Rahman Imuda's Blog, page 132
October 2, 2017
PRK USM – Apa Sudah Jadi, Hanya Satu Calon Pembangkang?
Oleh; Sukarelawan PRK USM Musim pilihan raya kampus bagi Universiti Sains Malaysia sudah membuka tirai pada hari ini, Isnin, 2 Oktober 2017 dengan majlis Penamaan Calon Pilihanraya Kampus Sidang 2017/2018. Sekilas pandang, ramai dalam kalangan siswa dan siswi USM sudah menjangka banyak kerusi yang akan menang tanpa bertanding. Masih terlalu awal untuk sebarang ramalan politik […]
Published on October 02, 2017 04:38
Giliran UIA Umum Tarikh PRK
Bagi mereka yang ternanti tarikh PRK untuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), tarikh PRK telah diumumkan. Agaknya apalah drama-drama yang akan disajikan pada PRK UIA kali ini.
Published on October 02, 2017 02:27
October 1, 2017
Suara Mahasiswa UMS – Pencarian Calon PRK
SUARA MAHASISWA UMS MENCARI CALON-CALON UNTUK PILIHANRAYA KAMPUS INDUK (KOTA KINABALU) UMS BAGI SESI 2017/2018 Mahasiswa UMS jom bersama Suara Mahasiswa! A) Calon Umum(Seluruh universiti) B) Fakulti UMS Kota Kinabalu 1. Fakulti Kemanusian, Seni dan Warisan (FKSW) 2. Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) 3. Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) 4. Fakulti Kejuruteraan (FKJ) 5. […]
Published on October 01, 2017 22:42
September 30, 2017
PRK UM – Dulu Pro-M Boikot, Kini Kenduri Penggerak Mahasiswa
Keputusan PRK UM kali ini jelas menunjukkan bahawa strategi atau langkah Pro-M 2-3 tahun lepas, telah gagal. Pada ketika itu, Universiti Malaya dikenali sebagai kubu kuat Pro-M. Tampuk kepimpinan MPP UM pada hampir setiap tahun dikuasai oleh Pro-M. Namun, kemerosotan drastik Pro-M bermula dengan tindakan pimpinan Pro-M untuk memboikot PRK. Kononnya, dengan boikot berkenaan, HEP […]
Published on September 30, 2017 16:40
September 26, 2017
PENGGERAK MAHASISWA MENYOKONG NAJIB RAZAK & BARISAN NASIONAL?
Berdasarkan laporan akhbar dan video oleh Astro Awani dan Utusan Online sebelum ini, telah jelas disebut oleh Dato’ Sri Najib Tun Razak dalam ucapannya dua tahun lalu bahawa kemenangan mahasiswa pro aspirasi kerajaan dalam pilihanraya kampus di tujuh bahawa Universiti Awam merupakan bukti gen-y memahami perjuangan Barisan Nasional (BN). Malangnya laporan itu juga menyenaraikan […]
Published on September 26, 2017 23:22
September 25, 2017
LEBIH KRITIS BERSAMA PARTI POLITIK
“ Tidak terlibat dengan parti politik kita bebas untuk kritik siapa sahaja dan tidak tersekat idea kita, mereka yang terlibat dengan parti politik menjadi pak turut dan lembu sahaja tiada kebebasan suara, tiada percambahan idea dan makin bodoh dalam politik” Ini mungkin salah satu teriakan yang diluncurkan oleh anak muda yang memilih dan tidak mahu […]
Published on September 25, 2017 23:08
UMK – Yuran LI 1380?
1. Aku dikhabarkan akan ada skim bantuan untuk membantu mahasiswa yang sedang LI. Inilah yang dikatakan “solusi terbaik” untuk menghadapi masalah yuran 1380. 2. Bantuan itu pula akan datang dengan jumlah-jumlah tertentu mengikut latar belakang keluarga penerima. 3. Bantuan seperti ini tidak boleh membunuh soalan; mengapa yuran latihan industri terlalu mahal? Ke mana wang itu […]
Published on September 25, 2017 19:36
September 24, 2017
Tuding - Menuding Amalan Mulia?
Mata ini melihat segalanya. Sejak mengalami sebuah revolusi pemikiran yang akhirnya membuka minda dan memecahkan kepompong kejumudan, penulis terpaksa memperakui dengan suatu perkara. Perkara yang membuatkan kita masih lagi jauh dalam memastikan bahawa kemajuan secara fizikal mahupun intelektualisma tercapai. Meskipun pelbagai usaha dijalankan, akhirnya kita terpaksa mengambil sikap berdiam diri dan membiarkan kebodohan dan keingkaran […]
Published on September 24, 2017 18:16
September 23, 2017
Non-Partisan atau Anti Parti Politik?
Oleh: Rien Sd “Dalam politik hanya yang berani membawa perubahan, justeru diingati. Yang takut membuat pendirian jelas dan tidak memiliki keyakinan untuk menghujahkan pendiriannya akan dilupakan” (Khalid Jaafar, IKD) Tulisan ini secara tidak langsung adalah respon kepada sebuah debat anjuran Demokrat Universiti Malaya (UM); Debat Politik Anak Muda: Partisan vs Non-Partisan. Saya menonton rakaman penuh debat […]
Published on September 23, 2017 21:30
September 22, 2017
Penyokong Allahyarham Datuk Sudirman Pernah Dikafirkan di UKM
JIKA tidak kerana campur tangan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir mungkin konsert Malam Anak Desa Bersama Sudirman yang diadakan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 5 Januari 1985 dibatalkan terus kerana tentangan keras daripada Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM). Pembatalan itu terpaksa dibuat apabila bantahan sampai kepada peringkat mengancam dan sesuatu yang […]
Published on September 22, 2017 18:58


