Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog, page 45

November 14, 2022

Tiada Siapa Boleh ‘Berasap’ Mulutnya!

Badan induk bola sepak dunia, FIFA telah mengeluarkan larangan merokok dan vape di kesemua stadium Piala Dunia 2022. Ianya adalah sebahagian daripada usaha untuk mewujudkan suasana bebas asap rokok serta gaya hidup sihat.


Piala Dunia 2022 akan berlangsung dalam masa kurang dari seminggu, bermula pada 20 November akan datang.

Qatar kini dalam proses persiapan terakhir untuk mengalu alukan pelancong sukan ke negara mereka.

Sila Baca Disini : Chelsea Kalah Kerana Kepenatan!

Tiada Siapa Boleh ‘Berasap’ Mulutnya!

Demi kelancaran dan keselesaan sepanjang kejohanan itu, FIFA dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahu mewujudkan kejohanan yang sihat dan selamat.

Ia juga bertujuan untuk mengawal penggunaan tembakau yang memudaratkan kesihatan serta nyawa.

“Setiap daripada tiga rakan kongsi telah lama mempromosikan langkah kawalan tembakau yang berkesan,” kata Rayaana Bou Haka, Wakil WHO ke Qatar.

“Sementara itu, ini juga untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya tembakau kepada kesihatan.”

“Qatar juga menyokong pelaksanaan dasar bebas tembakau di acara sukan FIFA.”

“Walaubagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa acara sukan utama tanpa tembakau yang berjaya bergantung pada komunikasi yang berkesan dan penguatkuasaan dasar.”


Setakat ini, dasar yang akan dilaksanakan oleh FIFA adalah melarang merokok dan vape di sekitar dan di stadium.

Tempat khas akan disediakan untuk mereka yang ingin menjalankan aktiviti merokok atau vape di luar stadium pada jarak tertentu.

Ini bertujuan untuk melindungi hak orang ramai untuk dapat menghirup udara bersih, tidak dicemari oleh bahan berbahaya yang lain.

Selain itu, peraturan ini juga memberi impak kepada orang ramai dalam menjaga kesihatan mereka bersama FIFA dan WHO turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Qatar dalam mengetatkan larangan merokok dan Vape.

Seterusnya FIFA menyatakan bahawa mereka akan menggunakan pendekatan tegas, tolak ansur sifar kepada mereka yang melanggar peraturan penggunaan tembakau dan vape.

Ini bermakna sebelum ini FIFA memang sudah ada peraturan larangan merokok dan menggunakan vape di dalam stadium mereka semasa Piala Dunia, namun penguatkuasaannya tidak begitu tegas. Kali ini ianya akan diperketatkan.

“Piala Dunia FIFA di Qatar akan mempunyai penonton global seramai lima billion orang, yang memberikan bola sepak platform penting untuk perubahan sosial,” kata jurucakap FIFA, Federico Addiechi.

“Selama dua dekad, kejohanan global telah dimainkan dalam persekitaran bebas tembakau, tetapi kali ini merupakan langkah yang perlu untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan dasar itu di Doha pada bulan November dan Disember. Kami komited untuk berbuat demikian.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2022 22:17

Chelsea Kalah Kerana Kepenatan!

Pengurus Chelsea, Graham Potter menjelaskan bahawa, pasukannya tidak cukup rehat kerana jadual padat berbanding Newcastle.


Perkara itu memainkan peranan dalam kekalahan terbaru mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

Chelsea tewas 1-0 di tangan Newcastle yang sedang dalam prestasi terbaik mereka sejak diuruskan oleh Eddie Howe.

Sila Baca Disini : Terengganu FC Sedang Bergolak!

Chelsea Kalah Kerana Kepenatan!

Gol tunggal bekas pemain Arsenal, Joe Willock sudah cukup untuk memberikan 3 lagi mata untuk Newcastle menutup separuh musim dengan kemenangan.


Sekaligus memberikan tekanan berterusan kepada pengendali baharu Chelsea yang dilantik menggantikan Thomas Tuchel iaitu Graham Potter.

Pengendali Chelsea, Graham Potter memberikan kredit kepada prestasi cemerlang Newcastle. Kemudian dia beranggapan pasukannya dan Newcastle sama sama hebat pada separuh masa pertama.

Namun berlaku perubahan taktikal oleh Newcastle yang membuatkan Chelsea perlu melakukan sedikit adaptasi.

Potter berkata: “Saya fikir separuh masa pertama kedua dua pasukan adalah setara. Namun mereka memulakan separuh masa kedua lebih baik daripada kami.”

“Kami terpaksa menyesuaikan sedikit dan kami melakukan perkara itu [tetapi] kami melakkukan terlalu banyak kesilapan individu dalam usaha mengekalkan kualiti dan tekanan yang baik.”


“Sekali lagi, kredit kepada Newcastle, mereka bermain dengan baik, dan mereka berada dalam masa yang sangat baik.”

Seterusnya, jadual padat Chelsea juga dikatakan memberikan kelebihan buat Newcastle yang bermain 1 perlawanan seminggu.

Potter menambah: “Anda mungkin dapat melihat perbezaan [pasukan yang bermain] dalam jadual satu perlawanan seminggu berbanding tempoh padat yang kami lalui.”

“Tak bagus untuk tidak mendapat keputusan [yang diinginkan]. Ia kedengaran semudah itu [untuk mengatakannya] tetapi saya perlu melihat mengapa itu berlaku dan situasi yang terpaksa kami hadapi.”

“Ia tidak langsung sama sekali. Kami mempunyai banyak perlawanan, beberapa kecederaan kepada pemain utama, menggugat kestabilan pasukan kami, hari ini sekali lagi anda melihat mereka hilang kekuatan.”

“Baru sahaja mengalami tempoh yang sangat mencabar. Anda akan menghadapi empat pasukan dalam masa terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dari segi versi mereka dan itu boleh mencabar anda juga.”

Potter akhir sekali menyatakan bahawa, mereka harus mencari jawapan kepada permasalahan mereka sendiri.

“Para pemain sudah melakukan banyak sekali, namun kami masih kekurangan kualiti.”

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2022 22:03

Permohonan Jawatan Kosong Majlis Daerah Tumpat. Mohon Sini !!

Berikut adalah maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak kami. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Jawatan Kosong Terkini Malaysia hanya menyiarkan jawatan kosong untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Semua permohonan anda mesti dibuat di laman web rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan pekerjaan.

Artikel Berkaitan :

Mohon juga :  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ~ Mohon Sini Sekarang !!

Semak juga :  Alhamdulillah Bantuan BKM Fasa 4 Dah Masuk – Semak Online Sekarang !!

MAJIKAN & TARIKH TUTUP:

Calon-calon yang berkelayakan yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan yang diiklankan seperti di bawah:

Nama Majikan: Majlis Daerah TumpatLokasi Kekosongan: KelantanTarikh Tutup Permohonan: 20 November 2022MAKLUMAT KEKOSONGAN:

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

PEMANDU KENDERAAN H11

KELAYAKAN MOHON:

Untuk memohon, pastikan anda mengikut langkah-langkah untuk memohon kerja kosong terkini yang majikan tetapkan seperti di bawah.

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah seperti, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, Tahap “A”, Pra-U) atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah dahulu)

Selain itu, anda juga mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

Cukup syarat akademik yang ditetapkanBerminat bina kerjaya bersama majikanBerpengetahuanMempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)KELEBIHAN:Gaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainDan lain-lainCARA MOHON:

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2022 00:44

November 13, 2022

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Pelbagai Jawatan Menarik!

Permohonan Jawatan Kerajaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dialukan memohon dan mempelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/kontrak seperti berikut.

Calon berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang diiklankan seperti di bawah:

Senarai Jawatan yang ditawarkan:

1. GURU BAHASA GRED DG41
2. JURU X-RAY GRED U41
3. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
4. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41
5. PEGAWAI SAINS GRED C41
6. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19
7. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19
8. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
9. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
10. PENOLONG JURUTERA GRED JA2

Maklumat Jawatan Kosong:Tarikh tutup permohonan : 15 November 2022 (Selasa)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan
Gaji : RM 1,205.00 – RM 9,656.00
Kelulusan Minimum : Ijazah/Diploma/SPM/STPM/Kelayakan Professional yang diiktiraf
Status Pelantikan : Tetap/KontrakCara Memohon Jawatan:

*Permohonan adalah secara online melalui portal online atau borang yang telah ditetapkan di UKM.

*Permohonan hendaklah sampai kepada pihak mereka sebelum/pada tarikh tutup. Selepas dari tarikh tersebut permohonan anda tidak akan diterima.

*Bagi calon yang berminat dengan jawatan ini, anda dikehendaki membuat permohonan melalui link yang disediakan dibawah:-

Borang Permohonan dan Syarat-syarat:

(Untuk permohonan jawatan dan info lanjut anda boleh klik link di bawah)

Permohonan dan Borang Disini

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 21:44

Demi Mane Senegal Panggil Bomoh!

Senegal dilaporka mahu mencari bomoh untuk sembuhkan segera Sadio Mane bagi menghadapi kempen Piala Dunia Qatar.


Pemain penyerang Bayern Munich itu telah mengalami kecederaan yang tidak dapat dielakkan sebelum Piala Dunia bermula.

Kecederaannya dilaporkan memerlukan beliau disisihkan sekurang kurangnya 4 minggu ataupun sebulan.

Sila Baca Disini : PJ City Tidak Akan Bertanding Lagi!

Demi Mane Senegal Panggil Bomoh!

Setiausaha Agung FIFA dari Senegal, Fatma Samoura menyatakan perkara itu menerusi wawancara bersama Europe 1. Beliau berkata, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Sadio Mane bermain dalam temasya Piala Dunia 2022.


Menggunakan khidmat bomoh adalah bukan perkara yang asing bagi orang Afrika. Mereka masih ada kepercayaan yang kuat kepada bomoh dan dukun mereka.

Beberapa bulan yang lalu, Paul Pogba yang berdarah Afrika telah mengakui beliau membelanjakan jutaan dollar untuk mengupah bomoh bagi melindunginya daripada kecederaan.

Dengan kaedah rawatan moden pula sudah memberikan tempoh kesembuhan Mane bahawa paling awal sembuh sekitar 4 minggu, Fatma berkata mereka kini mencari ikhtiar lain dengan mencari bomoh yang boleh menghilangkan kesakitan Mane tersebut.

Mereka mahu Mane berada dalam pesawat pasukan yang akan ke Qatar serta dapag beraksi untuk negaranya nanti.


Dalam aksi berdepan Werder Bremen sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu sempat beraksi 20 minit sahaja. Beliau kemudian terduduk di atas padang menyatakan bahawa kakinya berasa sakit dan khuatari telah cedera.

Fatma Samoura berkata“Ia berita yang sangat besar, mengejutkan dan menyedihkan.”

“Kami akan pertimbangkan akan menggunakan khidmat dukun terbaik kami untuk merawatnya,” tambah beliau lagi.

Ditanya sama ada beliau yakin bahawa kaedah tersebut akan membantu, Samoura berkata: “Saya tidak tahu tetapi dalam apa jua keadaan kali ini kami akan merayu mereka. Kami berharap akan keajaiban, beliau harus berada di sana.”

Satu lagi laporan menyebut bahawa, pengurus Senegal, Alliou Cisse akan tetap menyertakan Sadio Mane di dalam pasukannya sekalipun jika tidak boleh beraksi.

Cisse sedia membawa Mane sebagai pemain pasukan dan kalau boleh hanya beraksi bermula pada aksi ketiga, jika pemain itu dapat pulih lebih cepat daripada jangkaan awal.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 21:09

Sah PJ City Tidak Akan Bertanding Lagi!

Pasukan Petaling Jaya City sah tidak beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan apabila Presiden kelab itu, Datuk Seri Subahan Kamal mengumumkan tidak akan bertanding lagi.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan penarikan diri pasukan itu tiada kaitan dengan masalah kewangan kerana PJ City tidak mempunyai sebarang hutang atau tunggakan gaji.

Punca sebenarnya adalah mereka tidak mampu menyesuaikan diri dengan penstrukturan Liga Malaysia untuk musim depan seperti mana diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) sebelum ini.

Sila Baca Disini : Pemain Muda Jadi Tumpuan Di Qatar!

PJ City Tidak Akan Bertanding Lagi!

Dengan menggunakan pemain tempatan sepenuhnya, mereka merasakan tidak mampu bersaing dengan pasukan yang mempunyai 9 pemain import.

“Melihat pada perubahan yang akan dibuat dalam saingan liga musim depan, sukar untuk kami mengambil bahagian. Bayangkan musim ini dengan 5 pemain import pun kami sudah bergelut, inikan pula musim depan dimana bilangannya akan bertambah.

“Ada juga perkara lain yang kami fikir tak sesuai dan luar kemampuan kelab (PJ City). Jangan salah faham, kami hormat keputusan yang dibuat MFL kerana saya fikir mereka tahu apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia.

“Cuma kami tak mampu menyesuaikan diri dengan keadaan itu,” jelas Subahan Kamal dalam sidang media.


Selama dua musim, PJ City beraksi tanpa kelibat pemain import untuk memberi peluang kepada bakat tempatan membuktikan kemampuan mereka dalam saingan Liga Malaysia. Hasilnya, 4 pemain itu Kalamullah Al Hafiz, Ruventhiran, Darren Lok dan Kogileswaran mendapat panggilan menyertai skuad kebangsaan.

Sejak minggu lalu, para pemain PJ City diarahkan mencari pasukan lain untuk musim depan kerana hala tuju kelab tersebut masih belum ditentukan ketika ini.

Namun begitu, Subahan menjelaskan mereka sedia menyerahkan kelab itu kepada pemilik baharu yang berminat dengan syarat mengekalkan nama PJ City.

“Kita terbuka kepada mana-mana pihak yang mahu mengambil alih kelab ini. Kalau ada yang berminat, mereka boleh berhubung dengan CEO (S Ganesh) untuk berbincang.

“Selepas itu, kita akan bawa kepada MFL untuk tindakan lanjut.  Ada beberapa syarat yang kami letakkan kepada mereka yang mahu mengambil alih kelab ini,” tambahnya.

Ketiadaan PJ City menyaksikan mereka mengikut jejak langkah Felda United, Sime Darby, MK Land, Public Bank and UPB-MyTeam yang telah manarik diri daripada Liga Malaysia beberapa tahun lalu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 20:55

Sila Anda Tahu Syarat-Syarat Lulus BKM, Sila Anda Semak Sekarang!

Sila anda semak BKM anda sekarang untuk lebih lanjut lagi!

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat). Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Sila Anda Tahu Syarat-Syarat Lulus BKM, Sila Anda Semak Sekarang!

Namun pada secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022. Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.

Syarat-syarat Kelayakan BKM 2022

Sila Anda Tahu Syarat-Syarat Lulus BKM, Sila Anda Semak Sekarang!

Kelayakan BKM adalah berdasarkan 3 kategori berikut;

Isi Rumah

Kahwin; atau

Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal/ Balu/ Janda /Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

Had umur adalah 21-59 tahun; dan

Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

Untuk anda ingin tahu lebih lanjut sila anda layari laman web Bantuan Keluarga Malaysia 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 19:33

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ~ Mohon Sini Sekarang !!

Berikut adalah maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Info kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Malaysia Jawatan Kosong Terkini hanya menyiarkan jawatan kosong untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Semua permohonan anda mesti dibuat di laman web rasmi majikan seperti yang dinyatakan dalam iklan pekerjaan.

Artikel Berkaitan :

Jom Mohon :  (Terkini) Bantuan Khas Untuk Suri Rumah B40: Ini Syarat Dan Cara Permohonan RM480 ~ Semak Disini !!!

Jawatan Kosong : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) buka lebih 30 jawatan kosong: Gaji sehingga RM5,696 ~ Mohon SIni Sekarang !!

Jawatan Kosong : Terkini Jawatan Kosong KKM November 2022 ~ Mohon Sekarang !

MAJIKAN & TARIKH TUTUP:

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon mengisi kekosongan kerja yang telah diiklankan oleh portalmalaysia seperti di bawah:

Nama Majikan: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Lokasi Kekosongan: SelangorTarikh Tutup Permohonan: 25 November 2022MAKLUMAT KEKOSONGAN:

Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

PENOLONG PENGARAH DG44/DG48KELAYAKAN MOHON:

Untuk memohon, mestilah anda mengikut langkah-langkah untuk memohon kerja kosong terkini yang majikan tetapkan seperti di bawah.

Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, Tahap “A”, Pra-U) atau Kelayakan Profesional yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah dahulu)

Selain itu, calon juga mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

Cukup syarat akademik yang ditetapkanBerminat bina kerjaya bersama majikanBerpengetahuanMempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)KELEBIHAN:Gaji dengan pelbagai imbuhan menarikCuti TahunanCuti Sakit dan lain-lainDan lain-lain

CARA MOHON:

Klik pautan “IKLAN PENUH JAWATAN” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 18:53

Alhamdulillah Bantuan BKM Fasa 4 Dah Masuk – Semak Online Sekarang !!

Bantuan yang ditunggu-tunggu pada bulan September, BKM Fasa 4 telah pun mula dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang layak bermula hari ini.

Bantuan BKM Fasa 4

Bantuan BKM ini dibahagikan kepada empat fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Bantuan ini dikreditkan secara one-off bertujuan meringankan beban sara hidup rakyat yang terbeban akibat kenaikan harga barang dan fasa ekonomi yang mencabar ketika ini.

Adakah anda ingin tahu BKM & bank wilayah mana yang telah masuk?

BKM Fasa 4 Bila Masuk?

Tarikh rasmi yang telah dinyatakan ialah pada 15 november dan akan masuk SECARA BERPERINGKAT.

Kebanyakan penerima adalah mereka yang mempunyai akaun bank BSN. Bank lain mungkin akan masuk secara beransur-ansur dari semasa ke semasa.

Bukti Pembayaran BKM Telah Masuk ke Akaun Bank

Sila rujuk gambar resit di bawah untuk kepastian anda. Gambar berikut adalah resit daripada pihak bank bagi mereka yang telah menerima bantuan ini.

 

Cara Semak BKM:

Untuk menyemak status pembayaran, sila klik pada pautan berikut:

Semakan BKM

Status permohonan hanya boleh disemak mulai 20 September 2022. Harap maklum.

Nilai Bantuan BKM Fasa 4

Bagi fasa ketiga Bantuan Keluarga Malaysia, bagi bayaran bulan September, jumlah bantuan adalah seperti berikut:

Penerima Bantuan BKM dalam fasa ini akan diberikan kepada kategori isi rumah, bujang/tiada pasangan dan bujang.

Lihat Di Sini: Jumlah Bayaran BKM Fasa 4

Maklumat Lanjut

Sila semak akaun bank anda secara online dahulu, lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di ATM untuk menyemak sama ada bantuan sudah diterima atau belum.

Anda dinasihatkan untuk mendaftar log masuk MyBSN sekarang bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank dalam talian.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 18:22

( RASMI ) Tarikh Bayaran BKM Fasa 4 Hujung Tahun ini ~ Semak Sini Sekarang !!

20 September lalu, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) fasa 3 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak.

Walaupun masih ada yang masih belum menerima bayaran, bayaran tersebut sedang diagihkan kepada semua penerima secara berperingkat sehingga 27 September 2022.

Pembayaran akhir BKM Fasa 4 akan diteruskan dengan jumlah dan bayaran yang berbeza.

Baca juga:

(Terkini) Bantuan Khas Untuk Suri Rumah B40: Ini Syarat Dan Cara Permohonan RM480 ~ Semak Disini !!!Bayaran Bantuan RISDA Musim Tengkujuh – Mohon Bantuan BMT RM600 Sekarang !!!!Kadar Bayaran:

Berikut adalah kadar bayaran mengikut kategori:

Semua kategori akan dibayar atas pembayaran fasa 4 BKM ini kecuali bujang berumur 59 tahun ke bawah.

Tarikh pembayaran:

BKM Fasa 4 dijangka diberikan kepada penerima pada minggu keempat Disember 2022.

Maklumat lanjut:

Maklumat lanjut akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Perdana Menteri, atau Menteri Kewangan atau LHDN sendiri.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2022 16:20

Mohd. Asri Zainul Abidin's Blog

Mohd. Asri Zainul Abidin
Mohd. Asri Zainul Abidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mohd. Asri Zainul Abidin's blog with rss.