Benz’s Reviews > Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita? > Status Update

Benz
Benz is on page 169 of 186
Ulil pergi ke banyak selekoh dalam membicarakan tajuk Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?. Dia tidak berfokus buku kecil dan nipis ini pada tajuk sebesar ini, sebaliknya pergi ke selekoh-selekoh lain seperti kenapa Sunni menjadi 'mazhab Quietist' iaitu tidak mendorong kepada pemberontakan menentang regim zalim? Ulil mengatakan, itulah dia Sunni, 'realis-pragmatis' berbeza dengan aliran2 Islam yang radikal
Mar 25, 2021 06:44AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is finished
Kesimpulan pada akhir buku ini agak menerawang juga, kerana ia akhirnya pergi ke masa depan agama (yang saya persetujui). Tetapi buku ini tidaklah begitu menjawab persoalan yang dikemukakan di judulnya. Barangkali ia mungkinlah hanya seperti buku Gusdur, Tuhan Tidak Perlu Dibela yang hanya memuatkan tajuk bab sebagai tajuk buku, bukannya keseluruhan perbahasan itu dikarang untuk tajuk tersebut.
Apr 04, 2021 05:43AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 176 of 186
Seperti disebutkan sebelum ini, Ulil pergi 'melencong' jauh juga dari batasan tajuk Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?. Tetapi 'lencongan'nya itu masih berupa poin-poin perbincangan tentang tajuk ketuhanan yang penting dewasa ini, antaranya seperti Richard Dawkins dan 'New Atheist' yang kelihatan begitu 'militan' dalam usaha menggeser Tuhan. Ulil mengatakan timbulnya New Atheist itu kerana naiknya ISIS.
Mar 26, 2021 08:39AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 120 of 186
Membaca sehingga ms 120 ini membuatkan aku berfikir-fikir, adakah Ulil sedang menganjing Asya'irah? Kerana Asya'irah nampak begitu pasif sekali orthodoksinya! Ciri Jabariyah itu nampak begitu kental dalam tubuh badan Asya'irah dan pemahaman Ulil tentang Ghazali. Aku belum membaca Ghazali secara utuh, tetapi begitulah yang kita akan dibawa ketika membaca buku ini. Segala-galanya adalah tentang Tuhan dan dari Tuhan.
Mar 02, 2021 05:40PM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 115 of 186
Apapun dikatakan tentang Ulil, beliau boleh dikatakan seorang cendikiawan Muslim yang harus dibaca pemikirannya. Meskipun beliau dicop liberal Muslim, pemahamannya tentang hal orthodoksi jauh lebih mantap dari mereka yang orthodoks. Ulil tiada masalah menggabungkan atau mengutip sesekali Ibn 'Arabi, sang mistiskus kontroversial Islam bersama dengan Imam Ghazali. Bukan mesti kita setuju semuanya, tetapi masih menarik.
Mar 01, 2021 04:17AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 109 of 186
Seperti disebutkan sebelum ini bahawa pandangan Asya'irah jelas dibantah oleh filsuf Arab kelahiran Mesir, iaitu Hassan Hanafi (penggagas konsep Islam Kiri) bahawa ternyata teologi Asya'irah begitu jelas melulu kepatuhan mutlak pada Tuhan, hingga begitu jarang mempedulikan tentang soal-soal kemanusiaan. Ini turut disebutkan oleh Ulil dan dia bersetuju dengan pandangan Hassan Hanafi (bukunya Oposisi Pasca Tradisi).
Feb 27, 2021 07:35AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 100 of 186
Sejauh pembacaanku pada buku ini, walaupun Ulil cuba membincangkan buku Imam Ghazali (Ihya') dan ada sesi live lagi di FBnya.. aku tak fikir yang beliau cuba/dapat menjawab segala persoalan yang ditimbulkan pada tajuk buku ini. Dan sisi orthodoksi (atau kekakuan) Asya'irah sepertimana yang dikritik keras Munir Mulkhan dan Hassan Hanafi sangat ketara. Asya'irah nampak tumpul berdepan dengan pancaroba dan masalah.
Feb 26, 2021 05:18AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


Benz
Benz is on page 86 of 186
Suatu buku yang menarik, yang ditulis seorang intelektual tersohor Indonesia di kala pandemik. Buku yang sangat baru dan tebal kekuatannya meski nipis (tak sampai 200 ms) dari sudut luaran. Ini adalah buku Ulil yang pertama saya baca. Meski ramai menggolongkan beliau sebagai seorang liberal Muslim, pengetahuan beliau dalam ortodoksi tak miskin. Beliau mengupas kitab Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin dalam bukunya ini.
Feb 25, 2021 07:15AM
Jika Tuhan Mahakuasa, Kenapa Manusia Menderita?


No comments have been added yet.