Edisi Patah Hati Quotes
Edisi Patah Hati
by
Bahruddin Bekri57 ratings, 4.28 average rating, 6 reviews
Edisi Patah Hati Quotes
Showing 1-9 of 9
“Pada ketika aku mengeluh tidak ada kasut, masih ada manusia yang tersenyum walaupun tidak ada kaki.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Jangan hairan melihat manusia mencuba walaupun mereka tahu tetap akan gagal, kerana mencuba itu juga adalah suatu kebahagian untuk mereka yang tidak pernah berada dalam kebahagian itu sendiri.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Orang yang bercinta ini terkadang terkeliru berkenaan makna percaya. Mereka fikir, apabila mereka percayakan seseorang itu barulah itu dipanggil cinta. Namun, cinta yang sebenarnya adalah, apabila seseorang itu mempercayai kita, walaupun kita menipu.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Cinta itu seperti ekor kucing. Kamu tidak dapat memiliki hanya ekor kucing itu. Sekiranya kamu cuba menariknya, kamu akan sakit. Jadi, bagi mendapatkan ekor kucing, kamu jangan tarik ekornya, tetapi usap-usaplah kepalanya dan angkat seluruh tubuhnya. Begitulah juga cinta manusia, kamu tidak boleh menarik cintanya sahaja. Kamu perlu mengambil fikiran manusia itu, dan pastikan kamu mampu menanggung dia. barulah cinta akan menurut.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Perempuan cantik itu, godaannya bukanlah kepada rupanya yang cantik, tetapi godaan pada statusnya. Pada ketika kamu tahu yang hatinya belum terisi, pada saat itulah godaanya meninggi.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Bulan itu menerangi malam manusia dengan remangnya yang lembut. Ia sangat lembut, namun adakah maknanya bulan tanpa adanya bumi yang mengagumi keindahanya. Jadi bulan itu adalah umpama perempuan dan bumi itu adalah umpama lelaki.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Awasi hidup kamu, seperti kamu mengawasi tangan kamu semasa memegang pisau. Pada ketika kamu lalai, pisau itu akan melukai kamu.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Ada perkara yang kita perlu terus mencuba walaupun kita tahu kita tidak punya peluang. Misalnya hidup ini. Walaupun kita tahu, kita akan mati dan langsung tidak ada peluang untuk hidup selama-lamanya di dunia, tetapi bukan bermakna kita perlu berhenti berusaha untuk terus hidup.”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
“Jangan meletakkan keindahan yang berlebihan kepada apa yang tiada, tetapi letakkan risau yang banyak kepada apa yang ada”
― Edisi Patah Hati
― Edisi Patah Hati
