Goodreads Malaysia discussion
Maraton Malaysia Membaca 2023
>
Sasaran 100 untuk 2023
date
newest »


Sweet children stories touching social issues like handling elderlies with Alzheimer's, peers with special diagnosed disabilities, time capsule memory, natural disasters. The old cat is a gem in educating Fa La La.

Membentuk Kerangka Fikir Dalam Menentukan Perjalanan Hidup - tajuk kecil pada kulit buku. Buku yang dibeli sewaktu PBAKL22.
Tiga keputusan yang harus diambil perhatian dalam hidup: pertama, apa yang dibuat (pekerjaan), kedua, di mana tempat tinggal, ketiga, siapa pasangan hidup dan teman rapat.
Petikan kata-kata yang disukai:
"Salah satu cara menjaga emosi dan mental diri adalah dengan menyedari kemampuan diri dan menerima bahawa ada perkara yang tidak disukai serta tidak boleh diberikan komitmen."
"Apa-apa jua yang berlaku dan dimahukan dalam hidup kita harus berada dalam kawalan kita tanpa kita perlu membandingkan diri kita dengan orang lain."
"Jika bukan kita yang mengawal kita, maka orang lain yang akan mengawalnya."
"Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut."
(Riwayat Muslim)
"Kejayaan bukanlah bermakna kita mesti mencari jalan paling cepat untuk berjaya atau cara paling mudah untuk menjadi kaya, tetapi mencari cara yang paling betul untuk menuju ke destinasi yang dimahukan."
Walaupun selepas setahun membeli baru membaca, ini waktu yang tepat bagi saya. Buku ini menjawab persoalan yang sedang difikirkan. Buku yang akan diulang baca.

by Satoshi Yagisawa translated by Eric Ozawa
Last in first out book. Received yesterday. Finished read today.
Warm and musty surroundings of her uncle's bookshop heals Takako's heartbreak. Having family support are indeed a blessings. Simple but sweet story with open ending. Still the ending is acceptable to me. A story of community day to day life and books.
Lovely cover.

Winding through the memory lane of books read during childhood and adolescence. The author began each chapter with excerpts from the selected books and add in reflections. The pastel colours of the illustrations suits the writing mode.
A book to read again.
68. Shelf Life - Writers on Books and Reading by Alex Johnson who collected 11 articles written way back in 1601 to 1931 by Roosevelt, William Blades, Rudyard Kipling and others.
Topics include Should children be allowed near your shelves, The joya of book collecting and our relationship with books, A Lesson in Fiction, The decorum of reading, books' appearances, outdoor vs indoor reading, Why books are necessary for leading a good life, how and who not to read, Prime Ministerial advice on how to store library properly, The ways in which books maketh a man and An extreme way to downsize your Library.
The last article titled An extreme way to downsize your Library induced laughter as the writer narrated his adventures in getting rid of his books in Chelsea river.
My momento purchase from British Library shop last March. Beautiful cover of books on shelf.

Travelog MIEEY ini dibeli di Transit Seni sewaktu PBAKL23 sekali dengan Hanoi ke Kunming dan Pada Hangatnya Secangkir Teh. Faktor penariknya adalah Alor Setar pada tajuknya.
Jauh bermusafir dari Beijing dengan bersusun kota dan pekan menghala ke sempadan Vietnam, Cambodia dan Thailand. Pergi dengan jalan udara dan balik dengan jalan darat. Yang membaca pun tumpang berpeluh-peluh.
Saya mendapat penceritaan kembara solo dari dua pandangan lelaki melalui buku ini dan perempuan melalui Hanoi ke Kunming. Sebelum memulakan kembara, kajian yang terperinci membantu kelancaran urusan. Tetap akan ada yang tersasar sebab faktor luar kawalan. Namun, menjadi pengalaman yang berharga untuk dibukukan.
Kembara solo? Tak sanggup. Membaca pun dah puas hati.

Suka membaca puisinya. Senang difahami. Ada keunikan pada 3 puisi yang membawa personifikasi makanan.

39 anekdot tentang situasi pemakanan pesakit yang diurus oleh pegawai dietetik di Hospital USM.
Ingat 5 waktu sebelum 5 waktu. Sihat sebelum sakit. Sihat memerlukan penjagaan pemakanan supaya fizikal dan imuniti terus kekal kuat untuk hidup sebaik-baiknya.
Apabila diserang sakit, pemakanan juga penting untuk bertahan dengan ubat dan rawatan sehingga sembuh.
Beberapa situasi yang dikongsi melibatkan pesakit cilik yang sakit sejak lahir dan juga disebabkan kekurangan enzim badan. Bab-bab yang terakhir menyusuri ragam pesakit
berusia dan kebajikan mereka.
Cabaran penjaga juga diceritakan mengikut setiap situasi. Penjaga perlu sihat untuk menjaga orang sakit.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pandangan dari mata turun ke hati menjadi teladan dan sempadan.

Rangkaian cerita lisan Melayu yang ditulis semula. Kali terakhir membaca cerita penglipur lara, sudah tidak diingati. Zaman kanak-kanak sudah lama berlalu. Namun cerita-cerita yang dibaca dapat diingati satu demi satu. Raja Bersiong, Puteri Lindungan Bulan, Mahsuri, Badang dan lain-lain.
Laras bahasa ditulis mengikut zaman penceritaan tetapi masih senang difahami.

Saya pun tak sangka boleh sabar habis baca. Sentuhan yang lebih garang daripada editor boleh membuat naskah ini lebih baik dan kurang tebal. Dialog bahasa Inggeris menguasai penceritaan. Penguasaan Bahasa Inggeris penulis lebih baik daripada Bahasa Melayu.
Tema cerita tentang jiwa yang tidak sembuh daripada trauma. Watak-watak utama semuanya pandai cari duit. Karyawan gig yang berpendapatan tinggi. Malangnya jiwa kacau semuanya. Agaknya sesuai untuk pembaca remaja. Hubungan kekeluargaan menjadi sebab utama masing-masing tinggal sendiri dan kebetulan berjiran pula.
Bab akhir habis mengejut ibarat dalam drama.

75. Pari-pari Suria karya Nadhirah Ghani
Sedap penceritaannya. Watak utama Kaysa yang bekerja di kedai bunga dan seorang gelandangan lelaki yang bermalam setiap hari di depan kedai. Juga Saif anak pemilik kedai bunga, atlet yang lumpuh akibat kemalangan dan Alia pelanggan kedai bunga yang membeli bunga matahari untuk ibunya setiap hari. Terasa muda membacanya. Laras bahasa sangat baik.

Puisi bertema kehidupan kota dan cabarannya. Boleh dibaca sekali lagi.
77. Derap Kesyukuran Ini karya Dr Amirah Saryati (Writers'Write)
Kisah hidup penulis sejak sebelum kelahiran. Sejak lahir, dia mengalami masalah kesihatan dan bermasalah pada kaki yang pendek sebelah. Kembara ilmunya hingga ke MRSM Lenggong dan Taiping sampai ke Bangalore untuk kursus perubatan. Dugaan kesihatan dan pembedahan untuk membetulkan kaki. Kehidupan seorang doktor pelatih, isteri juga ibu.


Genre kisah kehidupan. Gigihnya penulis buat sarjana dan PhD. Rajin membuat kerja sukarelawan. Anak-anak pula cemerlang dalam pelajaran. Laju penceritaannya. Kata penulis, usia ambang 70-an lalu dia ingat cepat menyiapkan karya solo.

Novel berlatar belakangkan zaman futuristik. Ketika teknologi berkembang pesat, robot mengambil alih tugasan manusia, kenderaan tidak memerlukan pemandu malah boleh terbang ke udara. Bencana alam, pemanasan global, kerosakan alam semesta menjadi topik.
Lail dan Esok, dua remaja bertemu kala bencana dan detik kehilangan orang yang disayangi. Kesibukan kehidupan dan rahsia demi rahsia menggugat cinta dan harapan.

Heavy reading on past, present and future of Muslims and countries. Summary of the events and happenings. Recommended list of books - turath to literature.
82. Laga Pujangga oleh Osman Deen (Jiwa)
Berlatarkan misteri akademi Aksara, pantun, hologram dan magik. Watak utama - remaja - Adwa, Dewi, Wulan, Suzy, Bilal DLL. Penceritaan yang mengasyikkan.

Perjalanan hidup penulis sebelum disapa hidayah di England antara tahun 40-an sehingga 60-an. Permusafiran membawa beliau mengenali dunia kesenian Islam.
Beliau membicarakan perkembangan tiga dunia dan krisis-krisis yang dihadapi. Juga proses membentuk Inisiatif Mizan yang sememangnya sudah sedia hidup dalam Rasulullah SAW. Cara untuk mengembalikan keseimbangan antara dunia keilmuan, kepahlawanan dan keusahawanan dalam masyarakat Islam.

Penulis: Rezwan Alias
Penerbit: Kasi Terbit
Penulis, juga pemilik Kembara Salam, berkongsi kisah pengalamannya membawa kembara secara berkumpulan ke dua buah destinasi. Penceritaan amat baik. Naratifnya jelas hingga tergambar kita sendiri berada di Palestin dan Jordan.
Naskah ini ditulis dalam bahasa santai umpama bersembang yang memerlukan suntingan dan pembacaan pruf yang lebih rapi untuk menjadikannya bahasa tinggi. Namun sekiranya kita membaca untuk rujukan maklumat kembara, tidaklah begitu terganggu dan boleh diabaikan tatabahasa.
Galeri gambar yang cantik tersisip di tengah dan akhir buku.

Author: Zhang Xiuling
Translator: Zhai Xiaoyao
Publisher: DBP
Thin book but with lovely proses excepted from Chinese Classics. Reading and writing prove fruitful for the past era. Regardless the age we start either young or old, keep going!

Terjemahan Arsyad Mokhtar
Penerbit: ABM Tahir Amin Enterprise
Saiz buku yang comel dengan 62 mukasurat mengenai siasah dan perbahasannya. Siasah dalam hakikat kata yang lebih luas iaitu "membaiki makhluk khususnya manusia dengan memandu mereka ke jalan keselamatan dunia dan akhirat. Perbahasan melibatkan siasah diri, isteri dan anak-anak.
Siasah anak - perbincangan yang menarik. Selain mendidik fardhu Ain dan Al-Quran, melorongkan anak mengikut tabiat dan minat serta ke arah pencarian rezeki.

Penulis: Nor Azzah Momin
Penerbit: USIM
Ulasan di Goodreads. Jauh perjalanan luas pemandangan. Kerjaya Pustakawan memberi peluang merentas bumi asing selama 21 hari. Lain padang lain belalang. Ilmu ditimba pengalaman dihimpunkan sebagai panduan apabila kembali ke tanahair.

Penterjemah: Arsyad Mokhtar
Bab siasah tentang anak dibahaskan dengan menarik. Anak-anak perlu dilorongkan mengikut kebolehan dan juga menuju sara hidup.
88. Himpunan Risalah karya Abu Ali Ibnu Sina
Penterjemah: Arsyad Mokhtar
Himpunan karya falsafah beberapa orang tokoh. Berat perbahasannya. Mencapai titik pertengahan dan kesederhanaan antara akhlak baik dan buruk antara topik yang dibincangkan.

Audiobook this time. Gave colours to the monotonous driving through slow moving traffic jam. Listening the narrator impersonating Black Beauty from foal to old age. His life went through ups and downs. Some were very sad. Sad for the fate of the horses. Sad for the cruelty of humans.

Saving the old library brought together the community through happiness and sadness. Heartwarming novel.
91. Chronicles of A Cairo Bookseller
From housewives to bookseller, Nadia Wassef shared her journey as a bookstore entrepreneur and an avid reader. Lots of current issues touched.

Audiobook. Enjoyed listening to the narrator. Good practice for focus.

Pengalaman kembara berkereta dari London ke Malaysia tahun 70-an. Nekad sungguh.

Tajuk buku menarik perhatian. Isi juga ditulis dengan baik berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis. Laras bahasa Indonesia boleh difahami. Suntingan yang lebih cermat akan mencantikkan karya ini. Pada bab akhir, diceritakan kisah beberapa orang ulama yang gila membaca dan menulis. Karya mereka diingati sepanjang zaman.

Buku audio. Cerita klasik berlatar India dan Britain. Gembira - sedih - gembira - begitu emosi dibawa oleh penceritaan.

98. How To Give Your Child A Lifelong Love of Reading by Alex Johnson (British Library)

by Dr Syafiq Sallehin
Publisher: Kata-Pilar
A fantastic read. Finish the book in one day. Age of 20s are considered adults. Young adults are expected to know their targets in life. However, survival and coping skills couldn't exactly be found in books or taught in school. Even straight As students face difficulty in life.
Beautiful writing with down to earth examples.


Penulis pesakit tumor yang menulis pengalamannya dalam bentuk surat. T untuk tumor. Kehadiran tumor mengubah persepsi hidup. Perjalanan menuju kesembuhan memerlukan waktu dan kejujuran.

Novelet satira. Berus gigi dan siwak menjadi watak dalam penceritaan. Realiti dunia penulis juga ahli politik.

Tema kesedihan atas kehilangan dan mensyukuri anugerah anak syurga.
"Tahap kesedihan paling tinggi ialah ibu yang kematian anak. Kemudian kesedihan kehilangan ibu, ayah atau adik-beradik. Kesedihan paling ringan pula ialah suami kehilangan isteri. Terimalah sebuah kesedihan tetapi jangan tenggelam di dalamnya terlalu lama kerana ia akan memakan diri." - Petikan kata Ustaz Fawwaz Fadzil.

Antologi anekdot pengalaman suri rumah dan cabaran yang dihadapi juga solusi yang dipilih.

Novel klasik berkisar tentang Pollyanna, anak yatim piatu yang berhijrah untuk tinggal bersama ibu saudaranya yang tidak pernah bersua. Dalam usia 11 tahun, Pollyanna kesunyian. Rasa ingin tahu dan kelincahannya mencetus beberapa situasi. Perlahan-lahan Pollyanna menemui kasih sayang di tempat tinggal baharunya.

Book of thoughts and advices penned by the author with quotations of Al-Quran and hadiths. As well as Rumi.
Suits my year end reading appetite. Found soothing words at the right moments.
108. Before We Say Goodbye by Toshikazu Kawaguchi.
The fourth series of the same Japanese author. Just love the covers. This time around - pink!
Story of workaholic husband whose wife in vegetative state. Story of a childless couple who overslept and missed their pet dog's final moments. Story of a woman who was proposed and the man promised to wait forever but suddenly dumped her. Story of a daughter who regretted her attitude towards her father.
All returned to the cafe to return in time.
Of course with conditions.
109. Selasa Bersama Morrie. Karya asal oleh Mitch Albom.
Membaca terjemahan sendiri dengan topi pembaca. Semoga boleh memperbaiki hasil terjemahan yang akan datang.

Another book with Japanese background. The theme of the story is about food. Time pass by. We sometimes live on nostalgia. Old time cuisines spark old memories - past love, relationship, stories. Father and daughter duo acting as detectives. They specialised in searching for their clients' long lost cuisines and replicate the menu in their restaurant. Lots of Japanese cuisines mentioned all the way through the pages.
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Mengenali pengarang ini dari karyanya yang diterbitkan oleh Creative Enterprise. Novel remaja yang saya lupa tajuknya. Nama pengarang yang diingati.
Membelek-belek sudut DBP di pustaka kami, saya memilih genre remaja. Cerpen pertama 140 Aksara, kisah atuk dan cucu memperjuangkan Bahasa Melayu. Satu-satu cerpen eceran saya baca. Indah penulisannya yang berkisar dunia remaja.