Jodohku Mr. Pilot - 13&14 (re-posting dr fb grup)
p/s: disebabkn ade request supaya dila upkn bab 13 & 14 dlm blog sbb ade jgk yg xde fb, dila upkanlah memandangkan blog ni pun dh lme sgt bersawang uhuhu T_T *mood kelaut nk menulis x tau kenape. hopefully mood tu jumpa la jalan pulang hendaknye...Amin....
# enjoy bebeh sume, klo nk drop comment pun sgt dialu-alukan >_<
Bab13
Ini adalah hari
terakhir mereka di Bali sebelum berangkat pulang esok. Tepat jam enam petang
Warda diheret Ejaz sampai di Pantai Kuta. Katanya ini adalah aktiviti yang
terakhir mereka akan lakukan sebelum pulang ke Malaysia.
“you nak bawak I
pergi mana ni? I penat la...” suara Warda mula merengek, tapi kaki masih juga
bergerak malas mengikut ke mana saja langkah Ejaz. Entah kemana sajalah Ejaz
hendak membawanya, dahlah baju pun tak kemas-kemas lagi!
“shhh...just
shut your mouth boleh tak. I dah lama tak buat benda ni tau, nak lepas gian.” Balas
Ejaz.
Terbeliak mata
Warda mendengar ayat balasan itu. Lepas gian? Astaghafirullahalazim...Ejaz nak
bawak aku pergi mana ni.
“no..no..no..I
tak nak buat benda haram dengan you. Kalau you nak pergi, you pergi sorang la!”
tangannya yang kemas dalam genggaman Ejaz cuba ditarik.
Terhenti langkah
Ejaz bila Warda meronta-ronta. “benda apa haram pulak you ni?”
Jeda.
“I nak bawak you
naik sana.” Mulut Ejaz memuncung kearah menara besi dalam ketinggian 40 meter
dari aras laut itu.
“tu..”
Lambat-lambat
bola mata Warda dipicingkan kearah tempat yang ditunjuk Ejaz
“arghhhh!!!!” Bunyi
jeritan perempuan yang kedengaran sayup-sayup buat Warda kehilangan nafas. Terlihat
jelas dimatanya seorang perempuan free
hair terhantung-gantung di udara dengan tali terikat di kaki.
“bungge...bungge
jump?”
Ejaz angguk
laju. Perghhh...memang gian gila nak buat aktiviti yang boleh dikategorikan
sebagai sukan extreme ini. Kali terakhir dia buat bungee jumping adalah di
Ponte Colossus, Italy setahun lepas.
“oh
no..no..no...I won’t jump from there. You nak mati ke!! Esok kita nak balik tau
tak!” terjerit kecil Warda dibuatnya dengan muka kerisauan tahap petala lapan.
Tak pernah-pernah seumur hidupnya dia buat kerja gila macam ni!
“you nak
terjun...you terjun sorang. I tak nak!” tegas Warda lagi seraya memeluk
tubuhnya. Tengok ketinggian itu saja dah membuatkan jantungnya seolah-olah
berhenti berdegup, apatah lagi nak terjun dari ketinggian hampir empat puluh
meter itu. Memang buat kerja gila kalau aku lompat!
“come on la
sayang...ini baru empat puluh meter, I pernah terjun seratus lima puluh dua
meter dekat Itali tahun lepas, hidup je lagi. Rekod paling tinggi I pernah
buat...” Terang Ejaz cuba memujuk.
“itu bermakna
Allah masih sayangkan you.” Warda memangkas laju bernada risau. Ejaz memandang
wajah berkerut Warda lama. Lambat-lambat tangan halus itu dicapai
“Come on la...you
should try this one. I promise you will enjoy it.” Tak putus asa Ejaz memujuk.
“uhuh...enjoy
when my life is at stake.”
“bukannya takde
tali keselamatan pun.
“noo...I tak
nak..” tolak Warda dengan nada suara yang mula bergetar takut.
“I terjun dengan
you sekali...macam mana?”
“C.R.A.Z.Y!! apa
you ingat kita nak buat scenes you jump, I jump ke? Tak sayang nyawa dah? Dah
cukup bekalan pahala ke? Dah pasti separuh kaki you dah melangkah masuk ke
syurga?” macam peluru M16 soalan ditujah-tujah ke telinga Ejaz. Boleh tahan
jugak kalau Puan Warda Erina kita ni membebel!
Sudahnya
terkulat-kulat Mr. Pilot dengan ceramah si isteri. Lambat-lambat keluhan kecil
terlepas. “Takpe la kalau you tak terjun. kalau I mati pun...
“I mati
sorang-sorang jela....” Perlahannya ayat terakhir itu menyentap tangkai hati Warda.
Terus dada Ejaz ditolaknya kuat dengan kerutan dahi yang maha hebat
“you cakap apa
ni!”
“nothing..” nada
yang terkeluar bunyi jauh hati. Langkah mula diatur pergi menuju ke kaki menara
besi setinggi empat puluh meter itu.
Hati kecil Warda
mula berlagu bimbang. Besar kecil, besar kecil je dipandang belakang tubuh Ejaz
yang semakin jauh melangkah.
“eii!! Lelaki ni kan...memang suka buat jiwa aku
kacau!!”
Kemudian pantas
kakinya berlari dan terus ditangkap tangan Ejaz, sekaligus menghentikan hayunan
kaki suaminya itu.
“you jump, I jump!” sekali nafas Warda
berkata bersama dada yang kelihatan berombak kecil menarik nafas yang sedikit
mengah.
Membulat mata
Ejaz tak percaya. Biar betul? “I salah dengar ke?” dilihat kening yang cantik
terbentuk itu dah ternaik sebelah
“one...two..three....” Warda mula membilang
dengan muka ketat.
“okay...okay...you jump, I jump.” Terus
tangan Warda ditarik dengan senyuman lebar yang tertampal dimuka tampannya.
“agak-agak kalau I suruh you berenang dengan I rentas lautan hindi ni pun you
sanggup agaknya kan?”
Herot senyuman
yang ditarik Warda. “a’ah...agak-agak kalau sanggup nak hilang kepala kena makan
dengan ikan jerung...you try la.”
“okay...nanti
kita try ek. Tapi sebelum tu baca doa
dulu supaya dilindungi dari jerung-jerung. Kalau jerung tu jerung jantan,
memang you ajelah yang kena baham.” Seusai itu tawa besar ejaz meletus
terkekeh-kekeh menggelakkan muka ketat Warda yang sudah membulat mata.
Grrr....mamat
ni!! Sebelum jerung gigit...memang aku yang baham dia dulu!
Hampir dua puluh
minit kemudian, giliran mereka tiba. Entah angin mana yang bertiup, tiba-tiba
kepala Warda rasa berpusing, badan rasa diawang-awangan mengenangkan ketinggian
yang boleh dikatangan ngeri baginya yang tak pernah mencuba sukan extreme ni.
kepala lutut dah menggeletar tak ingat, tapi Ejaz masih dengan muka coolnya,
siap sempat berborak sakan lagi dengan lelaki mat salleh yang menguruskan
terjunan mereka kali ini. Dengan tangan yang menggeletar kecil, digagahkan juga
untuk menarik sedikit baju suaminya.
“cepat la
you...I rasa nak pengsan dah ni. Cepat terjun, cepat habis.” Suara pujukan yang
terkeluar kedengaran pasrah. Alang-alang dah terlanjur kakinya menderhaka naik
ke sini, takkan nak turun pulak kan. Nak meraung kat sini, memanglah lagi tak!
apatah lagi mengenangkan orang ramai yang sedang memerhatikan mereka dari
bawah.
Entah apa yang
dibincangkan Ejaz dengan lelaki itu pun dia tak tahu, tak lama kemudian tiba
giliran mereka. Tali keselamatan yang berjela terikat di kaki ditarik untuk
mendapatkan Ejaz yang sudah tenang berdiri dihujung pelantar kecil tempat
mereka membuat terjunan nanti.
Lambat-lambat
senyuman kemenangan mula terlorek dibibir Ejaz. “so...shall we
Mrs. Warda Erina?” kata Ejaz seraya menghulurkan tangannya buat Warda.
Teragak-agak
Warda hendak menyambut huluran tangan hangat itu. Terasa jantungnya pun sudah
bekerja terlalu keras dengan lantunan jantung yang tak surut-surut dari tadi.
“this is the first and the last time I buat
kerja gila ni demi you Ejaz. Promise me
first!” desak Warda.
“promise you.” Janji Ejaz dengan senyuman
kecilnya.
Dengan lafaz
bismillah yang diucap dalam hati, huluran tangan si suami disambutnya erat.
Angin laut yang bertiup agak kuat membuatkan lututnya semakin lemah untuk
menampung berat badannya. Rasa takut mengatasi segala-galanya. Sehinggalah rasa
hangat mula terasa menyapa tubuhnya yang agak kedinginan ditiup angin. Lingkaran
tangan sasa Ejaz dipinggang langsingnya menghadirkan getar yang bukan kepalang.
Hangat terasa pipinya disimbah perasaan malu. Namun rasa tenang dan selamat
tatkala diri dipeluk erat oleh Ejaz tetap menjadi miliknya.
Tanpa sedar
tangannya turut membalas pelukan suaminya itu. Ejaz sembunyi senyum sebelum
mengangkat ibu jarinya kearah Anthony tanda sedia.
“ready?” suara
Anthony yang agak kuat melawan angin mencecah gegendang keduanya.
“five...four...three...two...”
Kiraan jari mula berjalan. Baju-T Ejaz dicengkam sekuat hati.
“One...Now!” tak
sampai sesaat tubuhnya sudah terasa terhumban kebawah bersama Ejaz.
“wohooooooo!!!!”
jerit Ejaz sekuat hatinya tanpa melepaskan pelukan di tubuh Warda. Sayup-sayup
suara Ejaz kedengaran di telinga Warda akibat rintangan angin yang terlalu
kuat. Dalam kepayahannya melawan perasaan takut, sempat juga dia menangkap
sebutan ‘WARDA’ yang antara dengar dan tidak saja dijeritkan Ejaz.
Apa agaknya yang
Ejaz katakan ye? Entah...dia sendiri tak dengar. Ucapan yang hanya empunya
badan saja yang tahu.
Tapi ada
kemungkinan tak Ejaz cakap 'I LOVE YOU WARDA'? entah kenapa dia boleh blushing
dengan telahan mindanya sendiri. memang sah otaknya dah mereng dan senget sebab
angaukan suami sendiri!!
Tengah Warda
melayan perasaan, tiba-tiba dahinya terasa hangat dikucup. Dan siapa pula yang
ada disitu melainkan dia dan Ejaz? tanpa mampu ditahan-tahan, rasa cinta di
laman hati semakin berkembang mekar. Terasa menderu-deru darah merah naik
menyimbah ke pipinya. ok fine....tetibe
rasa bunggee jump ni tersangatlah
romantik...
Bab 14
Seawal jam lapan
pagi lagi lagak Warda sudah seperti lipas kudung. Ini bukan kata kaki je
kudung, agaknye tangan pun kudung sekali. Habis tunggang langgang biliknya
mencari dokumen projek Bayu yang dia bawa balik dua hari lepas. Daripada
Almari, laci, bawah katil sampai ke dalam kabinet bilik air pun dia selongkar,
tapi tak jumpa-jumpa. Baju kurung moden kapas biru yang sudah tersarung cantik
ditubuhnya pun sudah terasa nelekit dengan pelih yang merenik kecil. Tudung tak
payah cakap, rasa dah senget benget sana sini.
“okay
Warda....cool down. Tarik
nafas...lepas, tarik...lepas.” automatik badnnya menurut segala arahanyang
meluncur dicelah bibirnya pagi itu. Duduknya dilabuhkan ke katil yang dah trak
serupa katil dengan comforter, pillow dan teddy bear yang berserakan dibuatnya.
“Now
think...dekat mana kali terakhir kau nampak dokumen tu?” dah serupa orang tak
cukup litar saja gayanya. Buat seketika mulutnya terdiam, dengan putaran
mindanya yang mula bekerja keras menyelongkar jawapan.
Blank!!!
“bagus
Warda! Memang bagus sangat kau ni! lain kali makan semut banyak-banyak lagi.”
Uhuhu....rasa nak meraung terguling-guling dia di lantai dengan kelembapan
otaknya sendiri. Memang sah lepas ni kena makan kismis minda banyak-banyak,
jangan lupa minum air yasin sekali supaya memory
capacity otaknya bertambah sikit.
Mukanya
ditekup lama dengan air mata yang sudah meleleh hiba di pipi. Apa yang dia nak
cakap dengan Datuk Razak ni? sudahlah hanya satu copy itu saja yang dia punya. Hujung matanya menjeling jam dinding.
Masa sudah hampir menginjak ke pukul lapan setengah. Dia bangkit dari birai
katil setelah mengelap pipinya yang basah dengan tisu.
“Redha
ajelah Warda.” Tapi kalau dia dipecat macam mana? Tak berani dia memikirkan
kemungkinan. Sudahlah sejak dua menjak ni mood Datuk Razak macam tak kena.
Bergaduh dengan isteri agaknya.
Tas
tangan disambar dan tombol pintu dipulas. Kakinya melangkah malas menuju ke
bilik Ejaz yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Siapa lagi yang pandai
buat hukum sendiri kalau bukan dirinya! Dah hampir dua bulan dia dan Ejaz
berpindah di rumah double Storey yang
terletak di Bandar Baru Bangi ni. tak sangka jugak dah dua bulan lebih dia
bergelar isteri. Isteri ke namanya kalau sorang bilik sini, sorang bilik sana?
Tapi okaylah...semua duty sebagai seorang isteri mithali dia jalankan, basuh
baju, sidai baju, kemas rumah. Cuma bab memasak kureng sikit. Tapi tanggungjawab
yang paling besar sekali dia masih belum jalankan. Ejaz pun nampak macam tak
terdorong kearah itu, selamba badak je lelaki tu kalau nampak dia kehulur
kehilir dalam rumah dengan baby-T ketatnya. Tak cantik sangat ke aku ni?
Pintu
bilik Ejaz diketuknya separuh hati mengenangkan nasibnya sebentar lagi. Rasa
tak pergi kerja pun ada. Hari ni Ejaz on
duty...flight pergi Abu Dhabi. Sabar jela pak cik sorang ni, selalu sangat
tinggalkan dia sorang-sorang dekat rumah, sedangkan dia pergi berseronok
bercuti. Bercuti? Tak la...kerja sebenarnya. Haihh...nasib la dapat isteri yang
tak memahami macam ni, nasib baik Auntie Has, mak su Ejaz belah papanya tinggal
sekali dengan mereka. Takde la dia sunyi sangat, kalau tak memang sah dia
berbual dengan dinding tia-tiap hari.
Auntie
Has tinggal dengan mereka sebab dia baru saja bercerai dengan suaminya. Nasib baik
takde anak lagi, kalaut tak memang leceh kena naik turun mahkamah tuntut hak
jagaan anak. kebetulan pula dia dan Ejaz pindah rumah baru, jadi papa cadangkan
supaya auntie Has duduk sekali dengan mereka, memandangkan Ejaz selalu melayang
atas langit. Adalah jugak Warda peneman kala sunyi.
Daun
pintu dikuak dari dalam, terpacak kini sekujur tubuh suaminya yang hanya
bertuala putih melilit di pinggang. Rambut basah, baru habis mandi agaknya.
Warda telan air liur. Kesat. Muka tak payah cakap, rasa dah capai tahap didih
dengan rasa malu yang bertimpa-timpa. Ejaz tayang muka selamba takde perasaan.
“nak
apa?” soal Ejaz pendek. Memuncung Warda dibuatnya dengan soalan kerek itu.
“nak
kejut you la...takkan I mengigau pulak ketuk pintu bilik you!”
“manalah
tau...rindu sangat dengan abang sayang you ni.” giat Ejaz dengan sengihan. Baju
T-shirt putih ditangan disarung selamba
ke tubuh sasanya depan mata Warda.
“eii...tolonglah,
daripada rindukan you, baik I rindukan umi dengan walid.”
Mata
Ejaz tertunak ke wajah Warda.
“kenapa
ni? you nangis ke?” sisa air mata yang masih berbekas dipipi mulus Warda
dikesatnya dengan hujung jari. Ibarat terkena renjatan elektrik, terus Warda
melarikan pipinya dari sentuhan hangat suaminya itu. Tak tenang jantungnya
berdegup.
“tak
la...I basuh muka la.” Ngelat Warda.
“ingat
I ni bodoh ke tak dapat bezakan air mata dengan air paip?”
Warda
terdiam.
Setelah
beberapa ketika dua-dua membisu, Warda mula membuka mulut. “err...baju uniform
you I dah gosok, dekat bilik bawah. Luggage you pun I dah kemas, kot dengan flight cap I letak sekali atas bag.”
Laju mulutnya bercakap macam bullet train. Ejaz pula masih dengan senyuman
penuh makna tersiratnya bersandar ke panel pintu sambil berpeluk tubuh.
“you
menagis sebab I nak fly today ke?”
“no I’m not. why should I?” Tukas Warda dengan gelengan
kepalanya walaupun kata hatinya mengatakan kalau dia bakal merindukan si suami.
Tapi takkan nak angguk pulak, mana nak sorok muka nanti.
“cut the crap Warda. Just admit it!”
“kalau
ya pun kenapa? You still kena pergi jugak kan.” balas Warda dengan muka masam
mengalahkan mangga. Makin melebar senyuman Ejaz, berbunga-bunga rasa hatinya
dengan pengakuan isterinya itu. Haila...comel sangat isteri aku ni pun!
“that’s my job dear...nak tak nak I tetap
kena pergi. But you can call me kan.
tapi nak tunggu you call macam tunggu bulan jatuh ke riba, last-last I jugak
yang kena call!” Ejaz mula merungut
tak puas hati. Mana tidaknya, punyalah berchenta dia tunggu Warda call dia setiap kali dia terbang ke
luar negara. Sudahnya dia jugak yang terpaksa call nak melepas rindu yang tak
tertanggung.
Warda
tersengih kecil. Bukannya dia tak nak call dulu, tapi dia malu. Tak tahu apa
yang nak dibualkan nanti, takat nak ucap ‘good night, sleep tight, sweet dream’
baik tak payah, bazir duit je. Bukannya mahal nak buat panggilan ke luar
negara.
“eight hours from now. I nak you call I nanti.” Tutur Ejaz tegas lebih
kepada arahan. Lambat-lambat Warda mengangguk akhirnya.
“okaylah...I
dah lambat nak pergi kerja." tangan Ejaz dicapai dan dikucup penuh hormat. rutin yang tak pernah dia lupa sejak bergelar isteri Ejaz.
"Take
care...have a nice flight.” Kata Warda lagi sebelum berpusing menghadap tangga.
Berat rasa hatinya nak melangkah turun tangga.
“Wait a minute.”
Langkah
Warda terhenti. Kepalanya menoleh ke belakang melihat Ejaz yang masuk semula ke
kamar. Keningnya digaru kejap, bingung.
Ejaz
muncul semula dengan fail merah ditangan. “nah...you tertinggal fail ni dalam
bilik I semalam.” Ujarnya seraya menghulur fail ditangan pada Warda yang sudah
membulat mata.
“mana
you jumpa ni?” soal Warda laju. Hatinya rasa nak melompat sampai ke langit.
Segera diambil fail itu dan dipeluknya erat ke dada.
“dalam
bilik.”
“bila
masa pulak fail ni berjalan masuk bilik you?” Warda menyoal bodoh.
"ouchh.." Dahinya
tiba-tiba terasa sakit dijentik Ejaz.
“tanya
soalan tu biar pandai boleh tak. You jugak kan yang datang bilik I semalam
suruh checkkan semua kiraan dalam ni.”
“iye
ke?” tapi kenapa dia tak berapa nak ingat.
“habis
tu hantu mana pulak yang angkat you masuk bilik malam tadi kalau bukan I. Kalau
ikutkan hati memang tak selamat you malam tadi. nasib baik iman I masih kuat.
Kalau tak....” sengaja Ejaz meleret-leretkan suaranya nakal.
Muka
Warda naik memerah. Ejaz ke yang angkatnya semalam? Kalau ye memang rasa nak
pura-pua pengsan depan pintu ni jugak. Macam manalah dia boleh tertidur bilik
suaminya. Khusyuk sangat agaknya menunggu suaminya habis mengira, sampai tak
sedar dah tertidur.
“Dah
la! I nak pergi dulu.” Terkocoh-kocoh fail merah itu disumbat ke dalam
briefcasenya. Seram sejuk rasakan bila Ejaz masih tak lepas memandangnya. Terus
diatur langkahnya ke tangga.
Baru
empat lima langkah dibuka, kakinya break mengejut bila tubuh sasa Ejaz
tiba-tiba menghalang dengan depaan tangannya yang dibuka luas.
“upah...sebab
I dah tolong you mengira malam tadi, belum masuk angkut you balik bilik lagi.”
Naik
berkerut dahi Warda dibuatnya. Janganlah mereka nak buat aksi kejar mengejar
pulak dekat atas ni. dahlah suaminya pakai tuala saja, kalau terlucut nanti,
maunya dia pitam setahun!
“semalam
kata ikhlas.”
“itu
semalam...hari ni lain.” Potong Ejaz.
“buruk
siku la you ni!”
“tak
kira...I nak upah jugak! Vitamin K.”
Huh??
Apa pulak tu? Badan dah tough macam ni pun nak makan vitamin lagi ke? Gerutu
Warda dalam hati. Sudahnya tas tangan diseluk, satu not lima puluh ringgit
diletak atas tapak tangan Ejaz.
“nanti
sampai airport you beli sendiri
vitamin K you tu dekat farmasi.” Ujar Warda. “now please...I dah lambat encik husband.”
Ejaz
rasa nak hantuk kepala ke palang tangga. Apa ke blur sangat isterinya ni?
melihat Warda yang sudah laju menuruni tangga, segera dipanjangkan kakinya
melangkau. Tanpa sebarang amaran, terus ditarik pergelangan Warda dari
belakang, dan...
Chuppp....
Bibir
bertemu bibir. Warda terkaku dalam rangkulan. Ejaz gembira. Cukup lama Ejaz
meneroka seulas bibir merah yang sudah lama diidam-idamkannya. Manis.
“you can go now...I feel more healtier lepas
dapat upah.” Kata Ejaz lembut sebaik saja melepaskan kucupannya.
Warda
tunduk pandang lantai. Serasa hendak meletop dadanya dengan kejadian yang tak
diduga itu. Terbakar rasa pipinya saaat ini. Teragak-agak kakinya diorak,
sebelum memecut menuju ke pintu rumah. Naik menggigil tangannya menyucuk kunci
ke palam pintu.
Hishh...time
ni la dia nak kalut! Sumpah Warda dalam hati.
“I will miss you...” laungan suara Ejaz
itu seakan menggigit-gigit hatinya yang masih berdegup kencang, sekencang
larian kuda. Daun pintu dikatup rapat. Central lock Suzuki Swiftnya ditekan.
Sepantas kilat dia membolos masuk ke dalam kereta.
“huhh....”
nafasnya dilepas menghilangkan sesak dalam dada. tangannya menyentuh dada
sebelum perlahan naik ke bibirnya. Masih terasa lagi kehangatan yang melekap
dibibirnya sebentar tadi.
“Vitamin
K? K for...kiss?” makin blushing Warda dibuatnya. Apesallah
otaknya bebal sangat, tak faham dengan vitamin K yang dimaksudkan Ejaz. Siap
boleh hulur duit lagi suruh Ejaz beli vitamin dekat farmasi.
Lambat-lambat
senyuman yang ditahan-tahan terukir indah dipinggir bibirnya. Gear dimasuk dan
perlahan-lahan kereta mula keluar dari kawasan rumah dengan hati pemandu yang
berbunga mekar.
“hah...tu
kenapa pulak tu tersenyum sorang-sorang depan tangga tu? Flight batal ke?” sergah auntie Has yang tiba-tiba muncul daripada
bilik gosok tak jauh dari tangga tenpat Ejaz berdiri.
“hah?
Nak...nak pergi la ni.” jawab Ejaz kalut. Macam manalah dia boleh lupa pasal auntie Has!
“auntie...auntie tak nampak apa-apa kan?”
was-was dia menyoal dengan muka kelat.
“nampak
apa pulak? Nampak Ejaz depan tangga la.”
Fuhhh...Ejaz
lepas nafas lega. Dari gaya auntie Has, memang tak nampak apa-apa la agaknya.
Kalau tak mahu malu setahun.
“Dah
mandi ke belum ni? nah...baju Ejaz.” Soal autie Has seraya menghulur pakaian
uniform yang elok bergantung pada hanger pada anak saudaranya itu. Ejaz ambil
bajunya.
“Warda
dah pergi ke?”
“baru
je.”
“tak breakfast dulu?”
“tak
la kot.”
“ermmm...takpelah,
auntie nak pergi sidai kain kejap.
Mee goreng ada atas meja dekat dapur, Ejaz makan sendiri jela ye.” Kata auntie Has.
“okay...Ejaz
bersiap dulu.” Sambut Ejaz ceria sebelum berlari naik ke tingkat atas semula
dengan senyuman lebar. Melayang-layang seraut wajah cantik isterinya. Angau
sudah!
Auntie
Has menggeleng menghantar langkah anak saudaranya itu naik ke atas. Macam
manalah budak-budak ni boleh menipu abang serta kakak iparnya? Tapi dia nak
mereport, rasa tak patut pula. Dia dapat rasa kalau Ejaz dan Warda memang telah
ditakdirkan, mungkin caranya tak berapa nak kena. Ada baiknya dia menolong sama
agar perkahwinan Ejaz dan Warda dapat dilayari seperti bahtera perkahwinan
suami isteri yang lain. Walaupun perkahwinannya sendiri telah hancur, tapi itu
tak bermakna dia tak percaya lagi pada jodoh yang telah Allah tetapkan.
Lagipula dia dapat melihat perasaan yang mula berputik dari pandangan mata
kedua-duanya, tapi masing-masing masih buat tak menahu. Nak tunggu siapa luah
dekat sipa pun dia tak tahu!
Haishhh...budak-budak
zaman sekarang. Pelik!
~~~~ bersambung ~~~~

Published on May 28, 2013 06:34
date
newest »

message 1:
by
Aruza
(new)
Oct 11, 2016 01:13AM

reply
|
flag