Jodohku Mr. Pilot- Bab 1




Bab 1



















Smooth
landing for today
E.J. Good job.”
bahunya ditepuk Kapten Raven yang duduk di sebelahnya di dalam kokpit pesawat,
seraya menanda sesuatu pada kertas ditangannya. Akhirnya setelah menempuh
perjalanan yang memakan masa hampir tiga belas jam, dari Frankfurt ke Malaysia,
pesawat MAS MH005 mendarat juga di Kuala Lumpur Iternational Airport, KLIA.




Fuhh...nafas
lega terlepas juga dari celah mulut Ejaz Fakhri Bin Dato’ Dr Hasbullah.
ingatkan tak dapat buat smooth landing
tadi disebabkan angin yang tiba-tiba datang. Matanya dipejam kejap seraya
menyandar kepalanya ke kepala kerusi setelah Kapen Raven bergerak keluar dari
kokpit pesawat. Rasa nak patah tulangnya walaupun tika separuh perjalanan baru
dia memulakan tugas. Walaupun pesawat menggunakan Autopilot, tapi lelahnya tetap terasa.




Bunyi pintu
dibuka menyusup masuk ke dalam telinga. Segera kepalanya ditoleh ke belakang.




Baby..why are you sitting there? semua
penumpang dah turun. Come on!” Suara
manja Inara mula kedengaran. Walaupun sudah hampir seharian bekerja, wajah
catik itu masih tetap kelihatan segar bugar dengan make-up yang dikenakan. Rambut brunette
yang disanggul tinggi juga masih kelihatan kemas. harus la...dah kata pun
pramugari.




“Tolong tarik..I
penat la.” Ejaz mengadu manja. Dilihat buah hatinya itu sudah mengukir senyuman
manis.




“Mengada-ngada
tau you ni!” Namun ditarik juga tangan teman lelakinya itu. Kemudian mereka
beriringan keluar dari kokpit. Dilihat semua kabin crew sudah turun dari kapal
terbang.




Nice landing sayang,” puji Inara seraya
memeluk lengan sasa Ejaz lembut.




“Itu pun nasib
baik jek. kalau tak..mau kena tengking dengan Kapten Raven tadi. You bukannya
tak kenal dia tu, suka sangat cari salah orang. terutamanya I ni.” Aviator glass disangkut ke batang
hidungnya yang mancung. Panas terik petang membuatkan kulitnya terasa panas
sedikit. Flight cap yang tersangkut
pada flight casenya diambil dan
diletak atas kepala Inara. melindungi gadis itu dari terik matahari petang.




Sebaik saja mereka
keluar dari balai ketibaan, semua mata sudah terpancing kearah mereka.
maklumlah dengan wajah yang kacak dan pekerjaannya sebagai seorang juruterbang
Malaysia Airlines memang mampu menarik semua mata-mata kearahnya. Kaki mereka
melangkah megah menuju ke bahagian pejabat mereka di tingkat tiga.




“Hai...kalau aku
berjalan dengan korang berdua ni, memang tenggelam aura aku tu tak!” suara
sumbang Johan disebelah Ejaz kedengaran mengeluh.




“Nasib
la...kejadian Allah, bukannya aku boleh tolak.” Bahu Johan ditepuk-tepuk
beberapa kali dengan senyuman bangga yang terhias diwajah kacaknya. Inara di sebelah
pula sudah ketawa kecil mendengar komen daripada sahabat mereka yang turut
merupakan salah seorang juruterbang yang bertugas dalam penerbangan mereka itu.




You all nak join tak kita orang lepak
dekat club malam ni? lepas tension?”
Suara Adrian salah seorang pramugara memecah perbualan antara mereka.




Inara mengalih
pandangan pada Ejaz. “Nak join tak
sayang?”




“Ermm..”
kepalanya digaru kejap memikirkan pelawaan mereka. Melihat ramai yang bersetuju
dengan cadangan itu membuatkan dia turut teruja untuk ikut serta. Tapi
memandangkan hari cutinya kian singkat kerana schedulenya akak penuh untuk bulan ini. tiga hari lagi dia bakal
terbang ke Dubai pula menggantikan Razlan yang bercuti kahwin.




“I penat la dear berjam-jam bawak flight...maybe next time okay. I promise you. kalau you nak join I tak kisah, pergi la.”




Bibir Inara diketap
dengan penolakan Ejaz. “Takpelah kalau macam tu. I pun nak balik. you hantar I
okay,” ujarnya lembut.




Of course dear. kita naik pejabat I dulu,
nak ambil barang sikit.” Tangan lembut Inara yang melingkar dilengannya
dipegang kejap.




“Kau tak nak
pergi ke Joe?” soalnya pada Johan yang sedang asyik membelek HTC smartphonenya. Melihat senyuman yang
tersunging di wajah Johan itu saja, dia boleh mengagak sedang berbalas mesej
dengan siapa. Tak lain tak bukan dengan Suhana a.k.a tunang tercinta sahabatnya
itu




Pelipis Johan
berkerut dengan pertanyaan Ejaz itu. “Bukannya kau tak kenal aku E.J, aku dah
lama tinggalkan dunia clubbing ni
semua,” jawabnya. Semenjak dia berkenalan dengan gadis bernama Suhana semasa
penerbangannya ke Istanbul dulu, sikapnya sudah banyak berubah. tiada lagi
perempuan sekeliling pinggang, tiada lagi night
life
di kelab-kelab malam terkemuka di sekitar Kuala Lumpur. Malah
perhubungan mereka dicantikkan lagi dengan tali pertunangan yang diikat enam
bulan lalu.




Fine..” sambut Ejaz.




“Kau nak aku
hantar balik sekali tak? ke kau drive?”




“Aku drive la. aku nak jumpa Su kejap sebelum
balik rumah,” jawab Johan dengan senyuman bahagia yang terlorek. Rindu rasanya
setelah hampir empat hari tidak menatap wajah gadis itu.




“Kalau macam tu
aku gerak dulu la. kirim salam dekat Su,” pesannya sebelum ditarik tangan Inara
melajukan langkah kaki mereka. Kalau boleh dan-dan ni juga dia hendak merebahkan
badan atas katil empuknya di rumah banglo keluarganya yang terletak di Bangi
Golf Resort.




“Kita makan dulu
jom sayang...I lapar la,” rengek Inara manja. butang lif menuju ke tingkat atas
ditekannya.




“Tadi tak makan
ke?”




Inara tersengih
sebelum menggeleng kepala.




“Diet?” soal
Ejaz. Bukannya dia tidak mengerti soal penampilan seorang pramugari. semuanya
harus kelihatan cantik an tip top dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dan
perihal kenaikan berat badan adalah salah satu perkara yang paling ditakuti
seorang pramugari.




Inara
mengangguk. “Miss Nina kata berat I
dah naik. kena turunkan dua kg lagi.”




What?” macam ni pun kata gemuk lagi? ni
dah kira mantap la bentuk badan teman wanitanya itu. Antara yang tercantik
antara barisan stewardness yang ada.




Bunyi dentingan
lif yang kedengaran membuatkan matanya berkalih semula kedepan. dia terpana
kaku. Seraut wajah cantik yang betul-betul berada dihadapan, membuatkan
pandangannya terpaku.




Tubuh mereka
hanya dipisahkan oleh pintu kaca lif sahaja. Tidak berkelip matanya melihat
gadis yang mengenakan jubah cotton dan pashmina dark blue itu. Cukup mempesona dimata lelakinya, tambahan pula
dengan kulit putih melepak yang di miliki gadis itu. bukannya putih yang pucat,
tapi putih kemerah-merahan. Tambahan pula bila disimbah terik matahari   luar yang menembusi dinding kaca lif
tersebut




Sebaik saja
pintu lif terbuka, kepalanya yang sejak tadi menunduk segera didongak. Warda
mula mengorak langkah untuk keluar, namun langkahnya sedikit terhalang bila
tubuh lelaki dihadapannya sedikit menghalang pergerakannya. Melihat pada
pemakaian lelaki itu kelihatan seperti seorang pilot. Sempat juga dijeling
wanita cantik persis seorang model disebelah lelaki itu.




Sah-sah pramugari
MAS. Detiknya dalam hati tatkala memandang pakaian yang dikenakan wanita cantik
itu.




Melihat lelaki
dihadapannya yang masih tak berkutik membuatkan dirinya serba salah
memandangkan masih ada beberapa orang dibelakangnya yang menunggu giliran untuk
keluar dari perut lif.




Apasal laki ni
tengok aku macam alien kepala empat jek ni?! orang nak lalu la!




Excuse me sir..could you move a bit. you’re
blocking my way
.” Dengan kening yang berkerut, Warda menegur lelaki yang
masih lagi terkaku dihadapannya.




What?” Ejaz segera tersedar bila suara
lunak itu menerjah lubang telinganya




Warda sudah
tidak tahu hendak beriaksi bagaimana. Kalau boleh dirempuh memang sudah lama
dirempuh tubuh lelaki dihadapnnya ini. dah la aku nak cepat ni! nanti terlepas
pulak flight. Muka dah kacak tapi
blur la pulak!




“Saya nak
keluar!” dinaikkan volume suaranya
seoktaf lagi dengan mata yang sudah membulat besar.




“Oww...i’m so sorry.” Tubuhnya
bergerak kekanan sedikit untuk memberi laluan.




E.J..E.J...apa
yang duk tenung perempuan ni tadi! kan dah malu sendiri. Tapi entah kenapa ada
debaran yang dapat dirasakan di dadanya menatap seraut wajah lembut itu. Macam
pernah tengok pun ada. Tapi apalah yang nak diserabutkan, kalau tengok list
kawan-kawan perempuannya pun mana ada yang stok macam tu. Memang sah otak aku
putus wayar!




It’s okay,” balas Warda antara dengar
dan tidak sebaik saja tubuh mereka berselisih. bagasi Hush puppies purplenya
ditarik kuat meninggalkan kawasan tersebut menuju kearah balai perlepasan. Hari
ini dia akan berlepas ke Jepun selama tiga hari untuk menjadi wakil bagi
syarikatnya menghadiri international
business conference
yang bakal berlangsung di sana sehari lagi. syarikat
mereka M-Tech Corp menghantar sebanyak empat orang wakil dan salah seorangnya
adalah dia.




Ekor mata Ejaz
menghantar langkah gadis itu sebaik saja pintu lif tertutup dan mula bergerak
ke atas.




“Kenapa you ni
sayang?” bau-bau cemburu Inara mula timbul. mana tidaknya, sampai tak berkelip
Ejaz merenung perempuan tadi. Tak pernah-pernah teman lelakinya itu berperangai
macam tu, tambahan lagi kalau dengan perempuan yang langsung tak dikenalinya.




Ejaz menoleh
pada Inara disebelah yang sudah terbias riak cemburu diwajahnya. “No..I penat agaknya.” ngelat Eajz seraya
memegang belakang lehernya seakan-akan mengurut untuk memancing simpati Inara.




“Yela tu.”




Ejaz tergelak
kecil melihat muncung Inara. “Jealous?”




“Benci la you
ni!” lengan Ejaz dicubitnya kuat. biar sampai berbirat! berani dia tenung
perempuan lain masa aku ada dekat sebelah.

*****




Pintu pagar automatik Banglo milik
keluarga Dato’ Dr Hasbullah terbuka sebaik saja kereta Audi R8 milik Ejaz tiba.
tangannya tangkas memasuki gear dan ditekan pedal minyak. Berpusing laju tayar
keretanya masuk ke halaman porch
kereta. enjin dimatikan.




Matanya yang
pedih dikisat-kisat beberapa kali. Matanya dah nampak katil jek sekarang ni..




Mukanya diraup
kasar untuk menghilangkan rasa penat yang bergayut. Hampir sejam dia keluar
makan dengan Inara sebelum bergerak menghantar teman wanitanya itu balik ke kondominiumnya
yang terletak di Bayu perdana.




Bag kertas yang
terdampar di seat sebelah kanannya
disambar sebelum keluar dari kereta. berdetup bunyi pinggangnya. Aduh...ni
memang sah-sah kena suruh mama urut malam ni!




Datin Afifah
yang sudah berdiri diambang pintu menjeling anak bujangnya tajam. “Apasal bawak
laju sangat Ejaz! nasib baik tak terlanggar kiki ni tadi!”




Ah sudah... mama
mula nak membebel. yang itu baru mukadimah, belum masuk isi dengan penutup
lagi.




“Assalamualaikum
mama,” ujar Ejaz seakan-akan memerli mamanya. Anak baru balik dari kerja pun
kena membebel. At least bagi la big hug ke.. kiss kat pipi ke..ni habuk pun tarak. balik-balik kiki jugak yang
dipentingkannya. apa jauh sangat ke darjat aku dengan si kucing betina terlebih
bulu ni?!




“Waalaikumsalam,”
jawab Datin Afifah tanpa intonasi. Tangan Datin Afifah diciumnya, dan kemudian
berlabuh pula kepipi mamaya. Sempat lagi diluku kepala kiki dalam gendongan
mamanya. Manja lelebih sangat sampai aku ni pulak yang kekurangan kasih sayang!




“Aik..macam tak
ikhlas je jawab ma,” usik Ejaz lagi seraya menanggal kasut dan stokingnya yang
sudah berjam-jam melekat dikaki.




“Ikhlas dalam
hati siapa yang tau? Hanya Allah s.w.t je yang tau dekat dalam ni,” tukas Datin
Afifah pula. Kiki yang meronta minta dilepaskan segera diletak kebawah.




“Ni berapa hari
pulak cuti ni?”




“Apa kerek jek
bunyinye ma? tak suka ke Ejaz cuti lama-lama?” mereka berjalan beriringan masuk
kedalam rumah. Flight case serta Samsung galaxy SIII-nya dicampak saja
atas sofa mewah diruang tamu.




“Tak suka,”
jawab Datin Afifah laju




Ejaz tergamam
dengan jawapan mamanya. “Sampai hatimu...”




“Sebab mama tak
dapat coklat nanti,” potong Datin Afifah terlebih dahulu. Tangan anak bujangnya
itu ditarik memasuki ruang dapur. Dia sudah menyediakan sesuatu yang special
buat anak bujang terlajaknya itu. Sesuatu yang pastinya akan membuatkan muka
letih anaknya bertukar ceria.




Mata layu Ejaz
yang keletihan segera membulat sebar sebaik saja menangkap sebiji kek bulat
diatas meja makan diruang dapur itu. Gulp...




“Wah...kek
coklat. Untuk Ejaz ke?” bersinar-sinar matanya melihat kek coklat besar dengar
coklat cair yang melimpah ruah diatasnya. Mamanya dilihat dengan pandangan tak
percaya. baru minggu lepas dia cakap dia teringin nak makan kek coklat buatan mamanya,
tak sangka pula hajatnya tercapai dalam tempoh terdekat ni.




“Mestilah
sayang..siapa lagi yang suka sangat makan chocolate
moist
ni kalau bukan Ejaz.”




Dicolek sedikit
cairan coklat dan dimasukkannya kedalam mulut. Sampai terpejam matanya
menikmati kemanisan coklat yang mencair dalam mulutnya.




“Ermmm...kek
mama memang terbaik dari ladang!” puji Ejaz seraya menaikkan ibu jari kanannya.
Thanks ma, I love you so much.” pipi
mama diciumnya bertalu-talu. Ni yang sayang lebih ni.




See the leg la..” kemudian pisau
pemotong kek diambilnya di rak dan dipotong beberapa slice untuk anaknya yang sudah tidak sabar menunggu. Hish...macam
orang kebulur tak makan sebulan! anak siapa la ni.




“Papa tak balik
lagi dari Universiti?” garpu ditangan dicucuknya pada potongan kek
dihadapannya.




“Malam ni papa
ada dinner dengan semua dekan
Fakulti. Balik lambat sikit rasanya.” Datin Afifah menjawab. tangannya tangkas
melicinkan semua baki pinggan mangkuk yang masih belum berbasuh. Kak Temah
sedang solat dalam bilik. Tak apalah, sekali-sekala majikan turun padang buat
kerja. Lagi pula, Kak Temah sudah terlalu lama bekerja dengan keluarga mereka,
semenjak anak-anaknya masih kecil lagi.




“Hari sabtu ni
Ejaz takde apa-apa plan kan? jom ikut
mama pergi Rumah Teratak kasih. mama rindu sangat dengan budak-budak tu,” ujar
Datin Afifah separuh merayu. sudah hampir sebulan dia tidak dapat berjumpa
dengan anak-anak yatim disana, akibat kekangan masanya sebagai pemilik kepada
SHILLA Boutique yang terletak di tingkat empat Pavilion, KL.




“Alaa...mama
ajak la adik ikut. Ejaz ingat ada plan
la hari sabtu tu.” Penuh berhati-hati Ejaz menyusun kata.




Anak lelakinya
sudah ditunak tajam. “Nak keluar dengan Inara?”




Kepala Ejaz menongkat
kearah mama. “Mana mama tau?”




Dilihat mamanya
sudah mengeluh kecil.




“Berapa kali
Ejaz nak mama cakap sayang...papa tak suka Ejaz berkawan dengan Inara tu.
banyak lagi perempuan baik dekat luar sana, tapi kenapa Inara jugak yang Ejaz
suka?” tekan Datin Afifah perihal hubungan anaknya itu dengan pramugari bernama
Inara itu. dia vukup tidak berkenan dengan gadis pilihan anaknya itu. Dah la
pakaiannya masyallah...macam orang tak cukup kain! macam itukah perempuan yang
boleh diharapkan untuk menjadi penyambung zuriat keluar mereka kelak?




“Tapi kenapa?
Ejaz tak faham la dengan mama papa ni! semua perempuan yang Ejaz pilih,
semuanya mama papa tak suka. Inara tu baik mama.” Ejaz Fakhri bertindak membela
teman wanitanya. Dia dan Inara sudah hampir dua tahun menyulam kasih. dia sudah
terlalu masak dengan perangai Inara. Mungkin pada luarannya Inara tidak nampak
seperti perempuan yang baik-baik, mungkin kurang pada bab pemakaiannya yang
agak terdedah. Tapi itu tak boleh dijadikan penanda aras untuk menilai sekeping
hati di dalamnya. Lagi pula, dia yakin, Inara boleh berubah satu hari nanti.
Cuma memerlukan masa saja!




“Mama...mama
bukan tak suka sayang. Cuma kalau boleh mama nak menantu yang sejuk mata
memandang. Lagi manis kalau pandai tutup aurat,” terang Datin Afifah pula. Bahu
anaknya diusap kasih. dia mahukan yang terbaik buat anak lelakinya itu.




 Dia tidak mahu nasib anaknya berakhir seperti
anak pertamanya. Perkahwinan yang dibina hanya mampu bertahan untuk tiga tahun
saja, sebelum menantunya tertangkap basah bersama bos tempat kerjanya di sebuah
apartment di Damansara. Dan yang terpaksa menanggung akibatnya ialah cucu
kesayangannya, hilang kasih sayang seorang ibu.




Amarah Ejaz mula
terjentik. “Habis tu mama nak Ejaz kahwin siapa sebenarnya?” soalnya. kemudian
gelak sinis mula meluncur keluar dari celah bibirnya bila teringatkan kisah
lamanya.




“Nak Ejaz kahwin
dengan menantu angan-angan mama yang dah lari dulu tu?! entah dekat benua mana
perempuan tu pun kita dah tak tau. Entah-entah perempuan tu pun dah beranak
pinak dah pun mama!!” tajam sekali Ejaz membalas. Tiga tahun lalu hampir saja
dia bertunang dengan seorang gadis, katanya anak kenalan papanya. Kenalan yang
mana satu pun dia tak tahu. tup-tup, pada hari majlis pertunangan mereka,
berita sampai ditelinganya. bakal tunang dah lari!!




See...bagus
kan, perempuan pilihan mama papanya. Walaupun dia langsung tak pernah bertemu
empat mata dengan bakal tunang tak jadinya itu, apatah lagi melihat gambar. Tapi
entah kenapa rasa marahnya masih bersisa sehingga sekarang, terlalu payah
untuknya menerima perkara itu. Apatah lagi bila keluarganya dipermalukan
sebegitu sekali.




Masih segar lagi
diingatannya betapa cerianya wajah mama papanya ketika mereka semua, serta
beberapa sanak saudara terdekat merombong menuju ke rumah belah perempuan yang
terletak di Country Height, Kajang. Tapi..
segalanya punah bila diberitahu bakal tunangnya itu bertindak melarikan diri,
terjun dari tingkap bilik.




Alih-alih segala
barang hantaran yang sudah cantik berhias hanya menjadi penghuni tetap stor bawah
tanah rumah mereka. Entah dah berapa inci habuk pun dia tak tahu!




“Budak tu belum
kahwin Ejaz..mama tau.” Lirih Datin Afifah berkata. Dia yakin soal itu! masih
tetap dengan pendiriannya sejak dulu untuk menjodohkan Ejaz dengan anak kenalan
suaminya. Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan gadis itu, namun saat
pertama kali gambar sampai ditangannya, hatinya sudah jatuh sayang. Malah
sehingga kini dia masih berharapkan benda yang sama.




Tangannya mula
dikepal kuat, cuba mengawal rasa barannya yang datang secara mendadak. Turun
naik dadanya mengawal perasaan supaya tidak melukakan hati mamanya.




Stop it mama!! benda tu takkan pernah
terjadi sekali pun dalam hidup Ejaz lagi. cukuplah sekali keluarga kita
dipermalukan macam tu. Ejaz pun ada maruah diri!” jerit Ejaz lantang dan kuat
sekali. Meja makan ditumbuknya kuat sampai bergegar meja batu marmar itu akibat
hentakan tangannya. Naik merah mukanya menutur kata.




“dan yang paling
penting sekarang...I love Inara.” Suaranya
mula dikendurkan sebelum kakinya diheret meninggalkan ruang dapur yang terasa
menyesakkan jiwanya. ditinggalkan saja mamanya yang masih terkulat-kulat
disitu.




Segera kakinya
mendaki anak tangga menuju ke kamarnya untuk menenangkan dirinya yang berkecamuk.
Belum di campur dengan rasa letih yang berselirat ditubuhnya.




Sebaik saja
pintu kamar dibuka, tubuh sasanya dihempas kasar ke katil king size miliknya yang kemas bersalut cadar abstract hitam putih.
Dua butang atas kemejanya dibuka untuk menyejukkan dirinya yang terasa panas,
sebelum didepakan seluas-luasnya. Terasa sempit ruang dadanya saat memikirkan
kata-kata mama sebentar tadi.




Tak habis-habis
nak suruh aku kahwin dengan perempuan tu! entah siapa nama perempuan tu pun aku
dah lupa!!




Pernah sekali
saja dia mendengar nama perempuan bakal tunangnya dulu, itu pun terdengar
secara tak sengaja semasa mamanya berbual dengan papanya di laman belakang
banglo.




Cincin?
tiba-tiba dia teringat dengan cincin pertunangan, yang tak sempat disarungkan
mamanya itu masih ada dalam simpanannya. Rasa sayang pulak nak jual, bukannya
murah. Tiffany & Co lagi...beribu duitnya terbang macam gitu jek. Dah la
guna gaji pertama yang aku dapat pulak tu! tak patut sungguh perempuan tu lari
macam tu jek!




“Arghhh!!!” Rambutnya
diramas geram. serabut dengan kepala otaknya yang tak habis-habis nak
teringatkan benda yang dah lepas tu. Patutnya dia lupakan saja benda itu, macam
orang selalu cakap. let bygones be bygones...




Tanpa disedari,
tangannya sudah menjalar panjang membuka laci sebelah kepala katilnya. kotak deep blue yang sudah lama menjadi
penghuni di situ dibawanya keluar. Habuk nipis yang melekat atas kotak
dibersihkannya sedikit. Nampak sangat dah berkurun terperosok di situ.




Penutup kotak
dibuka. Sesaat kemudian, kemilau sebutir berlian mula menusuk matanya. cicin
belah rotan itu dicabutnya. Lama matanya menyorot jatuh kearah cincin itu.
rekaan yang simple, tapi tetap
menarik dipandangan mata. Bila hendak diletak semula cincin itu kedalam kotak,
tak semena-mena jarinya terasa sesuatu.




Rupa-rupaya ada
ukiran yang diukir pada belah dalam cincin tersebut. Halus sekali tulisannya,
sampai terpaksa dikecilkan matanya untuk membaca apa yang tertulis disitu. tak
pernah pula dia tahu ada sesuatu yang diukir dicincin belah rotan itu kerana
mamanya yang menempah.




Ejaz Love Warda




“Ejaz love Warda,” sebutnya. Seketika
kemudian, Ejaz terpempam sebaik saja membaca ukiran pada cincin tersebut. tak
berkalih matanya dari situ. Entah kenapa, sepotong nama itu cukup memberi kesan
dalam hatinya. Ada satu perasaan halus yang berpuput lembut menyapa dasar
hatinya saat itu.




“Warda...” Bawah
sedar, sebaris nama itu meluncur lembut di celah bibirnya.



















                                                Ejaz Fakhri yg bru........puas ati x???








p/s: sorry bangattttttttttttttttt...lama sgt amek mse nk update huhu...assignment bertimbun. sudi2 kn la komen cite yg tah pape ni haha...dila sgt hargainya ^_^
 •  1 comment  •  flag
Share on Twitter
Published on October 11, 2012 05:35
Comments Showing 1-1 of 1 (1 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Afrina (last edited Jun 01, 2020 05:44AM) (new)

Afrina Awatif Assalamualaikum saya nak sangat baca sambungan novel bab 2 hingga last plzzzz sy x dapat jumpa novel sbb novel ni dah lame jadi susah nak beli kan mane2 kedai buku


back to top