Lelaki Berkasut Merah Quotes
Lelaki Berkasut Merah
by
Bahruddin Bekri144 ratings, 4.06 average rating, 28 reviews
Lelaki Berkasut Merah Quotes
Showing 1-11 of 11
“Jalan ke syurga tidak memungkinkan hidup kita mudah. Banyak halangan, banyak cubaan dan banyak rintangan. Jadi apabila hidup kita sudah didatangi banyak cubaan, halangan dan rintangan, bersyukurlah kerana tuhan sudah memudahkan jalan kita ke syurga”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Maaf bukannya datang pada waktu hati kita marah, ia datang pada waktu hati kita tenang. Jadi sentiasa tenangkan diri, semoga kita mudah memberi maaf dan semoga allah semakin mengasihi kita”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Jadi apabila membuat sesuatu, niatkan dalam hati kita bagi menjaga ‘hati’ allah. Jadilah orang yang Berjaya dengan menjaga ‘hati’ allah.”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Kalau esok masih ada, mengapa hari ini kita berduka? Bergembiralah hari ini kerana esok mungkin kita berduka kerana kita sudah tidak ada lagi hari lusa”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Antara kegagalan terbesar manusia adalah, apabila dia membuat sesuatu, dia cuba menjaga hati semua orang. Tiada manusia yang mampu menjaga hati semua orang”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Kadangkala apabila kita membuat dosa, akibat daripada dosa yang kita buat itu bukan sahaja menimpa diri kita, tetapi menimpa keluarga kita. Tuhan menguji kita bukan sahaja melalui penderitaan fizikal, malah penderitaan hati. Malah penderitaan hati itu lebih dasyat kesannya kepada kita”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Tiga perkara daripada gudang-gudang syurga. Tiga perkara itu adalah menyembunyikan perasaan duka pada saat musibah, menyembunyikan penyakit pada saat ditimpa sakit dan menyembunyikan sedekah saat bersedekah.”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Hanya pada waktu tenang sahaja hati kita terbuka pada perkara yang bernama kebaikan”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Sekiranya niat mahu bercinta itu Cuma satu, ia umpama sebatang lidi dan mudah dipatahkan. Tetapi bayangkan jika niat mahu bercinta itu banyak. Ia umpama seberkas lidi dan pastinya tidak mudah dipatahkan.”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“Kamu juga perlu berbaik-baik sesama manusia kerana daripada merekalah doa-doa baik dan buruk untuk diri kita dipohon”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
“…kerana tuhan bekerja dalam rahsia”
― Lelaki Berkasut Merah
― Lelaki Berkasut Merah
