Nazmi Yaakub’s Reviews > Islamic Exceptionalism: How the Struggle Over Islam Is Reshaping the World > Status Update

Nazmi Yaakub
is on page 147 of 320
Pasca-Tragedi Raba’a mewujudkan wacana kritik dlm kalangan ahli Ikhwan generasi muda terhadap sejauh mana idea politik & pemerintahan Islam diterapkan secara perlahan yg dipegang pemimpin2 khususnya yg pernah melalui keperitan dekad 1950-an dan 1960-an & retorik negara Islam yg tak perlu diperincikan kerana elemen beransur-ansur itu serta worldview terhadap revolusi, demokrasi dan sebagainya.
— Sep 03, 2021 08:24AM
Like flag
Nazmi’s Previous Updates

Nazmi Yaakub
is on page 137 of 320
Menyorot kesan pascatragedi pembunuhan beramai2 ahli Ikhwanul Muslimin berhimpun secara aman bagi membantah tindakan regim tentera di bawah Abdel Fatah al-Sisi menggulingkan bekas Presiden Mesir yang juga pemimpin mereka, Mohamed Morsi - dengan kematian & penahanan sebahagian besar lapisan pertama hingga ketiga kepimpinan dgn yg selamat melarikan diri ke luar negara - setakat mana gerakan itu menjadi lebih radikal?
— Sep 03, 2021 04:46AM

Nazmi Yaakub
is on page 67 of 320
Sambung baca, menarik perbandingan Kristian & Islam dalam konteks evolusi berlaku khususnya dalam konteks hubungannya dengan negara dan politik. Ini menunjukkan cara berfikir sejarah hubungan gereja dengan agama dan kesannya kepada umat Kristian di Eropah sebagai satu peta surih yang perlu ditiru umat Islam adalah salah kerana pengalaman beragama Eropah dgn Kristian jauh berbeza dengan umat Islam khususnya di Timur.
— Sep 01, 2021 07:13AM