Pinggan Pecah, Jam Mati, Buku Setia Menemani

[image error]


Jarang saya berpeluang untuk berprogram di Utara.


Sesekali ia muncul, saya berusaha untuk tidak melepaskannya.


Terima kasih kepada POPULAR BOOK CO. (M) SDN BHD dan GALERI ILMU SDN BHD atas usaha mengatur sesi Wacana Buku sempena Pesta Buku Popular di Alor Star siang tadi.



Ia adalah satu pengalaman baru buat saya, sama seperti MPH Alamanda di Putrajaya tempoh hari. Memulakan 'ceramah' tanpa seorang pun pendengar, kerana pengunjung sibuk membeli belah, saya harus membuang rasa malu, 'kebiasaan dijemput naik ke pentas', malah tidak patah hati apabila 'jual ubat' kita disambut acuh tidak acuh oleh mereka yang lalu lalang. Namun, ia sangat baik pada mendidik hati kecil seorang pendakwah untuk lebih mengikut resmi padi.


Saya mengambil langkah proaktif, dengan setiap pertanyaan dijawab dengan 10 balasan, agar 1 jam 45 minit tidak disia-siakan.


Alhamdulillah, dalam kesibukan City Plaza Alor Star pada petang Sabtu, sedikit demi sedikit pengunjung singgah dan mengambil peluang menyertai 'forum perdana' kami yang sangat kasual.


Terima kasih kepada semua sahabat yang mengambil peluang hadir. Mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk berbual panjang kerana mengejar pesawat pulang ke KL pada jam 9:20 malam.


Saya kongsikan beberapa keping foto, ihsan jurukamera Galeri Ilmu Sdn Bhd. seputar Pesta Buku Popular di Alor Star siang tadi:


[image error]


Ustaz Zakaria Sungib memulakan majlis, mewakili GISB


[image error]


Nak tulis buku Aku Ceraikan Dikau, kejam sangat bunyinya. Maka cukuplah satu artikel bertajuk SENI KATA PUTUS!


[image error]


Sedikit demi sedikit hadirin datang mengisi ruang. Kroni belaka, tu!


[image error]


Antara hadirin yang mengambil peluang beramah mesra dan meminta tandatangan. Mahu terus diserahkan kepada pengantin, khabarnya!


[image error]


"Buku ana sudah masuk tiga buah bab rumahtangga ni. Anta bila nak amalkan?" soalan saya kepada Pengarah PUISI 2006 yang kini bertugas di Hospital Alor Star


[image error]


Ada dua sahabat yang mahu menculik saya selepas program, namun pemenangnya adalah Ustaz Ezrul Demirtaş!


[image error]


Pesanan terakhir saya, jika anda hadiahkan pinggan kepada pengantin, nanti suami tanya isteri kenapa pinggan kosong tidak berisi.


Jika anda hadiahkan jam kepada pengantin, nanti isteri tanya kenapa suami balik lewat.


Tetapi jika anda hadiahkan buku kepada pengantin, andai mereka mahu bergaduh kerana pinggan dan jam, buku membantu mereka tidak bergaduh.


Pinggan pecah, jam mati, buku hilang, ilmunya kekal sampai ke Syurga. Pengantin dapat kebaikan, anda dapat kebaikan, saya dapat kebaikan, Galeri Ilmu dapat kebaikan, Popular Bookstore dapat kebaikan. Hidupkan budaya menjadikan buku sebagai tanda menghargai sahabatmu.


ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2010 07:58
No comments have been added yet.