15 Tip menjadi pengurus berpengaruh

Kadang-kadang sebagai pengurus kita buntu. Kita tidak terfikir bahawa selain mengiktiraf hasil kerja dan sumbangan kakitangan kita dengan wang, ada banyak lagi caranya:

1. Berikan senyuman (senyum itu sedekah).

2. Ucapkan terima kasih.

3. Beri pujian ikhlas atas penat lelah.

4. Berikan projek yang lebih menarik/besar.

5. Hantar pekerja menghadiri kursus/latihan/persidangan/seminar (di luar stesyen).

6. Hantar kad ucapan/tahniah.

7. Berikan surat penghargaan.

8. Beri anugerah khas (Cth: perkerja terbaik bulanan).

9. Hadiahkan buku berkaitan kerja/motovasi (Penerbit dan penulis buku suka).

10. Berikan maklumbalas yang positif untuk setiap hasil kerja.

11. Minta nasihat atau cadangan daripada mereka, tanda kita hargai kepakaran mereka.

12. Terbitkan penghargaan dan nama mereka dalam buletin syarikat/laman web.

13. Berikan tugas yang lebih mencabar bukti sudah mereka boleh memimpin.

14. Bawa mereka untuk lawatan rasmi (cth: Ke kilang pembekal atau pelanggan di luar negra).

15. Minta mereka mewakili kita di pembentangan yang lebih ramai audiens.

Diadaptasi daripada 25 25 tips for non-financial recognition dalam buku tulisan Max A. Eggert (1999) bertajuk The Motivation Pocketbook terbitan Management Pocketbooks.

Untuk tips tambahan, rujuk Bab 23: Teknik Mempengaruhi Pasukan dalam buku Ilmu Pengaruh: bukan Jampi Tetapi Seni.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2010 21:03
No comments have been added yet.