Bukan Cinta Secondhand Quotes

Rate this book
Clear rating
Bukan Cinta Secondhand Bukan Cinta Secondhand by Ezza Mysara
106 ratings, 4.23 average rating, 29 reviews
Bukan Cinta Secondhand Quotes Showing 1-15 of 15
“Mati itu syarat menemui cinta. Cinta hakiki dan sejati untuk bertemu dengan-Nya...”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“kematian itu janji kita sejak dulu pada Dia. Sanggup datang dan perlulah sanggup untuk pulang. Kita kan sama-sama pasti akan berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Sifat reda tu sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah. Reda dengan segala ketentuan yang Dia tentukan. Manusia yang sama lemah macam kita mungkin tak mampu untuk menerima baik buruk kita begitu sahaja. Tapi Allah Yang Maha Agung itu akan terima kita seadanya. Cari reda Allah dengan reda akan ketentuan-Nya...”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Selayaknya, yang dipinjamkan itu perlu dipulangkan apabila tiba masanya.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Peliharalah Allah nescaya kita akan dapati Dia berada di hadapan kita, menyertai dan menolong kita. Dan kenalilah Allah pada masa lapang, nescaya Dia akan kenal kita pada masa susah, pada kala kita sedang menghadapi perkara sukar.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Reda kena ikhlas, ikhlas daripada rasa terkilan. Seumpama macam kita masuk tandas lepas tu kita flush! Di mana kita tak tengok apa yang dah dibuang tu. Lepaskan rasa sakit tu tanpa rasa terkilan. Ikhlaskan hati jadi hamba, ikhlaskan hati menerima aturan-Nya.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Kutiplah helai kecewa dari hati yang koyak itu... jahitkan untuk menjadi selendang sabar supaya dapat melingkari dada yang gelisah.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“... saat hati tu benar-benar ingin memeluk dunia, ajarkan untuk rindukan syurga”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Jika kegagalan itu adalah hujan, kejayaan itu pula adalah matahari. Matahari dan hujan sama-sama diperlukan untuk menjadi pelangi. – Qiuzi”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Hating people takes to much energy... Sebab itu kita perlu hidup berkasih sayang. Kasih sayang akan mencambahkan kekuatan.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Apabila seseorang mencintai Allah, maka Allah akan mencintainya dan apabila seseorang dicintai Allah, maka hidup dan matinya akan dipermudahkan oleh Allah. Seluruh alam akan menyebelahinya.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Bila kita mencintai seseorang melebihi sepatutnya, Allah akan menguji kita sehingga kita kembali pada-Nya. Kembali menyintai-Nya melebihi segalanya.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Gunakan kesempatan untuk kebaikan. Sebelum segalanya terlepas daripada genggaman. Kelak menyesal nanti tak berkesudahan. Apa guna sesalan hanya menekan jiwa. Jangan difikirkan derita akan berpanjangan kelak akan membawa putus asa pada tuhan. Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan. Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Iman merupakan akidah ataupun pokok pegangan hidup dan kepercayaan. Iman mestilah diikuti dengan amal. Amal merupakan buah daripada iman. Terus Naira beristighfar panjang. Menghilang resah hati ini. Betullah, istighfar ini memang ubat yang mujarab.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
“Cinta itu sebesar-besar kekuatan, tetapi dalam masa yang sama akan jadi perosak yang paling menjahanamkan.”
Ezza Mysara, Bukan Cinta Secondhand
tags: love