'As-Syahid' Edoardo Agnelli

'As Syahid' Edoardo Agnelli (9 Jun 1954 – 15 November 2000) adalah anak sulung Gianni Agnelli, pemilik dan pengasas syarikat multi nasional Fiat, dan ibunya adalah Marella Caracciolo.

Menurut wikipedia, 'he committed suicide'.

Agnelli dilahirkan di New York, ibunya seorang rakyat Amerika keturunan Itali. Beliau menuntut di Atlantic College, mengaji kesusasteraan moden dan falsafah Timur di Princeton University, dan digelar teman-teman Crazy Eddie kerana kenakalannya.

Beliau meninggalkan Princeton, mengembara ke India, dan kemudiannya tiba di Iran lalu memeluk Islam mazhab syiah dan bertemu (ada kalangan yang mengatakan beliau menjadi murid kepada) Ayatullah al Uzma Khamenei. Sejak itu Agnelli diketahui menjadi pengkritik keras kepada kapitalisme, Fiat dan menjuarai isu-isu yang memihak kepada orang miskin.

Agnelli dikatakan disingkirkan dari menjadi pewaris sah Fiat dan hanya diberikan jawatan pengarah kelab bola sepak Juventus.

Pada November 2000, ketika berusia 46 tahun jenazah Agnelli ditemui di Turin, di satu tempat yang menjadi kebiasaan untuk orang membunuh diri.


(Foto atas, Agnelli sebelum dibunuh) Namun begitu, dalam tahun 2001, sebuah dokumentari Iran mendedahkan Agnelli menjadi mangsa konspirasi Zionis.



Foto-foto Agnelli bersama Ayatullah Ali Khamenei.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 12, 2010 18:09
No comments have been added yet.


Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.