Rahman Imuda's Blog, page 125

January 1, 2018

Tahun 2018, Di Mana Anak Muda?

Oleh; Maisarah Mohd Pauzi Tahun 2017 telah menutup tirai dan kita sudah pun berada dalam satu tahun yang baru dan lebih mencabar. Sudah tentu, kita juga perlu mengimbas semula pencapaian kita dan meneruskan azam yang baru. Menjadi mahasiswa dan menjadi orang muda, kitalah yang akan mewarisi masa hadapan negara ini. Kalau kita lihat keadaan politik […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 01, 2018 01:16

December 29, 2017

‘Waktu Muda Tidak Menunggu’

Berbeza kaum, berbeza tujuan, berbeza jiwa Walaupun beribu kali ‘perbezaan’ ditimbulkan, kita masih mendiami dunia yang sama Kita mengagumi bulan yang sama, kita merasa terik mentari yang sama, kita bernafas sama udara pagi yang tercemar, atau kadangnya yang segar Kenapa tidak mengangkat persamaan, dan meraikan keunikan setiap pandangan kita Kamu mungkin tidak seperti aku, dan […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2017 20:25

Komentar Debat Pendidikan Percuma KUBU

KITA berada pada zaman dunia di hujung panca indera, kita dapat berhubung dengan orang yang jauh pada kadar yang cukup pantas. Bagi penggemar diskusi seperti saya, teknologi telah memberikan saya peluang untuk mendengar, membaca ulasan dan memberi komentar pada mana-mana acara yang saya tidak dapat hadiri secara fizikal, ia satu kenikmatan. Semalam saya berpeluang mendengar […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 29, 2017 11:36

December 28, 2017

Syifaa Kekal Presiden PMIUM

Keputusan Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM yang berlangsung semalam telah menyaksikan pelantikan 4 barisan pimpinan Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Mereka yang ditaklifkan dengan amanah tersebut adalah seperti berikut: Presiden: Ahmad Syifaa bin Abdul Khaliq Timbalan Presiden: Nur Adibah bt Zakaria Setiausaha Agung: Siti Nurmunirah bt Mohd Zambry Bendahari Kehormat: Muhammad Ahnaf bin Mohd […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2017 22:34

REAKTUALISASI GERAKAN MAHASISWA: AYUH BANGKIT DEMI NEGARA TERCINTA

Oleh: Farhan Rosli  Tahun 2017 memperlihatkan kejatuhan suara anak muda mahasiswa. Tanpa apologetik, saya berani menyatakan gerakan Mahasiswa kini umpama kehilangan arah tuju, dibius dengan gerhana kebisuan dan disuntik dengan jarum ketakutan. Keadaan sebegini dilihat sebagai satu malapetaka pada sesebuah negara di saat barah salah guna kuasa, penyelewengan & rasuah yang sedang melanda Negara. Gerakan […]
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 28, 2017 18:44

December 27, 2017

Sampai Bila UTHM Pagoh Nak Macam Ni?

Hari ini sudah masuk hari ke-109, bermula hari pertama pelajar mendaftar masuk ke UTHM Pagoh. Bermula hari pertama dilantik menjadi MPP, kepentingan dan kebajikan mahasiswa menjadi bualan dan topik perbincangan, umumnya berkenaan mahasiswa di Kampus Pagoh. Majlis Perwakilan Pelajar cuba memahamkan mahasiswa keadaan di Kampus Pagoh, penjelasan demi penjelasan, walaupun yang hanya di terima hanya […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2017 19:01

December 25, 2017

API71: Yang Patah Tumbuh Yang Hilang Berganti

Oleh: Izzah Dejavu SAYA menghadiri Rapat Umum Angkatan Pemuda Insaf yang dianjurkan Malaysia Muda pada Sabtu lepas dengan semangat untuk bergerak ke depan dengan lebih aktif. Dari LRT Dang Wangi, saya berjalan lebih 1km kerana tersesat melalui jalan-jalan kecil yang memisahkan bangunan-bangunan besar di ibu kota. Ketika peluh mulai jatuh dari dahi ke hujung dagu, […]
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2017 17:10

December 24, 2017

Sampai Bila UTHM nak SOROK?

Letih dah menunggu apa benda la kita bayar yuran pengajian ni hampir dekat seribu tapi yang keluar hanya senarai yuran pelbagai. Apa benda tu yuran pelbagai? Adakah duit nak bayar MPP pergi mobiliti? Duit nak bayar artis masa program besar? Untuk pengetahuan semua, soalan tentang senarai yang kita bayar sudah diajukan di mesyuarat kebajikan oleh […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2017 22:30

December 23, 2017

KUBU Anjur Debat Pendidikan Percuma

Selepas terlibat dalam acara Rapat Umum Malaysia Muda siang tadi, Kuliah Buku – KUBU mengajak anda semua yang berminat untuk datang beramai-ramai ke Debat Akhir Tahun KUBU 2018; Relevansi Pendidikan Percuma. Sdr. Sharan Raj dari Pemuda PSM vs Sdr. Izzat Amirul dari Alumni Mantap. Ayuh semua! Turun ke jalan! Turun berdebat!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 23, 2017 20:36

December 22, 2017

Islam dan Feminisme

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih. Segala puji bagi Allah, yang telah mengurniakan kehidupan kepada manusia, yang dengannya mereka memilih dan memahat di papan-papan takdir ketentuanNya, untuk dibacakan di Hari Sana, Hari Abadi yang tak ada lagi hari sesudahnya. Segala puji bagi Allah, yang mengurniakan akal budi kepada manusia, yang […]
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 22, 2017 22:16