Goodreads Malaysia discussion
Budaya Membaca
>
Readers don't steal, and thieves don't read
date
newest »


'Readers don't steal, and thieves don't read. ' - depa pinjam ja kot buku tu satgi lepas habis baca depa pulanglahkan balik tak pun derma kat tempat lain buku tu ;)

***
Pasca #PBAKL2017 bagi pembaca adalah anda harrusslah mula baca buku yang anda beli secara berbondong-bondong tempoh hari. Bagi penerbit dan peniaga buku, scene sel..."
Benar. Isu mengambil yang bukan hak kita ni sentiasa dipandang remeh. Saya boleh katakan perkara yang dilakukan ini merupakan satu kebiasaan buat mereka. Mana tidak jumlah buku yang hilang agak tinggi bukan?
Walau apapun alasannya, matlamat tidak menghalalkan cara.
Mungkin yang mencuri ini baru menghadamkan apa yang dibaca setakat peringkat maklumat saja, belum menghadamkan apa yang beliau baca di peringkat ilmu, hikmah, taufiq dah hidayah.
Mungkin yang mencuri ini baru menghadamkan apa yang dibaca setakat peringkat maklumat saja, belum menghadamkan apa yang beliau baca di peringkat ilmu, hikmah, taufiq dah hidayah.
***
Pasca #PBAKL2017 bagi pembaca adalah anda harrusslah mula baca buku yang anda beli secara berbondong-bondong tempoh hari. Bagi penerbit dan peniaga buku, scene selepas pesta buku itu lain pula rupanya. Masih sibuk, tapi dalam bentuk yang berbeza.
Selepas mengemas reruai dan membawa pulang buku, bermulalah episod 'stock take' (mengira semula stok) dan cek 'tally' ke tak dengan sistem POS. Nak uruskan jualan online dan hantar judul baru ke kedai-kedai buku pun waktu ini juga. Akauntan pula kena buat laporan kewangan, untung ke rugi ke nak bagi bonus berapa banyak. Dulu waktu zaman meniaga rambo je tak kisah pun semua ni, dapat duit hepi je. Tapi sekarang alhamdulillah sis dah insof.
Dalam proses ini, kami mendapati wujudnya satu keanehan yang ku sukar, dan sampai sekarang takboleh terima. Yakni;
.
ADA SEJUMLAH BUKU YANG 'HILANG'.
.
Bukan satu dua, tapi mencecah ratusan. Bukan kami sahaja, ada geng peniaga buku yang sereruai Hijrah Indie pun mendapati perkara yang sama. Mana pergi buku-buku ini?
Tercicir?
Kami salah kira atau terlepas pandang?
Atau..
Ku berpegang kepada kata-kata 'Readers don't steal, and thieves don't read.' Dan ku juga masih mahu bersangka baik - mungkin ada rekod yang terlepas pandang, akan kami kira semula nanti. Tapi apabila kami mendapat mesej Whatsapp begini, patah hati beb.
Tak kira berapa ramai pun orang, bayarlah dulu sebelum anda berlalu pergi. Dan paling tidak pun, taktahuuulah apa yang berlaku sampai anda taksempat bayar dan terrrrrpaksa bawa pulang buku yang anda tak bayar lagi, minta maaflah barang sepatah dua kata.
Sebab benda tu salah, dik.
Kami akan buat kira-kira stok semula, harap dapat kenalpasti beberapa ratus yang 'missing in action itu' kot terselit celah seat kereta ke. Harap sangat bukan kes seperti ini yang sebenarnya berlaku. Jangan punahkan harapanku terhadap pembaca-pembaca buku. Plis.
.
Readers don't steal, and thieves don't read.