Sahrunizam Abdul Talib's Blog
January 4, 2014
Jalan Mana?
Rupa dan wajah mereka memang demikian. Tidak kiralah dari posisi mana. Kanan juga kiri . Atas atau bawah. Asal ada sahaja kesempatan, yang diutamakan kerongkong sendiri. Ya, perut mereka sendiri. Nasib rakyat hanya di pinggir bibir. Sesekali yang masuk ke mulut, itu hanyalah sekadar nasib baik.
Ramai yang mengeluh. Harga barang semakin naik. Harga rumah misalnya langsung tidak memperlihatkan mekanisme kawalan harga daripada pihak kerajaan. Harga rumah 100% dikawal oleh pihak pemaju. Apa sahaja kata mereka, maka itulah yang dibebankan kepada rakyat . Rakyat tidak ada pilihan. Sanggup membeli dan membayar ansuran bulanan dengan harga yang mahal atau teruslah merempat, tidur beralaskan kotak di kaki-kaki lima.
Pada masa yang sama rakyat terus membaca pemimpin mereka. Ketika rakyat mengeluh dalam payah, mereka berlumba-lumba mempamer gaya. Gaji dan elaun sendiri dinaikkan hingga beratus peratus. Rakyat tidak mempertikaikan kenaikan. Tetapi kenaikan itu biarlah masuk akal. Kereta rasmi yang baharu digunakan hanya beberapa bulan tidak selesa. Mercedes harus diburu. Soalnya, bukan berapa diskaun yang kamu dapat. Namun, rakyat sedang melihat pemimpin yang selama ini memperjuangkan konsep sama rata tanpa mengira kelas masyarakat, sudah mulai terjerat dengan igau kemewahan ketika mabuk berenang dalam laut kuasa.
Membaca segala yang berlaku di depan mata, membuatkan rakyat semakin tertanya-tanya. Jalan yang manakah barangkali boleh membimbing mereka ke taman bahagia?

Published on January 04, 2014 13:30
December 11, 2013
Belajar daripada banjir
Allhamdulillah. Banjir kian berengsot pergi. Matahari sudah berani keluar dari kepungan awan hitam. Sinar pagi memberikan harapan baharu. Banjir semakin jauh. Kini, yang tinggal sudah pasti lumpur. Musibah banjir telah menyaksikan betapa nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita amatlah terpuji.
Pelbagai bantuan dihulurkan kepada mangsa. Kesusahan mangsa banjir dikongsi oleh banyak orang.
Oleh itu, saya amat tidak bersetuju jika ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik ketika musibah datang. Tidak seharusnya ada sikap salah-menyalah antara satu sama lain atau sikap memilih puak ketika musibah datang. Sesungguhnya musibah datang tidak mengira darjat juga tempat. Siapa sahaja yang berada di tempat rendah bakal dipukau oleh kuasa air yang awalnya lembut. Tidak harus ada mana-mana pihak yang cuba mendabik dada. Akulah hero yang telah menyelamatkan dunia. Sikap sebegini seharusnya dihindarkan oleh mana-mana bangsa yang mengaku mereka bertamadun.
Selain itu, rangkaian media sosial nyata membawa manfaat juga mudarat ketika musibah datang. Manfaatnya segala makluman yang sahih, tepat dan betul dapat disebarkan dalam hanya beberapa saat. Mudaratnya terdapat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang sengaja dihebahkan tanpa mempedulikan fakta, angka dan logik malahan kuasa Tuhan. Beberapa kali berita palsu disebarkan. Misalnya empangan A melimpah. Empangan B hampir pecah. Banjir disebabkan wujudnya pembinaan itu dan ini.
Daripada banjir juga ada satu pelajaran penting. Sistem pengairan dan peparitan negara berada dalam keadaan yang amat naif dan mengecewakan. Fungsi jabatan yang diamanahkan nyata berada dalam kedudukan tandatanya.

Published on December 11, 2013 03:59
December 5, 2013
Orang Muda
Resamnya memang begitu. Orang muda darahnya panas. Tindaknya pantas. Mulutnya lepas. Langkahnya panjang tapi akalnya tak sepanjang langkah.Di dalam mana-mana organisasi, orang muda merupakan orang yang diharapkan untuk berada di barisan paling depan. Mereka diharapkan tangkas menangkis asakan dan pantas menepis serangan.
Tidak ada masalah. Orang muda boleh sahaja menjadi pemimpin. Namun orang muda yang seorang ini agak berlainan. Lahir dalam takungan bangsawan memudahkan dirinya untuk berdiri di atas pentas politik negara. Tuahnya pula dapat berkahwin dengan anak seorang bangsawan. Seorang negarawan.
Orang muda ini pernah menimbulkan dalam kegemparan politik tanahair. Peranannya dalam pentadbiran yang lepas sentiasa dicurigai. Katanya beliaulah yang mengatur dan mencatur banyak perkara dengan nasihat dan mungkin muslihat rakan-rakannya yang juga masih muda.
Sebaik sahaja dilantik sebagai kepala sebuah kementerian, pelbagai tindak gopoh dan latah telah dilakukannya. Orang muda ini tidak menyedari, dipilih berada pada kedudukannya sekarang tidak bermakna dia boleh menyembur sesiapa sahaja tanpa sekatan.
Terbaharu beliau telah dijulang oleh seorang ahli akademik yang mungkin juga sedang menyimpan sesuatu dalam hatinya. Sama-samalah kita saksikan ke mana arah orang muda ini dalam catur politik negara.

Published on December 05, 2013 05:52
December 4, 2013
Banjir, perhimpunanan dan 'kinabinatangan'
Keadaan banjir semakin buruk di Kuantan dan beberapa daerah lain di Pahang. Beberapa buah negeri lain seperti Terengganu dan Johor juga keadaan banjir semakin serius. Di Kuantan, seorang lelaki bersama anaknya menjadi mangsa korban ketika cuba memindahkan barang dari rumahnya.
Ketika mangsa banjir bersesak-sesak di pusat-pusat pemindahan banjir sebuah parti politik Melayu masih berpantun seloka di dewan agam . Antara ucapan penting ialah tentang isu perlantikan GLC dalam kalangan wanita. Bayangkan ketika mangsa banjir berebut makanan yang disalurkan agensi penyelamat, pada masa yang sama jugalah ibu-ibu dalam wanita parti Melayu itu saling berebut jawatan dalam GLC milik kerajaan.
Sementara itu di Parlimen pula, sikap bodoh sombong seorang ahli Parlimen yang jelas tidak menghormati perasaan dan sensitiviti amat meloyakan. Menyaksikan gelagat ahli Parlimen tersebut menimbulkan banyak persoalan berhubung tahap mentalilti terencat yang dimilki wakil rakyat tersebut. Sesungguhnya tahap kebijaksanaan seseorang wakil rakyat sama sekali tidak diukur dengan kefasihan bertekak dengan wakil rakyat dari sebelah pihak yang lain. Gelagat biadap dan 'kinabinatangan' itu nyata mengecewakan rakyat.
04 Disember 2013

Published on December 04, 2013 15:21
December 3, 2013
BANJIR OH BANJIR
Khabarnya ibu negeri Pahang, Kuantan hampir lumpuh. Banyak jalan yang digenangi air. Jalan perhubungan darat banyak yang terputus. Ketika entri ini ditulis, suara hujan masih lagi berinteraksi dengan bumbung. Cuaca begitu muram. Matahari menyorok di balik langsir tengkujuh.
Banjir sememangnya musibah dari Tuhan untuk menguji sejauh mana darjah sabar dan ketabahan hambanya. Jika boleh memilih, tidak ada manusia yang mahu berhadapan dengan musibah ini. Pengalaman saya sendiri pada tahun 2007, berhadapan dengan banjir di kampung kelahiran merupakan satu pengalaman yang rasanya tidak mahu ditempuh lagi. Kira-kira dua minggu tanpa bekalan elektrik dan bermusafir di surau kampung dengan keluarga dan seorang anak kecil yang hanya kira-kira 6 bulan merupakan satu tempoh yang agak rumit. Namun, apabila kesusahan itu mengasak dada, penderitaan umat Palestin segera menguasai ruang fikir. Ternyata, kesusahan yang dirasai semasa banjir itu hanya setitis, jika mahu dibandingkan dengan selaut kesengsaraan yang berpuluh tahun atau lebih tepat sepanjang hayat yang ditanggung rakyat Palestin.
Benar, banjir merupakan ujian yang diturunkan oleh Tuhan. untuk menguji hambanya. Namun demikian dalam hubungan ini kita juga sering tertanya-tanya fungsi Jabatan Parit dan Saliran (JPS). Apakah jabatan ini masih wujud lagi atau sebaliknya? Jika wujud apakah fungsinya? Kerap benar kita mendengar kejadian banjir kilat yang kerap terjadi. Apakah kejadian banjir kilat yang semakin terjadi itu disebabkan kelemahan JPS yang gagal menguruskan parit dan saliran dengan sempurna. Atau, mungkin juga dalam diam, jabatan ini telah dimansuhkan.
Sehingga kini juga tidak pernah kita mendengar tentang usaha-usaha oleh pihak yang berwajib bagi membersih dan mendalamkan sungai. Semua ini perlu diambil perhatian bagi mengurangkan masalah yang berpunca daripada banjir jika pun tidak untuk menghapuskannya sama sekali.

Published on December 03, 2013 06:39
December 2, 2013
Tarif elektrik oh!
Siri kenaikan harga barang berterusan. Selepas petrol, gula, lepas gula tarif elektrik. Esok lusa cukai pintu. pastinya. Ketika rakyat bawahan berhempas pulas bagi mendepani dan melawan kenaikan semua itu dengan cara masing-masing, tiba-tiba kita dikejutkan dengan pengumuman kenaikan gaji ahli yang berhormat sehingga mencecah angka 300%.
Ironinya, ketika rakyat dicengkam dengan kemas oleh siri kenaikan keperluan harian, tiba-tiba dengan begitu mudah mereka berbahagi lebihan pendapatan negeri untuk perut dan tembolok masing-masing.
Ah! berhenti dahulu. Teramat mengantuk mataku.
02-12-13

Published on December 02, 2013 05:51
December 1, 2013
Keh Tunggu
"Keh tunggu". Demikianlah dua patah perkataan yang dilontarkannya buat kali terakhir dalam kotak mesej facebooksaya. Dua patah perkataan terakhir yang membawa maksud "saya tunggu" rupanya merupakan antara kalimat terakhir beliau. Tercatat pada kotak mesej waktunya sekitar jam 9.56 malam. Kira-kira empat jam sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Subari Ahmad atau nama penanya Arisel B.A anak kelahiran Kuala Lipis akhirnya pulang ke pangkuan Tuhan di daerah sebelah daerah kelahirannya,Raub, Pahang. Setia dengan imej topi bareeta sewaktu saya mula mengenalinya kalau tidak silap di Kuantan puluhan tahun yang lalu. Pernah juga setia dengan paip yang menambahkan seni pada penampilan dirinya. Hujan lebat pada pagi keberangkatannya, seakan air dari awan itu menyampaikan salam takziah dari langit buat keluarga dan sanak-saudara Allayaraham. Dalam hujan lebat jugalah, jenazahnya dimandikan buat kali terakhir, dikafan dengan kain putih dan disembahyangkan. Arisel B.A seorang penulis marhaen yang jarang berada di pentas-pentas hadiah sastera berarus perdana di Malaysia. Sewaktu hayatnya pernah menerbitkan sebuah kumpulan puisi. Memilih lain daripada yang lain beliau hadir dengan sajak-sajak jenaka. Katanya yang diringkaskan menjadi 'sajen'. Khabarnya pernah juga menerbitkan sebuah kumpulan cerpen. Juga aktif dalam dunia siber menerusi kelompok sastera siber yang dikepalai Irwan Abu Bakar. Beliau berjuang sehingga saat akhirnya. Benarlah kata orang. Ajal maut hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan kira-kira empat jam terakhir sisa hayatnya beliau masih aktif menghubungi rakan-rakan penulis menerusi facebook. Jika tahu ajalnya datang kira-kira jam 2.30 pagi sudah tentu beliau tidak melakukan apa-apa pada saat dan detik itu. Kecuali satu. Pasrah kepada ketentuan takdir sementara menunggu tangan malaikat maut. Ah! betapa singkatnya hidup di rumah sementara ini. Dalam usia yang tidaklah terlalu tua, khabarnya 60 tahun, seorang sahabat telah kembali menemui Tuhannya dan Tuhanku dalam hujan lebat 1 Disember 2013. Moga engkau damai di sana sahabaku. Engkau pergi tanpa taburan bunga di atas pusara. 1 disember 2013
Published on December 01, 2013 06:05
February 10, 2013
Catatan Kecil di RBR
Hujan berlumba gugur seakan mahu membasuh segala tompok-tompok noda yang dicipta manusia. Di pantai Rompin anak-anak hanya mampu melihat senyum ombak bercanda dengan pantai. Hujan berlumba terjun dari langit Tuhan.
Published on February 10, 2013 15:15
February 8, 2013
Kreativiti Tumpul
kesibukan membunuh kreativiti. janji manis menyusup ke telingaku walaupun akau tidak merelakan lewat suara pembaca berita dalam kereta pagi semalam.yang bertimbun di mejaku, bukannya makin menyusut seperti janji. makin membusut, membukit dan menggunung.
sebaik pulang tiada lagi yang bersisa. kecuali penat yang hinggap di jasad.

Published on February 08, 2013 13:54
January 18, 2013
KEMBALI MENGECIL
MASA seperti helang yang pantas menyambar keriuhan itu. Perjalanan usia yang mungkin sudah melewati separuh stesen, semakin sunyi. Anak-anak seorang demi seorang telah memilih jalan hidup mereka. Segala gurau-senda, tangis dan gembira, rajuk dan marah semakin jauh dari telinga ini.
Kadangkala mahu sahaja dilepaskan tinju pada waktu. Mengapa waktu seperti terlalu zalim memunggah segala keriuhan yang selama ini menjadi milik kami. Namun, apabila waras kembali mengambil tempat, kemarahan itu segera direda dan diredhakan.
Demi masa hadapan mereka, kami relakan segalanya. Namun, ternyata kami yang sememangnya sedia kecil semakin mengecil.

Published on January 18, 2013 23:55
Sahrunizam Abdul Talib's Blog
- Sahrunizam Abdul Talib's profile
- 2 followers
Sahrunizam Abdul Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.