Faisal Tehrani's Blog, page 32
June 27, 2010
Berkunjung Lagi di Kopitiam Ghadir
Baca sini.
"Kopitiam Ghadir is potentially caught up in a game of political and religious brinkmanship." - Profesor E.P. Wieringa, Universiti Cologne, Jerman.
Published on June 27, 2010 13:14
June 25, 2010
Memperkenalkan
Published on June 25, 2010 00:13
June 23, 2010
Kopitiam Ghadir Dipentaskan Sekali Lagi
1-4 Julai ini, Nantikan!
Seperti yang pernah saya sebutkan lama dahulu, Kopitiam Ghadir adalah sebuah teater wacana. Kalau mahu namakan ia 'teater Persuratan Baru' pun boleh juga kerana pementasan ini berminat untuk menghantar ilmu dahulu, estetika adalah perkara kedua; tetapi Insya-Allah tuan-tuan akan tetap berasa terhibur secara berhemat. Saya telah menyatakan, Kopitiam Ghadir terilham oleh serangan Zionis terhadap Gaza pada awal tahun 2009. Ia membuatkan saya mencari-cari, mengapakah kita...

Published on June 23, 2010 16:32
Masjid Sunni di Republik Islam Iran
Di bawah adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan. Ini adalah masjid Ahlusunnah wal Jamaah di Iran Perasmian pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah ini dilakukan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, pemimpin sunni di Bandar Abbas dan wakil Ayatullah al Uzma Ali Khamenei iaitu Ayatullah Na'im Abadi.
Ulama di atas ini ialah Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, seorang ulama sunni di Iran yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Madinah.
Ulama di atas ini ialah Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, seorang ulama sunni di Iran yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Madinah.
Published on June 23, 2010 00:36
June 22, 2010
Pesan Untuk Sahabat Yang Punya Masalah
"Anak muda yang dikasihi, pasanganmu adalah seseorang yang telah menghubungkan hati, jasmani dan nasibnya. Dengan sepenuh hati, saya mengucapkan tahniah kepada anak-anak yang saya kasihi sekalian. Saya berpesan, hendaklah kamu mencurahkan kasih sayang kepada pasanganmu. Setialah dengan mereka dan selaraskan dirimu dalam urusan satu sama lain.Hindarilah kerumitan hidup bersama, dengan mengabaikan kekusutan kecil dan tidak penting. Semoga Tuhan menganugerahkan padamu kesejahteraan, kegembiraan ...
Published on June 22, 2010 19:38
June 21, 2010
Merenung al Fatihah Anda: Bagaimana Ia Berhubung Dengan Palestina
Sunni dan syiah harus bersatu menentang kekejaman Zionis terhadap umat Islam di Palestina. Bagusnya kerja-kerja Hamas dan Republik Islam Iran dalam menghadapi kuasa kuffar dan mustakbirin. Perbincangan dua hala Hamas dan Iran di Tehran, 1 Mac lalu.
Tetapi Wahabi, ya Wahabi memang pelik - mereka rimas, benci, bahkan berdendam dengan perpaduan sunni-syiah. Mereka ingin memporak-perandakan agama ini. Dan untuk itu, mereka halakan perjuangan mereka terhadap umat Islam Syiah. Lihat sahaja...

Published on June 21, 2010 21:04
Cerpen Mikro: Lisbon
Pada 22 Jun 2010, dunia bangun dari tidur dengan satu kejutan. Kim Jong Il telah meletupkan Lisbon dan beberapa buah bandar lain di Portugal dengan menggugurkan tujuh butir bom nuklear berkuasa tinggi.Menurut Kim Jong Il ia adalah nazarnya untuk Nyemah Mulya.
Published on June 21, 2010 10:01
Kecuaian Memetik Sumber Berita
Berita Harian hari ini, menyiarkan sebuah berita berjudul Tokoh Sunnah Dihukum Gantung (lihat di sini). Berita Harian telah memetik sumber berita AFP. Perenggan awal berita tersebut berbunyi: Ketua kumpulan Jundallah, sebuah pergerakan pemisah Sunnah Iran, Abdolmalek Rigi dihukum gantung awal semalam selepas didapati bersalah mencetuskan pemberontakan hingga menyebabkan pertumpahan darah di wilayah tenggara negara itu, Sistan-Baluchestan."Abdolmalek Rigi digantung pada pagi Ahad di penjara...
Published on June 21, 2010 06:23
June 20, 2010
Kucing Manjaan PM
Perdana Menteri nan satu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan daripada rakyat Malaysia untuk memberi nama bagi anak kucing yang dibelinya kelmarin."Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," itulah kata PM nan satu dalam laman blognya www.1malaysia.com.my semalam.
Perdana Menteri berkata, beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.
"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk...
Published on June 20, 2010 18:13
June 19, 2010
Foto Terbaru Sayyid Hassan Nasrallah
Di sebuah desa kecil di Lubnan, jauh dari pengetahuan orang - inilah dia Komander Nasrallah. Semoga Allah memelihara beliau.
Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrallah?
Apa yang kau pupuk
pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing dari selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?
* Ingin Jadi Nasrallah sudah berada di pasaran, dapatkan di kedai-kedai buku utama.
Published on June 19, 2010 14:39
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 587 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.