Benz’s Reviews > Dinamika Sejarah Umat Islam Indonesia > Status Update

Benz
Benz is on page 100 of 216
Orang Islam jika masih berasa sangat janggal dengan istilah Kiri/Sosialisme atau berasa curiga, bolehlah mendatangi pemikiran dan karya Kuntowijoyo ini. Beliau seorang 'Islamist' (dalam terma yang sangat longgar). Dikatakan begitu kerana beliau pengagum kepada Masyumi, tetapi punya kecenderungan Sosialisme. Baginya Islam bukanlah suatu ideologi, tetapi Islam memerlukan ideologi. Dan ideologinya, Sosialisme Islam.
Sep 19, 2019 07:38AM
Dinamika Sejarah Umat Islam Indonesia

flag

Benz’s Previous Updates

Benz
Benz is on page 118 of 216
Ciri Masyumi dalam penulisan Kuntowijoyo pada karya ini sangat tegar sekali. Nyatanya Islam Progresif selalunya akan bersikap keras pada Komunisme. Islam Progresif ditandai dari tulisan Dr. Burhanudin, Dr. Syed Hussein termasuk Kuntowijoyo selalu mengatakan Komunisme adalah penyakit masyarakat. Jika kekayaan tidak dimeratakan kepada rakyat jelata, maka Komunismelah yang akan muncul. Ini adalah suatu asumsi awal.
Sep 20, 2019 07:52AM
Dinamika Sejarah Umat Islam Indonesia


Benz
Benz is on page 16 of 216
Sedang membaca karya ini dari tahun lepas, dijangka akan habiskan dalam beberapa hari lagi. Almarhum Kuntowijoyo adalah seorang pengarang besar Indonesia yang menuliskan banyak perkara dalam berbagai genre. Di dalam buku ini, beliau menyebutkan bermacam perkara seperti Sosialisme Islam, Sarekat Islam juga tentang de-ideologisasi, juga tentang peranan borjuis.
Sep 16, 2019 07:36AM
Dinamika Sejarah Umat Islam Indonesia


No comments have been added yet.