[47] Homles. (Extended Version)

Homles sangat kasihan bukan? Hidup tiada rumah, berpeleseran entah ke mana-mana. Dengan mandi tak tentu waktu, makan pula jenis kais pagi makan pagi, kais petang makan waktu malam. Aku sebenarnya tak ada apa-apa dendam kesumat kesuma wati tahap petala langit ke-8 dengan manusia yang homles. Tak adalah benci mana pun walaupun bila lalu di hadapan homles yang tidak langsung beretika, aku tunjuk muka meluat dan bibir cebik.
Aku tahu aku orang celaka dengan bertindakbalas sedemikian rupa pada mereka yang tidak punya tempat tinggal.
Tidak. Aku tak ada benci dan aku tak ada dendam pada homles.
Yang aku ada, takut dengan bayangan susuk tubuh itu. Bayang-bayang homles yang aku nampak, semuanya seperti bayang-bayang aku. Kurus, keding, kecik, pendek, busuk, hitam, kotor, dan tak punya apa-apa perasaan ceria melainkan ceria apabila disedekah makanan oleh mereka yang sentiasa tak putus mengasihani golongan homles.
Aku pernah berbual dengan homles, dan menyelami perasaan mereka. Kalau diikutkan, mereka ni bukanlah mental. Mereka juga tak ada masalah kesihatan. Yang mereka ada, iaitu depresi yang melampau-lampau. Suatu masalah yang buat diri ni malas mahu hidup lagi. Hanya redha dengan ketentuan dan kadang-kadang marah yang di atas sana kenapa masih lagi tak menarik nyawa yang masih terlekat dalam jasad.
Aku pernah rasa semua itu. Aku masih lagi rasa semua itu. Sebab itu aku sangat fobia dengan homles. Aku seakan nampak masa depan aku di situ. Betapa aku cuba sehabis cuba untuk hidup sebaik-baik. Aku taktahu apa masalah yang bermain dalam fikiran aku, sampai kadangkala buat aku malu hendak tonjol walau sezarah pun muka aku. Orang kata aku terlampau mencuba, sebab tu kebanyakannya gagal. Sebab aku terlalu berharap segalanya seperti apa yang aku harapkan. Dan bila gagal, aku hampa. Hampa seperti tiada lagi wujudnya tangan-tangan yang boleh membantu.
Aku cuba pandang cahaya, tapi gelap yang aku sapa. Aku takut betul dengan homles kerana aku semacam dapat rasa yang aku akan jadi seperti begitu dengan apa yang aku ada sekarang ini. Baik dari segi ilmu, emosi, perasaan, dan kematangan fikiran. Untung aku sekarang ini masih tak punya tanggungjawab yang berat seperti menjaga anak dara orang kerana aku telah selamat bernikah dengannya. Untung aku sekarang ini masih tak diharap bertanggungjawab untuk menjaga famili terutama kedua mak ayah aku yang aku sentiasa susahkan mereka ketika aku dalam keadaan tidak punya satu sen pun untuk membeli makanan. Yang melayani aku saat aku rabak, jatuh, tersungkur bilamana aku betul-betul takutkan kehidupan yang raksasa.
Mungkin kerana itu aku masih lagi tak digelar homles. Kalaulah mereka sudah bosan dengan keadaan aku yang sentiasa memberikan masalah pada mereka, sudah tentu aku kini seperti budak lelaki utara yang menghuni jambatan sultan ismail, menghidu gam, melancap di tengah jalan, memandang bontot-bontot perempuan. Satu yang aku kagum dengan budak lelaki utara ni, masa nak makan, dia baca doa makan. Dan dia sangat respek orang tua. Masa ada satu makcik tu bagi nasi lemak dekat dia, dia berkali-kali tunduk, ucap terima kasih. Dan bila makcik tu tanya nak air apa, dia tak memilih. Dia mintak air kosong. Aku teringin nak duduk bersembang dengan dia dan dengar kisah-kisah dia. Mesti ada sebab kenapa dia terbuang begitu. Walaupun aku tahu, aku tak suka kebusukan dia yang aku gelar kebusukan 8m radius.
Kemonlah. Siapa yang suka orang busuk kan?
Itu antara satu contoh homles yang aku kenal. Kenal, bukan erti aku berkawan. Kenal dalam erti aku familiar dengan dia.
Dan aku masih lagi fobia dengan homles kerana bayang-bayang yang aku nampak di sebalik mereka. Bayang aku.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 09, 2012 09:10
No comments have been added yet.


M. Faiz Syahmi's Blog

M. Faiz Syahmi
M. Faiz Syahmi isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow M. Faiz Syahmi's blog with rss.