Nazmi Yaakub’s Reviews > Kemi: Cinta Kebebasan yang Tersesat > Status Update
Nazmi Yaakub
is on page 40 of 316
Buku ini sudah lama dalam simpanan, bahkan saya beli dan mendapatkan tanda tangan pengarangnya sendiri. Pembukaan novel ini yang mungkin melambatkan semangat tetap selepas Kemi 'dihantar' ke tengah gelojak pendoktrinan pluralisme dan liberalisme, barulah pembacaannya menjadi lancar serta menarik.
— Jan 28, 2016 03:38PM
Like flag
Nazmi’s Previous Updates
Nazmi Yaakub
is on page 170 of 316
Wacana pluralisme antara Prof Malikan dengan watak Rahmat dalam konteks melihat agama daripada luar dan kebenaran agama yang sama dikuliti dengan elemen emosi tetapi tidak sampai emosional. Meskipun, plot dan bahasanya mudah, ia mencetuskan sensasi untuk terus membaca novel ini.
— Jan 28, 2016 09:03PM
Nazmi Yaakub
is on page 80 of 316
Wacana pluralisme dan 'Islam liberal' yang dibawa oleh Kemi sebenarnya adalah hujah real yang sentiasa berlegar di kalangan pendukungnya. Rahmat pula mewakili sisi golongan ulama yang membawa tradisi ilmu dalam Islam dengan menjawab menggunakan kaedah mantiq tanpa meninggalkan warisan yang mereka punya.
— Jan 28, 2016 04:50PM

