Rahman Imuda's Blog, page 126
December 19, 2017
Kolektif & Fatwa Sosial di Sabah
Oleh: Rien Sd Pergerakan sosial semacam kolektif anak muda atau mahasiswa sudah menjadi sebentuk simbol penentangan dan bersifat responsif kepada kebejatan sosial yang belum dan tidak mampu diberesi oleh pergerakan politikal- samaada kuasa ketiga ataupun yang bernuansa kepartian- di Malaysia ini. Permasalahan kelas, alam sekitar, pendidikan alternatif, kebudayaan dan pengenalan kepada kemajmukan literasi setempat ataupun daripada […]
Published on December 19, 2017 22:52
33 IPTS Ditutup
KUALA LUMPUR: Sebanyak 33 institut pengajian tinggi swasta (IPTS) seluruh negara ditutup tahun ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata ini disebabkan oleh beberapa sebab seperti tidak mematuhi piawaian ditetapkan serta pengurusan dan kualiti yang lemah akibat masalah kewangan. Sebagai contoh, Idris menarik perhatian kepada kolej yang tidak mempunyai pelajar mencukupi […]
Published on December 19, 2017 10:15
December 15, 2017
Seorang ‘Rausyanfkir’ dan Seorang Mahasiswa
Oleh: Farahani R. ‘Mahasiswa’ sebenarnya adalah tingkat awal untuk menjadi seorang intelektual. Ali Syariati menjelaskan bahawa intelektual ini ada dua jenis. Satu; intelektual palsu yang tahu mengkaji tapi tidak memberi. Dua; intelektual yang turun ke masyarakat dan memandu fikiran masyarakatnya. Ada yang mentertawakan mahasiswa-mahasiswa kiri yang keras dan melawan sambil berlagak gembira dengan swafoto bersama […]
Published on December 15, 2017 03:40
December 14, 2017
Buku RM5 Untuk Projek Perpustakaan Mini di Kampung Teluk Layang, Sabah
14 Disember – Borneo Komrad (KARMA, Suara Mahasiswa) dengan kerjasama Teach For The Needs melansungkan jualan buku murah untuk mengutip dana bagi merealisasikan perpustakaan mini yang akan dibuka di Kampung Teluk Layang Kota Kinabalu Sabah. Mereka memerlukan kos membeli rak buku, buku pelajaran, peralatan menulis dan lain-lain keperluan asas pembelajaran. Tempat penyimpanan buku ini bernama […]
Published on December 14, 2017 08:00
December 7, 2017
Universiti – Sebuah Bangunan Mewah
Seperti yang masyarakat dan mahasiswa umumnya ketahui bahawa universiti adalah merupakan pusat intelektual yang tertinggi dalam sesebuah negara. Namun, jika kita melihat pada hari ini universiti itu tidak kurang lebih sebagai sebuah penjara dan kilang akibat daripada sebuah sistem ataupun dokma lama yang telah ditanam ke sederap minda-minda mahasiswa agar mereka terus saja tunduk dan […]
Published on December 07, 2017 19:50
December 6, 2017
Grab & Uber di Universiti Malaysia Sabah
6 Disember, 2017 – Notis pengharaman masuk Grab & Uber ke dalam UMS dikeluarkan sebagai respons oleh pihak autoriti bahawa berlakunya kesesakan lalu lintas. Pengangkutan bas yang merupakan fasiliti yang dibayar oleh pelajar di dalam yuran sepanjang pengajian dinyatakan beroperasi secara tidak sistematik. Oleh sebab itu, para pelajar banyak menggunakan Uber & Grab sebagai pengangkutan […]
Published on December 06, 2017 05:44
December 3, 2017
Demokrat UM – Forum UM4 & UM2 Setahun Berlalu
UM4 & UMS2 : SETAHUN BERLALU Setahun berlalu, mahasiswa UM dan UM4 telah dihadapkan ke Mahkamah Universiti. Insiden keramat mahasiswa dihalang haknya oleh Universiti. Kini, kami bawakan mereka semula, untuk menyingkap kembali sisi yang tidak kelihatan sepanjang insiden tersebut. Ayuh datang, kita sama sama pelihara hak mahasiswa. Isnin ini, 4 Disember pada 8.00 malam di […]
Published on December 03, 2017 05:39
December 2, 2017
Hari ini dalam sejarah : 3 Disember 2017
Pada hari ini dalam tahun 1974, lebih 1,000 orang mahasiswa universiti-universiti tempatan telah ditahan oleh polis kerana melibatkan diri dalam sebuah demonstrasi di ibu kota Kuala Lumpur yang mereka lakukan sebagai tanda solidariti bersama perjuangan kaum petani di Baling, Kedah. Pada 3 Disember 1974, jam 9.45 pagi, antara 3,000 hingga 4,000 orang mahasiswa dari berbagai […]
Published on December 02, 2017 19:53
December 1, 2017
UM – UMANY Dakwa Presiden MPPUM Khianati Mahasiswa
Isu terhangat kampus yang sedang diuar-uarkan merupakan kes pembekuan Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM) oleh HEP. Kenyataan Presiden Syaiful telah menunjukkan beliau adalah langsung tidak memahami seluruh asal-usul kejadian tersebut tetapi padahalnya PBCUM telah jelas ditindas oleh pihak HEP. Atas sebab berikutnya, UMANY ingin menyatakan kekecewaan terhadap Presiden MPPUM ini yang telah diucapkan tahniah […]
Published on December 01, 2017 20:09
November 30, 2017
Nilai Politik Anak Muda – Bahagian 2
Perkara yang kedua adalah mengenai keberadaan intelektual di dalam setiap lapisan masyarakat. Disesuaikan dengan keadaan anak muda yang terpisah oleh ideologi, aku boleh simpulkan bahawa kehadiran intelektual dalam setiap kelompok ideologi yang berbeza perlu ditekankan. Azhar Ibrahim di dalam bukunya Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi menyatakan bahawa cendekiawan perlu untuk memiliki rasa perpaduan yang tinggi, dan […]
Published on November 30, 2017 19:08


