Srengenge Quotes

Rate this book
Clear rating
Srengenge Srengenge by Shahnon Ahmad
181 ratings, 4.17 average rating, 32 reviews
Srengenge Quotes Showing 1-3 of 3
“Jadi gitu saja. Minta doa supaya rimba itu jadi huma. Besok minta doa lagi supaya semuanya tumbuh pisang, tumbuh serba tuk nenek. Lusa minta doa lagi supaya serba tuk nenek itu masuk melompat masuk bakul.”
Shahnon Ahmad, Srengenge
“Sebab itu Imam Hamad cuma mengikut ombak sahaja. Biar tidak usah cuba berbuat apa-apa. Biar Kaki Srengenge sekarang seperti Kaki Srengenge dahulu juga. Biar halaman rumah anak buah Kaki Srengenge semuanya jadi sarang puyuh. Biar balai raya jadi kandang kerbau putus jerat. Biar budak-budak muda terus-menerus ayun buah. Bukan sahaja orang lain, anaknya, Jantan, itupun bukan boleh disuruh buat apa-apa. Yang tahu hanya mengayun buah siang-siang. Malam mengatur tapak gayung. Kononnya nak sedia melawan Yahudi. Kononnya hari kiamat sudah tidak lama lagi. Kononnya perang sabil sudah dekat. Dajal nak turun. Biarkan. Biarkan.”
Shahnon Ahmad, Srengenge
“Malu kepada diri sendiri lebih hebat daripada malu kepada orang lain. Malu kepada orang lain boleh juga melarikan diri, tetapi malu kepada diri sendiri, ke kuburlah habis riwayat.”
Shahnon Ahmad, Srengenge