Syahrul Nizam Junaini's Blog, page 4
March 23, 2011
Pengaruh Gaya Trump
Alhamdulillah, buku Pengaruh Gaya Trump akan terbit pada bulan April. Buku ini hasil gabungan saya (Ilmu PENGARUH) dan Nazri Kadir (Berfikir GAYA TRUMP). Ada 16 bab yang padat dengan tip bisnes dan kepimpinan berpengaruh, khas buat pembaca yang budiman).
Ini kisah di sebalik tercetusnya idea menulis buku ini:
"Pada suatu petang, saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Nazri Kadir. Beliau menjemput saya menjadi penulis bersama bagi siri buku tulisannya. Saya fikir, peluang keemasan ini tidak wajar saya tolak. Saya terus membeli buku-buku tulisan Trump. Biar saya berbelanja ratusan ringgit bagi mendapatkan buku rujukan dalam bahasa Inggeris. Asalkan pembaca mendapat manfaat yang banyak daripada buku ini, yang ditampilkan dalam bahasa Melayu."Semoga ilmu yang kami kongsikan dalam buku ini bermanfaat. Jika tuan puan berminat mendapatkan diskaun sehingga 35%, temui saya dalam sesi bicara buku ini di PWTC sempena PBAKL 2011 pada 23 April, 3-4 petang di Booth PTS.
Published on March 23, 2011 16:37
January 8, 2011
Temui saya dalam rancangan Motivasi Pagi di TV3
Saya akan muncul buat kali pertama di TV3 dalam rancangan Motivasi Pagi di TV3 pada 6.30am pada 9 Januari 2011. Bagi penampilan pertama ini saya akan berkongsi tip bagaimana MENYUBURKAN MINDA POSITIF dalam diri kita. Jangan lepaskan peluang bersiaran bersama saya.
Pada Ahad, 16 Januari, saya akan kongsikan tajuk Kunci Ketahanan Jiwa.
Kemudian pada setiap Sabtu, setkan temujanji bersama saya pada 6.30 pagi selama 8 lagi episod (sehingga 12 Mac 2011).
Antara tajuk menarik yang akan saya bincangkan:
Ilmu PengaruhMencipta Karisma dan PengaruhSeni Komunikasi Suami IsteriGuru di mata anak-anakSeni Rundingan dan PujukanPemimpin TeladanInspirasi Pekerja KualitiUsahawan Berkat Pulangan Hebat
Jangan lepaskan peluang ini bagi menambahkan ilmu dan motivasi jiwa.
Jika terlepas peluang ini, tuan/puan boleh hubungi saya melalui emel syahruln77@gmail.com. Saya akan kongsikan tip-tip praktikal ke arah kecemerlangan kita dalam bentuk ceramah dan bengkel motivasi di tempat tuan/puan.
Published on January 08, 2011 01:56
December 29, 2010
15 Tip menjadi pengurus berpengaruh
Kadang-kadang sebagai pengurus kita buntu. Kita tidak terfikir bahawa selain mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan kakitangan kita dengan wang, ada banyak lagi caranya:
1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).
2. Ucapkan terima kasih.
3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.
4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.
5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).
6. Hantar kad ucapan/tahniah.
7. Berikan surat penghargaan.
8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).
9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).
10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.
11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.
12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.
13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.
14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).
15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.
Diadaptasi daripada 25 25 tips for non-financial recognition dalam buku tulisan Max A. Eggert (1999) bertajuk The Motivation Pocketbook terbitan Management Pocketbooks.
Untuk tips tambahan, rujuk Bab 23: Teknik Mempengaruhi Pasukan dalam buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi Tetapi Seni.

Published on December 29, 2010 21:03
December 18, 2010
Motivasi Pagi TV3 | Insan Teladan
Panel: Ustaz Mohd Fadzli Alyamani, penceramah dan pendakwah sepenuh masa
Siaran: Sabtu, 19 Disember 2010
Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah insan teladan yang cukup cemerlang. Dialah insan teladan yang wajar menjadi ikon, idola dan ikutan kita. Beliaulah hamba Allah yang paling patuh dengan Allah SWT.
Semasa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW risau tiada siapa yang percaya dengan perkara ghaib yang dilaluinya pada malam itu. Namun Abu Bakar tidak mengambil masa bagi menerima perkara yang nampak tidak logik. Segala cerita Nabi didengar, diterima dan diyakini dengan ikhlas.
Kata Umar RA:
"Jika ditimbang iman Abu Bakar dan iman semua umat disebelah dacing, nescaya imannya lebih berat."Tidak kenal maka tidak cinta. Jadi sebagai langkah praktikal bagi kita mendapat manfaat daripada contoh hebat ini:
Kenali peribadi Abu Bakar RA.Kasihi Abu Bakar RA.Taati Allah SWT sebagaimana Abu Bakar RA mentaati-Nya.Bacalah kisah tentang kehidupan beliau daripada kitab seperti Kisah Kehidupan Para Sahabat (Boleh juga download versi PDF Bahasa Inggeris kitab Hayatus Sahabah). Menjelmalah dalam sejarah hidupnya. Hidupkan amalan yang ditinggkannya.Inilah manusia contoh. Inilah manusia hebat. Inilah insan teladan sepanjang zaman.
Published on December 18, 2010 16:23
December 17, 2010
Motivasi Pagi TV3 | Komunikasi perkahwinan
Rancangan Motivasi Pagi TV3, Sabtu, 18 Disember 2010.Komunikasi yang berkesan dalam perkahwinan menyebabkan pasangan hidup dalam ceria, bahagia dan gembira. Sebaliknya komunikasi yang tidak berkesan menyebabkan pasangan hidup dalam tekanan dan stress. Mereka juga berisiko menghidap pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi.Menurut Dr Zaitun Sulaiman, perundung psikologi:
"Menurut kajian, dua tahun sahaja kita memendam perasaan kita, maka sel kita akan mendengari setiap apa yang kita katakan."Sel bermonolog dengan memberi saranan negatif kepada otak:
"Saya tidak baik, saya tidak berguna, saya memang berfikiran negatif."Jadi bagi mengelakkan tekanan, mulakan segera berfikiran positif. Berfikiran positif dapat mengelakkan penyakit. Sebaliknya apabila berfikiran negatif kita berasa tertekan. Rasa tertekan mendatangkan penyakit.
Ada kajian menunjukkan perasaan negatif menyumbang sebanyak 80 peratus punca penyakit. Sudah tentu kita tidak mahu menghidap penyakit di bahagian badan yang lain setelah hati kita sakit, cedera dikerat-kerat dengan pisau belati.
Published on December 17, 2010 16:59
December 14, 2010
Testimonial - Tuan Malik Faisal
Membaca buku 'ILMU PENGARUH: BUKAN JAMPI TETAPI SENI" ini seakan-akan membawa kembali semangat kita untuk meneroka sesuatu pengalaman yang baru yang kita rasakan sukar untuk dicapai sebelumnya.
Penggunaan susunan kata-kata yang mudah untuk difahami merupakan suatu kekuatan yang 'tersendiri' bagi penulis untuk mempengaruhi para pembaca di semua peringkat usia.
Juga ketika membaca dan memahami isi kandungan buku ini seolah-oleh kita sedang berdialog dengan penampilan diri kita sendiri dan merungkai serta menjawab kembali kesamaran kualiti jati diri kita.
Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa buku ini melambangkan kekuatan minda seorang manusia yang inginkan perubahan yang luarbiasa tetapi dengan alunan 'muzik yang sentimental'.
Buku ini sebaik-baiknya perlu dimiliki oleh kita semua.
Semoga Allah merahmati Ustaz Syahrul Nizam Junaini atas usaha beliau dalam berkongsi nasihat dan pesanan yang sangat berguna kepada kita melalui sentuhan istimewa ini. Amin
MALIK FAISAL BIN ABDUL WAHAB
(Penulis buku 'JAMPI JELMAAN AL QURAN DAN HADIS' (PTS) dan buku 'RUQYAH SYAR'IYYAH: SEBUAH TERAPI ISLAMI TERHADAP GANGGUAN SIHIR DAN JIN).

Published on December 14, 2010 22:06
December 9, 2010
Motivasi Pagi | Berfikiran positif mengelakkan penyakit
Apa kaitan antara berfikir positif dengan kesihatan? Berfikiran positif dapat mengelakkan penyakit. Apabila berfikiran negatif kita berasa tertekan. Rasa tertekan mendatangkan penyakit.
Menurut satu artikel perubatan:
"Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan."Tidak hairan ada orang yang diserang demam selsema jika tertekan atau stres. Ada juga orang yang wajahnya mogok lapar apabila dia stres. Jerawat tiba-tiba muncul sehingga mengeras menjadi jerawat batu. Orang yang mukanya cantik atau "jambu" tidak pula jerawatnya bertukar menjadi jambu batu apabila stres. :)
Bagi saya, cara mengelakkan stres ialah dengan bersangka baik. Fkirkan kebaikan orang lain (walaupun kecil). Jika akibat orang lain, maka perancangan kita rosak, kembalikan keadaan itu kepada Allah yang menguruskan setiap urusan. Bukan kerana orang itu kerja kita rosak, tetapi hakikatnya kerana Allah SWT belum mahu kerja kita sempurna dan perfect.
Apabila kita serahkan segala-galanya pada Allah, Insya-Allah kita tidak akan stres.
Semoga Allah SWT mudahkan.
Published on December 09, 2010 15:19
Motivasi Pagi | Berfikiran positif mengelakkan stres

December 6, 2010
Ulasan Buku: Berfikir Gaya Trump
[image error]
Tahniah kepada penulis buku Berfikir Gaya Trump yang membuat kajian yang sangat meluas dan mendalam. Tuan Nazri Kadir, pernah bertugas di salah sebuah bank, kini bertindak sebagai jururunding dalam bidang kewangan. Kepakaran beliau dalam mengadun dunia psikologi dan dunia bisnes menjadikan Berfikir Gaya Trump sebuah karya yang realistik.
Fakta yang lengkap tentang keluarga Trump disenaraikan pada bahagian pertama. Buku ini juga padat dengan kisah sebenar individu terkemuka (walau ada juga individu yang tidak berapa dikenali).
Bagi mengelakkan pembaca bosan, kisah-kisah sampingan (yang tiada kaitan langsung dengan Trump) juga diselitkan seperti kisah pelajar dan kentang yang busuk (Hal. 156). Gaya penulisannya agak ilmiah namun menghiburkan.
Saya sedikit terganggu kerana daripada segi imej latar belakang setiap halaman yang agak mengganggu pembaca. Saya cadangkan imej Trump Tower harus sekabur yang mungkin. Barulah teks dapat dibaca dengan jelas.
p.s.: Buku Rahsia Kepimpinan Berpengaruh Trump, hasil tulisan Tuan Nazri Kadir bersama saya sebagai co-author akan menemui peminat dunia buku pada 2011. Dalam buku itu saya bongkar rahsia kehebatan Trump sebagai ikon, mentor dan motivator terbilang.
p.p.s.: Tuan/puan boleh tinggalkan komen di sini bagi membuat pra-tempah. Diskaun eksklusif untuk burung terawal (early bird)!

Published on December 06, 2010 14:29
December 3, 2010
Reviu buku Ilmu Pengaruh
[Disalin secara verbatim dari Blog Tuan Mohd Hafizul Hilmi]
Sekian lama saya melihat Tuan Syahrul Nizam mengikuti perkembangan tulisan-tulisan di facebook saya meskipun tulisan itu ada yang tidak meningkatkan daya fikir. Rupanya saya berhadapan dengan orang yang hebat dan terkenal, Tuan Syahrul Nizam atau selayaknya saya anggap beliau sebagai seorang ayah, merupakan seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak, bahkan pernah menuntut di United Kingdom dalam bidang Komunikasi Media (Sarjana).
Cukup kerdil rasanya untuk saya menulis komentar berkenaan buku beliau bertajuk Ilmu Pengaruh : Bukan Jampi Tetapi Seni.
Buku ini cukup baik untuk mereka yang mahu membina potensi diri dari sudut pengaruh diri dalam sesuatu organisasi. Ada dua sisi, memilih untuk menjadi pemimpin dan mempengaruhi ahli dalam organisasi atau memilih untuk menjadi orang yang berpengaruh dan diangkat menjadi pemimpin dalam sesuatu organisasi. Dalam buku ini ada menerangkan taktik-taktik secara konsep untuk menjadi individu berpengaruh dan dapat dipraktikkan dalam apa sahaja medan yang diceburi. Apa yang perlu untuk menjadi individu berpengaruh ialah bukan duit, pangkat, dan jawatan tetapi ia melibatkan teknik-teknik menguasai emosi dan sumber-sumber dalaman yang sudah tersedia ada dalam diri seseorang.
Saya cukup tertarik dengan huraian tentang kemahiran menguasai emosi kumpulan sasaran untuk dipengaruhi. Lihat bagaimana sesebuah lagu itu diminati oleh pendengar untuk jangka masa yang panjang (evergreen), saya fikir ada unsur emosi yang terdapat dalam lagu tersebut. Jika dibandingkan dengan lagu-lagu baru yang ada pada hari ini, tidak banyak yang diisi dengan sentuhan emosi yang selari dengan mesej yang ingin disampaikan dalam liriknya. Ketandusan sentuhan emosi inilah yang menyebabkan lagu-lagu pada hari ini sekadar seperti angin lalu, dan tidak mampu bertahan lama dalam pasaran peminat.
Contoh yang boleh dibawa ialah apabila kita mendengar lagu-lagu P Ramlee, seperti lagu Pok Pok Bujang Lapuk (unsur humor) dan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti (emosi sedih). Iramanya cukup sarat dengan elemen emosi atau perasaan yang membuatkan liriknya dinyanyikan dengan penuh makna. Begitu juga lagu yang dicipta oleh Pak Ngah dalam genre lagu Melayu asli. Keaslian lagu Melayu masih kekal dalam setiap lagunya kerana ada unsur emosi atau perasaan yang mengiringi lirik. Tidak hairan jika telinga kita masih boleh melayan lagu-lagu lama Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris walaupun lagu itu dicipta sejak 10 tahun yang lalu. Jika diterap unsur emosi dan perasaan, ia akan terus hidup!
Begitu juga dalam proses menyampaikan arahan, ucapan, doktrin dan propaganda. Unsur emosi dan perasaan harus seiring buat menghidupkan mesej tersebut. Anwar Ibrahim menggerakkan kempen reformasi 1998, dengan membangkitkan sentimen rakyat (emosi). Dalam ucapan-ucapan beliau, isu fitnah yang dilempar kepada beliau, kepincangan perjalanan proses undang-undang di mahkamah, dan isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku, beliau telah menyimpulkan semua isu ini sebagai; "Ini bukan isu Anwar. Ini adalah isu kepincangan sistem kenegaraan dan rakyat harus bangkit!" Kebangkitan ini dilingkungi oleh unsur emosi yang membuak-buak dalam kalangan rakyat. Maka tidak hairan jika Anwar merupakan tokoh yang berpengaruh di seluruh peringkat masyarakat, bahkan di seluruh dunia.
Banyak lagi teknik-teknik yang Tuan Syahrul Nizam telah gariskan selain daripada permainan emosi, antaranya ialah kaedah memujuk yang menjadi isi utama perbincangan buku ini. Banyak perkara-perkara baru yang diperoleh daripada buku ini terutamanya hasil-hasil kajian dan petikan-petikan dari tokoh yang terkenal dari seluruh duina. Terbuki penulisnya mempunyai maklumat luas dengan merujuk sumber yang pelbagai berkenaan dengan kemahiran komunikasi lalu diterjemah sebagai teknik menjadi individu berpengaruh dan teknik mempengaruhi orang lain.
Siapa yang belum beli, mesti beli!
P.s:
Menjadi individu berpengaruh atau menjadi individu yang mampu mempengaruhi orang lain adalah dua benda berbeza. Tekniknya saja sudah jauh berbeza dan saya fikir ia boleh dihuraikan dengan lebih lanjut.
Memiliki kemahiran untuk elakkan diri dari dipengaruhi oleh orang lain, juga merupakan ilmu pengaruh?
Saya berkira-kira untuk menulis perbezaan antara buku self-help (bantu diri) yang ditulis oleh penulis antarabangsa dan penulis tempatan.

Published on December 03, 2010 14:56