Tahun Baru

Sudah lama sebenarnya hasrat untuk menulis di laman blog wujud dalam naluri. Sayangnya, ia timbul dan karam dalam hati.

Menangguh adalah musuh terbesar bagi setiap penulis.

Kadang dia mengungkap ''tak punya masa. idea tak sampai'' padahal dia sedang menikmati sindrom menangguh.

Itulah yang terjadi kepada aku sehingga timbullah kembali kekuatan untuk benar-benar menulis.

Dengan adanya blog baru ini, mungkin aku akan dapat bertemu dengan lebih ramai pembaca dan penulis yang dapat berkongsi emosi, perasaan dan rasa yang sama.

Kerana sejauh mana perbezaan yang dicari, persamaan itu jugalah yang akan ditemukan kelak.

Dan manusia tidak dapat lari daripada hakikat tersebut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 23, 2016 23:05
No comments have been added yet.