Zainuddin Maidin's Blog, page 34

May 18, 2016

PM PANGGIL KP UTUSAN KERANA TAK SIAR BERITA KETUA BAHAGIAN UMNO

UNTUNG BELI TERUS "SAYA BUKAN MENTERI"  DARI PENGARANGNYA 
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah memanggil saya sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu ketika itu kerana  tidak menyiarkan berita mengenai beberapa orang Ketua Bahagian UMNO tetapi memberikan tempat kepada berita pemimpin-pemimpin pembangkang.


Saya memberitahu Dr.Mahathir di depan beberapa orang ketua bahagian termasuk seorang dua Menteri Besar" Jika cakap-cakap ketua bahagian yang tidak be...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 18, 2016 21:47

May 17, 2016

SEBAB SEBENAR ANWAR IBRAHIM TULIS TANGAN SURAT BERSAJAK DARI PENJARA.

ZAID JANGAN FANATIK DAN  KELUAR DARI SIKAP PREJUDISNYA

Agak mengejutkan seorang  peguam dan komentator yang tajam seperti Zaid Ibrahim tidak dapat menciumi  sebab sebenar yang mendorongkan tahanan
jenayah Anwar Ibrahim tiba-tiba melihat bahaya  kerjasama Tun Dr. Mahathir dalam "Deklarasi Rakyat" yang dianggapnya  tidak selari dengan perjuangan reformasi partinya.

Sebenarnya tidak selari dengan hasratnya agar  Mahathir kembali membersihkannya untuk membuka semula pel...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 17, 2016 16:39

May 15, 2016

HANYA PAS YANG BOLEH MENANG DI PRK K KANGSAR DAN SG BESAR

PELUANG AKHIR NAJIB JADI PM SERIBU TAHUN LAGI

Komen:KEMUNGKIAN -KEMUNGKINAN:

1- Kemenangan BN di PRK K.Kangsar dan Sg Besar bergantung kepada sejauh mana Allahyarham dan Allahyarhamah  telah dapat memperbaiki kemenangan mereka yang marginal di kedua kawasan parlimen itu dan bukan kerana imej baik atau buruk Najib 

2- Jika Pas bertanding,Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir akan membantu kempen Pas sekalipun Pas  tidak disokong oleh Pakatan  Harapan.

3- PAS akan terpaksa meny...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2016 03:44

May 10, 2016

HARAMKAN PENDAKWAH SEPERTI ZAKIR NAIK DATANG KE MALAYSIA

SEHINGGA JAM 3 PETANG INI PELAWAT KEPADA TAJUK INI TELAH MELEBIHI 25,000

MERENDAH  KEWIBAWAAN MUFTI DAN ULAMA  TEMPATAN
View translation

Sewajarnya Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak menafikan dakwaan mengatakannya tidak menyenangi kehadiran tokoh ilmuan Islam Dr. Zakir Naik di negeri itu seperti yang dilaporkan  oleh TerenganuKita Online.
Sebenarnya inilah  perasaan yang terpendam di kalangan orang Islam yang mempunyai prinsip kejatian diri Melayu Islam termasuk para ulama...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 10, 2016 19:46

May 7, 2016

NAJIB AKAN HADAPI UJIAN LANGSUNG YANG BENAR- BENAR MENDEBARKANNYA


Dua Pilihanraya Kecil Parlimen akan terpaksa diadakan dari segi perlembagaan berikutan dengan kehilangan dua anggotanya dari kawasan Kuala Kangsar dan d kawasan Sungai Besar Selangor dalam trajedi nahas helikopter di Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak menghadapi debaran yang hebat dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana memang telah pun di duga dari awal lagi kepimpinan Adenan Satem yang hebat akan menyelamatkan maruah Najib dengan membawa kemenangan ceme...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2016 20:37

LANTIK ADENAN SATEM SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI KEDUA

KOMEN:

Perhatian kepada pekara-pekara berikut hendaklah diberikan berikutan dengan kemenangan besar BN di Sarawak:
1-Adenan Satem telah membuktikan warisan kepimpinan anak bangsa yang bijaksana berasaskan kepada keadilan,keberanaian,ketegasan,liberal, non racist,tidak keugamaan,  memahami dan menghayati  kehendak rakyat.
2- Siapakah yang bakal pengganti Adenan Satem kelak yang lebih hebat darinya?
3- Sebagai balasan budi sumbangan besar rakyat Sarawak bagi membantu memulihkan sedikit mo...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 07, 2016 06:05

May 5, 2016

RAKYAT SARAWAK HARGAI PILIHAN TEPAT DAN BIJAK TAIB MAHMUD


Apabila  Tan Sri Datuk Amar Petinggi Adenan  Satem membawa  kemenangan besar dan bersejarah  kepada BN di Sarawak esok maka seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat  Sarawak tentulah mengenang bahawa inilah   pillihan tepat dan bijak yang ditinggalkan oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Abdul Taib Mahmud Yang Di Pertua Negeri Sarawak.

Adenan  bukan pemberian Najib seperti yang didakwa oleh Porpagandis Sabah Salleh Said Keruak tetapi pemilihan Taib Mahmud  ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2016 17:47

May 3, 2016

SAYA BUKAN MENTERI BOLEH DIBELI SEKARANG

Banyak yang bertanya kepada saya di mana boleh membeli karya saya terkini "SAYA BUKAN MENTERI". 

Sebenarnya buku ini bukan di terbitkan oleh saya sendiri tetapi oleh UUM(UNIVERSITI UTARA MALAYSIA) PRESS di mana saya telah menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr.Mahahtir(IPDM) selama empat tahun.

Anda boleh membelinya dengan tawaran istimewa sekarang di Pesta Buku Anatarabangsa di MAEPS SERDANG atau memesan on line uumpress.com.myJika bermasalah anda juga boleh menalipon encik Khoir...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 03, 2016 18:12

April 28, 2016

JOHAN JAAFAR AKAN LANCARKAN KARYA ZAM " SAYA BUKAN MENTERI"


Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dan Pengerusi Media Prima, Tan Sri Johan Jaafar akan melancarkan buku terbaru saya   "Saya Bukan Menteri" di Pentas Aktiviti Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Serdang, Malaysia Agro Exposition Serdang (MAEPS) pada hari Sabtu ini 30 April jam 10 pagi.Buku ini adalah memoir kehidupan saya dari seorang anak kampung yang berpelajaran rendah, memajukan diri sendiri dan meningkat dalam dunia kewartawanan, menjejaki tangga sebuah Univer...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 28, 2016 06:35

April 25, 2016

DISINILAH KAMI BERTUKAR MAKLUMAT RAHSIA LUCU DAN LUCAH

ULASAN TERHADAP" BULETIN SUARA KERAMAT" KETEPIKAN AGAMA DAN POLITIK
panglimo potaseh25 April 2016 at 21:44 Saya tertarik dengan ungkapan untuk mengenepikan perkara politik dan ugama didalam kumpulan whatsap Buletin Suara Keramat suara bekas wartawan-wartawan Utusan .Saya akui kedua perkara ni dah jadi macam rojak .. dicampur gaul dengan semahunya. Kedua perkara ini telah ditegakkan sebagai alat menutup dan melindungi perlakuan songsang dan tak beramanah. 

Pendekatan dakwah kita, walaupun be...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 25, 2016 00:26

Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zainuddin Maidin's blog with rss.