Goodreads Malaysia discussion

119 views
Maraton Malaysia Membaca 2023 > Sasaran 100 untuk 2023

Comments Showing 1-50 of 96 (96 new)    post a comment »
« previous 1

message 1: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments Tahun 2022 saya menurunkan bukit buku yang belum dibaca sebanyak 104 buah. Sasaran 90 buah. Kejutan menerima hadiah utama sudut bacaan ITBM memanjangkan lagi banjaran buku berganda jumlahnya. Januari ini saya fokus pada buku-buku puisi yang nipis bagi mengimbangi bahan bacaan yang tebal.

Sedap pula melayan puisi. Ada yang elok menepati diri sendiri.


message 2: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 1. Dongeng Perkebunan
Jasni Matlani ITBM
4


message 3: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 2. Ceritera Dari Daerah Luruh
Hamir Habeeb Mohd ITBM
4 bintang

3. Malam Hujan & Oksimoron
Marsli NO ITBM
4 bintang

4. Metamorfosis Kimchi
Lim Kim Hui
5 bintang

kumpulan puisi yang menarik untuk dibaca sekali lagi. Menyentuh tentang budaya setempat di Seoul dan juga perbandingan dengan budaya tempatan sini.

5. Diari Abah : Berfikir dengan Hati Berperasaan Dengan Akal
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Yayasan Khalifah
4 bintang

Coretan hati seorang abah membesarkan anak-anak dalam suasana tempatan dan asing di rantau orang. Isu semasa dalam pendidikan anak di rumah dan juga sekolah.

6. Menebus Rindu
Hany Hisham Musa
Infinity
4 bintang

Novel yang dibeli dua tahun lepas sebab kavernya cantik. Penceritaan sederhana. Naratif alam yang terperinci - yang ini saya suka. Latar tempatan dan di Sri Lanka - menarik. Cuma, pergerakan plot jadi lambat. Tema jejak kasih dan menerima takdir.

7. Wajah M50 KINI DI GALERI MORNE
U-Wei Haji Shaari MORNE Hashim
ITBM

Antara buku meja kopi yang saya terima sempena hadiah sudut bacaan.
Kaver putih bersih. Risau pula terlekat cap jari. Dokumentasi seni lukis - potret, ukiran dan foto. Ada diselang seli dengan ungkapan para penggiat seni. Pengenalan yang panjang daripada U-Wei Haji Shaari tentang sejarah seni di Malaysia.


message 4: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 8. Suara Nusa Dalam Filem-filem Seniman Agung oleh Raihani Mohd Saaid terbitan Kenyalang imprin Biblio Press

Minat yang menjadi tesis. Apabila dibukukan menjadi bacaan umum yang menarik. Membaca kajian dan analisis yang berselang-seli dengan contoh adegan filem P Ramlee.

4 bintang

9. Kumpulan puisi Naskah Nuraga oleh Raihani Mohd Saaid terbitan ITBM

termasuk puisi mengenai filem P. Ramlee dan juga karya sastera yang lain. Saya menyukai puisi yang lebih santai - Pencinta (Buku) dan Menjadi Anak.

4 bintang

9. Kumpulan puisi Sejambak Munajat oleh Marmoh Kasman terbitan ITBM

Tema keagamaan

3 bintang


message 5: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 10. Warisnya Kalbu oleh Sri Rahayu Mohd Yusop terbitan JIWA

Novel remaja tempat pertama Sayembara 2007. Menarik apabila diselang seli bab zaman kini dan zaman silam. Watak utama - dua orang remaja yang menjadi wakil sekolah bertanding pertandingan pantun. Mereka mewarisi jurnal dan terjemahan Inggeris pantun lama daripada nenek moyang. Lalu mereka mencari hubung kait.


message 6: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 11. My Name Is Red by Orhan Pamuk
Pembacaan yang memakan masa hampir tiga bulan. Fiksyen sejarah yang berat yang dibahagikan kepada 59 bab. Setiap bab diceritakan oleh watak dalam cerita. Yang unik - I Am A Corpse, My Name Is Red, I am the Devil. Penggunaan teknik Show Don't Tell yang sungguh terperinci. Saya minat latar belakang Türkiye - novel misteri pembunuhan ini berlatarkan İstanbul pada abad ke-16. Kisah pelukis miniatur dan guru mereka dan klien diraja yang mengupah mereka membuat ilustrasi buku.

5 bintang.


message 7: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 12. Mending The Heart by Sharifah Nadhirah terbitan Whitecoat.

Saya membaca buku ini antara bab-bab terakhir My Name Is Red. Ringan sedikit kepala dan mata. Buku bertema healing.


message 8: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 13. Memoir Di Bawah Langit Aotearoa oleh Muzzahmad

Kisah hidup penghijrahan ke New Zealand mencari jiwa yang hilang. Cerita hati yang cekal dan tegar untuk hidup di rantau orang.

4 bintang

14. Singkir Kasihku Tidak Berakhir oleh Sarimah Abu Bakar

Kisah hidup di desa zaman kanak-kanak dan jejak langkah mendewasakan diri. Penulis ini aktif bersajak. Ahli ASASI di Kedah. Mengenali daerah Singkir sekitar Gunung Jerai.

4 bintang

15. Kumbang Yang Tercantik oleh Mohamad Salleh Said

Bacaan kali kedua untuk menterjemah. Mengenai pencarian kumbang, kehidupan hutan, biodiversiti dan cabaran pembalakan dalam bentuk penceritaan.

4 bintang

16. Menggamit Rindu Semalam oleh Latifah Hanim Muin

Kisah hidup seorang nenda untuk anak cucunya.

4 bintang


message 9: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 17. Dombili ve Tilki Gecesi

Karya kanak-kanak terjemahan Turki. Karya asal oleh Judith Kerr. Siri Mog the Cat. Maklumat daripada Puan Nisah Haron.

Terhibur dengan gelagat kucing yang tak suka makan ikan dan makanan kucing sampai dimarahi tuannya. Bertemu dengan musang pada waktu malam sewaktu merajuk menyembunyikan diri bawah plastik sampah.

Misi tahun ini nak membaca dalam bahasa Turki. Tahap kanak-kanak dan asas.


message 10: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 18. Kantung Ajaib Keembung oleh Hakim Bahaman terbitan DBP

Cerita berilustrasi. Cerita kanak-kanak mengenai Tuah si burung tiung dan Emi, si bunga Keembung yang bersahabat baik.


message 11: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 19. Simetri Kasih Avon oleh Jenny Ok terbitan Shahida Hassan Enterprise.

Novel siri kedua. Siri pertama - Dear Avon. Perkahwinan Qal dan Amal sewaktu masih belajar di Nottingham. Cabaran berumah tangga jarak jauh apabila Qal menjalani latihan industri di Paris. Kelebihan hidup merantau terserlah apabila berpeluang merantau merentas Eropah. Namun, umpama pohon rimbun menghijau yang indah tetapi tetap ada musim luruhnya. Wujud konflik kasih antara mereka.
Latarbelakang novel sekitar negeri-negeri di United Kingdom dan benua Eropah. Laras bahasa sedap dibaca.


message 12: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 20. Salam Kaherah oleh Abu Hassan Morad terbitan DBP

Novel kanak-kanak tetapi sedap pula membacanya. Kisah Hasna yang berusia 12 tahun berpeluang mengunjungi Kaherah dan Alexandria.


message 13: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 21. Bermain dengan Gerimis
Lim Swee Tin
Dewan Bahasa dan Pustaka

Kumpulan puisi 52 buah untuk bacaan kanak-kanak. Yang dewasa ini pun tumpang membaca.


message 14: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 22. Sense & Sensibility by Jane Austen
Penguin

Extremes of anything either good or bad bring unfavorable outcome. Stories of siblings; all girls dealing with social issues : minimal inheritance for ladies at the point of time and topic of marriage. Death of their father brought them to live in the country. Dealing with nosy but big hearted neighbours, jealousy of ladies, contemplating love and sacrifice. My love of reading the novels of Jane Austen begun in my childhood. As I grew older, I learned to appreciate the underlying universal issues of society and life.


message 15: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 23. Please Look After Mom - Ibu tercinta
oleh Shin Kyung-Sook/ Tanti Lesmana

Sedihnya cerita ibu yang hilang di stesen metro di Seoul. Sampai ke sudah tak berjumpa. Suami dan anak-anak mengimbau kenangan semasa dia masih ada. Jauh di mata dekat di hati. Anak-anak cuba menjejak dari satu tempat ke satu tempat sebaik sahaja dapat apa-apa petunjuk.

24. Suri oleh Hani Jamal
Terbitan Getar Aksara

Novela yang sedap dibaca. Suri yang mencari kehidupan baharu.

25. Tikus Menjadi Raja oleh Jaafar Hasny terbitan DBP

Kumpulan Cerita kanak-kanak yang menggunakan watak haiwan. Satu cerita yang saya suka dan ingat mengenai sejahat-jahat buaya, masih ada simpati pada anak monyet.

26. The Joy of Walking - Selected Writings. Edited by Suzy Cripps

Even walking has its story across decades and literature. Walking, other than healthy exercise, is an activity to pass time. There are excepts of chapters from literature novels which focus on the main characters taking a walk. Walking leaves you freedom to observe the surrounding.

27. Musafir Kota Haramain
Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid
Karya Bestari

Pengalaman haji merentas 4 dekad pada tahun 1971 dan 2015. Mendapat gambaran perubahan-perubahan di Haramain dari kota kecil ke kota Metropolitan

27.


message 16: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 28. Kumpulan Puisi: Mencari Pintu Ar-Rayyan karya Lara MN terbitan ITBM

Bertemankan awal, tengah dan akhir Ramadan sehingga hari kemenangan. Kebetulan menarik naskah ini dari rak sementara menunggu waktu iftar. Puas hati membaca puisi-puisi Ramadan. Nipis saja bukunya. Boleh dibaca sekali duduk.


message 17: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 29. Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat - Surah Hud

İntipati surah Hud - maksud mendirikan solat, ibrah kisah-kisah Nabi, pemetaan hidup bukan untuk dunia saja, dunia akhirat bertapak di dunia, teknik mengajar melalui bercerita patut diterap untuk pembelajaran Al-Quran. Tok Guru mendomestikasikan tafsir supaya lebih dekat pada masyarakat.


message 18: by Nor, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor (norazzahmomin) | 1565 comments Mod
Laju Kak Irni.
Bacaan pun pelbagai genre.


message 19: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments Rasa bersalah tengok banjaran TBR. Hati berkenan pula pada yang lain.


message 20: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 30. Kelulutologi Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia
karya Shamsul Bahri Abd Razak
terbitan Penerbit UMT.

Tema ciptaan Allah SWT yang Maha Pencipta. Buku yang lengkap dengan foto berwarna-warni ini menceritakan tentang kelulut sejenis lebah tidak bersengat dan madu yang dihasilkan. Hendak seribu daya begitulah penulis ini dan Kumpulan Penyelidik UMT bersusah payah menjejak kelulut serata negara dan juga luar negara. Penyelidikan mereka diabadikan dalam buku yang cantik dan diceritakan dalam rentak santai namun ada naik turunnya plot demi plot. Ada cabaran dan momen-momen manis Bersungguh-sungguh saya membacanya. Memang selayaknya buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2022 bagi kategori Buku Umum Terbaik (Alam Semulajadi dan Penyelidikan). Kelulut yang halus namun banyak baktinya dalam ekologi alam.


message 21: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 31. The Best British Travel Writing Of The 21st Century published by Summerdale

A momento from my travel to Bath. Escaping the sounds of the bells tolling at night, we just simply enter Topping, a family bookstore nearby. Housed in refurbished old 3-storey building with a basement. I found this book in the basement. One of the editors, Monisha Rajesh wrote Around The World in 80 trains. This book compiled 30 outstanding travel stories published in British media. Colourful travel writing over several countries -İraq, Armenia, Bhutan, India, Congo, Kerala, Fiordland, Leicester, Haramain up to Antarctica. Satisfactory reading that makes one appreciate the nature created by Allah SWT more. Some of the destinations I wouldn't dream to go myself.


message 22: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 32. Hero Mama oleh Habsah Othman.

Naskhah swaterbit mengenai keluarga Puan Habsah yang mempunyai lima orang anak lelaki dari sejak lahir sehingga ada yang sudah berkahwin. Cabaran wanita bekerjaya dalam mengurus rumah tangga tanpa pembantu. Diwarnai dengan pengalaman menemani suami bertugas ke luar negara dan kemandirian menguruskan keluarga apabila suami berkursus di luar.

Penceritaan yang baik. Susun atur buku yang kemas. Cerita kehidupan seharian dalam suasana tempatan.


message 23: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 33. Labbaikallah Life Lessons In Spiritual Journey by Siti Malini Mat

A joy to read. Going for hajj is a pillar of Islam and a dream of Muslims. There are conditions to be fulfilled and the calling is actually a rizq, a blessing of Allah SWT.

Malini's masterpiece reminded me of our own hajj experience. Every thing we went through in Haramain, there's always something to be learnt.


message 24: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 33. Blessed Unions by Khairun Atika Kamsan published by Bilal Books

This book is inspired by Jane Austen's Persuasion. Main characters are Anaya, a kindergarten teacher and Fazley Wijaya, an architect as opposed to Anne Elliott and Captain Wentworth in Persuasion. An interesting technique in domestication of background and plots into 20th century. Reflections of their past and their encounter about eight years later in alternate chapters. They have changed but their love still remains.
I just love soothing love stories. A 5-star read.


message 25: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 34. New Beginnings by Khairun Atika Kamsan published by Bilal Books

The first book of the same Singaporean author of Blessed Unions. New Beginnings is inspired by Pride and Prejudice of Jane Austen. Bought this for a year or so mainly because of the blurb mentioning Pride and Prejudice. Mr Darcy is Gaddafi in this tale, an architect by profession and owner of Pemberley architecture group of firms. Elizabeth Bennet is Alisa who was outspoken but dedicated kindergarten teacher. Another couple is Bazli and Julia who are of similar role of Bingley and Jane Bennet. A 4-star read. Happy endings are actually new beginnings as quoted by the author. Plots of 2 centuries are written in local environment and injected with Islamic ways of life.


message 26: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 35. Yang Saya Lihat di Malaya karya asal Jeanne Cuisinier terjemahan oleh Ain Ahmad Lutfi terbitan Biblio Press

Catatan syarahan penulis yang merupakan ahli etnologi yang telah menjelajah bumi Malaya khususnya negeri Kelantan dan juga Perak, Perlis dan Kedah sekitar tahun 1932 - 1933.

Jeanne warga Perancis sempat tinggal di beberapa tempat untuk mengkaji dan mengumpul data mengenai komuniti setempat - orang Melayu dan orang Asli.

Beliau mencatat segala pemerhatian melalui pengalaman sendiri dan juga membuat silang rujuk pada buku penyelidik sebelumnya. Hasil kajian menjadi bahan syarahan di Radio Perancis dan bahan dokumentasi muzium.

Melihat Malaya zaman 30-an dari sudut pandangan beliau yang bertumpu pada budaya dan bahasa. Saya suka membaca bab makanan dan bahagian akhir yang menyimpulkan pengalaman lapan belas bulan beliau.

Menjelajah pada zaman itu sudah tiada banyak pilihan pengangkutan selain kereta, keretapi.


message 27: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 36. Do You Love Me? oleh Norhafsah Hamid terbitan İman Publication

Gembiranya hati membaca novel yang ada pengakhiran setiap watak yang diperkenalkan dalam novel-novelnya sebelum ini. Kali ini, kisah Nieza, Hassan dan Amy - tiga orang doktor lulusan UK yang kembali berkhidmat di tanah air. Kisah kerjaya dan kehidupan. Kisah hati yang bertaut dan kecewa hampa. Penulis membawa tema 'unseen' atau perkara ghaib dalam novel kali ini. Petikan Al-Quran dan Hadith dikumpulkan menjadi endnote sebagai rujukan dan tidak mengganggu flow cerita.

Yang utama, font dah kembali besar. Sebelum ini, font novel dikecilkan agaknya sebab kos. Jenuh nak baca.


message 28: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments No 35 tak sempat edit, sudah terlepas. Nanti sambung kemudian


message 29: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 37. Berlari dari Jogja Untuk Menemukan Si Dia Di Christiania karya Z.F. Zamir terbitan Jiwa.

Anekdot kembara secara solo oleh penulis pada usia muda. Mahal pengalamannya. Yang membaca berasa puas hati. Ada jejak yang pernah dilalui sendiri. Ada laluan yang tak mungkin ditempuhi. Dapat pengalaman melalui buku sudah cukup.


message 30: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 38. Aku Pejuang SLE karya Jihan Rashid terbitan Writers' Write

Karya swaterbit bertemakan kisah hidup bersama panduan menghadapi penyakit SLE yang mengganggu auto imun badan. SLE antara penyakit yang tidak zahir. Pesakit nampak sihat walaupun mengalami gejala SLE dan perlu masa yang lama untuk pulih.


message 31: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 39. Lentera Kaca oleh Nuha novel sulung terbitan Mangosteen


Kisah anak-anak yang terkesan dengan penceraian ibu bapa. Dua adik beradik perempuan. Adik dijaga oleh ibu. Kakak dijaga oleh ayah. Lentera Kaca menjadi simbolik perjalanan si anak yang dijaga ibu. Dia mengorbankan seninya untuk bersaing dengan kakak dalam bidang kejuruteraan. Adik mendambakan bahagia yang dilihat pada diri kakaknya. Walhal kakaknya tidak bahagia sebenarnya. Banyak naratif dalam novel ini. Membaca bagai dibuai-buai.

40. Tuesday With Morrie

Bacaan yang memberi ibrah. Rentak yang laju sungguhpun watak utama, Morrie sedang bergelut dengan saat-saat akhir yang getir. Rakaman perbualan antara Morrie dan pelajar kesayangannya, Mitch.


message 32: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 41. Aku Juga Ibu oleh Sarimah Abu Bakar terbitan Hamare.

Bertemakan ibu segera yang menjadi stigma masyarakat - ibu tiri. Watak Zana berkahwin atas pilihan sendiri dengan duda yang mempunyai anak dengan isteri yang sudah meninggal dunia. Tinggal pula bersama ibu mertua suami. Tiga keadaan sekaligus dihadapi - menjadi isteri, ibu dan menantu. Adakala kita perlu bercerita untuk merungkai masalah pada orang yang boleh mendengar tanpa prejudis. Adakala kita pula menjadi pendengar dan menasihati tanpa menjadi batu api apabila kawan-kawan yang juga ibu segera berkongsi masalah. Ibu segera juga berhak bahagia dan dikasihi.



42.


message 33: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 42. Tumpangkan Aku Dunia oleh Noriza terbitan Hamare

Bertemakan pengalaman dengan anak istimewa

43. Anugerah Terindah oleh Yusnor syazana Mohd Yunos terbitan Hamare

Bertemakan pengalaman hamil dan penyusuan


message 34: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 44. Empat Musim Di Bibir Emak oleh Sarah Ross terbitan Katapilar

Kumpulan puisi yang memenangi hadiah finalis T Alias Taib. anjuran Katapilar. Indah kata-kata tersusun dan senang untuk difahami. Persembahan personifikasi yang menggunakan persekitaran seperti kelengkapan di dapur, musim dan kelengkapan mencari nafkah dan juga keretapi ( puisi ini saya paling suka.).

5 bintang dan boleh ulang baca.


message 35: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 43. Fajar Rekahan Malam dan Roh yang Tenang karya Dr Mohd Daud Bakar terbitan Amanie Media

Novel yang diinspirasikan Surah al-Fajr. Kapal terbang yang dinaiki Adeel terhempas ke laut. Yang terselamat - empat orang - Adeel, Alice, Rajesh dan anaknya, Katrina. Teringat cerita Robinson Crusoe dan Swiss Family Robinson - usaha survival daripada kosong di pulau tiada manusia. Ada penghuni alam yang lain...ular. Makan untuk hidup menjadi pegangan untuk bertahan. Adeel berperanan sebagai ketua.

Bab disusun bertema mengikut ayat 15-30. Ada konflik yang mengiringi cerita hingga ke penamat. Keyakinan untuk terus hidup sentiasa terumbang-ambing apabila berada di tempat luar zon selesa dan keadaan ketidakpastian. Adakah peluang untuk mereka diselamatkan atau ajal maut yang akan tiba?


message 36: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 44. Kicau karya Isa Kamari terbitan Biblio Lit.

Berlatarkan Taman Burung Singapura. Realiti antara datuk dan cucu bersilang masa dengan konflik komuniti burung yang dipimpin oleh Hud-Hud.


message 37: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 45. Luka Mencair Sebagai Sunset karya Nasser Mikraj terbitan Kata-pilar


message 38: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 46. Mudah Musafir terbitan Hamare

Tahun ini istimewa. Berpeluang menjadi buku solo sendiri. Membaca untuk berkongsi sesi live di PBAKL. Membaca untuk menilai penulisan sendiri.


message 39: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 45. Andainya Kucing Hilang Dari Dunia terjemahan oleh Hazman Baharom terbitan Biblio Press

Watak "aku" yang sedih menghadapi tiba ajalnya menemui watak yang pelik, Si Aloha. Doppleganger dirinya sendiri.

Kematian Lettuce si kucing feral menyedihkan ibunya. Pemergian ibunya pula menyepikan "aku" dan ayahnya.

Si Aloha aka Si Syaitan galak memberi saranan apa yang boleh dihilangkan demi memanjangkan nyawa "aku" sehari lagi.

Galang ganti bermula dengan hilangnya:

Telefon - kritik sosial tentang telefon yang menghilangkan kemanusiaan
Wayang / Filem - hidup manusia juga seperti kitaran wayang gambar
Jam - Si Cabbage, kucing yang mirip Lettuce tiba-tiba boleh bercakap tentang manusia yang sibuk mengklasifikasikan masa dan mencipta jam.

Apabila Si Aloha mencadangkan kucing yang dihilangkan, "aku" terbawa oleh memori silam dengan ibunya.

"Demi memperoleh sesuatu, pasti kita perlu melepaskan sesuatu..."

Ungkapan keramat ibu terngiang-ngiang.

Ada plot twist yang membawa "aku" berhadapan dengan ayah yang sudah lama disisihkan. Koleksi setem lama bukan sekadar harta karun yang sia-sia.

Melankolik ceritanya. Suasana orang yang cuba menerima kenyataan bahawa kadar kematian manusia itu 100%.

Terjemahan yang sungguh baik oleh Tuan Hazman Baharom. Tak mungkin saya akan baca karya asal dalam Bahasa Jepun. Tak perlu juga saya mencari terjemahan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah bacaan yang memuaskan hati.


message 40: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 47. (45) Andai Kucing Hilang Dari Dunia.


message 41: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 48. Menulis Kisah Hidup yang Sedap Dibaca oleh Zamri Mohamad terbitan Studio Buku

49. Rumah Sejuta Buku terbitan Jejak Tarbiah

Buku yang akan diulang baca. Menjelajah rak buku rumah penulis-penulis yang pandai bercerita.

50. Terapi Buku oleh Siti Nazuha

Zine


message 42: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 51. Pada Hangatnya Secangkir Teh oleh Nilam.

Secangkir teh membawa penjelajahan yang jauh dari negara ke negara, budaya dan proses. Juga membawa penulis mengimbau zaman kanak-kanak dan dewasa.

Bacaan terbaik bagi saya untuk tahun ini.

52. Tip Suri Menulis oleh Azian Mohamed Isa
Belajar menulis ini satu proses mengenali diri. Penulis berkongsi tip menerusi pengalamannya sebagai suri rumah yang meneroka bidang penulisan.

Isi kandungan buku yang dekat dengan diri sendiri yang juga suri rumah.

Boleh diulang baca.


message 43: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 53. Warna Manusia & Oyen Melukis Sinekdok oleh Afifah terbitan Katapilar

Kumpulan puisi yang menjadi finalis Hadiah Puisi T Alias Taib juga.

Persembahan puisi ditemani Si Oyen -ilustrasi dan juga komen. Lain daripada puisi yang pernah saya baca sebelum ini. Mata saya lebih tertarik pada Si Oyen.

Puisi mengenai kehidupan manusia dan kritikan sosial.

54. Andai Kucing Hilang Dari Dunia. terjemahan oleh Hazman. Terbitan Biblio Press.

Karya asal dalam Bahasa Jepun. Terjemahan yang baik.

Watak utama dikejutkan dengan khabar ajalnya akan tiba. Bertemu pula dengan Si Aloha (syaitan) yang membuat urus niaga untuk memanjangkan nyawa sehari dengan menghilangkan beberapa objek satu demi satu. Apabila hilang di mata, patutlah orang tua dulu-dulu sambung, dekat di hati.

55. A Thinking Person's Guide to the Truly Happy Life by HRH Prince Ghazi Bin Muhammad

Reading the literature of happiness in the segments of 4W and 1H. Happiness is mentioned in the Qur'an, Bible and other religious books as well as philosophy texts. Prior to understanding of happiness, we need to understand life too.


message 44: by SORA (new)

SORA | 22 comments Buku Andai Kucing Hilang dari Dunia macam menarik je utk dibaca


message 45: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments boleh diulang baca. Saya suka teknik flashback buku ni.


message 46: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 56. Sepanjang Jalan Kenangan oleh Mariati Yahya terbitan Writers'Write.

Penulis berasal dari Singapura. Perca-perca kehidupannya dicantum menjadi cerita kisah hidup. Saya membeli buku daripada kak Mariati sendiri sewaktu PBAKL. Berusaha mengejar pergerakannya yang cergas. Membaca kisah hidupnya memang terbukti kelincahannya seawal usia. Kehidupan yang susah ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang menjadikan penulis kuat jati dirinya. Berwarna-warni pengalamannya - pencarian ilmu hingga lewat usia, bekerja untuk mengukuhkan ekonomi dan aktif pula dalam sukalerawan dan kembara.


message 47: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 57. Hanoi ke Kunming - 18 hari perjalanan solo oleh Nor Sa'adah terbitan Dua Penulis

Tiada pengalaman kembara solo. Menimba pengalaman penulis Hanoi Ke Kunming memberi insight yang baik. Bukan inspirasi tetapi keseronokan meneroka apa yang difikirkan apabila menjelajah solo. Kerisauan terlepas kenderaan. Kerisauan sesat. Kerisauan ditipu atau diambil kesempatan. Namun segala kerisauan selama 18 hari dikira berbaloi dan menjadi kenangan yang manis.

Persahabatan baharu yang terjalin atas sebab kembara. Tulus. Tiada bertanya melebihi daripada perkongsian pengalaman mengembara. Yang ini mahal. Rezeki dan Rahmat kurniaan Allah.

Penguasaan bahasa yang pelbagai memang mencabar. Saya sendiri suka bersedia dengan dialog-dialog mudah apabila bermusafir. Paling tidak salah seorang ahli keluarga ada asas bahasa. Mempelajari bahasa memang perlu ada minat dan usaha yang berpanjangan.

Pemakanan di luar negara memang mengujakan. Dapat jumpa restoran halal memang bahagia tambahan lagi detik-detik perut bergendang gendut dan musim sejuk. Asyik membaca tentang mee tarik, kecur air liur dibuatnya.

Mendaki kawasan bukit walaupun bertangga satu cabaran stamina. Tabik pada penulis yang berani.

Yang paling saya berkenan - pergerakan penulis dari bandar ke bandar di China menggunakan keretapi dan kenderaan awam.

58. The Island of Missing Trees by Elif Şafak

The author is really a fabulous storyteller with details. This is the fourth book of hers that I read. Very satisfying reading indeed.

The unique chapters narrated by an ancient fig tree are fascinating. Like an introvert individual, the tree observed the daily lives of the main characters, young lovers, Defne and Kostas in Cyprus and then again their marriage life in London. The point of views from the creatures that inhabits the tree like the butterfly and the mouse added characters to the book.

Will read again one day.


message 48: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 59. Coffee On the Wall by Ge Bing

60. The One-Hundred-Year-Old Cat by Ge Bing

Both are English translation from Chinese children books. Heartwarming stories of a child, Fa La La growing up with his Old Cat. When Fa La La recovered from meteriorite struck, he discovered that he can hear and understand the Old Cat. Short stories of their daily life ventures. Some with happy ending. Some sad endings.

Will be reading the third book, Mysterious Little Notes.


message 49: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 61. MAY Terpasung di Lorong Waktu
oleh Rozanna terbitan JIWA

Penceritaan yang sungguh indah. Ada plot twist. Pilihan sudah dibuat. Takdir sudah termaktub. Andainya masa boleh diputar, belum tentu pengakhirannya lebih baik.


message 50: by Irni (new)

Irni Farid (faazorkid) | 173 comments 62. Kumpulan Puisi Pelabuhan Matahari
Ratna Laila Shahidin
ITBM

Puisi yang menarik hati - Stesen dan Pelabuhan Matahari


« previous 1
back to top