Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu Quotes
Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu
by
Wan Mohd Shaghir Abdullah10 ratings, 4.60 average rating, 3 reviews
Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu Quotes
Showing 1-2 of 2
“Sebenarnya apabila kita kaji semua mazhab atau pun firqah dalam Islam, hampir-hampir tidak terdapat sesuatu mazhab atau pun firqah yang tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai pegangannya. Hal ini jua termasuk hampir semua firqah dalam Syi’ah sekali pun. Terjadinya pertikaian pendapat dan perbalahan berbagai-bagai mazhab atau firqah bukan kerana tidak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tetapi letak pertikaian dan perbalahan adalah pada pentafsiran sesuatu ayat al-Quran, pentafsiran pada hadis, penilaian sesuatu hadis, dan lain-lain hingga sampai kepada kemuncak beranggapan bahawa golongan lain adalah salah, golongan dia saja yang benar.”
― Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu
― Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu
“Golongan ‘al-Asya’irah’ tidak pernah menolak dalil al-Quran atau pun hadis, yang hanyalah mentafsir atau menta’wilkan terutama yang bersifat mutasyabihat. Tetapi tanpa disedari golongan anda sendirilah ‘pengingkar-pegingkar terhadap sunnah’ dan menggunakan akal semata-mata. Sesuatu hadis dapat diterima oleh golongan lain sejak lama, lalu dengan jalan menggunakan akal semata-mata dinyatakan sebagai hadis maudhu’ (palsu), direka-reka, karut, dan lain-lain istilah lagi. Sebagai bukti, bahawa sesuatu hadis dapat diterima oleh golongan lainnya, atau seseorang ulama, atau disebut dalam kitab-kitab turats terkenal, atau ada seseorang ahli hadis dapat menerima tetapi ditolak oleh seseorang dalam golongan anda atau sekelompok kecil di antara sekelompok kecil dari golongan anda. Padahal penolakan itu hanyalah berdasarkan teori semata-mata. Yang demikian itu adalah ‘inkar sunnah’ namanya.”
― Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu
― Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu
