Goodreads Malaysia discussion

The Protocols: The Protocols of the Elders of Zion Exposed
This topic is about The Protocols
95 views
Arkib Buku Impak Maksima > Protocols of the Elders of Zion: satu penipuan?

Comments Showing 1-22 of 22 (22 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Jul 14, 2010 11:54AM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Melihatkan hangat perbincangan mengenai buku2 berkenaan protokol Yahudi, saya pindahkan diskusi ke sini.

Dari diskusi Kenapa ada denigrasi/pandangan rendah bila baca buku begini


Khairul H:

Zahiruddin wrote: "Jika dirujuk kepada Protokol Yahudi yang dibentangkan dalam mesyuarat The Elder of Zion yang berlansung di Basle, Switzerland pada tahun 1896"

Buku The Protocols of the Learned Elders of Zion saya ada beli di Kg Baru lebih kurang 25 tahun dahulu. Buku mengarut. Mempunyai unsur-unsur komedi tapi malangnya komedinya setaraf dgn mutu komedi Senario atau Raja Lawak.

Puak Zion yg kununnya cerdik bijak pandai ni tidak akan membenarkan buku ini diterbitkan jika ia sahih. Kalau mengikut buku ini, semua institusi di dunia ni dikuasai Zionis. Macam mana boleh 'terlepas' pulak buku ni? Takde ejen Zionis ke di meja pengarang, di dalam ruang pejabat penerbit, di bilik cetak? Buku ni lepas sebab ia adalah tulisan fiksyen.

Tak 'yah percaya. Buat malu kaum je.

Najibah:

Khairul H. wrote: "Zahiruddin wrote: "Jika dirujuk kepada Protokol Yahudi yang dibentangkan dalam mesyuarat The Elder of Zion yang berlansung di Basle, Switzerland pada tahun 1896"

Buku [book:The Protocols of the Le..."

Menarik. Saya ada buku International Jew karangan Henry Ford, yang juga berdasarkan Protokol Yahudi tersebut. Tapi saya tak berpendapat bahawa Protokol tu satu propaganda anti-Semitik. Malah kemungkinan juga betul.

Kalau satu operasi Zionis membunuh orang penting Hamas boleh terbongkar seperti di Dubai awal tahun lalu walaupun mereka dah merancang begitu baik, jadi tak boleh sandarkan bahawa Protokol seperti itu tidak benar semata-mata kerana ia telah dibiarkan terbongkar sewenang-wenang ke tangan orang luar daripada Elders of Zion.

Menurut sejarah penerbitan International Jew Henry Ford itu sendiri, pada awal percetakan buku itu, orang2 Zionis pernah mengusahakan agar tak satu pun naskhahnya wujud, dengan mencari di kedai buku dan perpustakaan untuk dimusnahkan. Wallahu a'lam.

Khairul:

Najibah,

Tidak boleh dinafikan bahwa mungkin ada usaha 'mereka' untuk menghapuskan buku Protocols tu namun tidak berjaya. Tetapi jika baca buku 'Protocols' tanpa prejudis (susah tapi tidak mustahil) akan didapati bahwa kekarutannya amatlah di tahap maksima.

Contohnya, ia mengandungi pujian terhadap dewa-dewa Hindu. Apa ke jadahnya Yahudi Zionis memuja agama Hindu? Zionis ni lah kaum paling angkuh sekali. Tiada siapa yg setaraf mereka...alih-alih buku 'rahsia' mereka ni memuji dewa Hindu pulak.

Juga mengandungi ayat sepert "gereja kita (our church)". Sepatutnya kalau Yahudi, "synagogue kita". I cry, "FAKE!"

Yg sedihnya, Harakah sendiri pernah menyiarkan petikan dari buku protocols of Zion ni. Malu sungguh saya memegang akhbar Harakah ketika tu. Org Melayu dan org Islam ni senang je. Tulis saja pasal Yahudi, Zionisme, Israel, dan kita akan 'menelan' tanpa usul periksa. Habis tu, macam mana nak tau mana yg betul, mana yg palsu?

Kita (org melayu, umat Islam) memerlukan critical thinking ketika membaca, terutama ketika membaca bahan yg kununnya berdasarkan fakta (e.g sejarah, biografi, non-fiksyen umumnya). Sebab tiada critical thinking ni le kita (Umat Islam keseluruhannya) mundur dan semakin mundur hari ini.

Perihal media massa pula: Sex sells. Murder sells. Sensationalism sells. Zaman sekarang ni, media cetak mengalami kerugian di seantero dunia. Macam mana nak lawan internet? Senang, buka cerita pelajar sekolah melacur di kelas. Gerenti akhbar laris di pasaran!

Najibah

Khairul H. wrote: "Najibah,

Tidak boleh dinafikan bahwa mungkin ada usaha 'mereka' untuk menghapuskan buku Protocols tu namun tidak berjaya. Tetapi jika baca buku 'Protocols' tanpa prejudis (susah tapi tidak mustahi..."

Belum boleh bersetuju, mahu balik semak semula Protokol yang diapendiks ke buku International Jew naskhah saya :)

Khairul

Wokay, tapi buku International Jew tu ditulis oleh seorang yg anti-Yahudi (Henry Ford) jadi nak dapatkan pendapat yg objektif, memang tak 'leh le.

Nor Azzah

Bagaimana pendapat tuan/puan dengan isi kandungan buku Agenda Yahudi Menakluk Dunia?


message 2: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Najibah:Buku ini saya pun belum baca. Kalau Puan Nor dah baca, mungkin boleh Puan ulas? :)

Saya dah beli & baru belek2, belum baca sepenuhnya. kalau dah baca, saya akan share apa yg saya faham. I'm not very good in this topic, just curious to know something about it.


message 3: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Jul 13, 2010 09:20PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Saya dah beri pendapat saya di thread lagi satu tu tapi nak ulang sini: Ya, palsu. Hoax. Fake.

EDIT: Saya paste balik apa saya tulis di thread lagi satu tu....

"Contohnya, ia mengandungi pujian terhadap dewa-dewa Hindu. Apa ke jadahnya Yahudi Zionis memuja agama Hindu? Zionis ni lah kaum paling angkuh sekali. Tiada siapa yg setaraf mereka...alih-alih buku 'rahsia' mereka ni memuji dewa Hindu pulak.

Juga mengandungi ayat sepert "gereja kita (our church)". Sepatutnya kalau Yahudi, "synagogue kita". I cry, "FAKE!"

Yg sedihnya, Harakah sendiri pernah menyiarkan petikan dari buku protocols of Zion ni. Malu sungguh saya memegang akhbar Harakah ketika tu. Org Melayu dan org Islam ni senang je. Tulis saja pasal Yahudi, Zionisme, Israel, dan kita akan 'menelan' tanpa usul periksa. Habis tu, macam mana nak tau mana yg betul, mana yg palsu?

Kita (org melayu, umat Islam) memerlukan critical thinking ketika membaca, terutama ketika membaca bahan yg kununnya berdasarkan fakta (e.g sejarah, biografi, non-fiksyen umumnya). Sebab tiada critical thinking ni le kita (Umat Islam keseluruhannya) mundur dan semakin mundur hari ini.


message 4: by Hilman (new)

Hilman | 492 comments Assalamualaikum,

Najibah,
Sebenarnya saya tidak berapa tahu hujung pangkal perdebatan ini. Lagipun saya tidak pernah membaca "Protocols of the Elders of Zion" yang origanal (Bahasa Hebrew) mahupun terjemahannya dalam bahasa inggeris oleh Victor E. Marsden. Buku "International Jew" yang ditulis oleh Sir Henry Ford juga belum terlintas lagi untuk dibaca.

Oleh itu amat sukar untuk mengatakan bahawa ada "penipuan" ataupun tidak kerana penulis telah membuat ringkasan terhadap protokol yang dimuatkan di dalam buku "Agenda Yahudi Menakluk Dunia" untuk pemahaman pembacanya. Dalam buku inin saya tidak menemui sebarang kekeliruan yang dinyatakan oleh saudara Khairul H. Mungkin saudara Khairul H. lebih arif kerana telah membaca dari sumber asal.

Penulis buku ini juga ada menyatakan wujudnya dakwaan yang mengatakan protokol yang diterjemah oleh Victor E. Marsden ini palsu.

Secara peribadinya (merujuk kepada protokol yang dinyatakan di "Agenda Yahudi Menakluk Dunia") kita perlu mengambil berat terhadap isi kandungan nya kerana segala perancangan ini boleh menjatuhkan bukan sahaja negara Islam dari segi ekonomi, malah masalah sosial dan moral di kalangan umat Islam akan berada ditahap tenat. Amat sukar untuk merumuskan 24 protokol tersebut dalam ruang yang sedikit, tetapi apa yang dapat menjadi senjata utama mereka adalah dari segi ekonomi, perbalahan sesama kita, kecelaruan dalam ideoligi dan pemikiran, merosakkan agama dan menguasai media.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa protokol yang saya baca ini palsu ataupun tidak. Untuk mengetahui kebenarannya, mulakan kajian dari perbentangan yang dilakukan oleh Theodore Herzl sekitar tahun 1896.

Sama ada "protokol" yang saya baca ini palsu ataupun "protocol" yang saudara Khairul H. baca yang dipalsukan. Boleh ke kalau itu yang menjadi persoalan saya???

Sekian


message 5: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Entah. Banyak sangat suara menuding jari ke arah masing-masing, saya pun dah "kompius".

Kita boleh mengaku dan menafikan kesahihan Protocols tu sampai kiamat, tak akan selesai isu ni. Tapi yg pasti, memang mereka mempunyai agenda untuk menakluk dunia bukan dengan senjata tetapi dgn ideologi dan pengaruh. Tapi apa yg saya kurang sikit percaya ialah wujudnya sebuah kelab atau organisasi yg terdiri daripada tokoh-tokoh Zionis yg berjumpa setiap tahun secara rahsia (atau tidak) untuk membincangkan rancangan mereka (seperti yg dibongkarkan di dalam buku Protocols itu).

Mungkin kelab eksluksif ini dianggotai hari ini oleh:

Tauke besar Intel Corp.
Mamat yg cipta Facebook
Steven Spielberg
Tauke Starbucks
Calvin Klein
Adam Sandler
dan sebagai pemerhati, Barack Obama.


message 6: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Adam Sandler? Why him?


message 7: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Joke, bunnybaby.

Still, adam sandler wrote and performed a song about all the celebs in H'wood with 'anglo-saxon' names but were actually Jewish. Funny song, and true as well.


message 8: by sani (new)

sani | 53 comments Salam semua,

Menarik diskusi ini heheh, saya pun gatal gak nak mencelah. Mungkin juga ada sebahagian dari isi kandungan buku itu yg mengarut/ditokok tambah. Yg menariknya kalau kita teliti pergolakan dunia hari ini pastinya kita nampak adanya kuasa2 "ghaib" yg mencatur kerajaan di hampir kesemua negara.

Bermula dari penubuhan Israel oleh British. Bagaimana kuasa besar Amerika Syarikat membela/menyokong negara haram itu sehingga cukup kuat. Juga kejatuhan kepimpinan negara2 Islam seperti Palestin (PLO/Fatah), Mesir dsb, menjadi boneka Zionis.

Bagaimana hari ini kuasa ekonomi (ditangan syarikat2 besar milik penyokong Zionis) pula yg menundukkan negara2 didunia dengan pakatan dan lobi.

Kuasa ekonomi ini agar sukar ditentang kerana ia seperti tidak agressif atau "oppressive" tetapi percayalah kuasa ekonomi inilah yg menggerakkan kapal2 perang Amerika ke Iraq dan Afghanistan.

Nah, terpulang kepada kita untuk mengambil tindakan sewajarnya, berdasarkan apa yg kita percaya sebagai adil dan bijaksana. Bagi saya selemah2nya saya kurangkan (kalau tak mampu hentikan terus) pembelian barang2 atau servis yg datang dari syarikat2 yg berkaitan dengan Zionis.


message 9: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
SANI!! Hah, dalam lama tak bersuara di forum ni. Ingatkan dah malas masuk.

Saya tak nafikan 'tangan ghaib' puak Zionis mahupun pro-Zionis di belakang insiden-insiden besar di dunia terutama peperangan dan penaklukan negara-negara Islam. Malah, lobi pro-Israel adalah antara lobi paling berpengaruh di Washington, D.C. Ini bukan rahsia.

Yg saya kureng nak percaya adalah butir-butir di dalam buku Protocols tu sehinggakan saya yg tak tahu satu benda hal Zionis ni pun susah nak percaya je bila baca buku tu. Reaksi saya sama seperti ketika saya membaca buku mengarut, "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" 13 tahun dulu. Saya menyoal kesahihan kandungannya, kewarasan pengarangnya dan kesamdolan penerbitnya.

Perihal memboikot barangan pro-Zionis adalah sukar tetapi tidak mustahil. Kalau nak boikot sepenuhnya, kita terpaksa hidup macam Mahatma Gandhi. Pakai kain putih sehelai sepinggang, tidur atas tikar, makan sayur.

They control the world's economy. Deal with it.


message 10: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Saya pun hairan juga, ke manalah Sani ni. Sonyap ajo.

This discussion makes me want to read the book that I have but yet to touch: Confession of An Economic Hitman. May or may not be related to Jews monopoly in economy, but it's a good start (I believe).


message 11: by sani (new)

sani | 53 comments Hehe...lama juga saya pergi bertapa...
Btw, saya tengah belajar Classical Arabic (Bahasa Arab utk memahami Al-Quran) dan Tafseer dari Ustaz Nouman Ali Khan. Sangat2 menarik. Tak boleh dinafikan lagi Al-Quran lah buku berimpak paling maksima. :)

Untuk rujukan:

1. Why and How to Learn Arabic for Comprehension of the Quran - Nouman Ali Khan
http://www.youtube.com/watch?v=yfflgF...

2. Classical Arabic (Intermediate level - sesuai utk kebanyakan Malaysian Muslim). Sila daftar untuk mengikuti kursus ini secara percuma. Saya dah berjaya download keseluruhan kursus ini dan simpan dlm DVD. Sesiapa berminat boleh PM saya address, insyaAllah saya poskan (sebelum itu mohon daftar dulu di Bayyinah).
http://www.bayyinahsessions.com/


message 12: by sani (new)

sani | 53 comments hmm..lupa pula, kalau nak dengar Tafseer (Juz 30) bolehlah pergi ke: http://bayyinah.com/podcast/

Ini juga saya dah masukkan ke dalam DVD. Sesiapa yg berminat boleh juga PM address kepada saya insyaAllah saya pos-laju-kan.

Rasanya bolehlah kita sama2 sebarkan kepada saudara dan kawan2 (menjelang Ramadhan yg mulia).


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Sani, Tafseer Bayyinah ni karangan siapa?

Kalau saya mahu DVDnya, berapa RM?


message 14: by sani (new)

sani | 53 comments Wsalam Najibah.

Ini syarahnya saja bukan tafseer baru dari Bayyinah.

Kerja2 ini hasil sumbangan Hafiz Wisam Sharieff, Shaikh AbdulNasir Jangda dan Ustaz Nouman Ali Khan. Sila semak 'credential' mereka di Bayyinah.com (lihat bahagian "instructors").

Mereka menggunakan tafseer muktabar (antaranya Tafseer Ibn Katheer).

DVD nya saya nak bagi sebagai hadiah sahaja. Cuma saya harap kalian yg berminat turut sama menyebarkannya secara percuma (mudah2an menjadi pelaburan kita bersama).


message 15: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments The first book of similar issues I had read was "Pawns In The Game" by W. G. Carr, an ex-Canadian Navy officer, many years ago. It comes in 2 volumes (1958) They were reprinted by the PPI of UPM which probably goes to prove such books were usually bought off the shelves of bookstores in those days by certain parties(?). The books delve in international intrigue in finance and revolutions that transversed the period from the English Revolution in the 17th century till WW2 and encapsulated in a warning of dangers in the future. Since then we acquired a few more titles by Rivera, Fletcher Prouty, Matthias Chang, Bennet as well as Ford plus a few others.

However, our copy of Protocols of the Meetings of Elders of Zion is a 1970 reproduction of the original English transalation by Victor E Marsden by a publisher in Karachi. It purports that the original book was published in Russia in 1905 a copy of which is in the British Museum. All copies known to exist in Russia were destroyed in the Kerensky regime. Those having any copy will be shot. Jewish journals said they were forgeries.

Further checks shows that Marsden had changed the original title which was "The Jewish Peril" and it was finally published in 1921. The original book was published by a Russian Prof Nilus(also a priest of the Russian Orthodox Church) from lectures prepared for delivery to members of the Grand Orient Lodges and Councils of the Palladian Rite. Those who prepared them were members of the SOS - Synagogue of Satan. It is held that the Protocols were indeed those of SOS with some alterations. If you are interested you may read details of the issue here :
http://www.biblebelievers.org.au/prot...

"....intentionally or otherwise, he gave birth to anti-Semitism as the S.O.S. intended, so they could use it to foment World Wars One and Two and bring about the Russian revolution, as required to further their plot."


message 16: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Synagogue of Satan


BAND NAME!


message 17: by Azimah (new)

Azimah  Othman | 113 comments Ada juga :)


message 18: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Hari Jumaat ni, ada wacana tertutup tentang cara Yahudi boleh membantu Islam di UM. InsyaAllah nanti saya akan try kongsikan bersama..


message 19: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited Aug 26, 2010 03:20AM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Yahudi bantu Islam di UM je ke? Uni lain dia tak mau tolong?

*lari sebelum kena sekeh*


message 20: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments OMG!!! memang ada yang nak kene sekeh.. hehe

wah kene betulkan ayat nih..


message 21: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Sebenarnya wacana tersebut bertajuk: Zionis di dalam organisasi Pentadbiran dan Perniagaan.

By: Pof Dr. Mohd Nazari Ismail
From: Fakulti Perniagaan dan perakaunan UM

Beliau memulai pembentangan dengan mendefinisikan maksud Yahudi melalui al-Quran dan pengertian orang Yahudi sendiri. Jelas pengertian Islam adalah lebih kepada perbuatan bukan berdasarkan darah seperti mereka. Orang Yahudi juga sebenarnya masih keliru dengan definisi yahudi itu kerana sebenarnya mereka hanya menganggap anak dari latar belakang keturunan darah mestilah dari sebelah ibu bukan bapa.

Namun begitu keseluruhan perbincangan membawa kepada konklusi bahawa kita bukan memusuhi Yahudi tetapi menentang Zionis. Zionis adalah sesiapa yang percaya bahawa perlunya sebuah negara bagi orang Yahudi. Jadi sebenarnya ramai juga di kalangan orang Kristian yang menjadi ahli zionis kerana mereka percaya bahawa messiah hanya akan turun sekiranya palestin jatuh ke tangan jews.. after all memang protocols of zion adalah palsu dan kita umat Islam perlu berhati-hati di dalam memilih pembacaan terhadap isu yahudi dan zionis.

amaran juga diberikan bahawa buku tulisan amerika ada juga dipengaruhi oleh sifat perkauman jadi oleh itu perlu perhatikan pengunaan perkataan zioniz atau yahudi yang digunakan untuk mereka. jika yahudi mungkin unsur perkauman.. wallahualam


message 22: by Azimah (last edited Aug 30, 2010 10:56AM) (new)

Azimah  Othman | 113 comments Kekeliruan tentang definisi Yahudi ini berkemungkinan juga akibat politik mereka yang berkepentingan. Bagi saya, Yahudi yang asal adalah Bani Israil (keturunan Nabi Yakob AS) yang bermastautin di Kingdom of Judea dan berugama Judah. Bukan semua Bani Israil itu Yahudi...hanya keturunan Judah dan Benyamin. Malangnya, pada era terakhir Judea ramai yang telah menyembah yang bukan2! La ni ada pula yang memasukkan mereka yang telah masuk ugama Judah dan dipercayai untuk menerima kaum Khazar sebagai Yahudi....Mereka juga telah mengiktiraf lain2 kaum for numbers seperti kaum Shephadik (ejaan not sure)dan yang dari Afrika.

Definisi mengikut apa yang dibuat daripada apa yang dipercayai (anutan ugama) atau siapa ibubapa agak intersting. Ada juga didiskusi oleh penulis2.


back to top