Sahrunizam Abdul Talib's Blog, page 2
October 28, 2012
pasca aidiladha
di seluruh dunia ibadat korban dilaksanakan dengan penuh kesedaran. sirah nabi ibrahim dan nabi ismail kembali diimbas dengan penuh keinsafan dan ketakwaan. hal in tentu sekali meresap ke dalam jiwa seluruh umat islam khususnya mereka yang sedang melaksanakan ibadat haji sekarang ini. iktibar daripada ibadat ini seharusnya diaplikasikan dalam seluruh kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah. dalam kehidupan kita sehari-hari pengorbanan juga perlu dilakukan.
namun pengorbanan itu seharusnya mempunyai batas dan ruang yang tertentu.jika tidak, kita hanya menjadi mangsa pengorbanan yang melulu. misalnya sewaktu seorang pelakon video lucah umpamanya menghentam agama dan pegangan kita, apakah reaksi kita? apakah sikap menikuskan diri merupakan pilihan terbaik daripada begitu banyak pilihan yang ada. atau, sememangnya kita sudah lama memilih untuk menjadi bacul dan dayus selengkapnya. terserahlah.

Published on October 28, 2012 06:13
October 9, 2012
DUNIA YANG SUNYI
OKTOBER menuju pertengahan. Tren 2012 bakal meninggalkan stesen terakhir hanya beberapa puluh hari sahaja lagi. 2012 merupakan dunia yang sunyi bagi saya. Mujurlah ada sebutir bintang di langit kelam. Terima kasih ITBM yang menghadiahi saya dengan Membaca Dirimu. Jika tidak 2012 hanya tahun yang menyaksikan saya lebih banyak menjadi penatap di lembar berbanding mencoret di skrin komputer.
2012 betul-betul dunia yang tidak produktif. Mandul dan sugul. Setakat ini hanya sebuah coretan rasa di Mingguan Malaysia dan satu lagi di dalam Dewan Sastera. Entah kerana sihir apa, saya banyak terpukau dengan rasa terdera dan tercedera yang berombak dalam jiwa.
2) Menoleh ke dunia siasah, segalanya masih berputar-putar mencari titik perhentian. Tarikh yang ditunggu-tunggu belum lagi tersembul dari bibirnya. Di mana-mana ada duri. Nas yang kecewa semakin menonjolkan dirinya sebagai diri. Mencucuk di mana sahaja ada rostrum dan mikrofon. Rupanya orang yang punya ilmu juga boleh terheret ke lembah kecewa dengan lumpur di tubuh.
3) Masih asyik memborong buku-buku lama. Satu keasyikan yang lain berbanding memburu buku-buku baharu yang ranum lagi harum.
Sekian, wassalam.
10/10/12

Published on October 09, 2012 15:46
October 2, 2012
Jangan Ponteng Lagi YB
Ketika aku menulis entri ini, suara muazzin menyusup masuk ke kamar di celah-celah jeriji besi. Waktu terus menderu. Asar telah tiba, maghrib menyusul dan kemudian Isyak. Hidup semakin singkat dan kian mendekat.
Sedikit bicara tentang ponteng. Ponteng sinonim dengan salah laku pelajar sekolah. Ponteng sekolah. Ponteng kelas. Jika pelajar ponteng hukumannya mungkin dalam bentuk denda, rotan di punggung, gantung atau buans sekolah. Tetapi jika yang ponteng itu Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat, apakah pula hukuman yang sesuai? Bayangkan gaji dan elaun yang dibayar oleh digunakan oleh wakil rakyat untuk ponteng sidang. Belanjawan setiap tahun diperuntukkan untuk gaji setiap wakil rakyat. Namun demikian perlu diingat, tiada pula peruntukan untuk wakil rakyat ponteng.

Published on October 02, 2012 01:25
September 28, 2012
Berdosakah Mak Nik?
Perasaan saya bercampur baur sebaik sahaja mata meniti dari aksara ke aksara satu tajuk berita, "Syor tukar Pantai Teluk Mak Nik jadi Monica Bay". Mengapakah dungunya bangsaku. Getus spontan dan protes segera hati saya. Adakah tuan punya diri yang tergamak membuat cadangan yang tidak bijak ini, terkurang cerdik atau terlebih jahil? Apa yang lebih menakjubkan lagi cadangan yang sebodoh itu segera disambut oleh para pengampu dan pencacai yang meletakkan otaknya di kepala lutut.
Saya segera menghamparkan isu ini di ruang maya. Ramai yang memberikan maklum balas. Apakah tidak cukup dengan dosa sejarah menghadiahi bukit kepada Frazer, kepada Highlands, pelabuhan kepada Dickson dan pernah satu ketika teluk kepada Anson. Jika pada zaman sebelum negara bebas merdeka, hal ini mudah difahami. Inggeris tuan pada ketika itu. Mereka berkuasa dan ditambah pula dengan para pengampu Melayu khianat yang sentiasa berkeliaran mencari ruang dan ksempatan. Namun, jika dosa sejarah sebelum merdeka mahu diulangi oleh kita pada hari ini, maka hal ini amatlah dikesali.
Lebih-lebih lagi yang melontarkan idea seburuk itu bukan Pak Ngah Rashid nelayan tua di Kuala Kemaman atau Pak Da Mamat yang setiap petang bermain dam dua tiga papan di Seberang Takir. Cadangan gila ini malangnya datang daripada mulut seorang yang memiliki kuasa.
Persoalannya sampai bila agaknya bangsa yang satu ini mahu cerdik. Apakah dosa Mak Nik sehingga ada pihak yang terlalu benci dengan namanya? Apakah pula jasanya Monica sehingga namanya mahu diangkat dan dikenang oleh sejarah ini bangsa sehingga sedemikian rupa? Hodoh sangatkah Mak Nik dan jelita sangatkah Monica? Apakah lidah yang sentiasa mencicipi keropok lekor, sata, kuih akok, nasi dagang lebih mesra mencicipi nama Monica berbanding Mak Nik?
Sampai bila agaknya kita mahu terus mengulangi kebebalan yang serupa? Lihatlah satu demi satu nama Melayu mencium bumi. Puduraya, Bank Pertanian dan bermacam-macam lagi nama Melayu kolot dan bangsat telah lama bersemadi di alam Barzakh. Nama-nama dan gelar itu pula segera diubah menjadi nama-nama yang terlalu asing pada rongga dan lubang telinga kita.
Sekali lagi, berdosakah Mak Nik?

Published on September 28, 2012 07:59
September 26, 2012
Pagi Membuka Jendela
i) Pagi membuka jendelanya. Di sana-sini isyarat bergerak perlahan di tubuhku. Tugas dan tanggungjawab menganga dan mencabar kudrat dan minda yang bersisa.
ii) Malam semalam amukan kecil di ibu negeri .Meskipun kelebihan tipis di arena tetapi kepuasan tetap menebal di dada. Menonton dua orang pengulas yang mempersendakan barangan tempatan,jiwa segera menggelegak. Inilah wajah streotaip Malaysia hinggakan Puduraya telah pun bertukar nama ke Pudu Sentral dan kemudiannya dengan nafsu yang lebih gelojoh kepada UTC.
iii) Ya, nasi kerabu biru di hadapan mata. Ayam bakar madu segera mencairkan selera. Sekejap ya anak-anak, bapamu ingin beristirahat.
iv) Ada sejalur pelangi di langit senja. Khabar petang yang menguatkan semangat dan tekad. Terima kasih Dil.
v) Ya, hargamu kembali meyakinkan.

Published on September 26, 2012 03:26
September 25, 2012
catatan 25 september
i- Aku masih di sini. Terpenjara dalam dunia yang serba keliru. Di sini matahari dan bulan sudah lama enggan tersenyum.
ii- Walau apapun alasannya, pemimpin yang baik bukan sekadar perlu baik tetapi mesti juga kelihatan baik. Usah mudah berdalih dan memberi alasan. Belumpun di mercu kuasa, lagaknya bagai bintang Hollywood. Bersederhanalah dalam segenap perkara. Kami dari rumputan sentiasa meneropong aksi di langit.
iii- Masih berkunjung ke daerah itu. Beberapa pengarang bersama bukunya menggoda ghairahku. Azizi Abdullah dengan karya ringannya tetapi perlu untuk koleksi "Gadis Itu bernama Ina", "Tiba Masanya"-Ibrahim Omar dan "Rahsia Bulan"- Buku Indonesia.
iv- Masih menunggu beberapa deringan dan layangan pos. Segalanya belum berpihak pada diri ini.

Published on September 25, 2012 01:23
January 18, 2012
Terkial-kial Memburu Jawapan
SAYA sehingga kini masih terkial-kial memburu jawapan. Saya juga masih terpinga-pinga. Apakah dosa kita sehingga anak-anak yang baru berusia sekitar 13-17 tahun menjadi sebegini liar, biadap dan kurang ajar.
Tidak ada langsung rasa hormat terhadap orang yang lebih tua daripada mereka. Sedikit pun mereka tidak tinggalkan dalam jiwa mereka. Mereka bersikap seperti orang yang hidup pada zaman batu. Tanpa tamadun, tanpa adab dan tanpa susila yang selama ini dibangga-bangga oleh orang Timur.
Menjerit, melolong, keluar dan masuk bagai manusia yang dirasuk hantu. Mereka benar-benar keras hati, berkepala batu dan hati mereka telah hitam sehitamnya.Daerah yang mulia ini mereka jadikan tempat untuk melepaskan dendam dan amarah.
Tidak kira warna kulit atau asal keturunan, sikap mereka tidak jauh berbeza. Hati mereka semakin gelap. Gelap segelapnya. Saya sendiri masih bingung. Jawapannya, saya sendiri pun tidak pasti.

Published on January 18, 2012 03:56
January 15, 2012
Lemas Dalam Dongeng Matematik
15 Januari 2011(Ahad)
BUKAN semua manusia lahir ke dunia mudah mesra dengan angka. Manusia yang mudah memesrai angka biasanya kerap dikaitkan dengan otak sains dan matematik. Sementara manusia yang cepat jinak dengan huruf pula sering dikaitkan dengan otak bahasa, sastera dan seni. Itu pendapat saya yang tidak disokong oleh mana-mana hujah daripada mana-mana ahli falsafah sebagaimana yang kerap dikutip oleh teman sgenerasi dengan saya bagi menunjukkan kebijaksanaan mereka.
Semalam, saya bersama keluarga ke sebuah menara elit di tengah bandar Kuantan yang tersergam megah dengan dua pucuk yang kelihatan saling mendabik dada antara satu sama lain. Seperti biasa, bangsa kita akan kelihatan akan menjadi dan dilihat bodoh, dungu dan kekampungan jika menggunakan bahasa Melayu untuk nama menara-menara yang segah dan segagah itu. Maka untuk tujuan dilihat cerdik, maka nama yang mesti bernafaskan Inggeris akan digayut pada puncak menara tersebut. Selama mana kita akan terus dijajah oleh pemikiran yang senget itu tidak pula saya ketahui.
Berbalik kepada pokok cerita, saya ke sana bagi menemani anak saya yang sulung bagi meninjau-ninjau peluang untuk tujuan menyambung pelajaran selepas keputusan SPM keluar nanti. Seperti biasa, sebelum penerangan diberikan, petugas institusi yang terbabit akan bertanya anak saya bidang sastera atau sains? Selepas itu akan diterangkan peluang untuk kedua-dua bidang tersebut.
Sepanjang pengamatan saya, baik bidang sastera atau sains, syarat asasnya ialah mesti mendapat kepujian(kredit) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Matematik. Saya amat menghargai dan menjunjung syarat kepujian Bahasa Melayu. Saya juga akur dengan keperluan kepujian dalam Bahasa Inggeris dan berkongsi dalih klise; bahasa Inggeris penting untuk pembelajaran ketika di universiti. Namun bila tiba pada syarat Matematik hati kecil saya terus berontak dan menjerit. Kepujian Matematik jelas sesuai ditepekkan kepada pelajar aliran sains yang memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang sains. Tetapi apakah relevannya menepekkan syarat yang sama untuk bidang sastera bagi pelajar dari aliran sastera?
Menguasai asas matematik pada peringkat sekolah adalah lebih penting bagi seorang yang bakal bergelar peguam, ahli sosiologi, guru Bahasa Melayu, atau ahli politik daripada mengenakan syarat kepujian dalam mata pelajaran Matematik buat mereka.
Hal ini kelihatan remeh bagi sesetengah orang tetapi sangat pelik bagi saya. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan. Yang fasih berbahasa mungkin tidak cekap mengira. Yang pantas mengira mungkin tidak lancar berbahasa. Jika mereka memiliki kedua-dua kelebihan itu tentunya Allhamdulillah. Hal itu anugerah Tuhan. Namun pada masa yang sama keadilan juga perlu diberikan kepada mereka yang tidak memiliki kedua-duanya serentak.

Published on January 15, 2012 02:36
January 12, 2012
Bahasa SMS
Khamis- 12 Jan 2012
SEMALAM saya menerima SMS. Dalam bahasa Melayu nama penuhnya yang tercatat dalam Kad Pengenalan ialah Sistem Pesanan Ringkas (SPR). Wah, SPR macam nama sebuah badan yang kerap diperkatakan itu. Selain daripada mengelirukan jika digunakan nama SPR, maka SMS juga melambangkan darjah mentaliti orang Melayu yang memang ghairah mengambil apa sahaja nama yang berbau Inggeris.
Sebenarnya bukan semalam sahaja saya menerima SMS. Malahan hampir setiap hari mulut telefon saya akan menjerit, menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Begitu juga semalam. Semenjak SMS hidup dalam dunia komunikasi,manusia mulai mengurangkan corak berhubung dengan menggunakan suara. Selain daripada lebih menjimatkan, SMS juga mempunyai banyak kelebihan berbanding komunikasi dengan menggunakan suara.
Namun, bukan semua tempat sesuai menggunakan SMS. Adalah kurang manis pada ketika-ketika yang tertentu SMS digunakan. Misalnya untuk tujuan bertanya. Sudahlah kita menagih jawapan daripada penerima mesej, malahan pada masa yang sama kita juga memaksa orang yeng menerima mesej mengeluarkan kos untuk menjawab pertanyaan kita.
Begitu juga untuk tujuan undangan atau jemputan. SMS masih lagi dilihat kurang manis berbanding komunikasi dengan suara

Published on January 12, 2012 00:11
Sahrunizam Abdul Talib's Blog
- Sahrunizam Abdul Talib's profile
- 2 followers
Sahrunizam Abdul Talib isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.