M. Faiz Syahmi's Blog, page 3

September 20, 2012

[58] Penaik LRT

Pintu LRT menutup rapat. Si lelaki yang berpeluh selepas hampir berlari bersandar di pintu, lega kerana tidak terlepas trem itu. Memang jarak masa antara trem dan trem lain hanya selama lapan minit, tetapi, dia bukanlah antara manusia yang selesa menunggu. Walaupun filosofinya adalah biar orang lain jangan menunggunya. Walaupun selalunya dia akan tiba di tempat yang dijanjikan setengah jam lebih awal, dia adalah seorang manusia yang paling benci menunggu di dunia; menyebabkan dia yang masih hidup ini bosan menunggu hari kiamat - terlalu lambat baginya menunggu hari yang dinanti semua umat.
Lelaki itu mengelap peluh yang merecik di dahi, hampir kering. Dia memerhati tempat duduk yang mungkin ditinggal kosong untuk dirinya, tanpa sengaja. mujur, ada. Lututnya hampir tercabut kerana lama berdiri menunggu trem tadi. Kelihatan seperti ramai di dalam LRT tadi sewaktu dia berkejaran laju langkah masuk, tetapi ada beberapa lagi kerusi yang terbiar kosong. Lelaki itu mampir ke tempat duduk di tepi pintu seberang dua tiang struktur yang menyokong bumbung trem.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2012 07:45

[57] Pembakar Burger

Jadi kenapa kalau aku terus bekerja sebagai seorang pembakar burger? Adakah dengan menjadi seorang  pembakar burger tak boleh bahagia? Adakah dengan hanya menjadi seorang pembakar burger tidak mampu membahagia? Aku juga manusia biasa. Aku inginkan berjaya. Aku inginkan keluarga. Mungkin matlamat hidup aku tidak sejauh dan tidak segah si budak yang sedang mengambil diploma akitektur di sebuah institusi pengajian tinggi swasta, tetapi aku juga punya matlamat. Mungkin, gadis yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak aku juga tidak sehebat gadis-gadis bertudung hebat dengan fashionista pelbagai warna. Hidup aku juga biasa-biasa dengan kereta atau motor yang biasa-biasa. Ataupun, dengan rumah yang biasa-biasa lalu hanya bergerak dengan menggunakan transportasi awam sebagai medium ke sana ke sini.
Apa yang kau peduli jika aku punya hidup yang biasa-biasa? Dan jika abang kakak aku semua berjaya menjadi peguamcara peguambela ataupun memiliki ijazah doktorat, apa aku semestinya mengikut jejak langkah mereka? Itulah kau. Terlalu pandang rendah pada mereka yang menjadikan membakar burger sebagai pekerjaan sehingga kau malu mengakui aku juga seorang yang pernah dikenali kau, sebagai seorang pembakar burger di tepi jalan.
Iya, mungkin itu sebabnya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2012 07:40

September 10, 2012

[56] Sebab Kenapa Aku Masih Belum Mati Selain Permintaan Pada Tuhan

Pernah aku terdengar lejen urban yang menceritakan 'Jika seseorang itu menginginkan sesuatu, maka susah Tuhan hendak mengkabulkan permintaannya namun jika dia tidak meminta apa-apa, ada sahaja rahmat yang turun padanya'. Masuk hari ini, entah sudah berapa ratus kali aku menginginkan mati. 
Setiap kali peristiwa yang klise meragut nyawa datang padaku, dadaku seringkali berdegup lantang seperti jantung ingin keluar dari soketnya berada. Akan tetapi, setiap kali itulah malaikat maut seakan hanya senyum padaku, sambil berkata, "Belum sampai waktunya lagi, bro." Hmm, ya. Mungkin belum sampai lagi waktunya aku menghilang di dunia. Kerana masih banyak yang perlu aku benci di dunia.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2012 15:42

September 3, 2012

[55] [Ke]pala_cai


Ketika kau menyedari yang kau tidak sepatutnya berdiri di atas sebuah tangki air, apatah lagi menaikinya, kau telah pun jatuh dari ketinggian mencecah dua ratus meter dari aras laut. Ketika kau menyedari kau sedang menjunam jatuh, baru kau sedar segalanya sudah terlambat.
Hinggalah kepala kau berkecai, terhempas ke atas lantai batu.
Kasihan?
Tidak perlu lagi. 
Kau sudah pun menjadi sebuah mayat daripada seorang manusia yang kau sangka mampu memberi kebahagiaan pada dunia.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 03, 2012 08:07

July 23, 2012

[54] Kata Satu di Terfaktab.



Laman taman pagi itu terisi dengan ramai umat melakukan aktiviti bercucuk tanam. Dengarnya seperti ramai, tetapi yang hadir pada pagi itu hanya lima orang. Yang lain-lain, entah ke mana-mana. Masih membuta, melakukan aktiviti lain seperti membaca, beribadah dan memasak sarapan. Di laman taman itu, seorang gadis awal dewasa mengesat air matanya yang mengalir deras tidak berhenti. Aktiviti menggembur tanah dan mencarik-keluar rumput di sebuah pasu bunga tertanamnya pohon Cili terbantut. Kura tangannya lebih sibuk mengesat air mata berjatuhan di pipi dari menggembur tanah. Seorang wanita empat puluhan umurnya datang mendekati gadis yang menangis tadi. Wanita itu menepuk-nepuk bahu gadis yang lebih muda darinya sebaik meletakkan serampang tangan di dalam pasu bunga pohon Cili.       “Yang sudah tu sudahlah, jangan dibawa kenangan yang lama,” tegur Cik Da. Nama mesra, nama panggilan wanita itu di situ. Nama asalnya Hasmidar, tetapi lebih selesa dipanggil Cik Da. Langsung seperti usianya belasan tahun, seperti dipanggil rakan-rakannya dahulu.       Gadis itu mengangguk-angguk. Dalam cangkung duduknya berubah menjadi bersila, sama seperti Cik Da, mengikut duduk bersama gadis itu. Umat lain yang bercucuk tanam hanya memasang telinga. Mereka sudah mangli dengan peristiwa ‘seorang gadis menangis ketika melakukan aktiviti bercucuk tanam kemudian Cik Da merapati gadis itu dan memberi sebutir dua nasihat untuk dituruti lalu gadis itu semakin lama hidupnya semakin baik dan semangatnya pula semakin pulih.’       Panas terik mentari menyilaukan dan menghabakan. Peluh bercucuran di leher gadis itu di samping tangisnya yang kering di pipi dan dagu dibiarkan. “Cik Da..saya.. tak boleh lupa,” ujar pendek gadis itu. Selepas beberapa ketika Cik Da masih tidak berkata apa, dia menyambung lagi, “Saya bukan taknak lupa, tapi saya tak boleh lupa. Cik Da pun tahu kisah saya. Kan?”       “Tak, Cik Da tak ingat. Cuba awak cerita balik satu per satu,” Cik Da bangun, menyuakan tangan pada gadis itu, lalu dibawa gadis itu ke sebuah gazebo kecil di laman. “Haa, kat sini selesa sikit. Cuba awak cerita,” sambung Cik Da lagi.       Gadis itu melihat awan di balik pohonan yang merimbun. Nafas ditarik dalam, dihembus hempas. “Pada suatu masa tak lama dulu, orang mula berhijrah ke hutan batu, ada lelaki, ada wanita, ada yang cari nama dan cari harta. Saya tak terkecuali dari mereka.”
***
“B**i si*l anak ha**mlah siapa yang main minum tapi tak reti simpan ni! P****ak! Ni jenis mak bapak tak reti ajar masa kecik ke apa ni hidup kurang ajar macam ni? Menumpang rumah orang, tapi sampah tak reti buang! Bodoh punya hamjad!” leter Qaliph di pagi hening. Memang rumahnya seperti sarang tikus. Tin kosong, daun pakau, semua berpeleseran seperti manusia-manusia yang berketiduran di sana-sini ruang tamu rumahnya. “Oi b**i-b**i, bangun! Selagi korang tak kemas, jangan mimpi nak tidur sini! Kemas, kemas!” Qaliph mengejutkan seorang demi seorang dengan kakinya. Dia hanya berbokser belang kelabu pagi itu. Ringkas dan padat.Kejutannya tak berjaya. Masing-masing masih mengular. Yang seorang berlingkar memeluk diri, yang seorang mengalih ke dinding memeluk pasangan, yang seorang lagi, tidak diketahui apa lakunya. Qaliph geleng kepala melihat laku yang seorang lagi. “Oi keling! Bangun la sial! Dah serupa Hindu Yoga Murtad aku tengok!” Qaliph tampar-tampar pipi seorang yang tidak diketahui lakunya selepas dikejutkannya tadi.“Huh..nate gapo mu ni.. Woi beghok! Jange kaco kawe nok tidolah!” dia menepis-tepis tangan yang menampar pipinya. “Ni sejak bila kau ‘panda’ cakap Kelantang ni? Beghok, beghok. Dahlah hitam macam keling, lepas tu panggil orang beruk. Aku sepak jap lagi baru kenal mana satu Syurga Neraka. Mau? Woi bangun la, tolong aku kemas ni. Semak nak mampuslah kot? Amendelah korang buat semalam? Tau la dapat cikaro, tapi tak payahlah buat parti kat rumah aku ni sampai dah jadi macam rumah kongsi eventhough memang rumah ni pun kongsi-kongsi,” Qaliph tarik tangan seorang itu. Yang ini saja yang boleh diharapkan membantunya. Yang lain-lain, haram.“Yelah, yelah. Aku bangunlah ni. Siallah kau ni. Tak boleh tengok orang tidur aman sikit. Aku baru nak merendek dengan anak Pak Mali kau tau? Baru nak kasi bunga raya yang entah kenapa tetiba muncul kat tangan aku, tetiba muka anak Pak Mali jadi muka kau. Mau terkejut beghok aku! Puiii! Taknaklah aku kapel dengan kau! Tak hengeeeeennnn!!!” laju Amin bercerita. Penuh semangat. Siap menolak bahu Qaliph kasar di bahu lelaki yang mencangkung di depannya ketika mengucapkata ‘tak ingin’.“Peh, keling memang bangun pagi cargas macam ni ke? Nah, kau pungut semua sampah-sarap masuk dalam ni. Aku nak ambik penyapu jap. Mangkuk-mangkuk ayun semua ni kalau kau boleh muatmasuk diorang dalam plastik hitam ni, lagi bagus. Hidup menyusahkan orang!” Qaliph menyerahkan kepingan-kepingan plastik hitam kepada Amin. Qaliph ke dapur.“Keling, keling. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak memang dah lama aku siat lapan belas macam dalam Kontrol Histeria tu. P****ak punya kawan. Aku sikit punya hensem macam Rajni Khan boleh kata aku keling?” geleng kepala Amin sambil mengutip tin Tiger dan Carlsberg dan Stout dan Budweiser dan Kickapoo masuk ke dalam plastik hitam di tangannya.“Rajni Khan putih, kau hitam, macam arang. Lain weh,” kedengaran suara seorang gadis menyampuk dibelakang. Suara yang bergumpal dengan kantuk dan mamai.“B**i,” carut Amin sambil menoleh. “Ah, kau diam, kau diam. Yang kau pakat dengan Qaliph kenakan aku ni apahal? Eiii aku geram betullah betina ni. Aku rogol gak kang!” daun tembakau digumpal dan dilempar ke arah gadis yang terkekeh-kekeh ketawa.“Ah, kau ni keling. Penis pun tak ada, ada hati nak rogol aku? Kau nak rogol pakai apa? Dildo? Batang carrot? Terung? Timun? Kahkahkah!” terguling-guling gadis itu ketawa di dalam pelukan lelaki kesayangannya.“Ini baruah! Ini kurang ajar! Qaliph! Kau kemaslah sensorang! Ajak si budak kurang ajar ni sekali! Mulut macam sampah, eloklah tu tolong kau kutip sampah! Baru adik-beradik, ye dak la**au?” Amin hempas bungkusan plastik hitam ke lantai. Dia lantas bangun selepas mengambil kotak rokok Nusantara dan pemetik api di meja. Terus dia masuk ke bilik Qaliph dan hempas pintu kuat-kuat.“Apa daa kau ni Anisah! Mulut tu jangan c**ai sangat boleh tak? Kawan tu dahlah sensitif, baru break-up dengan anak haram tu. Kau cakap macam tu, lagi sakit hatilah dia. Heishhhhh!” Qaliph tegur Anisah. Anisah tersenyum sambil terjelir sedikit lidah. “Oi Amin! Awek aku tengah tidur tu kau jangan kacau pulak!” laung Qaliph ke arah pintu biliknya. “Yang budak-budak ni apahal tidur macam Cina mampus ni? Hidup lagi ke tak diorang ni, Anisah? Stone berapa banyak semalam?” sambung Qaliph lagi.“Adalah dua tiga butir. Heheheheh,” Anisah garu kepala tersengih sambil mengutip gumpalan daun tembakau dimasukkan ke dalam plastik hitam. “Eh, bukan dua tiga butir. Dua tiga.. dua tiga..” Anisah cuba mengingat kembali berapa jumlah sebenar Marijuana dan ais yang diguna mereka semalam.“Tak kisahlah berapa pun, tapi dah pagi ni bangunlah kemas. Ataupun terus jangan sepah-sepahkan. Walaupun memang mustahillah kan korang tak sepah-sepah? Hish, menyusahkan aku betul,” leter Qaliph dalam menyapu ruang tamu rumahnya. “Hahaha. Aku pelik betul dengan orang tak stone ni. Memahami sungguh. Macam selalu je stone,” Anisah mengomel sendirian. Gadis itu kini sama berdiri seperti Qaliph, cuma kadang membongkok kerana mengutip tin kosong. Selepas dikira-kira, termasuk yang dikutipmasuk Amin, semuanya berjumlah dua puluh lima tin. Hairan, bagaimana sikspek boleh terlebih satu. Rasa-rasanya mereka membeli empat sikspek saja. Anisah garu kepala lagi. Lagi menggaru apabila turut sama seperti Qaliph, hairan dengan boyfriend dan rakan-rakannya yang masih ketiduran ketika ini. Bukan tadi bising nak mampus ke? Kenapa boleh tidur aman lagi? Takkan masing-masing tengah mimpi anak Pak Mali? Eh, boyfriend aku ni kalau mimpi anak Pak Mali jugak memang siaplah malam ni! Memang tak dapat akulah jawabnya! Monolog Anisah sendirian.Di dalam bilik Qaliph, Amin sedang menghisap rokok di birai tingkap. Dalam hembusan asap nikotina, dia terkenang kisah-kisah lalunya. Kisah yang menghampiri ke arah bahagia. Kisah yang menghampiri ke arah Syurga. Kisah yang menghampiri ke arah sempurna. “Bee?” tegur satu suara kecil di belakangnya. “Bee hisap rokok tak ajak Honey ek.. Sampai hati Bee,” rajuk kata gadis itu yang masih terbaring dalam manjanya. Mata dikesat-kesat walaupun selimut masih membaluti tubuhnya. Gadis itu bangun, menyandar tubuhnya di dinding. Selimut menuruni dadanya. Mata dikesat-kesat lagi sambil tangan kiri menggagau mengambil cermin mata di atas meja. Sebaik matanya jelas melihat yang berdiri di tingkap bukanlah siluet Bee atau kesayangannya, matanya sedikit terbuntang. Dadanya! Laju dia menarik selimut menutupi dadanya.“Rileks Iffah, aku Amin,” Amin mengenalkan diri dahulu sebelum jeritan membingit telinga. “Fuh, Amin rupanya. Mujur. Aku ingat Latip tadi,” Iffah memeluk tubuhnya. “Kok tang,” sambungnya lagi sambil menghulur tangan.Kotak Nusantara hijau dan pemetik api purpel bertukar tangan. “Berani ke Latip masuk bilik ni dengan kau ada dalam ni? Tak kena kerat lapan belas dia nanti? Kahkahkah,” kata Amin sambil menghela nafas berbaur asap nikotina.“Tu lah. Kalau tak aku yang kerat lapan belas, memang confirm Bee yang potong lapan belas,” Iffah ketawa selepas mencucuh menghisap dan menghembus batang Nusantara. Dalam dihisapnya. “Yang kau, aku tengok macam orang mati bini tadi kenapa? Semalam kalah judi ke?” tona suara Iffah bertukar serius.“Tak ada apalah,” jawab ringkas Amin sambil melihat ke luar tingkap. Merenung awan yang berarak bergaul dengan langit.“Ah, kau tak payah nak berahsia-rahsia dengan aku. Aku cucuk mata kau dengan batang ni mau?” tunjuk Iffah tepat ke mata Amin.Amin ketawa tidak lama, lalu wajahnya kembali bertukar serius. “Aku teringat anak haram tu je,” jawabnya.“Ish. Apahal kau ingat anak haram tu lagi? P****ak tu takpayah ingatlah. Menyusahkan hidup mak bapak betul lahirkan dia ke dunia ni. Berpeluh kot mak bapak dia nak bikin dia tu,” hela nafas Iffah bercampur dengan asap nikotina.“Siapa boleh lupa cinta pertama? Dia yang ubah hidup aku. Dari kosong, ke penuh, dari tak ada siapa kepada ada korang semua. Dari aku hidup biasa-biasa, ke hidup luar biasa. Cuba kau beritahu aku, macam mana aku nak lupa benda-benda macam tu? It gives me a big impact to my life. More like a bigbang to my galaxy. I hate to admit it, but I do still care what he did to me,” kata Amin dengan nada kecewa.“What he did to you, are lots. One of them, he fucked you all up exterior and interior. Inside and outside. Physical and mental. Tak ingat ke?” Iffah bangun, mengetik batang rokok ke ashtray dan menyarung bokser brief dan baju Qaliph. “Tak ingat?”“Siapa yang boleh lupa, dia memang genius,” jawab Amin. “Aku suka dengar kau cerita. Ceritalah,” Iffah duduk di katil sambil memegang ashtray. Amin turut mengambil tempat di sebelah Iffah. Amin menarik nafas dalam. Dihembus hempas.“Lima tahun lepas, masa tu aku baru lepas grad highschool. Peh, memang rasa merdeka tak ingat. Kau bayangkan, lima tahun tungkus-lumus jadi robot. Studi dua puluh empat jam, latih-tubi dua puluh empat jam, makan minum tidur tak sampai sejam. Biasalah, budak sekolah. Lepas grad je, terus pergi mall sana-sini. Merendek dengan memember kan? Aku pun tak terkecuali. Masa tu, aku ingat lagi. Dekat MidV, tengah line-up nak tengok movie. Tetiba ada seorang mamat kacak entah turun dari langit ketujuh mana, tegur aku. Rileks je dia cakap, ‘Nak tengok movie apa? Abang belanja,’ depan muka aku dengan kawan aku. Ingat aku apa? Cikaro rempit? Ups, sorry. Aku tak kata dekat kau. Kau jangan offended pulak,” Amin letakkan tangan di paha Iffah, meminta maaf. Iffah geleng kepala. Amin sambung lagi, “Tapi kawan aku tergedik-gedik macam beruk kena belacan. Apa, dia ingat orang macam aku tak ada orang nak ke? Ingat kulit dia putih, gigi tersusun elok, dia tu lawa? Kiut tu adalah sikit. Tapi kalau nak kata lawa, huh. Simpang malekat empat puluh empat. Beria-ia dia pujuk aku setuju dengan ajakan mamat tu. Aku tenung atas bawah atas bawah je mamat tu. Nampak macam baik, tapi lelaki zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat, kan? Luar nampak baik, pakai kopiah semua. Siap jadi imam masjid. Tapi liwat anak sendiri jugak. But then kitorang setuju jugak. Sampai je kat kaunter tiket, mamat tu bayarkan tiket kitorang. Padahal seat langsung tak dekat dengan dia. Aku macam dah pelik dah. Apahal tetiba mamat ni belanja kitorang, tapi tak tengok movie sekali kan? Aku pun tanyalah mamat tu, ‘Tak tengok movie sekali ke bang?’. Kau tahu dia boleh jawab apa? Peh, sampai sekarang kalau aku dengar mamat tak kenal mana lagi jawab macam tu, memang kaki aku naik ke muka dialah! Rileks je dia jawab, ‘Movie ni abang download je kat rumah, dik. Tak mainlah tengok movie kat panggung. Tak feel. Takboleh la**ap sensorang sampai part best.’ Pehhh! Mulut dia tu kalau aku taruk Cili pun tak boleh hilang dia punya kurang ajar! Lepas tu, aku apa lagi. Terus pijak je kaki dia kuat-kuat. Tiket aku terus kasi kat member aku, aku terus blah dari situ.Tapi mamat tu tak bagi aku blah. Dia pegang tangan aku. Dia tarik aku. Tiket movie tu, dia kasi kat kawan aku, lepas tu mamat tu minta maaf dekat aku. Mujur, dia minta maaf. Sejuk sikitlah hati aku. Dia kenalkan nama dia. Ahmad. Orang panggil Emmett. Kemain nama nak omputih kan? Teringat pulak aku dekat Emmett Butterfingers. Muka mamat tu pun dah lebih kurang dengan Emmett Butterfingers. Gigi jela, tak teratur sikit. Tapi, apadahal kan? Once dia minta maaf, dia cakap dia nak belanja makan pulak. Aku lagi tambah hairan. Hari ni hari belanja sedunia ke mamat ni belanja aku? Dia cakap, dia akan explain once dah set-up makanan nanti. Beria member aku tanya nak belanja makan apa. Dah lupa niat sebenar datang MidV-lah tu. Padahal tadi tak sabar nak tengok movie. Mamat tu tanya aku nak makan mana. Aku cakap aku tak kisah. Member aku cakap nak makan Tepanyaki. Aku on je. So kitorang pun ikutlah entah stranger mana entah pergi kedai Tepanyaki tu. Peh, ni kalau jadi kes culik ni memang aku blame kawan akulah kan?Dah sampai kat kedai makan, dah set-up semua makanan, perut pun dah berbunyi, kawan aku pun dah suap makanan, mamat tu dengan serius dia cakap dekat telinga aku, berbisik, ‘I dah lama suka dekat you. Dari dulu lagi I perhati, dan MidV ni memang you datang tiap weekend kan? Hah, see? Sampaikan MidValley pun I tau you sebut MidV. Nampak tak betapa I sangat sukakan you?’Fuck-ing. Mujur dia bisik kat telinga aku. Kalau member aku dengar tu mau tersembur air liur dia ke belanga mamat Tepanyaki tu. Aku tak percaya. Aku tak percaya. Aku tak percaya. Suka amende kalau dah stalk sampai macam tu sekali? Bila aku fikir balik, bila aku ingat balik, memang ada aku perasan seorang mamat muka macam Emmett Butterfingers yang selalu ada ke mana aku pergi dekat MidV ni. Tak terfikir pulak aku masa dia tegur dekat GSC tadi. Dia rupa-rupanya. Tapi apsal loser sangat? Follow aku ke sana ke sini tak tegur-tegur? Takde telur ke apa? Berkali-kali dia cuba convince aku supaya percaya cakap dia. Dia siap kasi nombor phone dia kat aku dengan pesanan, ‘Taknak call tak apa, kalau call lagi bagus.’ Bodoh punya laki. Ingat aku nak call? Sebulan lepas tu, dari lepak MidV, aku pindah ke lepak Pavi. Peh, dia punya ramai dekat situ memang tak agak-agak. Masa ni lah, aku jumpa si Emmett tu sekali lagi. Dia tanya aku, kenapa aku tak call dia. Aku tak jawab apa-apa. Kali ni, dia bagi aku phone free. Gila weh! Siapa tak suka orang bagi phone free? Aku ambik. Tapi dia ingat aku bodoh agaknya. Aku ambik, aku bawak balik dan tukar kad sim. Eh, kau tak kisah ke ni Iffah? Cerita aku panjang pulak,” tanya Amin selepas sedar dari ralit bercerita. “Tak apa, aku suka dengar kan? Tapi ikut kaulah. Pendekkan cerita pun boleh. Rokok pun nak habis dah ni. Berbatang-batang dah kita hisap. Hahahaha,” jawab Iffah.“Tak apa, kalau rokok habis, kita boleh sebat rokok Bee. Heheheheh,” kata Amin. Sambungnya lagi sambil mencucuh sebatang lagi rokok, “Hmm. Sampai mana tadi? Oh, ahh. Lepas aku bawak balik phone dan tukar kad sim, mamat Emmett tu tak putus asa. Entah dari mana dia dapat alamat rumah aku, terus terpacak depan rumah masa aku tengah sidai kain. Hahaha. Gila klise kan? ‘Mamat mencintai datang ke rumah ketika seorang gadis menyidai kain di ampaian.’ Tapi, tu lah yang terjadi. Dia bagi salam, aku malas peduli, aku masuk ke dalam duduk depan TV. Berkali-kali dia bagi salam, sampai ibu aku yang dari dapur pun boleh dengar. Kalut-kalut ibu aku keluar jawab salam mamat Emmett tu. Bila ibu aku tanya siapa, aku cakap ‘Entah mamat jual karpet mana.’Aku jeling ke muka pintu. Ah, sudah. Ibu aku keluar pulak. Entah apa benda yang mamat tu explain kat ibu aku, ibu aku boleh jemput dia masuk ke rumah. Alih-alih, ibu aku cakap, ‘Apalah kamu ni Aminah tak cakap dekat ibu kamu dah ada boifren? Kamu tunggu kejap ya Emmett? Ibu masakkan air kejap. Oren Sunquick bolehlah ya?’ terus ibu aku ke dapur. Aku apa lagi, terus jeling tajam je mamat Emmett tu. Yang mamat tu boleh tersengih-sengih macam kerang busuk. Bodoh betul muka dia masa tu.Ibu aku dah berkenan dengan dia. Memang masa hari tu, Emmett ada cakap dia nak ambik aku jadi isteri. Dia tengah kerja sekarang ni, kumpul duit. Cukup je duit, terus dia masuk meminang aku. Katanyalah. Ibu aku pun percayalah kan? Tapi dalam percaya ibu aku, dia mintak Emmett sabar sekejap dulu. Ibu nak aku habis belajar dulu. Sambung universiti, lepas tu baru masuk meminang. Emmett dah tak sabar. Dia takut aku melepas ke tangan orang lain. Dia cakap dia nak bertunang dulu. Ibu aku tak kisah. Ibu aku cakap datang je dengan rombongan bila dah ready. Aku tak faham betul orang dewasa ni. Tambah-tambah ibu aku. Aku muda lagi kot? Apa yang kalut sangat nak kahwinkan aku entah? But then, kitorang dah makin rapat. Ibu aku banyak kali tanya aku setiap hujung minggu, bila Emmett nak datang makan dekat rumah. Tiap-tiap minggu, kau bayangkan! Nak tak nak aku terpaksalah contact Emmett. Start dari hari tu lah kitorang dating.Bagus Emmett ni kau nak tau? Dari aku tak bertudung, dia beli aku tudung, kasi aku pakai. Aku pakai jugak. Time keluar dengan dia jelah tapi. Tu mula-mula. Lepas tu, lepas dah biasa, aku dah mula pakai tudung ke mana-mana. Emmett pun hantar aku mengaji al-Quran. Bukan hantar yang macam bapak hantar anak mengaji tu, tapi dia kenalkan aku dengan seorang ustazah ni. Baik jugak ustazah tu, lembut je orang dia. Dia ajar aku sampai aku grad, sampai aku fasih baca al-Quran. Dari surah-surah lazim ke satu al-Quran. Baguslah kan? Kadang-kadang, Emmett bawa aku dengan ibu aku ke masjid. Amboi, memang menantu pilihan betul kan? Aku pun dari perangai huha-huha keluar malam sana-sini dah tak keluar. Memang betul berubah jadi muslimah sejati. Terasa sebelah kaki dah masuk ke Syurga gitu. Heheheh. Tapi, lelaki memang lelaki. Ustaz macam mana pun dia, alim macam mana pun dia, warak macam mana pun dia, tetap kalah dengan nafsu. Satu hari tu, dia mintak dekat aku. Puihhh! Kalaulah kau ada masa tu, Iffah, mesti kau dapat tengok betapa desperatenya dia. Masa tu dalam movie, on the way balik rumah dari tengok movie. Well, unfortunately it is a romantic movie and when the couple in the movie cuddling and kissing, I can see that his p**nis erected within his legs. Gosh, what an embarassing moment! Dia cuba cumbu leher aku. Aku jauhkan diri. Dia cuba pegang paha aku, aku gerak-gerakkan. Tapi bila dia cuba seluk tangan dia ke dalam baju aku, aku dah tak tahan. Aku terus keluar. Dia kejar aku. Kahkahkah! Kau boleh bayangkan tak? Erected p**is in the pants, while he is standing in the hallway with me? Memang macam badut sarkis kepala dongga! Lawak habis! He said sorry. He really meant it, he said. Aku dah takde mood nak tengok movie, terus ajak balik. Dalam kereta, tak berhenti-henti dia ucap kata maaf. All the serbanists bullshit. ‘Tak tahan nafsu, tak tahan bisikan syaitan, walaupun ramai macam tu tapi masih ada syaitan di antara kita,’ all that bullshits. Siap bersumpah tak buat lagi!”“Tapi lepas tu dia buat lagi,” potong Iffah.“Betul. Banyak kali. Banyak kali dia buat macam tu, Iffah. Sampai yang last sekali tu, aku terpaksa serah diri pada dia sebab dia dah nampak macam nak bunuh aku kalau aku tak ikut cakap dia,” air mata Amin mengalir. Iffah memeluknya.“Amboi, sampai berpelukan,” Qaliph muncul tiba-tiba di muka pintu sebaik membuka daun pintu. “Eh, apsal ni Amin? Honey?” baru tersedar akan tangisan Amin yang teresak-esak sebaik menutup daun pintu kembali.“Takde apa, Bee. Stay out of this, please?” Iffah mengusap-usap kepala dan bahu Amin.“I’m not here, I’m not here,” Qaliph cucuh rokok di birai tingkap. “Woha! What’s that voice? Come out, you pretty little angel! Y’comin’ to give bless to me and my honey?” gaya Qaliph tiba-tiba seperti seorang pesilat mat saleh. Amin ketawa dalam pelukan Iffah. “Bodohlah kau ni Qaliph,” Amin masih ketawa dalam katanya. Iffah turut ketawa melihat telatah kesayangannya.“Now that is Amin that I know,” Qaliph tersenyum, kembali ke posisi berdiri seperti biasa. “Rokok nak?” soalnya sambil menghulur kotak Mildseven Charcoal.“Of fu**ing course!” Amin dan Iffah menjawab serentak.Kucar-kacir kedengaran di luar. Bunyi tapak kaki menghentak lantai seperti orang berlari-lari di dalam rumah. Qaliph bengang dengan bunyi bising lalu membuka daun pintu.“Honey! Amin! Lari! Keluar!” seru Qaliph sebaik menghempas pintu kuat lalu keluar. Bunyi kucar-kacir di luar kembali membingit. Pintu bilik itu terus dikunci. Iffah dengan pantas menyarung seluar jeans ke kaki. “Apa dah jadi?” Amin yang turut sama berdebar bagai mahu pecah jantungnya tertanya-tanya dalam cemas.       Daun pintu diketuk kuat. Kemudian bergegar seperti dilanggar-langgar.       “Cepat Amin!” Iffah tarik tangan Amin keluar dari tingkap. Birai tingkap dipanjat. Sebaik terjun ke luar, tiga orang yang amat dikenali mereka menunggu di situ. Seorang dengan pedang samurai, bilah batang besi dan batang aluminium besbal.      “Jangan! Jangan sentuh diorang!” Muncul Qaliph dari tingkap. Kepalanya, hidungnya dan bibirnya berdarah. Tiba-tiba lehernya dicekik seorang dari belakang. Qaliph terus tarik kepala orang itu dan menjatuhkannya keluar dari tingkap. Qaliph lompat keluar. Terus berdiri di hadapan Iffah dan Amin. “Langkah mayat aku dulu kalau nak apa-apakan diorang. Lagipun, aku yang korang nak kan? Bukan diorang. So, lepaskan diorang,” sambung Qaliph sambil menyarungkan buckle di tangannya.       “Bee..” Iffah bersuara. Dia tidak menangis. Dia tahu hidup Qaliph bagaimana. Dia juga harus berani.        “Honey, Amin, call police! Pedulikan kita masuk lokap ke apa. Yang penting, bebudak ni dulu!” seru Qaliph tanpa menoleh.       Amin menekan-nekan punat dan terus letakkan telefon di telinga. Sebaik gagang telefon di hujung talian diangkat, terus Amin bercakap kalut. Ketika ini, Qaliph dan Iffah sedang bertarung dengan tiga orang bersenjata. Walaupun Iffah ditegah Qaliph, Iffah turut mahu membantu. Mana boleh tengok orang kesayangan kena serang? Sebaik Amin meletakkan gagang, lehernya dipaut seseorang.       “Berhenti! Bodoh! Aku cakap berhentilah p****ak!” seorang lelaki dengan cutter heavydutty diletak tepat di leher Amin menjerit lantang.       Qaliph dan Iffah melepaskan habuan terakhir buat mangsanya. Ketiga-tiga lelaki terbaring di tanah.       “Bro, rileks bro. Benda boleh discuss,” Qaliph lempar buckle ke longkang dan angkat tangan menyerah. Iffah turut sama mengikut.       “Siapa bro kau? Kau mahu discuss, kan? Ni discussionnya. Aku just nak kau ambik pedang tu, penggal leher betina kau, lepas tu kau boleh tikam perut kau sendiri. Boleh macam tu? Kalau tak budak ni aku penggal! Kau yang cakap kitorang nak kau kan? Yang lain boleh lepas?” kata lelaki itu. Amin di peluknya cuba melihat siapa yang memeluk.       Mujur, bukan Emmett.       Amin lantas melompat dengan tiba-tiba, menghentak kepalanya ke dagu lelaki itu, lalu dia menendang celah kelangkang lelaki itu.       “Owwwwww my balllsssssssss!!!” jerit Iffah dan Qaliph serentak. Amin turut mengundur diri ke belakang, bersama dengan barisan Iffah dan Qaliph. Qaliph meluru laju ke arah lelaki itu lalu menendang dagunya, membuatkan lelaki itu pengsan terus.       Ketika inilah kedengaran bunyi siren kereta polis merapati rumah mereka.        “Good grief, bantuan dah sampai. Honey, Amin, best of luck,” Qaliph mengangkat ibu jari lalu hanya menyerah pada polis yang menggari lengannya. Sama, turut sama pada Iffah dan Amin. Mereka digari dan dibawa ke van paramedik untuk bantuan perubatan.
***
       “Lepas tu, saya terus dihantar ke sini dan bertemu dengan kalian semua. Syukur, saya rasa diselamatkan kembali,” tutup kata Aminah dalam sesi mereka pagi itu. Bihun goreng di hadapannya hanya disentuh sedikit. Umat lain yang tadinya bercucuk tanam duduk berkerumun di gazebo yang sama.        “Lepas tu, apa jadi dekat Qaliph dengan Iffah?” tanya seorang lelaki yang berusia lingkungan Aminah.       “Qaliph killed in action. Masa jadi undercover entah dekat mana. Iffah still there, somewhere, with her and Qaliph’s son, in a safehouse,” jawab Aminah.       “Ah, aku tak percayalah cerita kau ni! Epik sangat,” tegur seorang lelaki berusia.        “Boleh dipercaya atau tidak, itu semua pengalaman Aminah. Kita yang tak pernah masuk campur kehidupannya, mana boleh kata apa, kan? Tapi kita kena ingat, cinta boleh terdapat di mana-mana. Di celah gerombolan ramai, di celah busuknya homles, dan di celah kebingitan pasar ChowKit. In the end, all of us have to experience love, because we are human, as created by God, has feelings to each other,” sampuk Cik Da. “Dah, sambung makan. Kejap lagi ada aktiviti lain pulak,” sambungnya lagi.       Masih tidah menyentuh makanannya, Aminah hanya memandang ke langit sambil terkenangkan seorang gadis yang melawatinya di situ minggu lepas. Dia tersenyum lebar.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2012 18:08

July 5, 2012

[53] Rintihujan


Hujan lebat di luar. Kau yang duduk di sebuah tempat yang hanya kau sendiri ketahui cuba berteduh takut dibasahi rintik-rintik hujan. Ketika kau sedang membaca kalimah-kalimah yang aku susunaturkan ini, kau baru sedar yang kau sebenarnya sedang berada di sebuah dimensi yang kau tidak pernah fikir kau akan berada di sini. Alterasi keadaan semasa yang semakin membuat kau bingung cuba memprovokasi kau supaya mempercayai yang dunia yang kau duduki ini dunia nyata. Akan tetapi, tidak.
Kau pandang langit. Hujan masih bertitisan. Kau mahu keluar cepat. Tidak, tak dapat. Semakin lama semakin dalam kau berada di dimensi ini. Lagu-lagu kegemaran yang kau dengar juga digantikan dengan bunyi-bunyi dentuman guruh silih berganti dengan bunyi titisan hujan ke tanah kau pijaki. Masih, masih kau rasa ini semua dusta. Masih lagi kau rasa ini semuanya benar. Apa yang kau alami ini sebenarnya benar. Namun, sebaik kau katakan dan yakinkan hati kau yang semua ini adalah kebenaran, semakin hati kau rasa ianya semua dusta.
Hujan turun makin lebat. Guruh berdentum lebih kerap. Kau fikir ia adalah satu kiamat kecil diberi Tuhan untuk mengingati kau yang sudah sampai masanya kau fikir yang apa kau lakukan selama ini sia-sia. Tidak. Kau masih percaya pada diri kau. Kemudian, muncul satu lagi persoalan yakni; samada kau terus percaya yang ini kiamat kecil diberi Tuhan atau kau terus harus percaya dengan diri kau yang semua ini benar atau kau perlu percaya yang ini semua dusta.
Kau buntu. Kau berjalan di dalam hujan. Redah segalanya. Biar basah setiap lapisan yang menutupi tubuh bogel kau. Biar lembab kulit dan rambut kau. Kalau cuba buat pertaruhan. Jika ini kiamat kecil diberi Tuhan, kau sudah tentu akan disambar petir yang menyambar tak berhenti dari tadi. Jika ini satu dimensi yang kau fikir ianya satu dusta, sudah tentu kau akan terus mengalami perkara-perkara yang tidak dapat kau susuni dengan fikiran kau. Jika ini satu realiti, sudah tentu kau akan selamat sampai di katil empuk dan berbaring dengan penuh semangat di atasnya.
Dalam kebasahan hujan, kau berhenti berjalan. Apa lagi kali ini?
(bersambung)
4 likes ·   •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on July 05, 2012 03:16

June 26, 2012

[52] Ihya-u-Ramadan!


          Ketika aku menguap dalam kantuk tengah malam semalam di beranda ujung rumah, aku terlihat sepasang sayap berterbangan ke arah aku dalam siluet dari cahaya bulan yang tidak berapa terang. Aku malas mahu peduli, aku kembali merenung bintang-bintang. Masa inilah datang sa-para malekat berupa manusia datang pada aku ingin memberikan aku peluang untuk mempunyai sayap.
           Aku terfikir, adakah ini betul anugerah untukku atau satu parodi binatang nirrajim ingin memperdaya manusia cengeng seperti aku. Katanya memang anugerah ini sengaja diberikan kepada manusia-manusia cengeng, dan aku adalah manusia yang entah keberapa yang diberi anugerah ini, semata untuk menghiburkan kecengengan aku yang selalu mencengeng di tengah-tengah malam dan dinihari.
           Belum sempat aku mengangguk bersetuju dengan tawaran yang ingin diberikan, terus aku rasa keberatan di belakang aku. Bila aku menjeling ke belakang bahu kanan aku, wujud pasang sayap yang berkuak tidak kusedari. Kerana kagum dengan anugerah ini, aku tiba-tiba rasa ingin melompat terus dari beranda dan terbang di udara. Kata malekat yang tersenyum melihat kegembaraan aku ini, anugerah ini hanya wujud hingga waktu imsak. Sepuloh minit sebelum masuknya waktu Subuh. 
           Aku bertanya, mengapa anugerah sebaik ini diberi tempoh, sedangkan ia satu anugerah? Jawabnya, disebabkan ia adalah satu perkara ajaib yang akan membuatkan manusia tidak cengeng lain cemburu dan dengkikan manusia cengeng sepertiku maka anugerah ini mempunyai tempoh masa yang singkat. Lebih lagi, anugerah ini hanya satu anugerah sementara waktu, atas sikap sabarku menahan perasaan cengeng setiap waktu. Jikalau diberi anugerah ini secara lebih-lebihan, sikap cengengku akan berubah menjadi perasaan riak dan takabbur. Mudah terpedaya dengan anugerah sementara yang memungkinkan aku terbang ke mana-mana waktu dinihari.
           Selepas selesai penjelasan itu, dia terus memimpin tangan aku dan dalam sekelip mata aku dapat lihat menara berkembar Petronas semakin mengecil kerana altitud aku yang semakin meninggi. Tanya aku padanya, ke mana kau mahu bawa aku? Katanya ada sa-orang yang mahu berjumpa denganku. Aku hairan. Aku pelik. Baru sebentar tadi katanya pasang sayap ini adalah satu anugerah buatku. Kalini katanya pula ada sa-orang yang mahu menemuiku. Aku mula memikirkan yang ini adalah satu tipudaya binatang nirrajim. 
           Tiba-tiba, sayap aku hilang. Peganganku terus terlepas dari tangan malekat yang memimpin aku. Altitud aku makin berkurang secara mendadak.
           Malekat itu terus meluru terbang ke arah aku dan menjerit melawan deru angin yang membingitkan telingaku. Jeritnya, minta aku percaya dengan kata-katanya. Ini satu anugerah, bukan satu tipudaya binatang nirrajim. Ini anugerah Tuhan untuk manusia cengeng. Jika aku tidak percaya, sayapku akan hilang. Aku mula menetapkan hati untuk mempercayai segala apa yang dibualkan ketika datangnya dia hingga sebelum aku terfikirkan tipudayanya. Kembali wujud sayap dan jatuhan aku terus terhenti akibat sayapku yang mengepak berkali-kali melawan tarikan graviti.
           Bagus, puji malekat itu. Mari, sambungnya lagi sambil menghulurkan tangannya padaku. Aku sambut tangannya dan terus laju kami terbang memecut membelah udara. Sampai di satu tempat yang aku rasa itu pantai yang berpasir putih bersih, ditiup angin bayu lembut yang harum berwangi bau asin laut, dengan air yang berombak tenang merefleks cahaya bulan yang purnama penuh dan bintang-bintang yang galak bergemerlapan, kami berhenti di sebuah pondok mewah. Pondok yang direka dan dipacak dengan kayu, tetapi rekaannya sangat eksotik dan bukan calang-calang penduduk tempatan mahu merekanya.
           Usai memberi salam, malekat itu terus menolak aku untuk berjalan dahulu. Dia tersenyum galak padaku, melihat muka bingungku. Aku bertanya padanya, siapa yang empunya pondok ini. Dia hanya diam masih tersenyum. Sebaik langkahku memijak anak tangga pertama membawaku ke tinggi dua ratus milimeter dari paras bumi, pintu kayu yang utuh berkuak. Muncul sa-orang anak gadis bersayap, sama sepertiku. Aku lihat malekat di belakangku. Dia terus tersenyum dan mengangguk. 
           Langkahku yang beku tadi terus terhenti. Aku kembali menuruni langkahku ke tanah kembali. Aku rasa janggal di tengah malam begini di sebuah pondok yang indah, wujud sa-orang gadis bersayap sama sepertiku. Aku fikir dia sama sepertiku, manusia cengeng. Selepas beberapa ketika, muncul pula sa-orang lelaki tua yang sama mempunyai sayap. Sapanya, anak sudah datang? Aku tidak tahu aku perlu menjawab apa. Aku hanya diam. Aku hanya membisu. Suasana ini suasana baru untukku. Baru tadi aku masih berteleku di beranda dan kini aku berada di suatu tempat asing yang indah, dengan dua manusia bersayap yang lain.
           Anak jangan takut, katanya lagi. Mari sini, jemput masuk. Kami sudah sediakan juadah untukmu. Marilah. Sebelum Subuh menjelma, sambung lelaki tua tadi. Gadis sudah pun menyediakan juadah kegemaranmu, tambah gadis di sebelah lelaki tua itu. Gadis? Siapa pula kenalanku yang mempunyai nama Gadis? Setahu aku, aku hanya mempunyai beberapa kenalan yang punya nama Bunga dan Cinta. Belum ada lagi kenalanku yang punyai nama Gadis.
           Melihatku ragu, malekat tadi menyentuh bahuku. Mari, katanya masih kekal dengan senyuman manis yang bukan dibuat-buat. Aku masuk ke pondok itu membuntutinya. Sebaik aku melangkah mendahului muka pintu, aku terlihat sebuah ruang yang besarnya melebihi apa yang sepatutnya dibayangkan oleh orang yang melihat pondok itu dari luar. Iya, sama seperti khemah dalam filem yang kamu baru tontoni dahulu, kata malekat itu dapat membaca apa yang dalam fikirku. 
           Lelaki tua dan gadis bersayap sudah pun duduk bersila di hadapan juadah. Ada papadom, drummet ayam goreng, nasi putih dan sup pucuk paku dengan tempe. Ini makanan kegemaranku ketika waktu bersahur dahulu. Lama dahulu. Melihat juadah itu terhidang begitu, aku terus menelan air liur. Mari, duduk sini. Lelaki tua bersayap menepuk tempat di sebelah kanannya. Aku duduk. Malekat turut sama duduk, menjauhkan sedikit memberi ruang angin antaranya dan gadis bersayap.
           Usai lelaki tua membaca doa makan, dia menjemputku menjamu seleraku. Ketika inilah malekat itu berkata padaku, "Selamat terhibur dengan Ramadan yang akan datang kurang sebulan sahaja lagi."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2012 02:10

[51] Gastropoda Monapod.

          Kau bangun pagi dengan susah-payah dan sedari yang belakang kau kini punya cengkerang di belakang. Kau cuba golek-golekkan badan kau ke kiri dan ke kanan, namun keadaan itu membuatkan kau lebih susah untuk merangkak berjalan. Lalu kau yang secara alaminya kehilangan kaki dan tangan menggeliutkan badan kau ke kanan selama hampir jumlah yang kesembilan ratus sembilan puluh sembilan kali hingga akhirnya kau berjaya memalingkan badan kau merangkak. Kau hairan, mengapa apabila tertiarapnya kau, badan kau mengeluarkan cecair bendalir. 


          Apabila kau mendekati dengan susah-payah jerih-letih menggunakan tenaga semaksima mungkin ke kaca refleks di bilik kau yang bersaiz tinggi dua meter dan lebar setengah meter baharulah kau sedar yang kau sebenarnya terjelma menjadi sa-ekor binatang yang kau selalu pijak dan baling ke dinding dulu. Disebabkan cengkerang di belakang kau yang sangat berat tidak mampu kau tampung membuatkan pergerakan kau sangat lambat, lebih lambat daripada urea yang keluar dari anus kau ketika kau mempunyai masalah perut pagi selepas bangun tidur sebelum hari ini. 



           Kau bingung bagaimana kau boleh menjelma menjadi sa-ekor gastropoda. Kau berfikir kembali, adakah ini hukuman Tuhan pada kau yang selalu membunuh binatang yang dikenali sebagai sa-ekor binatang yang lebih lambat dari sa-ekor kekura? Ataupun ini adalah satu lagi jenaka yang Tuhan berikan kepada kau setelah kau hampir ke puncak kejayaan dengan memijak-memaki-meletakkan pekerja-pekerja yang bekerja di bawah kau di bawah tapak kaki kau sentiasa dan kau berjenaka dengan mereka atas niat dan harapan untuk menghiburkan hati kau?



           Kau jadi takut. Lantas kau berdoa pada Tuhan agar menjelmakan diri kau menjadi manusia. Kau mengengsot perlahan-lahan ke sudut bilik kau yang jauh daripada bias cahaya tingkap bilik kau. (*Kau tidak tahu kenapa kau mengengsot ke arah itu tetapi kau dapat lihat yang kawasan itu sangat bahagia, seakan-akan Sorga Dunia buat kau). Kau berjanji pada Tuhan jika kau dijelmakan kembali menjadi manusia, kau akan menjadi sa-orang hamba yang taat dan lebih mengagungkan-Nya, lebih menjalinkan hubungan individu dengan individu sebaiknya, lebih menjalinkan hubungan individu dengan flora dan fauna, dan akan meminta maaf pada pekerja-pekerja yang kau kasari dahulu.



           Apabila kau sampai ke tempat yang gelap dan sejuk di sudut bilik kau yang kau mengengsot perlahan-lahan sejak lima puluh lima minit tadi, kau berehat atas keletihan yang dialami kau. Dengan keadaan yang sungguh menyelesakan tubuh kau yang baharu, kau tertidur tanpa mimpi buat beberapa lama yang kau tidak tahu sebelum kau dikerumuni semut-semut hitam menggigit kau dengan mandibel mereka yang keras membuatkan kau meraung-raung kesakitan tanpa suara. Setiap gigitan membuatkan badan kau terasa berbisa yang tak dapat dibayangkan kesakitannya sebelum kau mengalaminya. Satu per satu serpihan daging kau dikoyak dibawa ke entah mana-mana dalam aturan mereka yang tersendiri, dan kau hanya mampu memandang dengan tubuh kau yang penuh luka-luka tanpa boleh melakukan apa-apa kerana pergerakan tubuh anda yang minima akibat otot-otot yang kini menjadi satu sepertimana fizikalnya sa-ekor gastropoda.
           
           Kau akhirnya tinggal nyawa tanpa susuk tubuh kau. Hanya tinggal cengkerang tanpa tubuh otot kau. Baharulah kau sedar yang cengkerang kau ini juga berfungsi menyimpan nyawa kau yang sebelum ini berada di tubuh berotot yang digigit berekor-ekor semut hitam tadi. Kau menghantar sa-ekor semut hitam terakhir yang membawa serpihan daging kau yang terakhir dengan mandibelnya dengan ekor mata. Semut hitam itu tiba-tiba berhenti, lalu memandang kau dan merautkan wajahnya seakan-akan tersenyum. Kau, hanya tinggal cengkerang. Bernyawa, namun tidak mampu ke mana-mana. Hanya duduk di situ diam-diam, di sudut bilik yang gelap dan lembab selamanya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2012 02:07

June 24, 2012

[50] Mama, Papa, I LOVE YOU.


Babak Satu
“Waaahhhh...! Mama masak apa ni mama? Sedap betul baunya?” Tasnim menegur Iftitah yang rancak memasak di dapur. Dia baru saja pulang dari kerja, menanggalkan tali leher dan meletakkan beg bimbit yang hanya mempunyai dokumen-dokumen tender juta-juta yang ditolak dan borang-borang klien yang kebanyakannya telah rabak. Tasnim terus mara ke belakang Iftitah dan mencumbu pipi wanita itu.
“Alah, masak sikit-sikit je ni ha.. Nasik goreng ikan masin.. nasik tengahari tadi tak habis, tu yang Mama masak ni~” Sambil menyenduk-nyenduk,  Iftitah mengelap peluh.  Wanita itu tersenyum, senyum, suka dirinya dimanjakan begitu.
Babak Dua
“Fuh, bukan je bau sedap, hasilnya pun sedap jugak ni. Mama memang chef paling terer kat dunia lah mama,” berselera Tasnim mengisi perutnya. Selalu, dia hanya makan di luar, drive-through, singgah di stesen minyak paling hampir dari rumah selepas punch-card keluar dari tempat kerja. Hari ini, tiba-tiba Iftitah hantar pesanan ringkas padanya supaya pulang makan di rumah.
“Alah, biasa-biasa ja.. Untuk Papa jugak kan.. Kesayangan Mama sorang ni,” Tersipu-sipu Iftitah dibuatnya, dipuji melambung-lambung oleh Tasnim. Mukanya bertukar rona merah, lalu dicubit lengan kiri Tasnim. Bukan untuk menyampaikan kesakitan, tetapi untuk menyampaikan kemanjaan.
“Ni yang buat Papa lagi sayang kat Mama ni,” Tasnim usap-usap kura tangan Iftitah yang mencubit lengannya tadi.
Babak Tiga
“Papa, malam ni Papa pakai perisa Strawberi kan?” pesan Iftitah pada Tasnim, sambil menyembur pewangi di leher. Baju tidur malam pinkinya tembus cahaya. Hampir nampak jelas susuk tubuhnya, seperti terbogel dari pandangan mata kasar.
“Mesti,” Tasnim tersenyum nakal, sambil membuka laci meja yang tersudut di dalam almari dibeli di IKEA tak lama dahulu. Selepas memastikan perisa Strawberi yang diambil, neon lampu dimalapkan. Hanya sedang-sedang, supaya kecantikan fizikal masih juga kelihatan.
“Papa..” suara Iftitah kedengaran.“Mama..” suara Tasnim pula kedengaran.
Babak Empat
“MekNah, hang tau dak, semalam, pasangan yang duduk dekat rumah atas aku kena tangkap dengan JAIS,” seorang wanita tua memulakan perbualan di sebuah kedai runcit, dalam kawasan kediamannya yang dikelilingi flet-flet bertingkat-tingkat.
“Laaa..! Hang biaq betoi CikBee! Awat yang jadi lagu tu? Bukan depa dah bernikah ka?” lantang suara MekNah, terkejut dengan berita sensasi yang disampaikan jiran karibnya yang selalu bertemu ketika membeli bahan memasak di kedai runcit yang sama.
“Aku pun taktau.. Aku pun ingat diorang dah menikah. Tup-tup, JAIS datang serang, angkut diorang dua keluar.. Tu baru nak bawak pegi menikah lah tu kot?” CikBee menjawab.
“Ish, ish, ish. Apa nak jadi budak muda zaman la ni noh. Terok betoi. Kalau dah tak sabaq sangat nak duduk serumah tu, pi la kawin.. bukan mahai mana pun.. aku tengok depa dua tu pun dah kerja. Bukan lama mana pun nak kumpoi duit,” MekNah menyambung. Ayam ditunjuk, meminta pekedai memotong lapan bahagian.
“Ish, hang ni pandai betul mengata ke orang. Hang tu, bukan dah 30 tahun duduk dengan laki hang, tak kawin-kawin ka?” CikBee berbisik perlahan di telinga MekNah sambil tersenyum sinis.
“Amboi, hang ni CikBee! Mengutuk orang pandai noh! Mana ada tak kawin, kami pakai Qadi belakon ja.. Kira kawin la tu!” Ketawa MekNah menjawab lalu ketawa kuda. CikBee juga ketawa sama. Pekedai geleng kepala sambil ketawa sama. “Laa, hang tengok Amin ni, boleh dok gelak sama dengan kita,” MekNah ketawa lebih kuat melihat Amin, si pekedai ketawa bersama dengan mereka berdua.
“Biarlah kat dia, bukan dia dengar kita sembang pun. Dia tu pekak,” CikBee sambung ketawa.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 24, 2012 19:43

March 23, 2012

Skrip Drama. [Panduan]

PENGENALAN


Sebelum anda menulis sebuah skrip drama, anda tentulah terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu drama. Anda tentu pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Apakah yang dimaksudkan dengan drama dan apakah yang membezakannya daripada teater. Apakah menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen?


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DRAMA?


Drama berasal daripada perkataan “dran” (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari.

Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater.


SKRIP DRAMA


Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton.


STAIL DAN PERWATAKAN


Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat “tetap” dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen.


CIRI-CIRI DRAMA


Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan.Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi.Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan. Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

STRUKTUR DRAMA

Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga drama moden dan lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.
Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini demikian kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai “writers block”.
Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita.

Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah:

FokusLogikPerwatakan.


Fokus


Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan. Yang utama adalah dengan mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya.


Logik


Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu? Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya, perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur.


Watak dan Perwatakan


Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita.


ELEMEN DRAMA


Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah:


Tema/Pemikiran

Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks.


Plot

Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu.


Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar.


Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, “Apa yang akan berlaku selepas ini?”, atau yang sama maksudnya, “Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku?” Atau, “Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya?”


Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain?


Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul.
Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu, sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut.


Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah.


Latar

Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain.


Babak

Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.


Adegan

Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.


Bahasa

Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.


Ekonomi, emosi dan keseimbangan

Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor ekenomi. Hai ini demikian kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang elemen masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu, faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu, drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian kerana sesebuah drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan.


Jenis-jenis drama

Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu:

Tragedi – sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama.Komedi – Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi.Melodrama – Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton.

Format Skrip Drama Pentas

Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut:

Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun.Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda.Watak dan senarai watak – Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu.Pecahan babak juga perlu.Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula.Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa skrip yang pernah anda baca.
Di sini saya sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama “Patah Sayap Terbang Jua” tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail.

12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM

Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong “Kemayuran”.

WAHAB (Menyanyi)

Kiri jalan, kanan pun jalan
Nona manis endung disayang
Lateralala lala lala….
Di tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan
Pesan pun jangan
Sama-sama
Menanggung rindu.

Ketika ini Inah ikut sama menyanyi
INAH & WAHAB
Kirim jangan
Pesan pun jangan
Sama-sama
Menanggung rindu…

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya.

INAH: Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?WAHAB: Banyak perkara.INAH : Apa yang boleh kutolong?WAHAB: Kau tolong aku seperti kau tolong HashimotoINAH: Tolong Hashimoto?

Penutup

Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat , banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan suatu penulisan skrip.










dipetik dari laman DBP.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 23, 2012 10:36

M. Faiz Syahmi's Blog

M. Faiz Syahmi
M. Faiz Syahmi isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow M. Faiz Syahmi's blog with rss.