M. Faiz Syahmi's Blog, page 4
March 14, 2012
[49] Bekas Pilu.
"Hati aku sangat pilu bila melihatkan pasangan-pasangan yang sudah lama berpasangan, melebihi setahun tempoh perkenalan, kemudian pecah-retak hubungan mereka. Aku..sedih. Mungkin kerana aku takdapat hubungan yang lama sebegitu (lagi) membuatkan aku sangat pilu. Akan tetapi, beginilah jadinya. Kadang-kadang, orang cakap jodoh yang tak ke mana. Lagipula, buat apa teruskan hubungan yang makin lama makin tidak dirasa? Sungguhpun begitu, cukup segala rasa-rasa. Aku tak boleh memikir begini. Aku takboleh rasa sendu. Kalaupun aku perlu rasa begitu, aku hanya patut merasakannya bilamana hubungan yang tidak menjadi, menjadi.
Aku tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Lelaki, ataupun perempuan - kedua-dua belah pihak sepatutnya perlu berusaha memeriahkan hubungan yang telah lama dibina. Kadang-kadang cinta memang mudah pergi. Kerana perasaan yang mudah pergi inilah, harus diadakan kembali dengan selingan-selingan usikmanja untuk menarik kembali hati yang telah terpudari. Tidak mungkin forelsket hanya boleh timbul sekali." Yvonne menutup diari yang ditulis. Dia pandang ke luar tingkap. Udara sejuk menghembus masuk melalui celah-celah liang pengudaraan tetingkapnya. Tingkap jenis Naco, dengan louvres melintang kadangkala mengundang insekta kecil penghisap darah. Tapi malam itu hanya bayu nyaman yang menyusup masuk. Telinganya langsung tidak menangkap bunyi kipasan sayap halus insekta itu. Kakinya juga tidak berasa gatal.
Yvonne senyum. Dia masih teringat ketikamana sahabat seperjuangan hidupnya - Elyinna menceritakan kisah-kisah lalu antara dia dengan bekas teman wanitanya. Kisah yang betul-betul membasahkan telaga matanya saat dilipur-larakan. Yvonne bangun dari meja bacaan, menutup lampu meja, dan berbaring di katil. Dengkuran halus Twynnie dari katil atas membuahkan senyuman. Dia bangun semula, memandang ke arah wajah mulus Twynnie. Sekali lagi air matanya tumpah.
"Maafkan aku kerana merampas cintamu, Elyinna."

Published on March 14, 2012 08:30
March 12, 2012
[48] Hujan Melankoli Jatuh.
Tiap kali mahu menulis, Azmir rasa sayu. Dia tahu dia mampu. Entah kenapa, dia cuba menaip satu patah satu patah mudah, ringkas tetapi tidak berjaya. Dia cuba pula meniru menyalin satu persatu ayat-ayat buku. Tidak berhasil. Hujan turun mencurah-curah. Dari dalam hati, dari luaran dunia. Dia cuba berpuisi meringkaskan cerita. Tidak berjaya. Dia lantas bangun dari meja tulis, masuk ke dalam katil dan berbaring memandang siling. Dia tidak tahu apa jadi pada dia. Apa yang dia rasa sekarang ini, berbaur penuh dengan pelbagai perasaan. Tidak tahu bagaimana mahu diungkapkan.
Published on March 12, 2012 00:43
March 9, 2012
[47] Homles. (Extended Version)
Homles sangat kasihan bukan? Hidup tiada rumah, berpeleseran entah ke mana-mana. Dengan mandi tak tentu waktu, makan pula jenis kais pagi makan pagi, kais petang makan waktu malam. Aku sebenarnya tak ada apa-apa dendam kesumat kesuma wati tahap petala langit ke-8 dengan manusia yang homles. Tak adalah benci mana pun walaupun bila lalu di hadapan homles yang tidak langsung beretika, aku tunjuk muka meluat dan bibir cebik.
Aku tahu aku orang celaka dengan bertindakbalas sedemikian rupa pada mereka yang tidak punya tempat tinggal.
Tidak. Aku tak ada benci dan aku tak ada dendam pada homles.
Yang aku ada, takut dengan bayangan susuk tubuh itu. Bayang-bayang homles yang aku nampak, semuanya seperti bayang-bayang aku. Kurus, keding, kecik, pendek, busuk, hitam, kotor, dan tak punya apa-apa perasaan ceria melainkan ceria apabila disedekah makanan oleh mereka yang sentiasa tak putus mengasihani golongan homles.
Aku pernah berbual dengan homles, dan menyelami perasaan mereka. Kalau diikutkan, mereka ni bukanlah mental. Mereka juga tak ada masalah kesihatan. Yang mereka ada, iaitu depresi yang melampau-lampau. Suatu masalah yang buat diri ni malas mahu hidup lagi. Hanya redha dengan ketentuan dan kadang-kadang marah yang di atas sana kenapa masih lagi tak menarik nyawa yang masih terlekat dalam jasad.
Aku pernah rasa semua itu. Aku masih lagi rasa semua itu. Sebab itu aku sangat fobia dengan homles. Aku seakan nampak masa depan aku di situ. Betapa aku cuba sehabis cuba untuk hidup sebaik-baik. Aku taktahu apa masalah yang bermain dalam fikiran aku, sampai kadangkala buat aku malu hendak tonjol walau sezarah pun muka aku. Orang kata aku terlampau mencuba, sebab tu kebanyakannya gagal. Sebab aku terlalu berharap segalanya seperti apa yang aku harapkan. Dan bila gagal, aku hampa. Hampa seperti tiada lagi wujudnya tangan-tangan yang boleh membantu.
Aku cuba pandang cahaya, tapi gelap yang aku sapa. Aku takut betul dengan homles kerana aku semacam dapat rasa yang aku akan jadi seperti begitu dengan apa yang aku ada sekarang ini. Baik dari segi ilmu, emosi, perasaan, dan kematangan fikiran. Untung aku sekarang ini masih tak punya tanggungjawab yang berat seperti menjaga anak dara orang kerana aku telah selamat bernikah dengannya. Untung aku sekarang ini masih tak diharap bertanggungjawab untuk menjaga famili terutama kedua mak ayah aku yang aku sentiasa susahkan mereka ketika aku dalam keadaan tidak punya satu sen pun untuk membeli makanan. Yang melayani aku saat aku rabak, jatuh, tersungkur bilamana aku betul-betul takutkan kehidupan yang raksasa.
Mungkin kerana itu aku masih lagi tak digelar homles. Kalaulah mereka sudah bosan dengan keadaan aku yang sentiasa memberikan masalah pada mereka, sudah tentu aku kini seperti budak lelaki utara yang menghuni jambatan sultan ismail, menghidu gam, melancap di tengah jalan, memandang bontot-bontot perempuan. Satu yang aku kagum dengan budak lelaki utara ni, masa nak makan, dia baca doa makan. Dan dia sangat respek orang tua. Masa ada satu makcik tu bagi nasi lemak dekat dia, dia berkali-kali tunduk, ucap terima kasih. Dan bila makcik tu tanya nak air apa, dia tak memilih. Dia mintak air kosong. Aku teringin nak duduk bersembang dengan dia dan dengar kisah-kisah dia. Mesti ada sebab kenapa dia terbuang begitu. Walaupun aku tahu, aku tak suka kebusukan dia yang aku gelar kebusukan 8m radius.
Kemonlah. Siapa yang suka orang busuk kan?
Itu antara satu contoh homles yang aku kenal. Kenal, bukan erti aku berkawan. Kenal dalam erti aku familiar dengan dia.
Dan aku masih lagi fobia dengan homles kerana bayang-bayang yang aku nampak di sebalik mereka. Bayang aku.

Published on March 09, 2012 09:10
March 8, 2012
[46] Ekspresidiri.
Aku memang jenis kalau mengekspresikan perasaan aku, aku ekspresikan semaksima mungkin. Dan iya, mood aku ni jenis pembolehubah bergerakbalas. Mood aku cepat berubah-ubah berdasarkan pembolehubah malar dan manipulasi yang berada di sekeliling hidup aku. Kalau aku menonton wayang dan ceritanya kelakar yang amat menggeli ketiak pankreas aku, aku akan ketawa terbahak-bahak. Dan kalau ceritanya itu sedihnya mencairkan hati dan perasaan aku, akan aku menangis kesedihan bagai tiada lagi kehidupan di keesokan. Kalau ini yang dikatakan sangat sensitif, aku berbangga punya emosi seperti ini. Ia buat aku hidup, ia buat aku manusia.
Published on March 08, 2012 08:06
March 7, 2012
[45] Brekfas.
Pagi-pagi selepas bangun dari tidur selalunya kepala akan set perut kosong, harus diisi. Dan signal itu dinamakan 'lapar' oleh para cendekiawan bahasa sejak dari zaman dahulu ketika bermulanya peradaban bahasa. Kalau mengikut teori darwin si atheis, manusia zaman batu tidak pandai berbahasa, dan bahasanya juga dimodenkan daripada bahasa beruk-beruk. "Uuu! Uu!" Sambil tunjuk di perut, sambil menggoncang tubuh ibu apabila perut kelaparan. Satu reaksi fizikal yang biasa seorang kanak-kanak apabila kelaparan, bukan? Akan tetapi, kita sebagai manusia dewasa yang sudah punya akal fikiran, tanggungjawab kepada diri, keluarga dan tanah air ini harus mencari sesuap nasi sendiri. Ke mana saja arah tuju, ke mana saja kaki berdiri, sudah tentu kepala tidak dapat konsentrasi penuh apabila perut kosong, kerana kepala lebih memfokuskan konsentrasi pada perut.
Lapar. Jadi solusinya adalah makan. Dan makanan yang boleh menghilangkan lapar itu sudah tentu lebih baik jikalau berada dalam kategori makanan yang halal lagi baik. Bagaimana rupa makanan yang halal lagi baik tu? Sudah tentu makanan yang sudah seratus peratus diyakini didapati melalui sumber yang halal, dimasak pula oleh dua tangan seorang mukallaf dan makanan itu pula lebih memberikan kesihatan daripada memberikan kemudaratan. Brekfas atau makan pagi pula sangat baik jika diamalkan. Tidaklah membuat terlalu kenyang, dan tidak pula membuat perut seperti tidak diisi. Semoleknya buah-buahan, dengan air susu. Sesuatu yang manis tetapi tidak terlampau meng-obes, seperti madu.
Aku teringat suatu masa lama dahulu di mana brekfas aku hanya sekeping roti dicalit sedikit madu, bersama dengan segelas susu segar yang dibeli terus dari seorang Benggali penjual susu menaiki motor meng-hon memberitahu dia menjual susu pada petang-petang hari. Susu yang dipanaskan dengan cara manual, sungguh sedap jika bila dipanaskan itu biar ia sampai ada kerak susu yang nipis tak nipis tebal tak tebal. Aromanya sungguh menawan hati, lebih menawan dari bau-bauan kopi. Itu adalah menu brekfas aku suatu masa tak lama dahulu. Meningkat dewasa ini, aku lebih kepada roti canai koyak banjir oleh kedai mamak sudut Nazha yang betul-betul bertempat di blok sebelah blok kolej aku.
Makanan roti canai koyak banjir, dengan minuman kopi o panas segelas.
Sedap. Nyaman. Tidak terlalu kenyang, tidak terlalu lapar. Walau punya minyak yang banyak, tetapi akan dineutralisasi oleh makanan-makanan pilihan seterusnya di makanan tengahari, dan di makanan malam, dan juga di makanan supper.

Published on March 07, 2012 18:36
February 27, 2012
[44] Lari. Penat. Rehat. Tidur.
Macam tak cukup tanah berlari. Kaki aku dah lenguh. Sialan! Harus ke mana lagikah aku berlari? Setiap penjuru yang aku pergi, segalanya seperti sengaja mahu aku ditangkap dibogel dan direjam dengan kejam! Brengsek! Aku tahulah mereka orang smart-smart, kacak-kacak semuanya. Pakai baju seluar kasut beg telefon semuanya barang branded dan mahal-mahal. Aku? Aku huduh. Aku cacat. Aku pakai baju murah-murah. Murah-murah itu satu hal, siap ini baju tinggalan abang-abang aku lagi. Telefon pun hasil tinggalan bapak aku. Mereka ada keluarga. Aku? Aku tidak ada. Seorang pun tidak ada. Jangan kata keluarga, pakcik-makcik, sepupu-sepapat pun tak ada. Kenapa aku berlari? Kenapa aku termengah-mengah dikejar sampai takcukup tanah? Ada ceritanya. Sekejap, tunggu dahulu. Biar aku tidur sebentar. Penat.
Published on February 27, 2012 11:45
February 25, 2012
[43] Seorang Faiz yang Tiada Kena-Mengena Dengan Aku Kecuali Namanya Sahaja yang Sama
Aku ada seorang kawan yang bernama Faiz. (*Kebetulan, kawan ini mempunyai sama nama dengan aku.) Tadi pagi dia menunggu bas, dan selepas sejam menunggu bas bernombor yang akan membawanya ke destinasi yang dia harapkan, dia baru tersedar yang dia salah tempat. Dia tunggu bas bernombor di tempat yang salah. Dengan kemengantukan, Faiz berjalan ke arah hentian bas yang sepatutnya dia berhenti.
Faiz ingin lintas jalan dan ketika dia berniat untuk melintas, lampu trafik bertukar daripada hijau ke merah. Dia terpaksa tunggu sebentar. Pada ketika inilah dia ternampak bas bernombor yang dia pasti akan dapat membawanya ke destinasinya yang diharapkan. Faiz hampa. Dia terpaksa tunggu lebih setengah jam lagi untuk bas bernombor sama yang seterusnya lalu di jalan itu lagi.
Dalam setengah jam penantian itu, pelbagai perkara bermain-main dalam fikirannya. Antaranya adalah perkara yang dia bincangkan dengan aku, iaitu perkara yang sering dirisau-risaukannya. Dia rasa dia tidak kuat. Dia rasa dia penakut. Dia mengaku dia selalu depresi. Dia mengaku dia selalu bersedih hati. Bukan kerana dia tidak pernah baca buku La Tahzan. Tidak. Dia selalu bersedih hati kerana dia langsung tidak kuat menghadapi segala kesusahan dunia. Dia seorang pemberhenti. Dia buat sesuatu perkara yang dia rasa dia boleh buat, kemudian dia berhenti apabila dia rasa dia tidak dapat lakukan perkara itu.
Dalam masa yang sama, matanya basah. Air kesedihan berkumpul dalam kolam mata. Hampir tumpah, tetapi ditahannya, dan adakala disekanya dengan jari. Fikirnya, malu kalau-kalau orang yang dikenali nampak. Dalam lamunannya, dia tersentak apabila bas bernombor yang dapat membawanya ke destinasi yang diharapkan kelihatan begitu hampir dengannya. Dia lantas bangun secara mengejut dan melambai tangan untuk memberi isyarat komunikasi tanpa suara mengatakan dia mahu menumpang bas itu untuk sampai ke destinasi yang diharapkannya.
Dia seluk kocek beg jeans lusuhnya dan terjumpa syiling lima puluh sen lima puluh sen lima puluh sen dan lima puluh sen. Ditunjuk pada pemandu bas itu, dan dimasukkan ke dalam slot mesin wang. Selepas tiket bertukar tangan, Faiz bergerak ke sudut paling belakang bas itu kerana dia sudah tidak tahan. Matanya sudah tidak tahan. Dia hampir terjatuh di lantai bas itu dalam perjalanan ke sudut belakang. Dia sebenarnya sudah tidak dapat mengekang kesedihannya. Di sudut belakang bas itu, badannya terhenjut-henjut menangis tanpa mempedulikan penumbang bas lain yang memandangnya. Dia rasa dia paling lemah di dunia. Dia tidak sepatutnya hidup di dunia. Dia buka telefon tangannya dan menghantar satu pesanan mesej yang berbaur kecewa. Dia rasa dia tidak patut memberi harapan sedang dia langsung tidak berharapan hendak menyambung kehidupan. Selepas mesej itu dihantar beberapa ketika, entah kenapa, tiada balasan dari penerima. Mungkin tiada kredit, fikirnya juga.
Faiz menangis. Tangisan yang tidak mampu lagi ditahannya. Sambil memerhati ke luar tingkap, sambil mengenangkan hidupnya yang langsung sunyi tanpa seorang rakan yang ikhlas menepuk bahunya sambil tidak jemu berkata dia kuat, walau seberapa banyak sekalipun peristiwa yang sama berulang-ulang, walau sehingga ulangan yang ke-tiga ratus enam puluh sekalipun. Iya, peristiwa yang sama akan berulang lagi. Cumanya, aku tidak tahu bila dan di mana lagi, Faiz akan berkelakuan selemah begini sekali lagi. Dia kemudiannya berulangkali ingin mendail nombor seorang dua yang dia ingin luahkan segalanya. Akan tetapi, setiap kali ingin dia menekan butang panggil ke nombor-nombor itu, dia semakin sebak. Entah kenapa, dia tidak tahu bagaimana hendak diluahkan segalanya.
Penat menangis, dia sampai ke destinasinya. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mencebik bibir membenci diri sendiri. Sama, sama. Masuk ke biliknya, Faiz terus kunci pintu bilik. Dia ingin menyendiri. Usai mandi, dia terus tidur sehingga petang hari. Dalam masa yang sama, dia masih lagi rasa sunyi. Dia tidak tahu bagaimana hendak ceritakan apa-apa pada siapa apa sahaja yang dirasakannya.
Faiz sudah hilang arah. Dia tidak tahu arah tujuannya. Ke mana untuk apa demi apa, dia sudah tidak tahu. Sekarang, dia hanya ingin diam sediamnya. Meneruskan kehidupan realiti sehingga ada yang sudi menghulur tangan di hadapannya dan bawanya keluar dari kesedihan yang tiada penghujungnya, yang kerapkali akan berulang-ulang lagi. Dan tangan itu tidak akan jemu, walau selemah mana pun Faiz jadi, walau sedalam mana pun Faiz jatuh. Tangan itu tidak akan jemu. Tangan itu tidak akan jemu.
Masih adakah tangan yang sudi menghulurkan bantuan padanya tanpa jemu?

Published on February 25, 2012 01:14
February 21, 2012
[42] Gabrielle dan Theodore.
"Bergembira sahajalah nampaknya aku ini. Daripada terus-menerus berharap dan jatuh kecewa dalam pengharapan penantian aku." Gabrielle menongkat dagu sambil duduk mencangkung di hadapan cermin tinggi. Mukanya ceria. "Iya, aku rasa aku patut. Dengan cara itu, hidup aku akan lebih berwarna-warni dengan keceriaan!" Dia menggoyang-goyangkan jari telunjuknya. Seakan-akan budak yang baru belajar bagaimana mahu menunjuk guna telunjuk.
"Gab, kamu cakap dengan siapa tu?" Seorang lelaki masuk ke dalam bilik itu.
"Ah, bapak rupanya. Tak ada apalah. Gab saja cuba-cuba guna cermin ni. Bagus jugak ada cermin setinggi ni dalam bilik. Atas sampai bawah nampak jelas refleksinya." Gabrielle lantas bangun. Dia duduk di birai katil.
"Kenapa kamu ni? Nampak macam ada masalah saja?" Theodore duduk di kerusi meja bacaan Gabrielle.
"Hmm. Nampak jelas sangatkah saya ni bermasalah? Heheh." Gabrielle garu kepala. Dia tersipu-sipu. Bukan malu kerana punyai masalah, tetapi malu kerana masalahnya perlu dibincangkan dengan bapaknya.
"Tak adalah sangat. Tapi kalau dah makan pun tak habis macam selalu, tengok televisyen pun macam ziarah kematian, takkanlah tak ada sesuatu yang tak kena dengan kamu ni. Lagipun, kamu tu dah hidup 18 tahun dengan bapak. Setiap perubahan kamu tu bapak nampak, Gab." Theodore menjawab sambil mengusik-usik pen, kertas, buku, apasaja di meja belajar itu. "Kamu.. sudah jatuh cintakah?" Terus tepat memandang mata Gabrielle.
"Erk? Sampai begitu sekali konklusi bapak? Kenapa tak cakap saya ada masalah dalam pelajaran ke, masalah memandu ke.. masalah penglihatan ke..? Masalah cinta pulak yang bapak konklusikan?" Gabrielle tersengih-sengih.
"Tengok ni." Theodore lempar bukulakaran pada Gabrielle. Gabrielle terus sambut. "Siapa tu gadis tu? Bolehtahan lawa dia tu. Bapak nak kenal boleh tak? Kurang, kurang, bapak boleh pasang lagi satu. Heheh." Theodore sengih kambing.
Gabrielle omel perlahan-lahan tanpa bunyi yang jelas kedengaran. Dia buka satu-satu mukasurat bukulakarannya sambil tersenyum-senyum. "Iya, dia gadis idaman saya."
"Idaman sahajakah? Bila nak gerakkan tulang empat kerat tu, romeo?" Theodore bangun. Dia mahu pulang ke biliknya. Tiba-tiba sahaja rindu nak melihat wajah isteri tercinta. Tiba-tiba sahaja rindu nak membelai setiap inci tubuh isterinya.
"Hm. Sudah, bapak. Kata gadis ni, dia belum bersedia. Ada pelbagai lagi perkara yang dia perlu selesaikan sebelum mula bercinta." Gabrielle tutup bukulakaran. Dia juga bangun, lantas letakkan kembali buku itu di atas meja.
"Siapa namanya?"
"Natalie."
"Cantik nama tu. Tak apa, walaupun dia kata begitu, kamu janganlah berhenti memikat hatinya. Mungkin suatu hari nanti dia akan jatuh hati pada kamu seperti kamu jatuh hati padanya? Siapa tahu bukan? Yang penting, jangan putus asa. Kalau kamu penat, rehat sebentar. Duduk dahulu, uruskan kehidupan kamu yang lain. Akan tetapi, jangan pula kamu putus hubungan dengannya. Nanti melepas pula. Jangan sampai dia sangka kamu tidak serius dalam mengejarnya. Parah kamu nanti. Faham tak, Gab?" Sambil berbicara, sambil Theodore berjalan perlahan ke arah pintu. Matanya juga melilau-lilau ke seluruh inci bilik anak lelakinya itu. "Bilik kamu ni.. bagai ada mistletoe. Heheh." Sambung Theodore lagi.
"Mistletoe? Apa tu?" Gabrielle garu kepalanya lagi.
"Google-lah. Baiklah Gab. Bapak nak kembali ke bilik. Rindu pula pada mama kamu tu. Selamat malam. Tahniah kerana telah jatuh cinta. Semoga bertuah juga beroleh hati Natapadia tatau tu." Theodore senyum mesra.
"Natalie-lah bapak." Gabrielle juga balas senyum dengan senyum.
"Haa, ya. Apa-apalah. Malam." Theodore tutup pintu bilik.
"Malam.. Nate." Bisik Gabrielle perlahan sambil tersenyum memandang lakaran wajah gadis yang dicintainya.

Published on February 21, 2012 17:39
February 20, 2012
[41] Penipuan.
Tadi aku kena tipu. Aku pesan Beefsteak hanya apabila budak ambil pesanan tu cakap ada brokoli di dalamnya. Bila sampai pinggannya di hadapan aku, tiada langsung sayur hijau. Yang ada hanya kentang goreng dan jagung, dan semestinya stik daging. Tapi...
Jagung?
Jagung bukan brokoli.
Aku dah kena tipu!
Jagung?
Jagung bukan brokoli.
Aku dah kena tipu!
Published on February 20, 2012 09:05
M. Faiz Syahmi's Blog
- M. Faiz Syahmi's profile
- 20 followers
M. Faiz Syahmi isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.