Mesir, CNN Puji, Bahrain dan Iran, CNN Ada Pendapat Lain

Cuba klik di sini, apa yang anda akan dapati dari laman CNN ialah suatu artikel tulisan Barak Seener, seorang felo di Royal United Services Institute dan Jerusalem Center for Public Affairs (think tank Zionis). Artikel bertarikh 17 Februari 2011 tersebut merujuk Barak Seener sebagai "expert" dan sumber yang berautoriti.
Tulis Seneer, Amerika Syarikat sewajarnya menyokong "clampdown" terhadap penunjuk perasaan di Bahrain.
Catat Yahudi ini lagi: It's so important for the United States to have a friendly regime there, Bahrain has no choice but to clamp down and can't afford to blink."
Lebih 'menyeronokkan' CNN gagal memetik sebarang pandangan kontra. Dalam erti kata lain editor CNN berasa wajar untuk melakukan endorsement terhadap pembunuhan penunjuk perasaan di Bahrain khamis lalu. Menurut sang Yahudi Zionis, perkembangan di Bahrain adalah "very, very dangerous" untuk Amerika Syarikat.

maka kekuasaan kita di dunia akan kekal lebih lama.
Bush dan Raja Bahrain.
Juga yang 'lebih menyeronokkan' ialah Abang Obama dan Mak Cik Clinton tidak menunjukkan sebarang minat dalam membantu kesuburan demokrasi di Bahrain berbanding di Mesir, Tunisia, mahupun Libya. Bukankah Hamad bin Isa Al Khalifa raja Bahrain itu teman mesra Amerika Syarikat? Dan bukankah Hamad bin Isa Al Khalifa itu didokong oleh Arab Saudi yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga Bahrain dari jatuh ke tangan rakyatnya sendiri? Tentulah 'wahabi akan menolong wahabi' demi memelihara takhta dan hubungan suci dengan Amerika Syarikat (sini).
Dalam pada penunjuk perasaan di Bahrain dibunuh oleh sekutunya, iaitu keluarga diraja al Khalifa, Amerika lebih berasa perlu mengapi-apikan tunjuk perasaan (yang dikhabarkan oleh ramai saksi sebagai 'tidak ada') di Iran (sini). Kalau betullah ada kekacauan di Tehran, masakan elok-elok sahaja speaker Iran bertemu dengan Fernando Cordero, speaker Ecuador (sini) dan Ayatullah Ali Khamenei bermesra-mesra dengan Presiden Turki (sini).

Harapan Amerika Syarikat biarlah pemerintahan Islam di Iran tergolek dan eloklah dinaikkan manusia seperti Mir Houssein Musavi yang didokong oleh Mohsen Namjoo si murtad (sini), untuk itu Jabatan Negara Amerika berlari membina laman twitter dalam bahasa Parsi, mudah-mudahan, tiada lagi penghalang untuk Amerika berkuasa di seluruh pelusuk dunia (sini).

Entah apa ertinya. Mungkin kerana penunjuk perasaan di Bahrain itu terdiri dari orang syiah (juga ada sunni) maka eloklah jangan disokong. Dan penunjuk perasaan di Iran itu terdiri dari penentang wilayatul faqih seperti Faezah Rafsanjani, maka eloklah nekad didokong.
* Pembaca dipelawa mengundi, lihat birai kanan blog. Semua dipersilakan menekan punat seberapa yang anda suka malah boleh mengkafirkan penganut Syiah lebih dari sekali. Tetapi ingat, hidup di dunia ini akan disusuli dengan kehidupan di akhirat kelak.
Published on February 21, 2011 05:47
No comments have been added yet.
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 586 followers
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
