kakinya patah, mereka sekeluargalah yang bersusah payah menjaganya.
Nana itulah yang mengajar Adah mengenal huruf dan membaca semula. Selepas kemalangan itu, Adah seperti bayi baru lahir, semuanya kena belajar dari mula. Sebab itulah Adah tidak pernah bersungut, melayan setiap permintaan Nana.
Perbualan mak ngah dan mak aji itu menarik perhatian Hariz. Dia semakin berminat hendak mengenali gadis itu.
“Adah sakit ke mak ngah?” soalnya ingin tahu.
“Tiga tahun lepas dia accident, patah kaki dua belah. Kepalanya terhantuk, ada pendarahan dalam kepala. Koma dekat sebulan. Bila sedar, dia hilang ingatan. Lupa terus kehidupannya sebelum kemalangan itu. Kena belajar dari mula balik.”
Terbit rasa simpati dihati Hariz.
“Orang tuanya meninggal dalam accident tu ke mak ngah?”
“Mak dia meninggal di tempat kejadian. Mak ayah dia dah lama bercerai. Dia tinggal dengan mak dia. Accident tu masa bulan puasa jugak. Mereka dalam perjalanan balik kampung. Lori terbabas langgar kereta mereka. Masuk paper jugaklah accident tu.”
Hariz angguk faham. Tercetus perasaan semakin ingin mengenali Adah itu.
Mak ngah pandang Hariz lama.
“Kamu tak kenal Adah tu?”
Hariz geleng kepala. Dia kenal ke? Pelik pulak bunyi soalan mak ngah ni.
“Tak ingat?” tanya mak ngah lagi.
“Tak ingat langsung?”
Hariz sengih. Tidak ada klu dalam kepalanya kawan atau kenalan bernama Adah. Dia geleng kepala.
Mak ngah pandang mak aji sambil geleng kepala.
Mak aji pun sama.
“Kamu dan Adah dulu macam kembar siam. Tidur sekali, makan sekali dan bermain sekali.” Mak ngah buka cerita lama.
Berkerut dahi Hariz mendengarnya. Dia tak ingat sungguh.
“Umur lima tahun mana nak ingat, Piah,” ujar mak aji.
Hariz garu kepala. Ketika dia kecil sampai umur lima tahun, dia tahu dia tinggal bersama dengan tok ayah dan mak aji kerana ketika itu kedua orangnya bertugas di luar negara dan tidak dapat membawanya bersama.
Mak ngah dan mak aji saling berpandangan. Ketawa apabila teringatkan gelagat Hariz ketika kecil.
“Masa tu mak Adah tinggalkan Adah dengan mak ngah. Dia baru saja bercerai. Mak ngahlah yang mengasuh Adah ketika itu sekali tengokkan kamu.”
“Kamu sayang sangat kat Adah ni. Setiap hari kamulah yang tolong jaga Adah. Tak nak berpisah langsung. Kamu sejak kecil dah pandai cakap dan bijak. Siap cakap lagi, bila besar nak kahwin dengan Adah.” Mak ngah ketawa.
Mak aji pun turut ketawa.
“Tapi itulah, bila dah ikut mak ayah kamu, terus lupakan Adah. Seminggu Adah menangis nak Abang Ariz.” Mak ngah bongkar rahsia.
Hariz garu kepala.
“Umur lima tahun mana nak ingat semua tu mak ngah. Saya rasa Adah pun dah tak ingat saya. Cerita masa kecil kami.”
Mak ngah angguk.
“Aah.. Kalau dia tak hilang ingatan pun dia tak ingat pun kamu, Ariz. Lagipun masa tu umur dia baru tiga tahun. Tapi mak ngah tak boleh lupa seminggu dia demam, tidur pun peluk bantal kamu guna, lapik baju terakhir kamu pakai masa tinggalkan kampung dulu.”
Hariz diam. Dia cuba mencari di celah ingatannya tentang budak perempuan comel nama Adah ni. Tapi memang tidak ingat langsung.
Mak ngah mengeluh. Dia memandang Hariz yang berdiri sambil memegang penyapu itu.
“Adah ni sebelum kemalangan dia kerja kat KL. Besar jugaklah jawatan dia. Tapi terpaksa dihentikanBoleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan.Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)
April 17, 2022
Kembalinya Cinta Ramadan Bab 7
Tujuh jam memandu, akhirnya Hariz sampai juga ke kampung. Enjin dimatikan dan dia terus keluar, mengeliat sekejap untuk melegakan ketegangan tubuhnya kerana memandu jauh.
“Sampai pun.” suara tua menegur, Hariz berpaling. Terus Hariz melangkah mendekati lelaki tua itu.
“Assalamualaikum tok ayah.” Dia tunduk mencium tangan tok ayah.
“Waalaikumussalam.” Bahu Hariz ditepuk mesra beberapa kali. Dia pandang cucu sulungnya atas bawah beberapa kali kemudian angguk
“Dah dekat pukul enam petang. Mari kita pergi bazar beli makanan untuk berbuka.”
“Mak aji tak masak ke?”
“Ariz tu baru sampai, penat memandu, boleh pulak ajak ke bazar. Biar dia naik berehat dulu. Esok-esok boleh pergi.”
Hariz sengih melihat wajah tok ayah berubah apabila mendengar suara mak aji di muka pintu. Dia segera mendapat mak aji dan bersalam.
“Mak aji sihat? Masak apa hari ni?”
“Mak aji tak larat nak berdiri lama masak. Adah yang masakkan,” beritahu mak aji.
Dahi Hariz berkerut. Adah? Siapa? Tak ada pula sepupunya nama Adah. Ini kali pertama dia mendengar nama itu disebut.
“Adah?”
“ Owh.. kamu tak kenal. Anak saudara mak ngah kamu yang duduk sebelah ni,” jelas mak aji.
Hariz angguk walaupun tidak kenal orang yang menjadi topik perbualan mereka dulu.
Tok ayah melihat isterinya berbual mesra dengan cucu mereka. Sedikit rasa tidak puashati kerana Hariz sudah tidak menghiraukannya lagi. Enjin motosikal dihidupkan dan tanpa menegur dua beranak itu, tok ayah pergi ke bazar Ramadan.
Mak aji geleng kepala.
“Makin tua makin menjadi perangai tok ayah kamu tu. Sikit-sikit nak dengki bila cucu tak pedulikan,” bebel mak aji.
Hariz ketawa. Orang tua ni apabila semakin tua mereka lebih sensitif dan sikap mereka pun akan kembali seperti budak-budak kembali.
“Masuk rehat dulu Ariz, tak usah nak pedulikan tok ayah kamu tu. Lepas beli apa yang dia nak pandailah balik ke rumah,” ajak mak aji. Sempat lagi dia mengata suaminya sendiri.
Mereka telah hidup bersama lebih setengah abad, jadi sudah masak dengan sikap rakan serumah sebantal dan sebiliknya. Kalau ada ada atau cucu melebihi dia sikit, mulalah tunjuk muka masam. Mahu juga perhatian sama macam isterinya.
Hariz tidak membalas. Beg pakaian diambil dari bonet kereta dan mengikut mak aji masuk ke dalam rumah.
“Bilik kamu, Adah dah tolong kemaskan. Sapu habuk dan tukar cadar. Berapa lama kamu cuti kali ini?”
“Sampai raya. Tok ayah suruh cuti sampai raya.”
“Baik pula kamu nak ikut cakap tok ayah kali ini. Baguslah. Boleh bawak kami ke masjid berterawih setiap malam.”
Hariz garu kepala yang tidak gatal. Dia sengih. Selepas dua tahun baru solat terawih dibenarkan. Tentulah ramai yang mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkan masjid.
“Ok mak aji. Ariz pun sudah lama tak ke masjid. Dah dua tahun dah tak berterawih ni.”
“Iyalah.. rehatlah dulu. Mak aji nak ke dapur. Sebelum kamu sampai tadi Adah dah hantar lauk pauk. Siap dengan kuih sekali. Jadi tak tahulah apa lagi yang tok ayah kamu nak cari kat bazar tu. Merayap saja. Orang larang tak mahu dengar, degil.” Tak habis lagi mak aji leterkan tok ayah.
Suaranya masih lagi kedengaran walaupun pintu bilik telah ditutup. Hariz merebahkan tubuhnya ke atas katil.
“Sedapkan?”
Hariz angguk. Mulut penuh dengan makanan. Kerabu terung, pari bakar, sayur lemak rebung dan ayam pandan.
“Itulah tok ayah kamu, lauk sedap kat rumah, nak jugak cari lauk kat bazar. Apa yang sedap sangat selain cari penyakit.” Sempat lagi mak aji menyindir suaminya.
“Adah tak datang berbuka sekali hari ni?”
“Tak. Katanya bagi peluang dekat tok ayah dan mak aji berbuka dengan cucu jauh,” beritahu mak aji.
Adah ni baik budaknya. Tapi kasihan tiga tahun lepas dia kemalangan, hilang ingatan. Sudah tiga tahun berlalu, ingatan tidak pulih-pulih. Jadi doktor cakap mungkin seumur hidup dia tidak akan ingat lagi tentang hidupnya sebelum kemalangan.
Tanpa sedar mak aji mengeluh mengenangkan nasib Adah.
“Kenapa mak aji?”
Mak aji merenung seketika wajah cucunya.
“Bila kamu nak kahwin?”
Uhuk.. koh..koh..
Hariz tersedak air terus terbatuk mendengar soalan cepumas dari mulut mak aji. Dia geleng kepala, ke mana pun dia pergi soalan cepumas tu memang menjadi kegemaran orang tua.
“Belum jumpa jodoh mak aji. Lagipun Ariz baru 30 tahun. Muda lagi,” balas Hariz perlahan.
Dia mati kutu mahu menjawab soalan itu setiap kali berdepan dengan orang tuanya dan juga datuk neneknya. Berdepan ke dalam telefon, soalan itu tidak ketinggalan setiap kali mereka berhubung.
“Tok ayah umur 18 tahun dah kahwin dengan mak aji kamu ni. umur 30, pak long kamu dah umur 11 tahun. Umur 40 dah dapat cucu.” Mulalah tok ayah membuka hikayat kisah dia zaman muda-muda dulu.
“Zaman dah berubah tok ayah. 30 tahun muda lagi. kawan saya ada yang umur 40 tahun baru nak kahwin.”
“Jadi kamu nak ikut jejak kawan kamu tu? Nanti menyesal tak sudahlah, 40 tahun baru nak rasa nikmat hidup,” sindir tok ayah.
Hariz sengih.
“Jangan biasakan diri dengan yang haram. Nanti kamu tidak dapat merasai itu keindahan berumahtangga,” sambung tok ayah memberi nasihat pula.
“Tak pernah dan tak terlintas pun hendak melanggar apa yang haram tu tok ayah.”
“Jadi cepat cari isteri. Mak aji pun nak jugak tengok anak kamu nanti.”
Hariz mengeluh.
“Tiga tahun lepas Ariz jumpa dah calonnya. Tapi seminggu kemudian dia hilang sampai sekarang. Jadi tunggu Ariz cari dia sampai jumpa, baru cakap pasal kahwin.” Suara Hariz serius membuatkan tok ayah dan mak aji saling berpandangan.
Selepas itu mereka tidak lagi memanjangkan isu itu lagi. Mak aji juga tidak jadi mahu menjodohkan Hariz dengan Adah. Takut pula dia terberi harapan dekat Adah. Mujur juga dia tidak menyampaikan hasratnya lagi dekat Adah.
Boleh follow pages penulis di facebook https://www.facebook.com/fantasicerit... Instagram; shima.rostambs Jika sukakan cerita di sini boleh share link di medsoc masing-masing.. Terima kasih di atas sokongan. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang.. Sayang semua!!! :)


