Goodreads Malaysia discussion

85 views
Makan Buku, Minum Buku... > Earth Day (dan e-reader)

Comments Showing 1-34 of 34 (34 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Dmatriarch (new)

Dmatriarch | 23 comments Earth Day atau Hari Bumi di sambut bagi membantu memelihara bumi yang kian tua...buku adalah berasal dari pokok...dan salah satu cara memelihara bumi adalah dengan memelihara pokok...adakah ini bermakna buku2 tidak boleh di terbitkan lagi??atau terbitkan buku secara online??

apa komen anda??


message 2: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Sedang menantikan hari apabila Kindle dari Amazon.com boleh digunakan di luar US. Kalau tak Kindle pun, apa-apa saja media e-book yg akan wujud dalam 2-3-4-5-6 tahun akan datang insyaallah.

Adakah buku dari kertas akan pupus? Mungkin tidak. Secanggih e-book, ia masih memerlukan bateri untuk berfungsi. Buku hanya memerlukan apa-apa cahaya yg ada untuk dibaca.

Saya rasa e-book seperti Kindle tidak akan memupuskan buku 'tradisional' yg dibuat dari kertas. Masih ada lagi demand untuk buku non-electronic. Lagipun banyak buku-buku dicetak hari ni dicetak atas kertas recycled jadi kuranglah sikit pokok tumbang.


message 3: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Saya jangka buku tradisional akan dapat saingan sengit dari peranti e-book terkini. Tetapi untuk pupus sama sekali tak semudah tu rasanya.

Saya pernah lihat di Internet, teknologi terkini yang tengah dikaji bernama Plastic Logic, tebal sedikit dari kertas tetapi elektronik. Mudah lentur dan lebih tahan dari e-book generasi sekarang.


message 4: by Robin (new)

Robin | 47 comments Xder feel lah baca online. Tak kisah lah dalam pdf ke, html ke, (saya tak tau kindle macamana), tapi saya tak rasa macam baca buku... Pernah baca e-book dari Gutenberg Project, tapi susah betul nak hbskn satu buku pun.

Konservatif sungguh. Heh. Mesti nak pegang kertas buku tu jugak.

Pastu, kalau tak silap, buku-buku sekarang ada yang dibuat dari pokok yang ditanam kan? So OK sikit kot?


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Robin, yup kalau di sebelah Eropah dan US setahu saya banyak daripada kayu pohon yang di ladang hutan.

Konservatif? Tak juga. Ramai lagi belum bersedia untuk bertukar ke e-reader :). Tapi kalau diberi peluang mencuba Kindle, saya mahu rasa juga. Sebab direka untuk mudah dipegang dan paparannya pun guna teknologi e-Ink yang mengurangkan kesakitan mata.




message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Tapi..... kalau kindle atau mana-mana e-reader tu, macam tak syok la sebab takde bau buku. Bukan ke bau buku tu yg menggoda kita...? :)


message 7: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Kataklicik,

Agaknya tak lama lagi Amazon akan tambah satu ruang kecil di kiri dan kanan Kindle untuk letak bauan yang macam buku tak? :D

Sebenarnya e-reader tu cuba sedaya-upaya untuk menyamai sifat-sifat buku sampai ke ciri-ciri yang halus sekali. Misalnya cara belekan Kindle, bagaimana ia boleh dipegang, warna latar belakang e-papernya dan lain-lain lagi.

Cuma saya rasa e-reader macam ni ada waktu-waktunya lebih handy, misalnya dalam perjalanan. Tapi sudah tentu, sama sekali takkan meninggalkan buku 'tradisi' yang selama ini dah dikenali - cuma mungkin bila harga e-reader dah turun, dan buku-bukunya lebih murah dari yang kertas, mana-mana buku yang mahu dibaca santai sekali lalu, beli yang versi elektronik dulu. Hanya bila bertemu dengan buku-buku yang betul-betul mengesankan, akan beli sebuah untuk dijaga sepanjang hayat.

Ha, seolah-olah Kindle atau e-reader mana-mana boleh dibeli di sini sekarang... :(


message 8: by Robin (new)

Robin | 47 comments Dahsyat Kataklicik, bau buku yang menggoda.. macam mana kalau buku-buku lama plak, bau hapak sikit, siap ada ulat buku lagi (ulat buku tu confirm Kindle tak leh tiru punya, heh..)

tapi betul jugak, e-reader dan Kindle memudahkan, tak payah bawak buku banyak2, tak makan ruang, dan buku-buku confirm tak rosak dimamah usia..

Hmm, kalau boleh test e-reader/ Kindle best gak..



Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Euww.. penyek-penyek all the silverfish.. Confirm Kindle takleh tiru.

Saya rasa kalau satu hari nanti, bila pokok-pokok memang dah tak boleh ditebang langsung-langsung demi menyelamatkan bumi, barulah saya akan tukar ke Kindle.. hehehe. (selfish, I hear you say?)

How about the amount of energy used to manufacture the electronic parts in Kindle? I wonder how eco-friendly the whole process of making a Kindle is, hmmm..




message 10: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
How about the amount of energy used to manufacture the electronic parts in Kindle? I wonder how eco-friendly the whole process of making a Kindle is, hmmm..

The argument for an e-book is that it saves trees, saves space (no need for shelves anymore since you can download hundreds of books into one e-book) and convenient to the buyer (just go online to shop for a book and download a book into the e-book, all without leaving your home...or bed).

So in the long run, proponents of the e-book argue, the energy consumed to make an e-book is insignificant when compared to the trees it will save and the fuel the buyer won't burn to drive to the bookshop.





message 11: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Dari Marginal Revolution:

We extracted about 75 percent of the responses on age (representing about 700 responses, taking equally from the earliest and most recent postings, which show very similar age distributions). Per John Makinson's quip at an LBF panel, over half of reporting Kindle owners are 50 or older, and 70 percent are 40 or older. Here is the full age bracket distribution:

0 - 19: 5%
20 - 29: 10%
30 - 39: 15%
40 - 49: 19.5%
50 - 59: 23%
60 - 69: 19.5%
70 - 79: 6%
80+: 2%

The comments themselves are as illuminating as the numbers. So many users said they like Kindle because they suffer from some form of arthritis that multiple posters indicate that they do or do not have arthritis as a matter of course. A variety of other impairments, from weakening eyes and carpal-tunnel-like syndromes to more exotic disabilities dominate the purchase rationales of these posters. Which in turn explains Amazon's pseudo-statistical case that e-book purchases are incremental/additive, rather than cannibalistic of their print sales. Countless people report being able to read much more with Kindle because it overcomes physical obstacles or limitations that had made reading difficult for them previously.


Jadi mungkin bila usia dah meningkat tua nanti, akan sedikit demi sedikit sukakan e-reader. :)




message 12: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
hmm, betul jugak. Pernah saya terpikir macam mana nak meneruskan hobi ni bila tua nanti? Mata rabun dan sbgnya. Good news = ada e-book. Bad news = Belum ada dijual di Msia.


message 13: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (last edited Apr 30, 2009 04:42PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Good insights :)


message 14: by Dmatriarch (new)

Dmatriarch | 23 comments Tapi mmg btul...e-book x seronok sgt...payah nk tande page mane kite brenti..saya penah baca satu e-book, letih pinggang betol duduk atas kusi nak ngadap pc ni...kalo ade buku betol, bile2 masa, kat mane2 saje bole bace...


message 15: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (last edited May 03, 2009 09:31PM) (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Pernah tengok Amazon Kindle? Saiz macam buku. Mungkin berat sikit sbb nak sumbat electronic, bateri dan sebagainya. Lagipun ni teknologi baru...mobile phone 20 tahun lepas besar gajah, hari ni boleh masuk poket. Saya percaya e-book akan menjadi lebih portable di masa akan datang


message 16: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Dmatriarch, membaca e-book di PC memang akan memberi pengalaman berbeza dengan membaca e-book menggunakan e-reader. Malah itu salah satu sebabnya e-reader dicipta saya rasa. Sebab e-reader seperti Kindle boleh dipegang macam buku, dan saya rasa ada mekanisme untuk menanda, malah tak perlu gunakan penanda buku (kalau saya penanda buku selalu hilang dimainkan anak)....

PS: Saya pindah topik Dmatriarch ke folder ni... sebab ia lebih kepada perbincangan hal membaca :)




message 17: by Jack (new)

Jack (echoicglory) | 295 comments Hmm... I still like the smell of a new book... Susah kalau nak tukar... Who knows though... In the future mungkin the e-book will become a trend. Tapi hopefully, they'll still be printing paper-based books lol... I did mentioned that I like the smell of a new book ^^


message 18: by Ulya A.K (new)

Ulya A.K | 263 comments Dmatriarch wrote: "Tapi mmg btul...e-book x seronok sgt...payah nk tande page mane kite brenti..saya penah baca satu e-book, letih pinggang betol duduk atas kusi nak ngadap pc ni...kalo ade buku betol, bile2 masa, ka..."

hehe.. i had the same experience masa baca e-book. i still have another 1 or 2 ebook to read, tapi bila memikirkan betapa sakit pinggang-nya nak sit through one book - asyik tangguh aje.

Supposedly kindle & such, replicate a book, from how you handle it, turn pages and so on. I, as of now, still can imagine how that works.. yelah, selagi kindle tak sampai ke malaysia. but wouldnt mind trying it out..


message 19: by Najmuddin, Tok Mudin (new)


message 20: by Ummu Auni (new)

Ummu Auni (ummuauni) | 544 comments guess what? i read most english books in e-books nowadays. sebab jenis cheapskate, haha. mula2 tak suka, tapi belajarlah suka untuk jimat kos. lepas dah baca & find out the book worth buying, baru beli.

cuma tak boleh lawan buku melayu keluaran PTS. itu saya gila sekejap membelinya!


message 21: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Amazon Kindle International wireless. USD$279.00. Tak pastilah boleh pakai di Msia ke tak. Tapi dah namanya International, maknanya boleh le kan? Yay!


message 22: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Malaysia not included bro. Sorry.


message 23: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Aw, crap.


message 24: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Back to good-old-wonderful-smelling-shiver-as-you-crease-the-first-page BOOK with REAL pages. Teeheehee


message 25: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments I still don't really like e-books. Takde 'feel'.


message 26: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Convenient, though. Lots of books stored in one paper thin device. Maybe someday it will be available in M'sia.


message 27: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments But you know, altho I agree with Johnny about the 'feel' of a book, I'd try an ebook for the sheer practicality of slipping it into my handbag, provided the size (and weight) is small lah.

Tapi cannot imagine curling up with an ebook lah, Khairul! Punya la tak syiok!


message 28: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments e-book? susah sikit nak buat koleksi. dalam jangka masa 10 tahun akan datang belum tentu lagi kita akan boleh membacanya seperti hari ini. Tiada medium yang dapat melawan ketahanan kertas setakat ini..


message 29: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Seriously?? Kertas boleh koyak, diconteng, terbakar, reput dan sebagainya. Mmg cantik tengok rak buku kita dipenuhi dgn buku-buku kegemaran kita tapi dari segi praktikal, saya rasa e-book adalah cara kita akan membaca di zaman depan. Kalau tidak kita, anak-pinak kita. Koleksi kita bukan lagi di rak tapi disimpan dalam hard drive.


message 30: by Nurul (new)

Nurul (nurulhidayahyahya) | 242 comments hard drive kalau dijaga dengan baik, belum tentu dalam sepuluh tahun terdekat kita dapat membaca benda yang sama. teknologi berubah dengan cepat. Lihatlah kaset-kaset zaman dahulu, semuanya dah tak boleh pakai sekarang. Perkara yang sama boleh jadi pada hard drive dan CD. Perlu maintenance dan update pengetahuan selalu untuk mengekalkannya. Bila dah tua nanti, rajinkah kita nak mengambil tahu semua tu =)

buku,kalau dijaga dengan baik, boleh kekal beratus-ratus tahun =) Lihatlah manuskrip dan buku- buku dari zaman terdahulu.kan?


message 31: by Khairul Hezry, I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul Hezry | 2357 comments Mod
Tapi manuskrip dahulu pun dah banyak di uploaded ke versi digital untuk lebih selamat disimpan dan dibaca oleh manusia. Masalah dgn kertas ni, ia 'fragile'. Lagipun selamat sikit pokok-pokok di dunia ni. Tak yah le tumbang beramai-ramai demi ulat buku seperti kita. Bukan semua buku guna recycled paper pun :(

E-book Kindle hari ni sudah nipis, ringan tetapi masih belum sempurna lagi (tak boleh ada gambar berwarna, skrin masih antara 6-10 inci). Tapi seperti kita boleh lihat, teknologi bergerak pantas. 15 tahun lalu, telefon bimbit besar macam batu bata. Hari ni ia lebih kecil dari tapak tangan kita. Saya percaya e-book juga akan melalui evolusi yg sama.




message 32: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I agree with you, Khairul. Look at how i-pods and mp3 players have taken off. Zaman 80an dulu every 'cool' dude would have a huge boombox (the HUGE-r the better, the bigger the speakers the better, the more buttons and thingamabobs on it, the better!). Sekarang ni, you can store beratus lagu dalam player bersaiz separuh jari.

Ebooks will be the way la, slowly but surely.


message 33: by Akmal Hizam (new)

Akmal Hizam (akmalhizam) | 46 comments ...dan selamat juga pokok2 dari dibuat rak buku.

Anyway, I love to look at the collection of books on my wooden bookshelves. It's physical, and easier to pick up and read/re-read books in an instant.

With e-books/readers, you have to start up the gadget. You have to thumb through the titles. Then, skim through the pages.

I am still romantically attached to my books. Will have a go at Kindle or other readers to see if they can match books, though.


message 34: by Juliana Es (last edited Jan 28, 2010 06:13PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 857 comments Mod
Berkenaan e-reader ini, sukalah saya berkongsi satu petikan ucapan yang disediakan oleh Prof Madya Dr. Md Sidin untuk perasmian Seminar Kebangsaan Buku Kanak-Kanak & Remaja Ke-2:

Di sebalik perkembangan komputer dan internet, buku masih tetap menjadi kunci yang penting. Buku tetap merupakan “learning technology” yang “efficient, portable”, dan juga “low-maintenance.” Ia tidak menghadapi ancaman virus. Ia tidak menghadapi masalah “crash” dan jika bekalan elektrik terputus, kita boleh membacanya dengan lampu pelita, atau cahaya lilin, ataupun cahaya purnama!

Memandangkan saya belum berpeluang merasai pengalaman membaca menggunakan e-reader, saya tidak pasti apakah pandangan saya mengenainya, dan dalam pada yang sama, saya juga menyokong prinsip mesra alam.

Selama ini membaca artikel-artikel di Internet di komputer riba sambil berbaring meniarap di katil memang agak selesa juga. Mungkin kena cuba dulu e-reader ini baru tahu. Tak kenal maka tak cinta, kan?


back to top