The Runaway Groom - Prolog & Bab 1
p/s: Assalamualaikum semua. Hari ni Iman post new entry. Maaf agak berkurun lama baru nak post n3 baru. And anda semua jangan terkejut baca prolog dan bab 1 TRG sebab memang lain. Hahaha... Iman dah decide Iman akan buat balik TRG dalam new version. Berkemungkinan 90% akan diubah. Sebarang berita, Iman akan post ke dekat group Iman. Kalau nak masuk ke group Iman, sila tekan link ni. Terima kasih. =)
https://www.facebook.com/groups/27193...______________________________________________________________
Prolog
"OH, great!” Itu ayat yang terpacul daripada mulutnya sebaik sahaja mengetahui isi surat yang diterima sebentar tadi. Keluhan berat terlepas daripada bibirnya. Huh, nampaknya mimpi ngeri sudah menjadi kenyataan! Haih, apalah nasib malangnya hari ni...
“Apa benda ni?” soal kawan serumahnya sambil mengambil surat yang dicampak ke atas meja.
Syafiena hanya diam sambil menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dia malas nak jawab kerana jawapan dia itu akan menyesakkan dadanya sahaja.
“Jemputan ke majlis reunion SMK Parit Jaya...” Dina membaca perlahan. Seketika kemudian, matanya terbeliak. “Hey! Isn’t this so exciting? Kenapa perlu buat muka macam tu? Kau dapat jumpa kawan-kawan kau what!”
“Yeah... itu kata kau, but to me... that school was like hell!” balas Syafiena sambil menjulingkan matanya ke atas.
“Why, dear? There must be a reason behind that. Apa yang membuatkan sekolah kau macam neraka sangat ni? Tell me, tell me. I’m all ear for you,” kata Dina sambil tersengih teruja. Selama dia duduk dengan Syafiena untuk dua tahun, tak banyak rahsia Syafiena yang dia tahu. Jadi apa salahnya kalau dia ambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Syafiena?
Syafiena mengeluh. Memikirkan seseorang yang berjaya menghuru-harakan hidupnya benar-benar memberi kesan kepada dirinya. Malah, sampai sekarang dia masih bencikan manusia itu. “There is one guy... Aku benci dia sangat-sangat! Rasa macam nak bunuh dan hiris muka perasan macho dia tu. And yeah, he’s my enemy.”
“Musuh?” Dina angkat kening. Tak lama kemudian, senyuman sudah terbentuk pada bibir tipisnya. “Orang kata, kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita akan jatuh cinta. Better don’t Fiena... Kau takkan tahu apa akan jadi kalau benci sangat dekat lelaki tu.”
“Itu orang yang kata Dina... Setakat ni, aku tak pernah terkena macam apa yang kau cakapkan tu. Kalau itu orang yang kata, biar aku pula yang kata lain. Kalau kita benci dekat orang tu, lama-lama kita makin benci dan makin menyampah tengok muka orang tu.” Kata-kata Syafiena disambut gelak ketawa Dina.
“Okey, kita tengok! Sejauh mana kebenaran kata-kata kau tu.” Dina sekadar tersenyum.
Syafiena hanya angkat kening. Dia sebenarnya tak adalah serius sangat dengan kata-katanya tadi. Tapi biarlah, kalau Dina nak sangat dia buktikan... Okey, dia akan buktikan! Ini Syafiena Amnilah. I’m always win!
Bab 1
SYAFIENAmenghela nafas panjang. Sedaya upaya dia cuba mengawal rasa gemuruhnya. Rileks Fiena... Just attend the event and then, go home! As simple like that. Cuma tunjukkan diri dan buat-buat ramah. Syafiena berkata dalam hati, sempat memberi semangat kepada diri sendiri sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam sebuah hotel yang agak mewah.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang cuba menghalang laluannya. Syafiena berkerut kening. Apa masalahnya mamat ni? Atas bawah Syafiena pandang lelaki itu. Tanda tidak puas hati. Mungkin pelayan restoran ini kut, tebak Syafiena sementelah lelaki itu hanya memakai baju pelayan.
“I’m sorry miss, but I need your letter that you had received last week.” Lelaki itu kelihatan mengeluarkan sehelai kertas yang mengandungi nama-nama bekas pelajar SMK Parit Jaya. Oh, mungkin untuk memeriksa senarai orang yang hadir kut. Nasib baik dia bawa surat itu bersama, kalau tidak entah-entah dia tak dibenarkan masuk pun! Tapi memang pada surat itu sudah diberi amaran supaya dibawa sekali surat itu ke tempat perjumpaan mereka. Memang agak leceh, tapi nampak macam seronok pula.
“Miss Syafiena Amni... okay, this way.” Sebaik sahaja mendapat pengesahan, pelayan itu menunjukkan Syafiena ke dewan yang sudah disewa. Liz orang yang bertanggungjawab untuk buat majlis reunion ni. Dan hotel mewah ini jugalah Liz yang tolong sewakan. Maklumlah, anak orang kaya. Semuanya pakai petik jari saja. Apa-apa saja permintaan, sudah siap untuk ditunaikan.
“Syafiena, kan?” Seseorang menegur.
Syafiena menolehkan kepala. “Oh, yes! Darina, is it?” Pura-pura teruja. Itu yang dilakukan oleh Syafiena sekarang. Sebenarnya untuk jadi teruja demi Darina memang bukan dirinya sebab dulu dia sangat anti dengan perempuan ni.
“Oh my! Look at you! Still gorgeous and beautiful...” Darina memujinya. Betul ke apa yang dia dengar ni? Selama ini, kutukan sahaja yang diterima oleh Syafiena sepanjang zaman persekolahannya dulu. Benar-benar nostalgik.
“Tapi... hmm, you masih pendek!” Nah, ini barulah Darina yang sebenar-benarnya. Suka mengutuk Syafiena!
Syafiena hanya tenang. Kekal membuat muka tak ada perasaan. Sekarang dia dah besar panjang. Dah berusia 26 tahun. Tak matanglah kalau dia mengamuk dan buat tempat ni macam dekat medan perang pulak. Kan? Kalau dulu tu lainlah. Logik akalnya masih pendek, kerana itulah dulu dia dan Darina macam Israel dan Palestin!
“Hey, pendek comel what?” sampuk pula seseorang dari belakang.
Syafiena terkedu. Homai, suara ni... dia kenal sangat. Suara yang menjadi igauan ramai gadis, termasuklah dia sendiri.
“Hasif Ukays!”
“Darina, tak perlulah sebut nama I panjang-panjang. Just call me Hasif would be fine.” Hasif ketawa sehingga menyerlahkan lesung pipitnya. Sesaat Syafiena terasa jantungnya terkeluar daripada tangkainya dan akhirnya jatuh bergolek-golek ke lantai. Okey, itu hiperbola sangat Syafiena.
“Syafiena, it is nice to meet you again. You look stunning in that dress!” Pujian daripada Hasif membuatkan pipi Syafiena menjadi merah seketika. Ya, dia pakai gaun labuh berwarna merah hati ini hanya semata-mata untuk menarik perhatian mereka.
“Hey, what about me?” Darina cuba mengalihkan perhatian Hasif kepada dirinya. Hmm... nampaknya Darina juga tak nak kalah. Macam tak puas hati saja apabila Syafiena diterima pujian oleh bekas atlet zaman sekolahnya.
“Well, not too bad. You look beautiful too!” ucap Hasif sambil tersenyum.
Darina sudah tersenyum melebar sampai ke telinga. Bukan main gembira bila kena puji dengan Hasif.
Hek eleh, apa sangatlah pujian seorang lelaki tu, desis Syafiena dalam hati. Bukan menyampah, tapi meluat! Eh, bukan maksudnya sama ke?
Sebelum itu, sempat Syafiena mengalihkan pandangan ke sekeliling. Hmm... ada sesetengah daripada bekas pelajar SMK Parit Jaya sudah berkahwin dan mengandung. Yang bawa sekali anak pun ada juga! Haih, dia orang dah ada suami, dah ada anak. Aku ni, bilalah lagi? Memikirkan itu, Syafiena serta-merta menjadi sedih. Tapi dia cuba mengawal perasaan. Ini majlis reunion, dia tak patut hancurkan moodnya hanya semata-mata sebab benda kecil macam tu.
“Everyone! Attention please!” Dalam leka Syafiena termenung, kedengaran suara Liz bergema dalam mikrofon. Semua orang mengarahkan pandangan ke atas pentas. Kelihatan Liz sungguh cantik dengan pakaiannya yang kelihatan vogue itu.
“Semua orang dipersilakan duduk di meja yang mana-mana saja kau orang suka,” ujar Liz sambil tersenyum.
Semua bekas pelajar SMK Parit Jaya menurut kata Liz. Sebaik sahaja semua orang mengambil tempat masing-masing, Liz membuka mulutnya lagi, “Thank you for your consideration. As we know, hampir sembilan tahun kita tak berjumpa. Semua orang nampaknya dan kahwin dan ada anak. Saya sorang je belum!” celoteh Liz itu mengundang tawa hadirin.
“Hai, Fiena!” Dalam melayan ucapan Liz, Syafiena terdengar suara berbisik di telinganya. Pantas dia mengalihkan pandangan.
“Oh my! Hud! I thought you wouldn’t come!” ujar Syafiena, teruja. Dia tidak menyangka pula yang Hud atau nama sebenarnya Huda Liana akan datang sekali. Hud menyambung pelajarannya di luar negara dan mungkin tak lama kemudian, selepas berkahwin dia kembali menetap di Malaysia. Tetapi disebabkan wujudnya Facebook, sampai sekarang Syafiena masih berhubungan dengan Hud.
Sebenarnya dia ada lagi sorang kawan iaitu Hayati. Lepas aje tamat SPM dan mendapat keputusan, dengar khabarnya Hayati terbang ke Jordan untuk menyambung pelajarannya. Dan sejak itulah hubungan mereka terputus. Nombor telefon Hayati juga sudah tidak boleh ditelefon. Mungkin sudah tukar nombor baru. Tak apalah, kalau ada jodoh tak ke mana dan Syafiena yakin, suatu hari nanti dia pasti akan bertemu dengan Hayati.
“Hesy, gila kau tak datang. Aku tak akan terlepas majlis reunion ni tau sebab kita tak tahu bila lagi nak dapat peluang berjumpa. Ya tak?” Sambil mulut berceloteh itu ini, pipinya dilaga-lagakan dengan pipi Syafiena. Kemudian, Hud terus mengambil tempat di sebelah Syafiena.
“Bila kau balik sini? Sampai hati tak bagitahu aku...” Syafiena mengeluarkan nada merajuknya.
“Hehe... Aku balik ke sini dua hari lepas aku dapat surat tu. Aku tak bagitahu kau sebab aku sengaja nak bagi surprise kat kaulah.” Jawab Huda sambil tersengih.
“Woah! Liz hantar surat ke Australia?” Mata Syafiena terbeliak tidak percaya.
“Yup, aku pun terkejut. Aku ingatkan surat apa. Rupa-rupanya surat jemputan ke majlis reunion kita.” Hud tersengih lebar.
“Terbaiklah...” Ujar Syafiena dan disambut gelak kecil Hud.
Kemudian, mereka semua dijemput makan. Nampaknya pihak hotel sudah menyediakan bufet untuk mereka semua. Hmm... Makanan utama ialah beef steak! Homai... Sungguh Syafiena rasa kecur liur sekarang ni. Memikirkan kelazatan daging yang enak dan empuk itu.
“Fiena, mana Ezran hah? Kenapa aku tak nampak dia?” Dina menyoal sewaktu mereka berdua mengambil makanan.
“Don’t know, don’t care.” Syafiena membalas acuh tidak acuh. Sungguhlah... bercakap tentang lelaki itu benar-benar merosakkan moodnya. Tapi dia juga hairan, kenapa kelibat lelaki itu tidak kelihatan juga? Walhal sudah pukul 10.30 malam.
“Fiena, takkan kau musuh lagi kut dengan dia?” soal Hud sambil mengerutkan kening. Hairan memikirkan gadis yang sudah berusia 26 tahun masih mempunyai musuh. Musuh daripada sekolah lama pula tu!
Syafiena hanya mengeluh berat. “Bukannya aku yang cipta permusuhan tu. Dia yang mulakan dulu!”
“Itu aku tahu... tapi, come onlah. Kita kan dah 26 tahun. Act like an adulttakkan tak boleh?” Hud mengangkat kening pula. Lepas dah ambil makanan masing-masing, Syafiena dan Hud menuju ke meja mereka.
“Hud... lepas SPM, kita orang mana ada terjumpa dekat mana-mana. So, status antara kita orang tak diketahui. Jadi, antara musuh, kawan, or anonymous akan dikategorikan jika kita orang berjumpa. Got it?” Syafiena meneruskan makan. Lagipun, makan lagi bagus berbanding layan celoteh Hud yang entah apa-apa ni.
“Kenapa tak as a lover?” Hud mula mengusik nakal.
Tak jadi Syafiena hendak masukkan makanan ke dalam mulutnya. Sedikit pelik, dia mengerutkan dahinya. “Apa benda yang kau merepek ni? Kau tahu tak, antara aku dengan dia mustahil?”
“Kalau jodoh Fiena, tak ada yang mustahil.” Penuh makna dan mendalam sungguh kata-kata Hud itu.
Tapi Syafiena dah malas nak layan. Bagi dia, amat mustahil untuk bercinta dengan musuh sendiri. Bila teringatkan zaman persekolahannya dulu, banyak sangat dia berperang mulut dengan Ezran. Yalah, masing-masing nak menang dan tak nak kalah. Apatah lagi kedua-duanya sama aje keras kepalanya.
“Oh my! Nampaknya tetamu VVIP kita dah sampai! Dipersilakan bekas ketua pelajar kita, Ezran Hakimi untuk duduk di mana-mana meja yang masih available.” Suara Liz mengundang banyak mata ke arah Ezran yang baru masuk ke dewan hotel tersebut.
“Ya Allah! Itu Ezran, kan? Handsome gila! Kau rasa dia ada awek tak?”
“Wei, tinggi gila Ezran sekarang! Rasanya dulu tak setinggi ni, kan? Anyway, memang dia nampak delicious sekarang ni!”
“Homai... he is so hot okay! Sumpah tak tipu!”
Ya Allah! Syafiena rasa macam nak stapler-stapleraje mulut orang yang tak habis-habis memuji Ezran. Tolonglah... Serius dia nak termuntah! Tak perlulah kut nak puji melambung macam tu. Nanti tak pasal-pasal ada orang bangga diri!
“Well, well... what do we have here? Syafiena Amni, am I right?”
Syafiena terkedu. Dia bagaikan terdengar suara Ezran di sebelahnya. Dan ya, dia bagaikan terasa yang Ezran sedang berdiri sebelah dia sekarang! Ya Allah, apa yang patut aku buat sekarang ni?!
Okey, okey... tenang Syafiena. Ini bukan diri kau. Syafiena Amni yang aku kenal ialah orang yang berani okey. Dia tak pengecut macam ni! Dengan selamba, Syafiena mengangkat wajahnya dan membalas berani pandangan Ezran yang sungguh tajam itu. “Yeah, if I’m Syafiena Amni, so what? Do you have any problem with that?”
Ezran hanya tersenyum. Ya, Syafiena masih lagi tidak berubah. Masih suka melawan cakapnya. Tapi disebabkan itulah dia suka cari pasal dengan Syafiena. Baru ada thrill! Dengan perempuan lain, tak sempat nak ayat sikit, dah serahkan diri. Memang tak ada thrill langsung!
“Aku rindu kau sangat!” Tiba-tiba ayat penuh perinduan itu diucapkan oleh Ezran.
Syafiena membeliakkan biji mata. Eh, apa kena dengan mamat ni? Dah terkena penyakit mental ke apa? Tiba-tiba aje cakap rindukan dia?
“Wow! Pengakuan berani mati Ezran kepada Syafiena. Adakah permusuhan mereka selama ini hanya tipu semata-mata?” Liz menambah perisa ke dalam babak drama Syafiena dan Ezran. Mana tidaknya, semua pasang mata di dewan ditumpukan seratus peratus kepada mereka berdua!
“Ya, aku rindu nak buli kau! Aku rindu nak campak beg kau dari tingkat tiga. Aku rindu nak pancitkan tayar basikal kau. Aku rindu... ah, semuanyalah! Tak sangka dalam sembilan tahun ni, kau masih tak berubah. Masih... pendek macam dulu.” Kutukan Ezran benar-benar membuatkan hati Syafiena panas.
“What?!” Syafiena terasa mukanya membahang. Sepantas itu dia bangun daripada kerusi dan menghadap Ezran yang tingginya melebihi kepalanya sendiri. Ya, dia sedar dia pendek dan tingginya pun hanya paras bahu lelaki itu, tapi tak perlulah nak hina dia di depan semua orang!
“Okey... someone, tolong jauhkan mereka berdua ni kalau tak nak dewan ni jadi hancur...” Liz meminta pertolongan apabila mula sedar yang pertemuan mereka berdua akan menjadi seperti Israel dan Palestin!
“Zran, jom duduk sana. Aku dah sediakan tempat duduk khas untuk kau!” Hasif datang sebagai penyelamat. Maklumlah... dia kan kawan baik Ezran. Ke mana saja Ezran pergi, mesti ada Hasif sekali. Macam kembar yang tak boleh dipisahkan!
“Nasib baik ada dia orang ni, kalau tak sampai esok pun aku tak puas kutuk kau!” Ezran mula tersenyum sinis.
Syafiena pantas menjeling tajam. Sakit hatinya terhadap Ezran masih tidak hilang. Tak sangka, lepas dah sembilan tahun berlalu Ezran masih tidak berubah. Masih suka mencari pasal dengannya!
Perlahan, Syafiena kembali menghenyak punggungnya ke atas kerusi sebaik sahaja Ezran beredar. “Sekarang ni, aku dah dapat tahu dah status antara aku dengan dia. We’re still enemy!”
Hud yang mendengar hanya tersenyum kecil. Kalau nak difikirkan, terasa kelakarlah pula hubungan Syafiena dan Ezran. Dah besar panjang, tapi masih bermusuhan. Haih, tak apalah... kalau ada jodoh tak ke mana.
AKHIRNYA,tamat juga majlis reunion yang terasa sungguh menyeksakan itu. Lepas bersalam-salaman dengan semua orang, Syafiena terus menuju ke pintu dewan. Dia nak keluar dari situ secepat mungkin! Panas hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi!
“Fiena, hei Fiena!” Hud memanggilnya dari belakang.
Syafiena menolehkan kepalanya. “Aku mintak maaf Hud. Aku kena balik cepat ni. Nanti aku contact kau!” Dengan itu Syafiena terus berlalu pergi dan menuju ke tempat parkir kereta.
Tetapi langkahnya terhenti tatkala ternampak kelibat yang sungguh dia tak nak jumpa itu dekat situ. Lelaki itu sedang bersandar di dinding bangunan tersebut dan nampaknya macam tengah tunggu seseorang. Seseorang itu... Adakah aku?
“Lajunya jalan. Nak lari daripada siapa?” Ezran mula mendekat dengan Syafiena.
Syafiena pula pantas menjauhkan dirinya. Dia dapat kesan bahaya yang mengundang jika dia berada dekat dengan lelaki itu. Tambahan pula dekat tempat parkir kereta ini tak ada sesiapa. Hanya mereka berdua! “Aku... Aku bukannya nak larikan dirilah! Sekarang dah lewat malam. Sebab tulah aku nak balik cepat-cepat!”
“Oh, really? Boleh percaya ke kata-kata kau ni?” Ezran tersenyum penuh sarkastik.
“Hish! Kau percaya ke, tak percaya ke... Apa aku kisah?” Syafiena terus berpaling dan menuju ke keretanya.
Belum sempat dia hendak membuka pintu kereta, Ezran sudah menutupnya terlebih dahulu. Syafiena terkedu dengan tindakan mengejut Ezran itu. Tambah-tambah, dia sudah dikepung dengan kedua belah tangan Ezran itu.
“A... Apa kau nak sebenarnya ni, Ezran? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?” soal Syafiena sambil berpaling. Sekali lagi dia terkedu kerana baru perasan yang jaraknya dengan lelaki itu hanya beberapa inci sahaja.
“Well, sebenarnya dendam aku dengan kau masih belum terhapus lagi. Aku akan buat kau menyesal hidup dekat atas muka bumi ni!” Ayat Ezran penuh dengan dendam dan amarah.
“Kau... Masih dendam dengan aku?” Syafiena menyoal dengan berani.
“I will never forget what you have done until my last breath!” ucap Ezran sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Syafiena.
Spontan, Syafiena menjarakkan wajahnya. “Lepaskan aku Ezran. Orang lain nampak, susah kita.”
Ezran tergelak mendengar kata Syafiena itu. “Kalau orang nampak pun, apa salahnya? Mesti dia orang anggap aku ada apa-apa dengan kau. Itu yang kau suka, kan?”
“Kau jangan nak merepek boleh tak? Aku tak pernah sukakan kau!” Syafiena mencerlungkan biji matanya. Entah sejak bila dia kata yang dia suka dekat Ezran. Lelaki itu yang perasan lebih!
“Tipu! Waktu kita kawan dulu, takkan tak ada langsung sekelumit perasaan tu dekat aku?” Ezran masih nakkan jawapan.
Syafiena mula memejamkan matanya. Ya, percaya atau tak... Dia dengan Ezran pernah berkawan dulu. Hubungan dia dan Ezran boleh dikategorikan sebagai teman tapi mesra tapi taklah melebih sementelah Syafiena sedar diri dia siapa. Dan entah sebab apa, lelaki itu mula menjauhkan diri dan marah-marah dengannya. Sejak itulah, dia mula bermusuhan dengan lelaki itu.
“Kenapa kau berkeras sangat ni? Tak faham ke yang aku cuma anggap kau sebagai kawan dan tak akan lebih daripada tu!” Syafiena turut membalas keras. Apa payah sangatlah nak faham cakap dia ni? Setahu Syafiena, dia sedang bercakap bahasa Melayu. Lainlah kalau dia cakap bahasa Tamil ke apa!
Belum sempat Ezran mahu membalas, tiba-tiba terdengar suara orang berdekatan dengan mereka berdua. Sepantas itu Syafiena menolak tubuh Ezran supaya menjauhinya. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.
Ezran hanya memandang sepi kereta Syafiena yang sudah berlalu. Jiwanya masih lagi berkecamuk. Bertemu dengan Syafiena, hidupnya yang sebelum ini tenang kembali menjadi huru-hara. Argh! Kau pakai ilmu apa Syafiena Amni, sampai sekarang aku masih teringat-ingatkan kau?!
“Eh, Ezran? You tak balik lagi ke?” Suara Darina memecahkan lamunannya.
Namun, Ezran malas mahu mempedulikan Darina. Dia terus masuk ke dalam kereta Audi R8 miliknya dan mula memecut laju.
“Huh, tak dilayannya aku! Sombong betul... Tak apa, ini Darinalah. Satu saat nanti kau mesti akan melutut dekat kaki aku!” desis Darina dengan satu tekad yang tertanam dalam hati.
bersambung~~ :D

Published on December 24, 2014 17:40
No comments have been added yet.