Nazmi Yaakub’s Reviews > Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII & XVIII: Akar Pembaruan Islam Indonesia > Status Update
2 likes · Like flag
Nazmi’s Previous Updates
Nazmi Yaakub
is on page 348 of 484
Dari wilayah Pattani, pengarang menyorot ranah keilmuan Sheikh Daud al-Fattani khususnya jaringan hubungan keintelektualan dan ilmiah dengan ulama besar di Haramayn - beliau juga antara ulama yang paling produktif apabila menghasilkan sekurang-kurangnya 57 karya.
— Jun 29, 2015 10:24PM
Nazmi Yaakub
is on page 337 of 484
Tidak hanya tiga ulama besar itu yg terkait dlm jaringan tradisi Haramayn, bahkan pengarang turut menyorotnya melalui wilayah di alam Melayu, iaitu Palembang yg didahului dgn Abd al-Shomad al-Palimbani yg sgt dipengaruhi Tariqat Sammaniyah dan Banjar dgn Muhammad Arsyad al-Banjari yg beri kesan besar terhadap Islamisasi dan penerapan Islam melalui pendidikan dan hukum dlm Kesultanan Banjar, Kalimantan Selatan.
— Jun 29, 2015 06:28PM
Nazmi Yaakub
is on page 309 of 484
Bukan saja latar kembara ilmunya mengagumkan, bahkan perjuangannya dalam jihad fisabilillah menentang penjajah Belanda juga sangat mengujakan. Bahkan tidak kurang memukau apabila dalam kesibukan berjihad atau pun terlempar ke tanah buangan, tinta ilmu beliau tidak turut sama terbuang, sebaliknya tersusun menjadi kitab, selain mendidik masyarakat di negara buangannya.
— Jun 29, 2015 04:00AM
Nazmi Yaakub
is on page 299 of 484
Ahli gerakan Islam pasti m'ulang2 kata2 Abdul Qadir Audah, pemimpin Ikhwan yg menyebut hukuman buang negeri ibarat melancong baginya. Namun, kita mungkin t'lepas pandang dr rahim alam Melayu, al-Maqassari jauh lbh hebat m'catat kata2 itu dgn tinta cukup hebat. Beliau dibuang negeri penjajah Belanda ke Sri Lanka & Afrika Utara, tapi menghasilkan kitab2 & m'hidupkan semangat beragama yg luar biasa di sana.
— Jun 29, 2015 03:49AM
Nazmi Yaakub
is on page 282 of 484
Tentang latar belakang tokoh ketiga yg disorot oleh pengarang, iaitu Muhammad Yusuf al-Maqassari; latar Sulawesi yg diislamkan oleh ulama dan ahli sufi. Penolakan tasawuf oleh manusia pascamoden hari ini hanya menyebabkan kita menolak hampir seluruh sejarah pengislaman alam Melayu.
— Jun 28, 2015 05:43PM
Nazmi Yaakub
is on page 270 of 484
Berbeza dengan Raniri yang mengambil pendekatan keras, al-Sinkili mengambil sikap mendamaikan pandangan yang bertentangan, sekaligus meneladeni pendekatan gurunya, al-Qusyasyi dan al-Kurani. Jaringan keilmuan al-Sinkili juga lebih intensif dalam konteks hubungan tradisi ilmu di Haramyn berbanding Raniri.
— Jun 28, 2015 04:36PM
Nazmi Yaakub
is on page 238 of 484
Raniri, sosok kontroversi krn insiden pengkafiran terhadap pengikut faham Wujudiyah yg dikaitkan Hamzah Fansuri & Shamsuddin as-Sumatra’i sehingga membawa hukuman bunuh terhadap pengikut ajaran itu dan pembakaran kitab-kitab atas perintah istana. Bagaimanapun, Raniri pulang secara mengejut ke tanah airnya, Ranir selepas perdebatannya dgn Sayf al-Rijal dimenangi oleh tokoh yg kemudian itu.
— Jun 27, 2015 04:10PM
Nazmi Yaakub
is on page 204 of 484
Masuk ke bab yg menyorot ulama alam Melayu yg menjadi mata rantai drpd jaringan ulama Haramayn, iaitu Nuruddin al-Raniri, al-Sinkili dan al-Maqassari. Namun, membicarakan al-Raniri tentu perlu lebih dulu memperkatakan dua tokoh ulama besar, iaitu Hamzah Fansuri dan Shamsuddin al-Sumatra'i (disebut oleh pengarang - al-Sumatrani)
— Jun 27, 2015 08:27AM
Nazmi Yaakub
is on page 204 of 484
Pengarang menyorot beberapa ciri penting dalam konteks keintelektualan jaringan ulama Haramayn seperti kecenderungan mendamaikan pandangan daripada mazhab berbeza bukan saja dalam konteks fiqh, bahkan mendamaikan konsep kerohanian khususnya teori kewujudan dlm aliran tasawuf. Juga pola perubahan dlm konteks tariqat apabila kecenderungan membina tariqat baharu drpd tariqat sedia ada seperti Sammaniyah dan Tijjaniah.
— Jun 27, 2015 08:09AM
