Faisal Tehrani's Blog, page 33

June 18, 2010

Merokok









Ardi Rizal 2 tahun, merokok purata 40 batang rokok sehari. Ia mulai merokok sejak berusia 18 bulan. Kalau tidak diberi, ia akan mengamuk.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2010 17:55

Palestin di Dinding 2

Ketika Zionis melanyak Gaza awal tahun 2009, mereka bukan sahaja membunuh penduduk Palestina, tetapi juga menceroboh rumah kediaman dan merosakkannya. Ideanya ialah supaya wujud kesan trauma yang berpanjangan.


Ini dinding rumah Sami Saleh Dardona, perhatikan grafiti pada dinding yang terbakar. Di wilayah Zeitoun, 27 orang ahli keluarga Samouni terbunuh akibat serangan udara Zionis ketika sedang berlindung di rumah ini. Yang menyedihkan ialah seisi keluarga itu diarah berlindung di situ oleh...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2010 01:24

June 17, 2010

Palestin di Dinding 1






Macam-macam cara untuk mengingati derita Palestina. Pelukis catan dan grafiti muslim di London mengecat tembok di kawasan kejiranan mereka. Mungkin NGO Palestina kita boleh berhenti sekejap menghantar ubat dan makanan yang tak akan sampai ke Gaza, anjurkan pula ragam kesedaran yang lebih segar. Nah, hiasi tembok di sekitar KL Sentral, terowong Smart dengan catan cakna Palestin. Tidakkah segar?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2010 14:37

Pelajaran Tentang Kesyukuran

Kalian fikir senang?
Bukan senang beroleh cinta
Kerna cinta dan kesyukuran
Satu jasad duduk yang sama
Kalian hanya menyatakan hasrat, kehendak dan hajat
Tercari-cari contoh purba kala, kasihan -
Kalian terlupa ada seorang zahid
Yang tulus bersedekah dalam rukuk solatnya
Ada seorang abidah, berisi sebelas nur dalam geluk rahimnya

Ada seorang nabi, terharu dalam sendu
Menagih upah tiada, meminta janji sayu ikrar kecintaan
Bukan sekadar al Mahabbah, tetapi al Mawaddah kita tawarkan
Untuk itu kita rela...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2010 07:27

June 16, 2010

Kena Panah Petir




Di Monroe, Ohio, Amerika Syarikat sculpture 'King of Kings' iaitu 'patung' besar Jesus Christ berdiri agam dan megah di perkarangan Solid Rock Church. Khabarnya ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan 'aksi' Jesus mendepangkan tangan ala-ala berdoa ke jihat langit. Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini dibuat dari plastik dan gelas fiber.

Malam isnin lepas, Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Mungkin elok pendiri...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2010 17:59

June 15, 2010

Kita Tiada Ketua



Sukar sekali Barat memecah belah perpaduan umat Islam di Iran. Menjelang setahun terlantiknya semula Mahmoud Ahmadinejad ke jawatan Presiden, ada api yang cuba dinyalakan supaya kumpulan pembangkang Mir Houssein Musavi yang dikaitkan dengan Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani turun semula ke jalanraya. Tetapi, harapan dusta itu menjadi kelabu. Acara Peringatan Perginya Imam Khomeini Yang Ke-21 pada 4 Jun lalu menunjukkan Ayatullah al Uzma Imam Ali Khamenei memimpin solat Jumaat, dan di...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2010 19:22

June 14, 2010

Mentertawakan England


Sejak insiden tumpahan minyak di perairan Teluk, Obama yang tidak henti-henti menyalahkan BP, "British Petroleum," telah mengakibatkan rasa resah rimas dalam kalangan orang Inggeris. Mana tidaknya, BP masih dianggap satu identiti nasional Inggeris meskipun ia adalah sebuah 'far-reaching international corporation' dengan pegangan aset meliputi wilayah Amerika sendiri (termasuk 'Texas refinery' dan saham rangkaian pipeline Alaska).

Dan sifat pongah-poyo Obama kian terserlah. Selain gagal...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2010 18:11

June 13, 2010

Apa Yang Zionis Ingin Sembunyikan: Rakaman Iara Lee

Iara Lee, salah seorang penumpang Mavi Marmara dari Amerika Syarikat berjaya membawa keluar rakaman bagaimana tentera Zionis membunuh orang awam dalam rombongan Flotilla Gaza. Rakaman beliau ini terlepas dari rampasan Israel.

Saksikan di sini. Sebarkan maklumat ini.

* Ingatan, ia grafik dan sangat mengejutkan.

Dalam pada itu saya ingin mengingatkan kumpulan badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu Palestin supaya tidak bersekongkol dengan munafik Palestin dalam program-program amal kalian.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 13, 2010 15:45

June 11, 2010

WAVING FLAG

Kalau saya mendengar lagu, yang menjadi perhatian saya selalunya lirik dahulu, irama kemudian. Hari ini Waving Flag dendangan K'naan (nama asal Keinan Abdi Warsame) telah menjadi fenomena ekoran musim Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Keinan dilahirkan di Somalia pada tahun 1978, dan membesar di Mogadishu. Beliau turut merasai Perang Saudara Somalia (ingat filem Black Hawk Down? Rakyat Somalia mengajar cukup-cukup tentera Amerika). Keinan dikenali juga sebagai penyair di Somalia, malah...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2010 21:15

Cerpen Mikro: Sasha Tak Kisah Gambar Tidak Dipamer

"Sasha tak kisah gambar Sasha tidak dipamerkan. Siapalah Sashakan?" Begitu ujar Sasha, Ratu Cantik Tampin ketika ditanya tentang gambarnya yang tidak dipamerkan ketika pertandingan Ratu Cantik Negeri Sembilan kelmarin. "Wartawan yang tanya soalan tu memang macam tu. Adu domba. Tak ada kelas. Dia akan kena kifarah tau."

Kak Bedah, wartawan majalah Saja Nak Cuit Nak Cubit melaporkan dalam twitter tentang Sasha yang dikatakan murung kerana fotonya mengenakan kebaya nyonya tidak dipamerkan ketika ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2010 01:22

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.