MASIH baru sahaja pementasan Mana Setangginya berakhir di Istana Budaya. Naskah Mana Setangginya adalah karya Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan. Menurut cakap-cakap di belakang ia sepatutnya dipentaskan sepuluh tahun lalu oleh Istana Budaya tetapi ditolak 'pihak atasan' Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan waktu itu kerana dianggap keras dalam kritikan politiknya. Saya tidak berminat dengan kritikan politik Noordin Hassan dan tidak penting menghujahkan berani atau tidaknya beli
Published on July 02, 2009 06:15