Assalam...
Salam jumaat di hari pertama tahun 2016.
Entri pertama saya untuk 2016.
Harapan saya untuk tahun baru ini saya rajin dan gigih menulis di sini.
Rajin berblog dan sentiasa up to date dengan perkembangan semasa.
Dan saya tahu ada yang ternanti-nanti menunggu sambungan cerita yang saya tulis.
Mudah-mudahan tahun ini diberikan kerajinan yang luar biasa, ilham yang mencurah untuk menghabiskan 4 buah cerita yang tergantung dan beberapa cerita pendek tanpa noktah penamat.
Setiap tahun berlalu dan tahun baru menyusul tidak pernah sekali pun saya tidak memperbaharui azam baru. Tahun ini saya cuma polish azam tahun lepas. Memperkemaskan sedikit dan menambahbaikan beberapa perkara.
Kerohanian
Keduniaan
Kewangan
Itu 3 perkara fokus tahun ini.
Senang keduniaan jikalau miskin kerohanian pastinya jiwa tetap resah. Jadi keduanya perlu keseimbangan.
Aspek kewangan pun perlu lebih ditekankan. Tekanan kenaikan harga barang asas, tol dan GST menghimpit kiri kanan depan belakang rakyat Malaysia.
Jadinya fokus tahun 2016, perlu menguruskan kewangan dengan bijak.
Bak kata Pak menteri 'bijak pandai', kena buat 2 kerja sehari.
Wasalam.. Jumpa lagi entri akan datang..
Sayang semua!!! :)
Published on December 31, 2015 20:22