Tiga kali sesi ilmu bersama beliau, masa sejam terasa sekejap saja, setiap kalinya. Ada senyum, cuitan hati ... dan acapkali jiwa gementaran. Masya-Allah, tabarakallah!
Kuliah ketiga bertarikh 10 Disember 2015 lalu, kuliah Maghrib sambungan dua siri sebelumnya mengenai kematian. Kali ini Ustaz Dr. Azhar Yaakob memperikan perjalanan roh menuju ke langit pertama yang dibawa seorang malaikat, ketuk pintu dan meminta kebenaran malaikat penjaga langit pertama untuk memasukinya.
Perjalanan ke langit pertama,
bro ... belum ke langit ketujuh lagi! Jauh ... sangat jauh. Sedangkan manusia setakat ini tidak menjangkau ke sana pengetahuannya, dan pastinya kajian dan pengetahuan itu tidak akan sampai ke pintu langit pertama. Baru langit pertama! Ada enam lapis lagi. Masya-Allah!
Walhal rahsia gugusan galaksi Bima Sakti, galaksi Andromeda dan mungkin jutaan galaksi lagi tak terjangkau oleh pengetahuan kita. Itu semua baharu di bawah langit pertama. Hanya di bawah langit! Subhanallah. ALLAHU-AKBAR! Maha Benar ... Allah ialah Rabb Yang Maha Agung!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on December 13, 2015 16:05