Syahrul Nizam Junaini's Blog, page 5

December 2, 2010

Di sebalik tabir penggambaran Motivasi Pagi TV3 (Hari 3)

Alhandulillah, di sebalik Cobaan! Cobaan! Cobaan!,  akhirnya penggambaran 10 episod berjaya ditamatkan. Pengalaman ini sungguh bermakna bagi saya.

Sempat menambah fakta setelah cadangan terbaru diberikan penerbit.
Tiba-tiba sahaja rakaman dihentikan. Deruan jentolak pembersih pantai datang mengganggu.
Orang awam tertarik melihat sesi rakaman (saya bukan selebriti)...
Walaupun cuaca panas, jaket hitam dipakai!
Alhamdulillah, 10 episod berjaya dirakam walau menghadapi pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 02, 2010 16:12

December 1, 2010

Di sebalik tabir penggambaran Motivasi Pagi TV3 (Hari 2)

Penggambaran pada hari kedua hanya bermula pada sebelah petang. Ruang masa pada waktu pagi diambil oleh seorang lagi panel motivasi daripada MMU Melaka. Dua sesi rakaman dibuat dalam bilik apartmen sahaja di hotel. Dua lagi dibuat di tepi pantai di Bandar Port Dickson. Sesi malamnya pula terpaksa dibatalkan akibat gangguan bunyi sekeliling (ada orang menyanyi karaoke, menjerit dan melalak). Inilah masalah apabila penggambaran dibuat di luar studio.

Walaupun penggambaran dibuat di dalam bilik, namun masih terasa kepanasan akibat lampu yang bersuhu tinggi.
Bersemangat berkongsi tip bersama penonton.
Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni sempat menyelit keraa tidak mahu ketinggalan muncul di kaca TV.
Inilah yang akan ditonton di kaca TV (sebenarnya saya cuma memakai selipar).
Bangga juga rasanya apabila dapat menaiki van TV3.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 01, 2010 14:44

November 28, 2010

Di sebalik tabir penggambaran Motivasi Pagi TV3 (Hari 1)

Alhamdulillah, rakaman bagi hari pertama dapat disempurnakan walaupun menghadapi pelbagai dugaan. Lihat sahaja gambar di bawah.




 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 28, 2010 18:50

November 18, 2010

Tip PowerPoint: Satu logo sudah mencukupi



Pada 18 November, saya dipertanggungjawab oleh Dekan bagi memberi taklimat berkaitan FSKTM UNIMAS keapda 30 pelajar, diiringi 3 pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Mukah Sarawak.

Saya menggunakan satu logo UNIMAS yang cukup besar sebagai latar belakang. Semasa saya bercakap, audiens agak bosan melihat logo yang terpapar agak lama. Jadi mereka menumpukan perhatian ke arah wajah/badan saya yang bercakap.

Trik ini penting jika kita berasa bahawa audiens asyik merenung pada skrin, dan bukan pada kita yang bercakap.

Baca berita lanjut dan kredit gambar di sini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2010 14:47

Pada 18 November, saya dipertanggungjawab oleh Dekan bagi...



Pada 18 November, saya dipertanggungjawab oleh Dekan bagi memberi taklimat berkaitan FSKTM UNIMAS keapda 30 pelajar, diiringi 3 pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) Politeknik Mukah Sarawak.

Baca berita lanjut dan kredit gambar di sini...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2010 14:47

Tip penyampaian khutbah Jumaat

Namun saya rasa terpanggil berkongsi ilmu, teknik dan tip bagi meningkatkan kualiti penyampaian khutbah. Saya sendiri juga baru sekitar 10 kali dijemput menyampaikan khutbah. Antara tip penting adalah:

1. Jangan taipkan teks lengkap. Taipkan bullet point sahaja.

2. Sampaikan khutbah seperti wartawan pelapor dari tempat kejadian, bukan seperti pembaca berita di studio.

3. Sampaikan dengan semangat, fikir dan risau sebagaimana Rasulullah SAW berdakwah kepada para sahabat.

4. Habiskan zikir pagi (Subhanallah 100X, Alhamdulillah 100X, Allahuakbar 100X).

5. Baca surah Yasin sekurang-kuranya sekali.

6. Baca al-quran beberapa ayat sebelum azan jumaat. Jika boleh 1 juz (habiskan nisab/bacaan harian bagi hari itu)

7. Solat sunat hajat 2 rakaat. Mohon dimudahkan segala urusan dan difasihkan lidah.

8. Panjang khutbah sekitar 15 minit. Jangan lebih 20 minit. Makmum akan bosan, mengantuk, kepanasan.

9. Doa kepada Allah supaya difasihkan lidah, dimudahkan urusan, diberi kesan pada hati pendengar.

10. Pastikan bacaan ayat al-Quran tepat. Bacakan sekurang-kurangnya 1 kali ayat quran/matan hadis dalam bahasa arab di depan ustaz/qari. Tanya beliau sama ada tepat atau belum.

11. Pendekkan bilangan perkataan dalam satu ayat kepada cuma 10 perkataan maksimum.

12. Kurangkan perkataan dengan 3 dan lebih suku kata.

13. Berhenti sebentar (pause) selama 2 atau 3 saat antara perenggan.

14. Panggil "Sidang jumaat..." bagi memulakan setiap permulaan kepada isu utama.

15. Niat sebagai dakwah (bukti kita juga Umat Nabi yang cuba-cuba meniru Nabi).
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2010 14:00

October 27, 2010

Tempahan buku Anakku Celik Komputer

Segera dapatkan edisi eksklusif buku ini secara terus daripada penulis. Mohon hantarkan emel ke syahruln77@gmail.com (Berikan nama penuh, alamat dan no HP tuan/puan dalam emel itu). Harga buku cuma RM20 (Pos ekspres PERCUMA!). Harga biasa RM23.

[image error]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2010 08:08

October 2, 2010

Muda, kaya dan berpengaruh

Disalin secara verbatim dari Utusan.

Muda, kaya dan berpengaruhOleh HAFIZAHRIL HAMID

PENGASAS facebook, Mark Zuckerberg juga merupakan orang muda paling kaya di dunia.


MENJADI kaya pada usia muda adalah sesuatu yang menjadi impian hampir semua orang walaupun mungkin episod itu telah lama berlalu.Sememangnya kekayaan menjadi kayu pengukur utama kebanyakan kita dalam menilai kejayaan seseorang.Dalam erti kata lain harta, kereta yang dipandu, saiz rumah yang diduduki menjadi pengukur status dan kejayaan di mata orang lain.Namun waima apapun menjadi kaya dan bergelar bilionair pada usia muda adalah saat hidup paling bermakna dan boleh kita kategorikan umpama bulan jatuh ke riba.Sudahlah muda, kaya, menjadi tumpuan dan dikenali ramai. Bukankah itu antara impian yang pernah diangankan kebanyakan kita ketika masih muda remaja.Namun hakikat hidup yang sebenar meletakkan kita berada pada kehidupan sekarang dan apabila usia semakin lanjut kita sudah semakin mampu menerima kenyataan bahawa hanya beberapa orang yang terpilih sahaja yang diberikan peluang sedemikian.Memang kalau diikutkan senarai, ramai di antara orang muda ini disenarai terkaya namun ia bukan hasil dari titik peluh mereka sendiri.Dilahirkan dalam dulang emas dan dengan kekayaan yang begitu banyak mereka hanya perlu membuat pelaburan bijak untuk terus kekal kaya.Antara mereka adalah putera raja dari Jerman berusia 26 tahun Prince Albert von Thurn und Taxis yang memiliki kekayaan bernilai AS$2.1 bilion (RM6.7 bilion).Beliau telah dimasukkan dalam senarai orang terkaya sejak berusia lapan tahun namun hanya benar-benar mewarisi kekayaan ketika berusia 18 tahun.Selain itu pewaris diraja Abu Dhabi turut membuat penampilan dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$4.9 bilion (RM15.6 bilion). Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahayan, 39, membuat kejutan utama apabila membeli kelab bolasepak Manchester City dua tahun lepas sebelum membeli pemain-pemain terbaik dunia pada peruntukan lebih AS$ 1 bilion.Dalam majalah Forbes baru-baru ini ada menyenaraikan 400 orang terkaya di Amerika Syarikat (AS). Seperti biasa bekas manusia terkaya dunia Bill Gates yang juga pemilik Microsoft mendahului senarai dengan himpunan kekayaan AS$54 bilion (RM172.8 bilion).Tempat kedua juga seperti biasa menjadi milik Warren Buffett melalui Berkshire Hathaway Inc. dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$45 bilion (RM144 bilion).Berdasarkan senarai terbaru orang terkaya di AS, lapan dari mereka adalah orang muda yang berusia di bawah 40 tahun.Menarik untuk diperkatakan lima dari mereka yang muda dan kaya di AS terlibat dalam perniagaan berkaitan dengan Internet.Pastinya yang paling menarik perhatian ialah pengasas bersama dan pemilik facebook, Mark Zuckerberg. Beliau juga merupakan bilionair termuda dalam senarai bersama dengan Dustin Moskovitz.Kedua-dua mereka baru berusia 26 tahun namun jumlah kekayaan Zuckerburg adalah AS$6.9 bilion (RM22 bilion) dan Moskowitz bernilai AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion).Seorang lagi pengasas bersama facebook Eduardo Saverinz turut tersenarai antara bilionair termuda dengan harta berjumlah AS$1.15 bilion (RM3.6 bilion).Mungkin ada yang bertanya kenapa jumlah kekayaan mereka tidak sama. Ini berlaku akibat dari pegangan saham yang berbeza antara mereka bertiga iaitu Zuckerberg memegang saham dalam facebook bernilai 24 peratus, Moskowitz dengan pegangan enam peratus dan dan Saverinz pula bernilai lima peratus.Seorang lagi pengasas bersama facebook adalah Chris Hughes. Namun keempat-empat bekas kawan baik ini tidak lagi bersama di dalam syarikat facebook kecuali Zuckerburg. Kisah mengenai kejayaan facebook ini merupakan satu mimpi yang menjadi realiti indah kepada empat sekawan ini.Facebook mula diperkenalkan dari bilik asrama Zuckerberg ketika menuntut di Universiti Harvard pada empat Februari 2004.Pada asalnya facebook adalah untuk kegunaan sesama pelajar di universiti berkenaan. Namun kemudian beliau bersama Moskovitz mula menyebar penggunaan facebook ke universiti dan kolej-kolej lain seperti Stanford, Dartmouth, Columbia, New York University, Cornell, Brown dan YaleMengambil keputusan tidak menamatkan pengajiannya, Zuckerberg kemudian berpindah ke Palo Alto di California bersama Moskovitz dan beberapa rakan yang lain untuk menyewa sebuah rumah kecil untuk dijadikan pejabat.Beliau kemudiannya berjumpa dengan Peter Thiel yang membuat pelaburan yang besar dalam syarikat berkenaan.Pada Julai lepas Zuckerberg membuat pengumuman bahawa pengguna facebook kini telah mencecah 500 juta orang satu kejayaan besar yang turut membantu beliau disenaraikan sebagai bilionair termuda di dunia.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2010 20:41

September 22, 2010

Mari berubah

Orang yang berjaya melihat perubahan sebagai satu peluang ke arah situasi masa depan yang lebih baik. Sebaliknya orang yang gagal melihat perubahan sebagai satu ancaman terhadap situasi semasa, yang mereka sangka sudah cukup baik.

Sebenarnya minda kita sendirilah yang sebenarnya menentukan ke mana kita akan pergi dan sejauh mana kita akan mencapai kejayaan. Namun masalahnya kita sering berasa terlalu gembira dengan situasi semasa. Dalam masa sama kita cemburu dengan mereka yang situasi semasa ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 22, 2010 07:10

September 3, 2010

Definisi kejayaan sebenar menurut Al-Quran

Terdapat 9 tempat dalam al-Quran yang menyebut tentang kejayaan sebenar (alfawzu alAAatheem). Bagi frasa kejayaan besar (fawzan AAatheema) pula, terdapat 3 tempat yang menerangkannya. Kejayaan (faza) pula boleh didapati dalam 2 ayat.

Sekarang bandingkan apakah kita rasa kita sudah berjaya. Adakah definisi kejayaan pada pandangan kita sama dengan definisi kejayaan pada pandangan Allah SWT?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 03, 2010 23:45