Adib Zaini's Blog: Old Man Adib, page 4

July 21, 2013

Codename: Manggis

Trivia: sepanjang dua tahun proses penulisan Ilusaniti, tajuknya ialah Online dan untuk satu jangkamasa yang panjang, aku rasa itu adalah idea yang baik untuk tajuk. Jadi untuk buku aku yang seterusnya, aku takkan beri tajuk sehinggalah buku selesai ditulis.

Jadi sementara nak tunggu buku tu siap ditulis, aku bagi satu codename untuk rujuk kepada buku ni. Aku panggilnya Codename: Manggis.

Kenapa manggis? Tak ada sebab. Aku ambik perkataan tu secara random je. Supaya nanti aku akan pilih tajuk lain. Aku tak rasa buku ni ada kena mengena dengan manggis.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2013 13:02

Pinggang aku sakit-sakit. Aku rasa sebab katil aku tak balance. Sebab support kat bucu kaki belah...

Pinggang aku sakit-sakit. Aku rasa sebab katil aku tak balance. Sebab support kat bucu kaki belah kanan dah hampir dua tahun patah. Ini semua salah Kota Ibushi. Sebab aku tiru dia punya feint kick + moonsault setiap kali aku stress menulis.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2013 10:22

July 20, 2013

Benda yang aku buat untuk lawan writer's block

"Adib, mana kau dapat idea semua?" soal penulis Sepucuk Pistol Di Dalam Laci.
"Majoriti dari Cracked dengan io9 je," jawabku.



Juga boleh try buka tvtropes.org, click random.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2013 04:14

July 11, 2013

WHAT IS YOUR EARLIEST HUMAN MEMORY?

Answering a question from a random bot on the internet

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2013 23:57

Tales From Zombijaya #0

Okay, aku akan gunakan ruang ini untuk tulis beberapa certot yang boleh disumbat dalam Zombijaya punya extended universe.


Cerita di sini semua canon dengan dunia Zombijaya. Aku nak tunjukkan bagaimana kisah survivor-survivor lain di dalam dunia Zombijaya.


Apa-apa pun, tunggu ilham datang dulu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 11, 2013 23:51

May 30, 2013

FAQ

Soalan yang kerap aku terima dan kini aku nak jawab.

Q: Zombijaya/ Ilusaniti ni ada sambungan tak?

A: Never say never, tapi kemungkinan besar tak ada.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2013 10:37

May 2, 2013

Tiga Minggu

Apa khabar, pembaca setia (mestilah setia, kan? Sanggup tunggu lebih setahun untuk update terbaru ni). Aku ada beberapa cerita nak kongsi.

Tidak berapa lama dulu, aku hantarkan dua bab pertama novel yang belum bernama ketika itu kepada Amir Muhammad. Kemudian, aku berjumpa dengan Amir Muhammad untuk ceritakan idea buku tersebut. Dia kata dia berminat nak terbitkan. Jadi dia tanya aku, agak-agak bila boleh siap?

Dengan yakin, aku jawab, "tiga minggu." Sebab apa tiga minggu? Sebab dua bab pertama tu aku siapkan dalam masa empat hari dan kandungannya lebih 8 ribu perkataan.

Reaksi dia bila aku cakap "tiga minggu" tu, memang terkejutlah. Dia kata dia "was gonna give you three months." Tiga bulan? Come on lah. Mesti tak ada masalah untuk aku.

Anyway, perbualan tu berlaku dalam bulan Mac/April 2011 (aku pun kurang ingat). Novel itu akhirnya siap pada awal tahun ini dan diterbitkan minggu lepas. Tiga minggu paling lama dalam hidup aku.

Ini dia kulit depan buku tu:


Boleh dapatkan di sini.

Apa itu Ilusaniti? Rasanya boleh teka, kan? Kalau nak aku terangkan pun, tunggu nanti-nantilah.

Tulis buku, dah. Tulis filem, dah. Tulis siri TV, dah. Arah filem pendek, dah. Apa aku nak cuba lepas ni? Stand up comedy. Tapi ini cerita untuk lain kali.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2013 11:11

March 13, 2012

Being in a straight relationship is so gay

Ini adalah cerita daripada POV aku. POV si gadis pula ada di sini.

Ingat lagi aku cakap pasal kucing kat sini? Memandangkan si gadis cerita pasal kucing tu dalam blog dia, jadi aku pun cerita la pasal kucing je kat sini. Jadi inilah story-nya.

Nak dijadikan cerita, aku tengah dok main Twitter pada hari tu. Aku tak ingat apa hashtag hari tu. Something about bad pick up line. Aku tulis la "go out with me or I will shoot this cat" sambil twitpic gambar kucing tu. Dan si gadis tu pun reply.

Dari situ mulalah kitorang berborak-borak. Hari-hari aku cakap dengan dia yang kucing yang jadi hostage tu masih sihat lagi. Aku cakap aku akan pulangkan lepas first date nanti. Hari-hari dok tanya khabar kucing tu.

Sampailah satu hari. Aku memang on the way nak pergi somewhere (aku tak ingat pergi mana). Kebetulan aku lalu depan Giant tempat dia kerja (tak payah nak stalk Dia dah tak kerja situ). Jadi aku singgah kat situ. Saja nak tengok si gadis depan mata. Jadi aku lalu depan kiosk yang dia jaga. Tersengih-sengih tengok dia dari depan. Dia kerut dahi tengok aku.

(Disebabkan aku baru lepas tengok Bunohan, conversation ni aku edit jadi faux Kelantanese. By the way, kalau korang belum tengok dan tak plan nak tengok Bunohan, fuck you)

"Mu kena kawe?" kataku.
"Mu sapo? Tok penah napak"
"Kawe hok penculek kuce"

(yeah, bahasa kelate aku memang macam gampang)

Anyway, lepas aku cakap yang aku penculik kucing, dia terus tersenyum.

(tukar faux Kedahan pulak)

"La, cheq ingat sapa la tadi."
"Kucing hang kirim salam."
"Dia sihat lagi ka?"
"Sihat. Kalau hang nak kucing hang balik, hang kena la kuaq dating dengan cheq dulu no."
"Amboih, bilanya nak kuaq tu?"
"Nanti cheq bagitau la."

*****

Dan kemudian tibalah tanggal 31 Disember tahun lepas. Kisahnya ada di blog gadis itu (link kat ayat pertama tu) walaupun dialognya ditokok tambah. Ini daripada POV aku.

Memang aku dah bajet lepas habis movie, nak tengok bunga api. Malas nak pergi kat Sunway pasal ada chances akan terserempak dengan member-member. Jadi aku agak-agak la, mana lagi boleh tengok bunga api. i-City ada kot. Jadi sebab tu aku ajak gi tengok movie kat Bukit Raja. Dan aku memang saja-saja park kat rooftop supaya boleh nampak i-City dari situ.

Malangnya, aku overestimate duration movie ni. Jam dah cecah pukul 12 sebelum movie habis.

Damn.

Tak apa. Proceed as plan. Aku hantar dia balik. Ini conversation bila dah nak sampai rumah dia

"Ingat tak janji saya hari tu?"
"Janji apa?"
"Kan saya janji, kalau kita pergi date, saya pulangkan balik kucing."
"Oh, okay."
"Bukak dashboard tu."

Dia bukak dashboard tu dan nampak patung kucing tersengih kat dia. Terus merah muka dia tersenyum.

Dan sebab tu lah aku kata kat entri sebelum ni yang kucing tu adalah wingman aku.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 13, 2012 09:20

February 17, 2012

The year so far

It's been a very good 2012 so far. Everything is good with my life. But I can't help feeling a little guilty to feel this good since a lot of my close friends are having problems of their own. I'm not gonna write anything about their problem here. It's not my place to tell the story.

Zombijaya is going for second print next week. I should thank Barisan Nasional for the book voucher (and I'm not being sarcastic here. Well, at least not THAT sarcastic). Next, my short story will be published in an anthology called Kopi which will be on sale next month. And there is another thing I'm doing right now that can't be revealed yet.

Personal life is good too but I'm not gonna write too in depth about it right now. Let's just say that Ed is not the only one with a hardcore gamer significant other. And I mean actual gamer who visit The Zone on regular basis. And I don't mean Angry Bird. Yeah, I met her through Twitter and yeah, it started with my book. So I guess I have to thank Sui-Jon for the awesome book cover.

Oh and remember the story about my friends with bad sense of direction? Apparently Mamu's sense of direction is so bad that he ended up in Bangsar while looking for Batu Tiga. And he was using GPS. Oh, and add Nedd the Wicked Witch to the list of people with bad sense of directions. One day, just for the hell of it, the cult is gonna put Nedd and Mamu in the same car, and tell them to go to some random location. Then we will bet among ourselves to see how long they are gonna take to get there (if ever). Oh, what cult, you say? That's a story for another time.

P.S. I haven't written anything at Blog Kencang for over a week but the other guys are still keeping up with the daily updates. Head over there if you haven't so you can say that you've been reading the blog ever since it's still ad-free.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 17, 2012 21:24

January 11, 2012

The Gun And The Kitten

So, I haven't written anything in a while. And this blog might go into a longer hiatus. Why? A bunch of my friends asked me to collaborate with them and lo and behold, i present to you Blog Kencang.

So there won't be anymore wrestling or MMA update on this blog. Which means that I have to change the tagline of the blog soon.

So why won't there be much update after this? Because I'll probably just reserve this blog for anything that is personal (and I don't about personal story that much).

Anyway, what with the title? I found someone and this little guy was my wingman:

"Look, I've dropped my pants, what else do you want?"
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 11, 2012 05:32