Penamaan calon: Penyokong Pakatan himpun di Pusat Latihan LHDN

n25_kajangKAJANG 10 MAC: Penyokong Pakatan Rakyat yang ingin hadir ke penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang digalakkan berkumpul di tempat letak kereta Pusat Latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke arah Pintu B (dari perumahan seksyen 15)


Penyokong digalakkan datang lebih awal, sebaik-baiknya sebelum jam 7.30 pagi bagi mengelakkan kesesakan.


Penyokong Pakatan Rakyat kemudiannya bersama pimpinan akan bergerak menuju ke Pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.


Bagi mereka yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) boleh mengambil jalan keluar di (exit) Bangi, menghala ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan mengambil simpang kanan selepas bertemu bulatan.


map_penamaan_calon_prk_kajang

Peta ke pusat penamaan calon PRK Kajang


Tempat berkumpul penyokong Pakatan Rakyat terletak di tempat letak kereta Pusat Latihan LHDN satu kilometer dari bulatan tersebut (Rujuk peta)


Seramai 39,278 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 38,055 pengundi biasa akan mengundi dalam PRK Kajang melibatkan 19,612 pengundi lelaki dan 19,666 pengundi wanita.


Tarikh PRK DUN Kajang adalah pada Ahad 23 Mac 2014, manakala pengundian awal akan dijalankan pada hari Rabu, 19 Mac 2014 membabitkan 1,977 pengundi.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 10, 2014 04:54
No comments have been added yet.


Suara Keadilan's Blog

Suara Keadilan
Suara Keadilan isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Suara Keadilan's blog with rss.