Goodreads Malaysia discussion

This topic is about
The Last Lecture
Arkib Buku Impak Maksima
>
The Last Lecture (Randy Pausch)
date
newest »

Maaf. Saya tak ingat bab-bab tertentu namun yang paling segar dalam ingatan ialah apabila Pausch menyebut tentang:
1 - recovering jerk
2 - no job is beneath you. If you got a job sorting mail, be good at sorting mail.
3 - how freedom is overated. Many people wants freedom of this and that without actually associating them with responsibilites
Point-point di atas adalah yang paling mengesankan pada saya.

Faizah,
Saya sependapat tentang point no.1 & 2.
Point-point lain yang dapat saya jadikan pegangan:
- kalau jalan kita tersekat di depan, mesti terus cari jalan keluar, mungkin sekatan itu boleh dibuka asal kita bertanya lebih lanjut.
- ikatan kekeluargaan lebih penting dari kereta barunya yang bersih dan mewah.
- kesungguhannya mahu tinggalkan sesuatu sebagai legasi anak-anaknya
- kecekalan dia menghadapi penyakit, secara logikal, tidak menyerah.
Secara keseluruhan, persembahan bukunya bagi saya sangat biasa, tapi ada jiwa dan api.
Akmal,
Last lecturenya boleh dicari di YouTube, kalau belum lihat.

The Last Lecture - sudah lama saya mengidam buku ini, tetapi hati masih tidak terbuka untuk membelinya. Saya tahu bahawa ini kisah seorang profesor yang mengetahui bahawa dia akan mati dalam tempoh terdekat dan bagaimana dia memanfaatkan hari-hari terakhirnya.
Buku ini segera mendapat perhatian saya apabila saya melihat saiznya secara fizikal dan gaya persembahan serta gaya bahasa yang memancing dengan tempo yang pantas.
Kisah seorang Profesor di Carnegie Mellon University bernama Randy Pausch yang disahkan mengidap kanser pankreas dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Dia sama sekali tidak merungut atau semata-mata pasrah kepada keadaan tersebut. Apatah lagilah untuk menyalahkan takdir.
Dia menerima dengan rasa terbuka dan membuat persediaan mental serta fizikal bagi orang-orang yang disayanginya untuk meneruskan kehidupan tanpa dirinya kelak. Dia mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil. Sebagai bapa, tentulah dia berasa sungguh sedih untuk meninggalkan mereka buat selama-lamanya. Tetapi dia tahu, kalau dia menangis sepanjang hari sehingga hari kematiannya, itu tidak akan menguntungkan sesiapa.
Peribadi, saya kagum dengan penulis dan tokoh ini kerana sebagai seorang bukan Islam dia telah menunjukkan semangat jugang yang cukup kental untuk hidup. Dia tidak kisah jika dia harus mati pada esok hari kerana hari ini dia akan tetap mengisi kehidupannya sebaik mungkin. Dia juga mahu meninggalkan sebanyak-banyak kenangan manis buat isteri dan anak-anaknya.
Buku The Last Lecture ini juga boleh dijadikan anggap sebagai manual kehidupan. Hidup itu perlu diisi dengan segala-gala kebaikan. Penyakit yang dihidapinya itu langsung tidak dijadikan alasan untuk dia tidak berbahagia dengan isteri dan anak-anaknya. Dia bukannya seorang peraih simpati ataupun bermuram durja dengan self-pity.
Namun, kisahnya bukanlah kisah tanpa sebarang rasa sedih. Dia tetap menyatakan bagaimana dia sama-sama berkongsi rasa sedih dan bakal kehilangan satu sama lain bersama-sama isterinya.
Buku ini juga boleh dibaca, sambil menonton 'kuliah' tersebut melalui youtube. Layari www.thelastlecture.com untuk manfaat berganda.

Saya menulisnya sebagai sumbangan kepada blog tersebut.
message 10:
by
Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata
(last edited Feb 03, 2010 03:42AM)
(new)
-
rated it 4 stars
Kak Nisah, melihat dari sudut agama kita, memang peribadi Pausch mengkagumkan, kerana sifat redha dengan ujian yang patut ada pada diri orang Muslim itu ada pada beliau. Dan beliau mengembangkan sifat redha tu setapak lagi dengan cuba memberi manfaat kepada orang lain pada masa paling kritikal dalam hidupnya sendiri.
Satu andaian lain, ramai orang-orang Islam seperti ini juga, peribadi-peribadi hebat, tetapi sayangnya tidak menulis sebuah buku seperti Pausch. Mungkin kerana dalam Islam, itu akan dilihat seperti terlalu menggembar-gembur kebaikan diri.

Ada sesiapa telah membaca Tuesdays with Morrie: An Old Man, a Young Man, and Life's Greatest Lesson?
Apa bezanya buku ini dengan The Last Lecture?
Apa bezanya buku ini dengan The Last Lecture?

Zikir Menyembuhkan Kankerku
Zikir Menyembuhkan Kankerku oleh H.M. Amin Syukur
Buku ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman beliau sendiri.
Boleh dibeli dari Gramedia Bookstore.

Apa bezanya buku ini dengan The Last Lecture?"
Saya lebih suka buku 'The Last Lecture' dari 'tuesdays with morrie'
mungkin saya merasakan nasihat Randy lebih dekat di hati
Buku The Last Lecture ini secara keseluruhannya saya suka, tak dapek nak tetapkan yang mana paling terkesan di hati. Ia membantu persediaan saya secara mental menghadapi kebarangkalian umi dipanggil kembali ke rahmatullah pada bila-bila masa. Umi juga menghidapi kanser seperti Pausch (tapi jenis kanser yang berbeza). Membaca TLL membolehkan saya menyelami perasaan dan fikiran seorang pesakit kanser menghadapi hari-hari terakhirnya di dunia.
Oh satu lagi,
Brick walls are there for a reason. They are there for those who wants it hard enough.
Brick walls are there for a reason. They are there for those who wants it hard enough.

"Have you figured out the second head fake? The talk’s not for you, it’s for my kids. Thank you all,
good night."

Kadang benda simple tapi kita remehkan. Contoh dalam buku ni part note terima kasih. Ya tak luak pon kalau kita ucap terima kasih kepada sesiapa pun .
:)

I liked how he described his childhood, how his parents cultivate their creativity & thirst for knowledge. I wonder if this is why kids today are so lacking of creativity & drive...

Membaca review di sini membuatkan saya rasa nak cari sekarang juga buku ni. Tahu tentang buku ni bila baca di MPH web tapi masa tu tak terasa nak beli.
Banyaknya yang nak dibaca..!
Banyaknya yang nak dibaca..!
Nor Azzah wrote: "Membaca review di sini membuatkan saya rasa nak cari sekarang juga buku ni. Tahu tentang buku ni bila baca di MPH web tapi masa tu tak terasa nak beli.
Banyaknya yang nak dibaca..!"
Kesan sampingan masuk Goodreads, bertambah-tambah buku di rumah :)
Banyaknya yang nak dibaca..!"
Kesan sampingan masuk Goodreads, bertambah-tambah buku di rumah :)
Siti wrote: "saya ada baca buku ni. tp dh lama gak la. dah lupa dah kebanyakan isi kandungan dia. tapi mmg banyak pengajaran la.terutamanya cara dia menghargai seseorang. saya sampai nangis baca part dia arrang..."
:D tengok semula seorang, kemudian menangis puas-puas.
:D tengok semula seorang, kemudian menangis puas-puas.
Sizarifalina wrote: "dulu siz pernah jadikan buku Tuesdays With Morrie sebagai bahan bacaan dalan Kelas english [ ngajar budak2 IB:] pelajar2 saya sungguh kagum ngan nilai2 yang ada dalam buku itu...tapi susah nak kata..."
TWM pun tak kurang menarik, terutama sebab ia melibatkan hubungan guru-murid. Berapa banyak orang dapat berhubung dengan gurunya atau dengan muridnya secara personal seperti Morrie dan penulis.
TWM pun tak kurang menarik, terutama sebab ia melibatkan hubungan guru-murid. Berapa banyak orang dapat berhubung dengan gurunya atau dengan muridnya secara personal seperti Morrie dan penulis.

tak sanggup nk tengok lg dah
Bab mana paling mengesankan?