Abdul Latip Talib's Blog, page 30

October 29, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Menurut Allahyarham Shaharom Husain dalam bukunya Memoir Shaharom Husain Selingkar kenangan Abadi, beliau menulis novel sejarah antaranya Lembing Awang Pulang ke Dayang itu berdasarkan penyelidikan yang dibuatnya sendiri dari kisah yang benar-benar pernah berlaku di Johor.

Cerita itu pada mulanya diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dengan judul yang sama iaitu Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Selain itu ada beberapa buah cerita lagi yang juga diceritakan secara lisan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2009 16:31

October 26, 2009

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Mustahil macam tidak percaya namun itulah kenyataannya. Novel Khalifah Umar bin Abdul Aziz dapat disiapkan dalam masa 15 hari. Sudah dilakukan yang terbaik semoga kualitinya mencapai piawaian yang ditetapkan PTS untuk diluluskan penerbitannya. Berkat menulis kisah pemimpin yang dikasihi Allah swt maka proses penulisannya berjalan lancar. Idea bagaikan arus sungai yang terus menerus mengalir. Terlalu banyak kisah yang hendak diceritakan dalam buku setebal lebih 200 halaman itu. Semoga novel...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2009 22:40

October 21, 2009

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ


Setelah selesai menulis kisah Imam Syafie, sekarang sedang menyiapkan novel Khalifah Umar Abdul Aziz. Saya begitu teruja menulisnya sehingga saya berfikir masihkah wujud pemimpin seperti ini?.

Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma 2 tahun 5 bulan tetapi beliau berjaya membuat perubahan yang besar dalam dunia Islam yang ketika itu dipenuhi dengan kezaliman.

Khalifah Bani Umaiyah dibantu panglima dan angkatan tentera yang kejam bagi mengukuhkan kekuasaan mereka. Panglima Muslim...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2009 19:47

October 13, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG



Tragedi berdarah yang mengorbankan 99 orang ini berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. Ketika itu ia terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dengan Parit Jawa). Dinamakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Ketika itu daerah ini diperintah oleh Orang Kaya Aris zuriat daripada Daing Seriuk.

Awang dan Dayang berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Ibu Dayang adalah kakak kepada ibu Awang. Mereka...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 13, 2009 20:20

October 2, 2009

SUDAH DIULANGCETAK SEPTEMBER 2009

PTS Litera Sdn Bhd
http://www.pts.com.my
RM24 / RM RM27 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit: 25 July 2009
256 muka surat




PTS Litera Sdn Bhd http://www.pts.com.my RM RM26.00 / RM RM29.0 (Sabah & Sarawak)Tarikh Terbit: 20 July 2009 274 muka surat

Dua novel sejarah Islam ini terbit pada bulan July 2009. Sudah diulang cetak pada bulan September 2009.

Alhamdulillah....


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2009 17:33

September 29, 2009

DIULANGCETAK 4 KALI

Abu Bakar Sahabat Sejati
Harga RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak)
Tarikh Terbit: 31 July 2008




Novel ini terbit pada 31 Julay 2008.
Alhamdulillah sudah diulang cetak sebanyak 4 kali.
Terima kasih kepada pembaca yang terus memberikan sokongan
.



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2009 15:54

September 26, 2009

Testimonial Pembaca Face Book Tentang Novel-novel Sejarah Islam


Seorang rakan FB saya yang menggunakan nama Ani-za menulis komen begini:

Tahniah, En. Latip. Baru tadi, anak-anak saudara saya membeli 5 buah buku En. Latip di MPH Ipoh. Sengaja saya membawa mereka berjalan-jalan ke MPH.

Saya tidak sangka novel En. Latip terkenal dalam kalangan kawan-kawan mereka. Along (bersekolah di asrama Tahfiz di KL) mengatakan kawan-kawannya ada koleksi novel En. Latip.

Kakaknya (yang bersekolah di Maktab Rendah Sains MARA), berkata ustazahnya dan kawan-kawannya pun sibuk...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2009 09:31

September 25, 2009

INILAH RUMAHKU

Inilah rumahku. Rumah kampung yang sederhana saja. Di kelilingi pohon buah-buahan. Ada durian, langsat, rambutan dan manggis.

Inilah bilik tempat aku menulis.


Belakang rumah. Di sini tempat aku berehat sambil menikmati pemandangan.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2009 18:28

September 19, 2009

September 16, 2009

IMAM SYAFIE

Beberapa bulan setelah Imam Syafie meninggal dunia pemerintah Baghdad menghantar sepasukan tentera bagi memindahkan kubur ulama terbilang itu ke Iraq. Sedang kerja penggalian dijalankan tiba-tiba mereka tercium haruman yang sangat wangi keluar dari liang lahat kubur itu. Mereka terpaksa membatalkannya apabila dibantah oleh penduduk Mesir kerana mereka tidak rela kubur itu dipindahkan.

Ketika saya menulis bab ini, ada haruman yang semerbak menerpa saya tetapi datangnya tidak lama....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2009 22:01

Abdul Latip Talib's Blog

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Abdul Latip Talib's blog with rss.